You are on page 1of 5

Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian hidung manusia

1. Deria hidu menjadi deria yang sangat sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku di sekitar kita.Kita dapat menghidu bau api terlebih dahulu sebelum kita melihatnya.Ini menunjukkan hidung adalah deria yang sensitif! 2. Deria hidu sama seperti deria rasa.Ia mengesan perubahan-perubahan kimia yang berlaku dan dikesan oleh sel chemoreceptor.Apabila chemoreceptor mengesan bau,dia akan menghantar signal kepada otak dan otak akan mentafsir sesuatu bau itu.Kemudian,manusia akan bertindak balas sama ada akan menyukai atau tidak dengan sesuatu bau itu.Persepsi-persepsi ini akan keluar setelah otak mentafsir signal impuls yang tiba kepadanya. 3. Apa yang menarik,deria bau berhubung terus dengan satu sistem otak dikenali sebagai olfactory bulb.Olfactory bulb terletak di bahagian depan otak manusia dan bertanggungjawab memproses bau. Olfactory bulb adalah sebahagian dari limbic system. 4. Lymbic sistem bertanggungjawab dalam memproses sesuatu emosi.Justeru,apabila kita terhidu sesuatu kita akan mempunyai emosi terhadap bau tersebut samada kita akan suka,membenci dsb.Adakalanya sesuatu bau itu akan mendatangkan mood kepada manusia dan ketahuilah itu merupakan tindak balas limbic sistem!

Memahami limbic system

1. Lymbic sistem sangat penting dan terlibat secara langsung dengan emosi dan motivasi manusia.Adakalanya kita berada dalam situasi susah yang menggugat nyawa,tetapi di dalam hati menyatakan kita mahu terus hidup!Itulah dia tindak balas yang dikeluarkan oleh limbic sistem.Dia bukan sahaja menyemarakkan keinginan untuk terus hidup ketika dalam bahaya,tetapi turut berperanan menghasilkan emosi-emosi takut,marah dan juga emosi seksual. 2. Lymbic system mempunyai 2 struktur yang berperanan sebagai memori iaitu amygdala dan hippocampus.Amygdala ialah struktur yang menentukan jenis-jenis pengalaman yang manusia pernah lalui.Segala pengalaman menarik,suka,dan duka akan ditentukan di sini.Selain menentukan sesuatu pengalaman itu baik atau buruk,amygdala juga menentukan dibahagian mana sesuatu pengalaman itu disimpan di bahagian otak. 3. Manakala hippocampus akan menghantar sesuatu pengalaman yang manusia pernah lalui ke bahagian tertentu di cerebral hemisphere aka bahagian kanan / kiri otak.Segala memori akan disimpan disini untuk sesuatu tempoh jangka panjang dan akan dikeluarkan bila diperlukan.

Mengesan sesuatu bau

1. Apabila udara memasuki lubang hidung,molekul-molekul udara akan terkena pada olfactory epithelium yang berperanan untuk mengesan bau.Olfactory epithelium ialah tisu epithelial (tisu epithelial adalah kategori-kategori tisu yang terdapat dalam badan manusia selain connective tissue,muscle tissue,dan nervous tissue) yang terletak di dalam rongga hidung. 2. Sejenis lendir akan disingkirkan dari kelenjar olfactory dan akan menutupi permukaan epithelium seterusnya membantu melarutkan bau-bau.Sejenis sel saraf dikenali sebagai olfactory receptor nerves akan menghantar impuls terus ke olfactory bulbs yang terletak di bahagian otak.

Anosmia sindrom tidak boleh menghidu


1. Anosmia ialah istilah yang diberikan kepada seseorang yang tidak boleh menghidu.Anosmia boleh berlaku atas sebab-sebab jangkitan kuman,trauma dsb.Anosmia boleh berlaku secara sementara ataupun kekal. 2. Serangan sementara berlaku apabila seseorang itu diserang allergik,ataupun hidung tersumbat.Manakala serangan berkekalan disebabkan oleh kerosakan yang berlaku terhadap sel-sel yang bertanggungjawab mengesan sesuatu bau di hidung. 3. Deria bau boleh meningkat atau mengurang.Terdapat 2 istilah yang boleh dikaitkan dengan perkara ini iaitu :

a. Hyposmia adalah penyusutan sensitiviti bau seseorang b. Hyperosmia adalah peningkatan sensitiviti bau seseorang

Sistem olfactory.

1. Pernahkah kita terfikir,bagaimana hidung manusia boleh mengesan begitu banyak jenis bau?Persoalan ini berjaya dijawab pada tahun 1991,apabila Richard Axel dan Linda Buck menghasilkan kertas kerja hasil kajian mengenai sistem olfactory manusia.Kedua-dua mereka telah memenangi hadiah nobel pada tahun 2004. 2. Melalui kajian mendapati,sel-sel bau manusia mempunyai pengkhususan masingmasing dalam mengesan bau.Ini bermakna,bau wangi (sebagai contoh) mempunyai selnya sendiri,bau busuk mempunyai selnya sendiri dan begitulah seterusnya.Berapa banyakkah sel bau yang ada?Ada seribu sel-sel bau yang ada.Ini bermakna,hidung manusia boleh mengesan 1000 jenis bau yang berlainan! 3. Setiap sel-sel ini akan menghantar impuls mereka sendiri di bahagian-bahagian tertentu olfactory bulbs.Bahagian-bahagian yang terdapat pada olfactory bulbs dikenali sebagai glomerulus.Glomerulus yang menerima impuls,akan menghantar pula impuls tadi ke bahagian tertentu otak yang berkaitan.Berapa banyakkah glomerulus di bahagian olfactory bulb?Terdapat 2,000 glomeruli.Jumlah ini adalah sekali ganda dari sel-sel bau di rongga hidung,justeru membolehkan manusia untuk menghidu beberapa jenis bau pada satu-satu masa. 4. Betapa uniknya deria hidu manusia yang Allah ciptakan.Ciptaan yang tidak kaku,malah sangat fleksibel,penuh dengan keupayaan dan keistimewaan yang sangat hebat untuk difikirkan.Perkara ini perlu membawa kita kepada membesarkan Allah dan mengecilkan makhluk.

Deria bau dan memori


1. Kadang-kadang, apabila kita terhidu sesuatu bau ia akan membawa kita mengimbau kembali sesuatu peristiwa.Peristiwa-peristiwa yang bakal membawa mood-mood yang ceria ataupun sedih.Atau bau itu akan membawa ingatan kita kepada seseorang ?Apaapa pun,ini adalah satu perhubungan yang rapat boleh kita gambarkan mengenai bau dan memori manusia. 2. Perkara ini seperti yang diterangkan,ada kaitan dengan limbic sistem yang ada pada otak manusia.Olfactory bulb adalah komponen bagi limbic sistem yang membolehkan manusia untuk beremosi dengan apa yang dihidu mereka.Sungguh unik sekali kejadian manusia.Tidak kaku dan sungguh komplikated.Sukar untuk digambarkan betapa tingginya nilai ciptaan yang ada pada manusia,dan sukar digambarkan betapa berkuasanya Allah yang memungkinkan segalanya untuk terjadi.

FizikrMedia.com //Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian telinga manusia

You might also like