P. 1
Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru Ke_2

4.72

|Views: 1,903|Likes:
Published by Hamzah Mohamed
Kajian keberkesanan P&P guru Siri 2 ini untuk melihat sejauh mana berlaku perubahan sikap, pemikiran dan tingkah-laku pengajaran guru-guru berbanding kajian yang sama dalam Siri 1 sebelumnya...
Kajian keberkesanan P&P guru Siri 2 ini untuk melihat sejauh mana berlaku perubahan sikap, pemikiran dan tingkah-laku pengajaran guru-guru berbanding kajian yang sama dalam Siri 1 sebelumnya...

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Hamzah Mohamed on Jan 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

KAJIAN KEBERKESANAN PENGAJARAN  GURU KEDUA 2002 

Dibentangkan dalam sesi:

HARI PROFESIONAL SEKOLAH SIRI 2/2002 SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 17 26400 BANDAR JENGKA

SABTU 12 OKTOBER 2002

Oleh Hamzah B. Mohamed

SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 17, 26400 BANDAR JENGKA , PAHANG 

KAJIAN KEBERKESANAN PENGAJARAN  GURU PUSINGAN KEDUA (JULAI) 2002 
Tujuan: 

Mengetahui status keberkesanan (dan atau “amalan pedagogi dan pandragogi”) guru-guru yang terlibat pada penilaian dan perspektif murid-murid tahap 2 SKJ 17. Mengetahui faktor-faktor yang menjadikan sesuatu pengajaran guru yang berkesan dan faktor-faktro sebaliknya. Mengetahui aspek-aspek pada pendapat dan fikiran murid sebagai apa yang dikatakan pengajaran guru yang berkesan. Mengetahui sejauh mana berlaku peningkatan mutu dan keberkesanan pengajaran guru berbanding pengesanan siri pertama dalam bulan Mac lalu. Kumpulan sasaran: 14 orang guru 145 orang murid (Tahap 2 sahaja) Tempoh penilaian: 26.06.2002 hingga 08.07.2002

Overview Pengesanan Keberkesanan P&P Guru 
 

Setelah mengetahui status keberkesanan (terhadap tingkah-laku pengajaran guru-guru secara am dan status penilaian guru-guru secara individu) melalui Siri 1 yang dijalankan dalam bulan Mac 2002 lalu, maka untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan di samping hendak mengetahui sejauh mana telah berlaku perubahan sikap, pemikiran dan tingkah-laku pengajaran guru-guru pengesanan Siri 2 dijalankan mulai 26.06.2002 hingga 08.07.2002. Pengesanan dijalankan di dalam kelas dan mengambil masa kira-kira lima belas minit sahaja (tidak termasuk masa penerangan guru pengendali). Murid-murid diminta menandakan skala 1 hingga 10 bagi setiap orang guru/mata pelajaran yang mengajar mereka. Bahagian kedua mereka diminta memberikan sebab-sebab mengapa seseorang guru itu diberi penilaian tertinggi, dan sebab mengapa mereka memberikan penilaian yang terendah kepada seseorang guru. Bahagian ketiga mereka diminta memberikan pendapat dan pandangan tentang apakah yang sepatutnya (pada fikiran mereka) yang dikatakan P&P guru yang berkesan.

Selain itu murid-murid diberitahu bahawa jawapan (penilaian) yang mereka buat itu tidak ada yang salah; dan mereka tidak dikehendaki menulis nama di atas Borang Penilaian tersebut.
Dapatan       
 

Walaupun didapati tidak banyak perubahan dari segi aspek-aspek yang murid senaraikan sebagai sebab-sebab yang mereka beri penilaian tertinggi atau terendah, perkara-perkara yang agak atau hampir sama dengan alasan-alasan yang diberikan dalam penilaian Siri 1 dahulu. Kebanyakan murid memberikan lebih dari satu sebab mengapa penilaian tertentu diberikan kepada guru-guru berkenaan, oleh itu kita ‘merumuskan’ dan dianggap sebab-sebab yang lebih kurang sama maksudnya dikira sebagai satu kekerapan. Sebagai contoh dalam Siri 1 terdapat hanya 10 sahaja aspek yag disenaraikan sebagai menjadi keutamaan murid-murid meletakkan penilaian yang tinggi, dalam Siri 2 ini aspek ini telah bertambah kepada 20 aspek. Ertinya murid-murid telah dapat memperincikan lagi dan meliputi ruang yang lebih luas. Begitu juga dari segi aspek yang dianggap sebab mengapa penilaian terendah diberi, juga tidak banyak perubahan kecuali bertambah 2 aspek sahaja berbanding Siri 1 sejumlah 30 perkara yang dimaksudkan. Jadual 1. Jumlah dan ranking “Sebab guru dinilai tinggi” Bil. Sebab guru dinilai tinggi Ranking Kekerapan Peratus

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Mengajar dengan baik/bagus Cepat dapat (faham) Seorang yang tegas/berdisiplin Mengajar dengan bersungguh-sungguh Guru buat lawak Pandai mengajar/mengajar dengan betul Suka mata pelajaran itu/suka akan gurunya Guru yang rajin Merasa seronok Menepati waktu Mengambil berat pelajaran yang diajar Menimbulkan minat murid-murid/motivasi Memberi penjelasan secukupnya Baik hati/tidak memukul anak murid Banyak beri nasihat Tidak malas mengajar Banyak beri kerja rumah/nota ringkas Bertanggungjawab

1 2 3 4 5 6 7 8 8 8 9 9 9 10 10 10 10 10

46 23 19 16 8 5 4 3 3 3 2 2 2 1 1 1 1 1

28.2% 14.1% 11.7% 9.8% 4.9% 3.1% 2.5% 1.8% 1.8% 1.8% 1.2% 1.2% 1.2% 0.6% 0.6% 0.6% 0.6% 0.6%

10 Perkara dinilai tinggi kepada keberkesanan P&P guru 
 

1. Mengajar dengan baik/bagus (yang merangkumi berbagai sapek lain lagi mungkin) dikatakan pilihan majoriti murid iaitu 28.2 % memilih faktor ini.  2. 14.1% murid mengatakan mereka “cepat dapat atau cepat faham”.  3. Seorang guru yang tegas/berdisiplin, faktor ketiga jadi keutamaan murid iaitu 11.7%.  4. Mengajar dengan bersungguh-sungguh 9.8%.  5. Guru buat lawak 4.9%.  6. Mengutamakan pelajar atau mengambil berat pelajar; pandai mengajar; dan mengajar dengan betul ranking ke-6 dengan 3.1%.  7. Murid suka mata pelajaran itu atau mereka suka dengan gurunya 2.5%.  8. Guru yang rajin; menepati masa; dan murid merasa seronok menduduki ranking ke-lapan (1.8%).  9. Mengambil berat mata pelajaran yang diajar; memberi penjelasan secukupnya;dan menimbulkan minat murid-murid (1.2%).  10. Bertanggungjawab; banyak beri kerja rumah atau nota ringkas; banyak beri nasihat; tidak malas mengajar; dan tidak memukul anak murid (baik hati) sebab paling rendah diberi iaitu 0.6% memberi respons kepada aspek ini.   
10 Perkara dinilai rendah kepada keberkesanan P&P guru 
 

1. Mengajar tidak jelas /tidak elok/atau lemah (13.6%) faktor teratas sebab murid berikan penilaian yang rendah. 2. Murid tidak faham (12.9%). 3. Guru tidak tekun/atau tidak bersungguh-sungguh (8.2%). 4. Selalu marah (7.5%). 5. Tidak ambil berat/tidak tegas (6.8%). 6. Tidak mengajar dengan baik (5.4%). 7. Guru tidak mengajar/guru tidak bertanggungjawab (4.8%). 8. Guru garang (4.1%). 9. Mengajar salah/tidak beri tekanan; tidak buat tunjukcara; dan mengajar main-main (3.4%). 10. Guru tidak mengambil tahu cara-cara P&P; tidak berdisiplin; guru biarkan murid bising; malas; guru tidak berminat mengajar/mengajar sambil lewa; dan tidak suka akan guru, faktor murid beri nilai rendah kepada guru (2.0%).

Jadual 2: Jumlah dan ranking “Sebab guru dinilai rendah”

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Sebab guru dinilai rendah Mengajar tidak jelas/tidak elok/atau lemah Tidak faham Tidak tekun/tidak bersungguh-sungguh Selalu marah Guru tidak ambil berat/tidak tegas Guru lewat masuk/tidak mengajar dengan baik Tidak mengajar/tidak bertanggungjawab Guru garang Mengajar salah/tidak beri tekanan/main-main/tidak buat tunjukcara Tidak mengambil tahu cara-cara P&P/tidak berdisiplin/biarkan murid bising/guru tidak berminat/sambil lewa/malas/tidak suka akan guru Jarang masuk/atau mengajar; tidak menulis di papan hitam/ cakap bukan-bukan/sombong Selalu buat kerja dia/melebihi masa/ beri kerja yang tidak belajar lagi/ guru bermasalah/tidak berdisiplin/guru buat baik bila dicerap/guru salah dengar/guru keluar kelas/guru bersembang/terlupa masuk kelas/tidak adil; pukul murid tidak bersalah/jarang atau tidak beri latihan/tidak suka sesuatu mata pelajaran itu (12 perkara semuanya).

Ranking 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kekerapan 20 19 12 11 10 8 7 6 5 3

Peratus 13.6% 12.9% 8.2% 7.5% 6.8% 5.4% 4.8% 4.1% 3.4% 2.0%

11. 12.

11 12

2 1

1.4% 0.7%

Cadangan Murid sebagai apa yang dikatakan “Pengajaran Yang Berkesan” 
 

Bahagian ketiga Borang Penilaian Keberkesanan Pengajaran Guru meminta murid-murid memberikan pendapat atau pandangan mereka kepada apa yang mereka faham sebagai pengajaran guru yang berkesan. Daripada kenyataan-kenyataan murid-murid ini adalah jelas semuanya berkisar pada persoalan yang diutarakan sebagai tinggi atau rendah yang mereka berikan terhadap guru-guru. Ringkasnya ‘perkara sebaliknya’ adalah perkara dianggap sebagai ‘pengajaran yang berkesan’. Oleh kerana keseluruhan kenyataan murid-murid hampir sama (berbeza segi keutamaam sahaja) maka boleh disimpulkan cadangan murid-murid adalah kepada (dan merujuk kepada aspek yang mereka nilai itu) melibatkan dua pihak: i) merujuk kepada guru-guru, dan ii) merujuk kepada pihak pengurusan yakni Guru Besar.

Antara perkara-perkara yang murid anggap sebagai ‘pengajaran guru yang berkesan’ ialah: a) b) c) d) Mengajar dengan betul dan bersungguh-sungguh; Berdisiplin (seperti menepati masa, tidak lewat masuk); Bertanggungjawab dan tegas; Mengajar dengan lebih dedikasi dan serius (tidak main-main, jangan duduk di kerusi sahaja, menulis di papan hitam, banyak beri kerja rumah, beri murid buat latihan, selalu memeriksa buku-buku latihan); e) Mengambil berat (prihatin) dan memahami murid (jangan beri murid bising, mengajar sampai murid faham, memberi penerangan yang jelas dan cukup, selalu tanyakan masalah murid, mengenakan “denda” kepada murid yang berkenaan); f) Layanan samarata: (tidak pilih kasih, berat sebelah).

Beberapa “cadangan” yang unik: menggambarkan bahawa murid-murid yang kita sangka ‘budak-budak’ sebenarnya sudah mampu menilai, mengulas, membuat tanggapan dan menyatakan perasaan dan pandangan mereka seperti berikut (diperturunkan kata-kata murid sepenuhnya dalam gaya bahasa mereka); i) “Menyuruh guru tidak berdendam dengan anak-anak muridnya. Guru mestilah menunjukkan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah jika murid itu ada masalah. Guru perlu mengajar dengan tekun. Saya harap guru yang makan gaji buta akan dibuang sekolah.” (Murid Tahun 5) “Jangan biarkan kami ketinggalan dan jangan menipu dan mengakibatkan muridmurid tidak suka.” (Murid Tahun 5) “Hendaklah memberi pengetahuan am yang secukupnya dan janganlah memberi pengetahuan am yang tidak mencukupi kepada kami sebagai seorang murid. Jika ada masalah janganlah dibawa ke sekolah, ini akan menjejaskan pelajar semua.” (Murid Tahun 5)

ii) iii)

Ada satu cadangan berbunyi: “Pengajaran guru yang lebih berkesan ialah membuat satu rondaan pada masa belajar, melihat macam mana guru mengajar murid-murid.” Ertinya ada murid-murid ysng menganggap “penyeliaan” di pihak pengurusan penting bagi menentukan keadaan “macam mana” pengajaran seseorang guru itu.

Jadual 3: Bilangan Guru dan status ikut Skala 
 

Skala 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah

Bil. Guru 1 1 1 4 7 14

Peratus 7.1 7.1 7.1 28.6 50.0 100

Catatan i) Tiada guru dinilai antara 1 - 5 ii) 3 orang guru (21.4%) dinilai 6, 7, & 8; 1 orang sederhana, 3 tahap tinggi iii) 4 orang (28.6%) di tahap sangat tinggi (9) iv) 7 orang (50%) di tahap sangat tinggi (10)

Kesimpulan 
 

Kecuali seorang (tahap sederhana), kesemua 13 orang guru lagi berada di tahap tinggi (skala 7&8) dan sangat tinggi (skala 9&10). 78.7% guru-guru SK Jengka 17 didapati mencapai status tahap sangat tinggi, dan yang sangat menariknya dapatan ini berkolerasi dengan STKP (P2:2002) iaitu 78.6% di bawah dimensi “Sumber Tenaga Manusia”. Adalah tidak mustahil status keberkesanan pengajaran guru-guru khasnya di dalam aspek proses P&P di dalam bilik darjah dan di dalam seluruh aktiviti serta tingkah-laku pengajaran guru-guru akan terus meningkat naik (sampai tidak ada seorang pun lagi yang berada di bawah tahap sederhana) jika kesedaran diri yang tinggi dapat kita hayati dan dalam masa yang sama semuanya dapat menjadi Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu. Dan janganlah lupa matlamat dan objektif bersama kita dalam merealiasikan Sekolah Kebangsaan Jengka 17 sebagai “A Good School”. Jika kita selaku guru-guru sepatutnya mempunyai “high expectations” kepada kejayaan dan kecemerlangan anak didik kita, maka begitu jugalah (rupanya) “high expectations” yang sama daripada kalangan murid-murid terhadap guru-guru mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Oleh itu memenuhi “high expectations” inilah yang menjadi objektif dan matlamat kita sekaligus mencapai tahap sebagai seorang guru yang cemerlang lagi berkesan.

Bagi saya, sekolah kita (dan guru-guru kita) adalah sekumpulan orang yang mempunyai segala potensi ini dan tidak ada sebab mengapa kita (dan organisasi sekolah kita) tidak dapat muncul sebagai sebuah sekolah yang berwatak dan berketrampilan dalam segala aspek. Saya amat yakin status yang lebih tinggi dan cemerlang boleh dicapai jika semua dapat menghayati sepenuhnya ciri-ciri dan sifat-sifat “guru yang berkesan” sebagaimanan dibuktikan oleh penilaian keberkesanan P&P guru ini. Dengan tulus ikhlas saya nyatakan, selaku Guru Besar SKJ 17 sejak lima tahun setengah yang lalu telah cuba membawa pelbagai pendekatan, konsep, gagasan dan falsafah terutamanya mengenai “kerja kita” sebagai guru (guru yang berkesan dan berkualiti) bagi mengangkat martabat dan imej sekolah ini khususnya telah memperoleh beberapa kejayaan (yang telah sedia kita maklum), yang semuanya tidak mungkin dapat dicapai tanpa persefahaman, kerjasama dan kesedaran serta keinsafan yang datang dari lubuk hati nurani kita yang sebenar-benarnya, yang telah kita buktikan menerusi kerja-kerja dan pencapaian kita sejak tempoh itu. Saya juga terhutang budi dan jasa kepada semua guru SKJ 17 yang telah dapat membezakan ciri-ciri dan sifat-sifat mazmumah serta tidak terpengaruh dengannya dan seterusnya sama-sama membina dan mewujudkan iklim, budaya sekolah dan budaya belajar yang murni lagi terpuji.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->