You are on page 1of 6

4.1 Fitrah manusia Secara umumnya perkataan fitrah boleh diertikan sebagai sifat semulajadi.

Setiap manusia lahir dengan berbekalkan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Antaranya termasuklah bakat, keupayaan fizikal, mental dan emosi. Lazimnya fitrah pemberian Tuhan itu berkecendurungan ke arah kebaikan. Malah setiap manusia yang lahir ke dunia ini mempunyai fitrah atau sifat semulajadi yang suci dan sempurna. Namun pengaruh negatif daripada asuhan dan persekitaran yang tidak berkualiti boleh menjejaskan kesucian dan kesempurnaan itu. Oleh itu adalah penting supaya manusia itu dibimbing dan dididik supaya sifat semulajadinya terasuh ke arah kebaikan. Umumnya, fitrah semulajadi manusia terbahagi kepada dua aspek iaitu: a. Jasmani b. Rohani FITRAH JASMANI Secara semulajadi manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kekal hidup. Tiga perkara tersebut adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tanpa perkara asas ini sukar bagi manusia untuk terus hidup dengan selasa. Oleh itu untuk membangun dan berjaya dalam hidup manusia perlu memperolehi ketiga-tiga perkara asas ini. ROHANI Sifat semulajadi manusia ialah menginginkan kebenaran dan ketuhanan. Keadaan ini sesuai dengan pengertian fitrah sebagai ciptaan Tuhan. Fitrah juga merupakan naluri manusia terhadap kepercayaan kepada Tuhan penciptanya. Dengan lain perkataan naluri untuk beragama wujud dalam diri setiap manusia. Maka untuk kesejahteraan manusia perlu memenuhi tuntutan nalurinya. 4.2 Hiraki Keperluan Manusia Untuk menjamin fitrah atau sifat semulajadi dapat berkembang dengan maju, setiap individu perlu memenuhi tuntutan beberapa keperluan asasi. Abraham Maslow telah mengenalpasti lima keperluan asasi manusia. Beliau telah menyusun keperluan tersebut secara hiraki untuk melambangkan bahawa wujud beberapa tahap dalam keperluan manusia untuk hidup. Tahap keperluan tersebut bermula dengan yang paling asas iaitu keperluan fisiologi, sehinggalah ke tahap yang tertinggi iaitu keperluan pencapaian hasrat diri atau nirwana diri. Menurut Maslow, setiap individu perlu memenuhi keperluan yang paling asas terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan kepada tahap yang lebih tinggi. Namun keperluan tersebut tidak perlu dipenuhi mengikut urutan satu persatu. Seseorang boleh memenuhi beberapa keperluan serentak. Keupayaan atau tidak keupayaan individu untuk melengkapkan kelima-lima keperluannya akan mempengaruhi persepsinya terhadap proses kehidupan dan persekitarannya. Rajah 3 menunjukkan hiraki keperluan manusia yang diperkenalkan oleh Maslow.

Keperluan fisiologi Pada tahap pertama keperluan manusia adalah untuk mencapai kesejahteraan fizikal. Makanan, minuman, rehat dan riadah adalah antara unsur penting yang diperlukan untuk mencapai kesejahteraan tersebut. Individu yang memperolehi unsur ini dengan seimbang akan dapat menjamin kesempurnaan keperluan fisiologi atau tubuh badannya. Sekiranya keseimbangan ini terbina semenjak daripada peringkat awal hidup, individu akan memperolehi kecergasan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga mental. Individu yang sihat lazimnya berkeperibadian baik, tenang dan ceria. Sifat ini penting dalam usaha untuk menghasilkan insan yang mulia dan cemerlang. Keperluan keselamatan Tahap kedua keperluan manusia ialah jaminan keselamatan. Seperti keperluan fisiologi, keperluan ini adalah juga asas untuk manusia kekal hidup(survive). Untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum, manusia perlu mendapat perlindungan dan keselamatan secukupnya selain makanan, minuman dan pakaian. Keluarga merupakan tempat pertama individu mendapat keperluan ini seperti juga keperluan fisiologi. Apabila keperluan ini didapat dilengkapkan individu akan merasa selasa, tenteram, dan mempercayai orang serta persekitarannya. Sekiranya tidak akan merasa terancam, takut dan terganggu dari segi mental, fizikal, sosial serta emosi. Keperluan kasih sayang dan termilik Setiap individu memerlukan kasih sayang dan perasaan dipunyai (termilik) terutama daripada orang yang signifikan (penting) dalam hidupnya seperti ibu bapa dan ahli keluarga. Kedua-dua keperluan ini apabila dipenuhi membuatkan individu merasa hidupnya mempunyai tempat untuk bermesra, bermanja, mengadu dan meluahkan perasaan. Ia juga akan merangsang individu ke arah perkembangan yang sihat terutama dari segi emosi. Individu yang memperolehi kasih sayang dan rasa dipunyai ini juga telah didapati lebih cerdas, ceria dan aktif. Namun, sekiranya kedua-dua keperluan ini terabai, seseorang itu merasakan hidupnya tidak sempurna. Malah dia akan sentiasa kelihatan murung, gelisah, tidak sihat, tidak aktif dan tidak bahagia. Oleh itu untuk perkembangan yang optimum manusia perlu memperolehi kasih sayang yang mencukupi, di samping rasa dipunyai oleh mereka yang penting disekelilingnya. Keperluan penghargaan Secara semulajadi manusia ingin memenuhi keperluan penghargaan kendiri. Keperluan ini merujuk kepada perasaan ingin dihormati, disanjung dan dipuji. Dengan kejayaan memenuhi perasaan ini, seseorang itu akan merasakan dirinya berguna dan dihargai. Perasaan ini akan selanjutnya mendorong kepada keyakinan diri yang tinggi.

Penghargaan kendiri yang tinggi sering dikaitkan dengan kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh seorang pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi lazimnya cemerlang dalam bidang akademik. Individu yang rendah penghargaan kendiri biasanya merupakan seorang yang pasif, tidak ceria, tidak berani mencuba, selalu menyendiri, selalu gagal dan merasakan tiada apa-apa yang positif mengenai dirinya. Keperluan pencapaian nirwana diri Tingkat keperluan tertinggi bagi manusia menurut Maslow ialah keperluan pencapaian hasrat diri atau nirwana diri. Keperluan ini bermakna menggunakan keupayaan dan bakat yang terpendam untuk mencapai potensi diri yang optimum. Individu ditahap ini lazimnya sudah mencapai tahap keunikan atau kesempurnaan yang diinginkannya. Individu begini biasanya mempunyai kawalan diri yang tinggi. Tindakan dan tingkah lakunya dibimbing oleh matlamat dan kesempurnaan yang ditentukannya sendiri. Menurut Maslow tidak ramai individu mampu mencapai tahap keperluan tertinggi ini. Mereka yang berjaya memiliki ciri seperti realistik, berdikari, kreatif, fleksibel, mempunyai perspektif sendiri, penghargaan kendiri tinggi, penyelesai masalah dan kuat dari segi kerohanian. 4.2 Potensi manusia Potensi manusia merujuk kepada kebolehan atau keupayaan yang terpendam dalam diri manusia. Secara mudah, potensi disebut juga sebagai kemungkinan(possibility) yang wujud dalam diri seseorang. Kebolehan/keupayaan/kemungkinan tersebut mesti dirangsang supaya kewujudannya terserlah dan berkembang maju. Seperti fitrah, potensi juga adalah anugerah Tuhan yang maha pencipta. Potensi wujud dalam diri individu sejak dia dilahirkan. Walau bagaimanapun potensi merupakan sebahagian daripada fitrah, malah kedudukannya boleh dilihat sebagai lebih rendah daripada fitrah. Fitrah akan terus berkembang walaupun tidak dirangsang, tetapi potensi individu akan terbantut sekiranya dibiarkan. Perkembangan potensi individu banyak bergantung kepada rangsangan yang diterimanya. Perkembangan yang berkualiti terhasil daripada rangsangan yang berkualiti. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak akan tetap boleh bercakap dan menggunakan bahasa untuk berkomunikasi walaupun tidak dilatih untuk berbuat demikian. Secara fitrahnya kanak-kanak itu memang berkemampuan untuk bercakap dan berkomunikasi. Seandainya kanak-kanak itu berpeluang untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dan didedahkan dengan sumber serta rangsangan untuk meningkatkan perkembangan bahasanya, tahap penguasaan bahasa kanak-kanak itu sudah pasti lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak memperolehi peluang yang sedemikian. Satu contoh menarik untuk menunjukkan perkaitan rapat antara fitrah dan potensi ialah dari segi kemampuan manusia untuk terbang. Secara fitrah sememangnya manusia tidak dianugerahkan oleh Tuhan dengan kebolehan untuk terbang bebas di udara seperti seekor burung, namun manusia mempunyai potensi untuk mencipta alat untuk membantunya terbang dari satu tempat ke satu tempat. Ini bermakna wujud kemampuan atau keupayaan untuk manusia melakukan sesuatu demi mencapai cita-

citanya. Ringkasnya selaras dengan fitrah yang ada dalam diri, manusia mampu mengasah potensinya untuk maju. Sebagaimana fitrah, potensi manusia boleh juga dilihat dari aspek jasmani dan rohani. Dari aspek jasmani, manusia berpotensi untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersukan, berkebun, riadah, rekreasi dan sebagainya. Manakala dari segi rohani, manusia berpotensi untuk memahami konsep, berfikiran kreatif dan kritis, inovatif, berhujah dan sebagainya sesuai dengan fitrah yang ada padanya. Potensi manusia yang dihuraikan ini lazimnya diklasifikasikan kepada aspek intelektual, kerohanian, sosio-emosi dan fizikal. Selaras dengan keperluan individu, kesemua aspek ini perlu dirangsang daripada peringkat awal hidup supaya setiap individu dapat mencapai kemajuan dan kecemerlangan yang holistik. cthRangsangan untuk perkembangan intelek anak peringkat prasekolah

udkan suasana yang menggembirakan untuk anak belajar Cipta mainan untuk anak belajar mengira, membaca dan menulis Kreatif dalam menyampaikan ketiga-tiga kegiatan di atas seperti disertakan dengan gambar, lawak jenaka dan lakonan

u anak menerima dan belajar daripada kesilapan Galakkan dan tanamkan sikap untuk terus mencuba Tenangkan anak jika berlaku kesilapan Terangkan kepada anak bahawa kesilpan boleh dibaiki dan diatasi. Beri peluang anak bersoal jawab. Kemukakan soalan terbuka, iaitu soalan yang memberi anak peluang menghuraikan idenya, bukan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak sahaja. Peka kepada peluang pembelajaran. Jadikan setiap keadaan dan tempat di mana anak berada sebagai tempat untuk belajar. Misalnya, kalau berada di pejabat pos, tunjukkan kepadanya apa yang berlaku di situ. [Sumber: Rozumah, B. (2001). Lahirkan anak pintar: Interaksi positif ibu bapa dengan anak prasekolah. Singapore: Times Book International 4.3 Kepentingan memahami perkembangan fitrah dan potensi manusia Seperti yang telah dibincangkan setiap manusia telah dibekalkan dengan fitrah dan potensi. Kedua-dua unsur ini memainkan peranan penting dalam pembangunan diri manusia. Memahami bagaimana fitrah dan potensi berkembang dan menyumbang kepada pembangunan diri manusia akan mendorong kepada usaha yang lebih teratur untuk melahirkan manusia yang cemerlang dan resilien.

Sifat semulajadi manusia seperti boleh berfikir, bercakap dan melakukan kerja untuk mencari rezeki adalah ketetapan yang dilengkapi oleh Tuhan untuk setiap manusia sejak azali lagi. Secara fitrahnya perlu difahami bahawa setiap manusia ditetapkan untuk menuju ke arah kebaikan. Ini bermakna tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini dengan ketetapan untuk melakukan kejahatan atau kemusnahan. Malah manusia dilahirkan dengan sifat suci dan bersih baik dari segi fizikal, mental, sosial ataupun emosi. Walau bagaimanapun kesucian ini boleh tercemar sekiranya manusia berinteraksi dan bertransaksi dengan ekosistem yang disfungsi. Sebagai contoh, setiap manusia dilahirkan dengan fitrah untuk hidup berkelamin iaitu mempunyai naluri untuk berkahwin dan hidup berpasangan. Sifat semulajadi ini adalah sesuatu yang mulia untuk mempastikan kelangsungan generasi pewaris. Walau bagaimanapun sekiranya naluri ini tidak dilaksanakan dengan cara yang betul iaitu yang tidak diiktiraf oleh Agama maka akan lahir generasi pewaris yang sesat dan tidak berkualiti. Kewujudan fenomena seperti berzina, rogol, sumbang mahram, berkhalwat dalam masyarakat hari ini memberi gambaran bagaimana fitrah yang suci untuk hidup berkelamin telah tercemar hasil interaksi dan transaksi dengan sistem sosial yang tidak sihat. Keadaan ini juga memberi gambaran akibat buruk hasil daripada fitrah yang tidak terbimbing dan terpesong daripada landasan Agama. Sekiranya fenemona seperti ini berterusan dalam masyarakat, apakah kualiti manusia yang akan terlahir? Apakah implikasinya terhadap usaha membangunkan manusia dan insan sejagat? Seiring dengan fitrah wujud dalam diri setiap manusia potensi yang perlu dicungkil untuk ia berkembang maju. Satu ciri potensi yang perlu difahami ialah ia mungkin berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Mungkin ada individu yang lebih berpotensi dalam satu bidang tetapi tidak dalam bidang yang lain. Seperti fitrah, potensi yang wujud dalam diri manusia boleh dibentuk ke arah kelebihan yang lebih tinggi. Rancangan dan latihan yang sesuai dan berkualiti boleh merangsang perkembangan potensi ke tahap yang maksimum sesuai dengan izin Tuhan. Misalnya dari segi intelek, didikan dan latihan yang berkualiti akan dapat meningkatkan tahap kecerdasan seseorang sehingga dia menjadi seorang yang berjaya. Asuhan dan latihan juga boleh membentuk potensi seseorang sehingga meningkat ke tahap profesional. Contohnya, anak-anak Dato Sidek terkenal sebagai pemain badminton profesional hasil latihan rapi yang telah dirancangkannya untuk mereka. Oleh itu sejauhmana potensi manusia itu berkembang banyak bergantung kepada rangsangan yang diterima. Selain rangsangan berkualiti faktor umur, baka, dan persekitaran juga boleh mempengaruhi juga tahap perkembangan potensi seseorang. Jelaslah bahawa fitrah dan potensi individu itu boleh berkembang secara semulajadi atau dibentuk oleh faktor-faktor yang wujud dalam konteks di mana individu itu berada. 4.4 Kesimpulan Manusia dilahirkan ke dunia dengan berbekalkan fitrah dan potensi. Fitrah merujuk kepada sifat semulajadi manusia, manakala potensi pula merupakan keupayaan yang terpendam dalam diri manusia dan perlu dijelmakan. Fitrah manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan keperluan asasinya yang mesti dilengkapkan. Keperluan

asasi manusia disusun secara hiraki oleh Abraham Maslow. Pelbagai faktor dalam ekosistem manusia boleh mempengaruhi perkembangan kedua-dua fitrah dan potensi manusia. Usaha yang terancang adalah perlu bagi merangsang perkembangan fitrah dan potensi manusia ke arah kecemerlangan

You might also like