You are on page 1of 1

Pasaran Bebas adalah ekonomi pasaran yan berasakan permintaan dan penawaran dengan sedikit atau tiada kawalan

kerajaan. Pasaran bebas sepenuhnya adalah bentuk pasaran yang sempurna dimana pembeli dan penjual berinteraksi secara bebas ( jual, beli, berdagang) berdasarkan perjanjian diantara satu sama lain tanpa campurtangan kerajaan dalam bentuk percukaian, subsidi atau sebarang peraturan. Dalam pasaran kewangan pula, stok pasaran bebas adalah sekuriti yang didagangkan secara luas dan harganya tidak dpengaruhi oleh penawaran. Dalam pasaran pertukaran asing pula, kadar tukaran tidak ditambat oleh kerajaan dan dengan itu perubahan harga adalah berdasarkan penawaran dan permintaan untuk sesuatu matawang. Dalam lain perkataan, pasaran bebas adalah terma yang merumuskan pelbagai pertukaran yang mengambiltempat dalam masyarakat. Setiap pertukaran adalah perjanjian diantara dua atau lebih pihak secara sukarela yang berdagang dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Dalam realiti, ini adalah sejauhmana pasaran bebas boleh wujud kerana akan sentiasa ada campurtangan oleh kerajaan dalam bentuk percukaian, kawalan harga, dan larangan yang menghindari pesaing baru daripada memasuki pasaran. Seperti juga ekonomi belah pemborong, pasaran bebas adalah terma yang digunakan untuk mengambarkan politik atau ideologi pandangan terhadap polisi dan bukanlah suatu bidang didalam ekonomi. Dalam teori Marxis, idea pasaran bebas adalah hasil transisi feudalisme kepada kapitalisme. Walaubagaimana pun pandangan terhadap kewujudannya samada melalui implementasi (kerajaan) atau semulajadi tidak semestinya berkait dengan pendirian pro-pasaran mahupun anti-pasaran. Libertarian cenderung untuk mempertikaikan bahawa pasaran bebas terhasil implikasi daripada campurtangan polisi kerajaan, memandangkan mereka percaya bahawa ia adalah aturan spontan dan Marxis pula bersetuju dengan mereka kerana mereka juga percaya bahawa ia adalah hasil daripada evolusi (walaupun dengan matlamat berbeza). Sokongan supaya pasaran bebas dijadikan penentu asas masyarakat merupakan fahaman asas liberalisme, khususnya pada abad ke-19. Di Eropah terma liberalisme masih membawa konotasi idelogi pasaran bebas, namun di Amerika dan Kanada konotasinya adalah dikaitkan dengan campurtangan kerajaan dan pengunaannya adalah disamaertikan dengan Kapitalisme. Di Eropah terma pasaran bebas masih difahami sebagai terma yang neuteral. Liberalisme moden (pemakaian Amerika dan Kanada), dan demokrasi sosial Eropah, hanya berusaha untuk mengurangkan apa yang dilihat sebagai permasalahan yang diwujudkan oleh pasaran bebas yang tidak terkawal. Bagi kebanyakan libertarian, masih belum ada lagi pasaran bebas yang sempurna, memandangkan campur tangan masih wujud dalam negara-negara yang paling kapitalis sekalipun. Pada pandangan mereka, pihak-pihak yang mengaku mengamalkan paaran bebas sebenarnya mendakwa secara reltif dan bukanya secara mutlak. Ini bererti mereka mahukan paksaan (definisi libertarian) dihadkan seminima mungkin untuk memaksimumkan kebebasan ekonomi dan keberkesanan pasaran dengan mengurangkan halangan perdagangan.

You might also like