You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

KOPERASI SMK KULAI BESAR KULAIJAYA BHD

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI BIL 4 / 2012

Tarikh : 17 Mei 2012 (Khamis)

Masa : 1.20 petang

Tempat : Bilik Jahitan, SMK Kulai Besar Kulaijaya

Pengerusi : En Mohd Tahir bin Ismail (Naib Pengerusi Koperasi)

Kehadiran(Bilangan) : 16 / 18

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan surah al Fatihah dan mengucapkan terima
kasih serta selamat datang kepada semua ALK yang hadir pada mesyuarat kali ini.
Beliau memaklumkan bahawa pengetua tidak dapat hadir ke mesyuarat ini kerana
ada urusan rasmi di luar sekolah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Suhaiza binti Samsudin.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nurdiana binti Lut.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. 6.2 Fail LAB
Pn Nora memaklumkan bahawa semua fail LAB telah diserahkan kepada murid -
murid tingkatan 5 tahun 2011 melalui guru tingkatan masing-masing.

Tindakan:
Makluman

3.2. 6.3 Gelanggang Petanque


Pengerusi akan membincangkan projek gelanggang petanque dengan En.
Zainudin.
Tindakan: Makluman

3.3. Lawatan Sambil Belajar


Pengerusi memaklumkan bahawa lawatan sambil belajar ke Sabah belum boleh
dilaksanakan kerana kekangan masa dan bilangan guru yang boleh terlibat di dalam
lawatan tersebut. Lokasi lawatan sambil belajar mungkin akan ditukar ke Kuala
Lumpur. Lawatan sambil belajar akan dilaksanakan selepas Hari Koperasi Sekolah
(HKS).
Tindakan: Makluman

4 LAPORAN SETIAUSAHA
Pn Marlina membentangkan laporan setiausaha. Dicadang untuk disahkan oleh
Khairul Azizi bin Abd Samad. Disokong untuk pengesahan oleh Amir Hamsa bin
Ismail.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan:
Makluman

5 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN KOPERASI UNTUK BULAN MAC


DAN APRIL 2012
Pn Nora membentangkan laporan kewangan koperasi untuk bulan Mac dan April
2012. Dicadang untuk disahkan oleh Muhammad Haziq Danial bin Hamidi. Disokong
untuk pengesahan oleh Wan Mohamad Arif bin Wan Mohd Hanafiah.

Tindakan:
Makluman

6 HAL-HAL LAIN
6.1. HARI KOPERASI SEKOLAH
Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Terbuka, Keusahawanan dan Koperasi
Sekolah akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Jun 2012. Jualan gerai pada hari
tersebut akan menggunakan sistem kupon. Setiap murid wajib membeli kupon. Beliau
memaklumkan gerai yang terlibat tidak terhad kepada jualan makanan sahaja. Unit
badan beruniform, persatuan dan kelab wajib menyertai jualan tersebut.
Pengerusi membacakan agihan tugas untuk Hari Koperasi Sekolah tahun 2012.
Pn Suhaiza mencadangkan lokasi pokok yang akan ditanam pada tahun ini ialah di
pondok koperasi. Cadangan diterima sebulat suara.

Tindakan: AJK HKS 2012

6.2 MESYUARAT AGUNG


Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat agung koperasi akan diadakan
pada hari Rabu, 27 Jun 2012 jam 7.30 hingga 10.25 pagi bertempat di Bilik
Mesyuarat, SMK Kulai Besar. Murid yang terlibat ialah murid 4 SN4 dan 5 SN2.
Pengerusi membacakan agihan tugas untuk Mesyuarat Agung tahun 2012.
Pn Nora memaklumkan bahawa cenderahati dan hadiah akan dibincang
bersama – sama dengan pengetua.
Tindakan: AJK Mesyuarat Agung 2012

6.3 JURUJUAL SESI PETANG TIDAK MASUK KE KELAS SELEPAS REHAT


Pn Suhaiza memaklumkan bahawa terdapat aduan dari guru sesi petang di
mana jurujual koperasi sesi petang tidak masuk ke kelas selepas waktu rehat.
Pengerusi memberi maklum balas bahawa beliau tidak mahu koperasi mengambil
murid yang memberikan masalah kepada koperasi. Beliau turut memaklumkan
bahawa murid yang tidak bertugas pada hari yang ditetapkan mengikut jadual tidak
boleh berada di dalam koperasi.
Tindakan: Makluman

6.4 PEMASANGAN PALANG DI KOPERASI


Pn Nurdiana mencadangkan koperasi memasang palang di depan kaunter
koperasi bagi mengelakkan murid berebut – rebut semasa berurusan di koperasi
terutamanya pada waktu rehat. Cadangan akan dibincangkan bersama –sama
dengan pengetua.
Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( MARLINA BINTI MOHAMED ) (MOHD TAHIR BIN ISMAIL)
Setiausaha Koperasi Naib Pengerusi Koperasi
Tarikh : 18 Mei 2012 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like