You are on page 1of 14

ISKANDAR MALAYSIA

Iskandar Malaysia (IM) telah dilancarkan selama hampir dua tahun. Setakat
ini dinyatakan sebanyak RM3.9 bilion pelaburan telah diterima dalam
perindustrian dan RM2 bilion dalam bidang perkhidmatan. Kerajaan juga
telah membuat kenyataan bahawa semua kaum terutama Melayu atau
bumiputera akan mendapat manfaat daripada projek-projek dan pelaburan
yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia. Persoalannya, sejauh manakah
Iskandar Malaysia (IM) benar-benar memberikan laluan kepada penyertaan
Melayu atau Bumiputera. Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
(Johor) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Johor) membuat
pendedahan dimana pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway)
yang menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya sejauh 15 kilometer
dengan kos pembinaan RM1 bilion tidak melibatkan kontraktor Melayu
sepertimana yang dijanjikan. Persoalan saya;

1. Apakah benar kontrak pembinaan lebuhraya tersebut diberikan kepada


Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. secara rundingan terus? Siapakah
pemegang saham utama Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. ?

2. Kenapakah syarikat kontraktor bumiputera tidak dilibatkan dalam


pembinaan lebuhraya tersebut?

JAWAPAN Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR:

"Pemberian kontrak pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway)


adalah "cost plus" kepada SJIC Bina Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah anak
syarikat 100% milik Iskandar Investment Berhad. Didalam pembinaan
kontrak ini, Kementerian Kewangan telah mensyaratkan supaya Pembinaan
Kota Selat Tebrau (PKST) dilantik secara rundingan terus sebagai sub-
kontraktor (Design & Build) kepada SJIC Bina Sdn. Bhd. untuk melaksanakan
kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan.

Pembinaan Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. adalah anak syarikat sepenuhnya
oleh syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. (KST) dan pemegang saham KST
adalah Iskandar Investment Berhad (51.2%), Kumpulan Prasarana Rakyat
Johor (12.3%) dan Danga Bay Sdn. Bhd. (36.5%).

Dalam pelaksanaan projek ini, sekurang-kurangnya 30% daripada kos


kontrak telah disyaratkan untuk dilaksanakan oleh kontraktor kecil
bumiputera.

ISU PEMBERSIHAN PERPARITAN

a) Peparitan kiri dan kanan dari Parit Sakai hingga ke Parit Perupok, Jalan
Jonid, Muar. Parit ini dipenuhi semak dan rumput sehingga sama tinggi
dengan jalanraya. Apabila hujan air tidak dapat mengalir dan bertakong ke
kebun dan halaman rumah penduduk sehingga beberapa hari.

b) Parit besar di Pt. Amal Jln. Jonid menuju ke Pengkalan Nelayan. Tepi parit
semak dan ada anak pokok yang semakin besar.

c)Peparitan dari Parit Limbong hingga ke Parit Jawa , Jalan Temenggong


Ahmad.

Bilakah langkah-langkah responsif yang akan diambil untuk mengatasi


masalah berikut.

JAWAPAN:

a) Perparitan di Jalan Parit Sakai hingga ke Parit Perupok, Jalan Joned di


bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Muar.

b) Parit besar di Parit Amal, Jalan Joned menuju ke Pengkalan Nelayan di


bawah penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

c) Perparitan dari Parit Limbong hingga ke Parit Jawa, Jalan Temenggong


Ahmad akan dibersihkan pada bulan November dan Disember 2008 oleh
Jabatan Kerja Raya (JKR) Muar.

PROJEK PEMBINAAN JETI NELAYAN

Saya ada memohon pembinaan jeti baru di pantai parit Keroma Laut, Jalan
Jonid kepada pejabat daerah Muar bertarikh 20 Mei 2008. Pihak pejabat
daerah telah menyiasat ke kawasan tersebut. Pejabat daerah telah
menghantar surat kepada Pengarah Pembangunan Negeri Johor untuk
mendapatkan peruntukan bagi pembinaan jeti. Dianggarkan RM 100.000.00
dan surat salinan telah dihantar kepada saya bertarikh 12 Jun 2008.

1. Bilakah kerajaan akan memberikan peruntukan untuk membina jeti


berkenaan.

2. Bilakah pembinaan jeti baru ini akan dimulakan.

JAWAPAN:

Permohonan dari Pejabat Daerah Muar telah diterima pada 12 Jun 2008.
Walaubagaimanapun, permohonan tersebut tidak dapat diluluskan tahun ini
memandangkan peruntukan tahun ini amat terhad. Permohonan tersebut
akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah Projek Infrastruktur
Asas (PIAS) dengan peruntukan Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

PEMBERIAN TANAH 'TOL' DI DUN MAHARANI

1.Berapa ramai yang telah menerima tanah ’TOL’. Contoh di Parit Prupok
Laut dan Parit Sakai Laut.

2.Masihkah lagi dibuka ’TOL’ kepada orangramai dan dimanakah kawasan


tersebut.

3.Apakah syarat untuk memohon tanah tersebut.

JAWAPAN:

Di Parit Sakai Laut, sejumlah 86 plot pernah dikeluarkan TOL bagi tujuan pertanian,
namun begitu ianya telahpun terbatal dan kesemua tanah-tanah ini telahpun
dikeluarkan hak milik kepada pemilik-pemiliknya.

Tiada lagi tanah-tanah yang dikeluarkan TOL bagi tujuan pertanian samada kepada
pemohon individu mahupun syarikat. Ini adalah kerana pemberian TOL hanya untuk
pertanian yang bercorak sementara iaitu bagi tujuan tanaman barang makanan
seperti sayuran. Bagi tujuan penanaman barang makanan atau sayuran, kerajaan
akan mengeluarkan TOL kepada Pegawai Daerah di bawah konsep Bumi Hijau dan
peserta-peserta yang berminat dan berkelayakan boleh mendaftar di Pejabat Daerah.

Walau bagaimanapun, TOL masih boleh dikeluarkan bagi tujuan seperti Tapak
Khemah Sementara, Pengalihan Bahan Batuan, Papan Iklan, Rumah Kediaman
Sementara, Warong, Bengkel, Panggung Pertunjukan Sementara dan binaan bercorak
sementara.
Bagi pemohon yang ingin memohon tanah tersebut adalah sama dengan syarat yang
dikenakan bagi permohonan-permohonan tanah kerajaan sebagaimana Seksyen 423
Kanun Tanah Negara seperti:

i. Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas

ii. Tidak muflis

iii. Telah mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang hendak dipohon

iv. Keutamaan kepada penduduk tempatan yang tiada mempunyai tanah


lain.

SEKOLAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR

1.Apakah syarat dan berapa lama untuk guru ’kontrak’ mendapat


pengesahan jawatan guru tetap?

2.Berapa ramai jumlah guru agama kerajaan negeri Johor mengikut kriteria
guru kontrak dan tetap dan kelulusan mereka( SPM/Diploma)?

3. Berapa jumlah Sekolah Agama Johor dan berapa jumlah murid mengikut
daerah?

JAWAPAN:

1) Syarat-syarat kelayakan bagi dilantik ke jawatan tetap iaitu Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 adalah seperti
berikut:

* Warganegara Malaysia

* Berumur tidak kurang 18 tahun

* Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran


Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan)
* Memiliki Diploma Perguruan/ Pendidikan yang diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

Bagi tujuan pengesahan jawatan pula, guru-guru yang telah dilantik ke


jawatan tetap perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

* Lulus dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Khusus

* Mendapat sokongan/ perakuan daripada Ketua Jabatan

Untuk makluman, guru kontrak yang hendak menjawat jawatan tetap iaitu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 perlulah
memajukan borang permohonan SPAJ01 kepada Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Johor (SPAJ) apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut
yang mana ianya akan diiklankan didalam akhbar tempatan.

2) Terdapat seramai 1,507 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan


Siswazah Gred DB17 (guru agama bertaraf kontrak) dan seramai 1,440
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 (guru
agama bertaraf tetap). Bagi guru agama kontrak, kelulusan minimum yang
diperlukan adalah seperti berikut:

i) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf


dengannya berserta:

- kepujian Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan)

- kepujian dalam 4 matapelajaran yang lain

- lulus Bahasa Inggeris dan Matematik

- lulus Bahasa Arab Tinggi/ Komunikasi

ii) Memiliki Sijil Darjah Khas (Pangkat I & II sahaja)

iii) Keutamaan diberikan kepada yang memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Manakala bagi guru agama tetap kelulusan minimum ialah memiliki Sijil
Pelajaran Malaysia dengan kepujian didalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia serta memiliki Diploma Perguruan/ Pendidikan Malaysia atau
kelayakan yang setaraf dengannya.
3) Terdapat 550 buah Sekolah Agama didalam Negeri Johor dan mempunyai
216.980 orang murid.

MASALAH SOSIAL MAT REMPIT

Masalah sosial seperti Mat Rempit sangat membimbingkan. Apakah tindakan


kerajaan untuk membendung dan juga membimbing belia-belia dari gejala
tersebut?

JAWAPAN:

Kerajaan Negeri sedar bahawa isu Mat Rempit merupakan masalah sosial
yang membimbangkan buat masa kini. Jabatan Belia dan Sukan Negeri
Johor telah merangka dan sedang melaksanakan program jangka pendek
dan jangka panjang bagi membendung masalah ini. Diantara program
jangka pendek yang dirancang oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
pada tahun ini ialah:-

1) Program Kembara Rakan Muda Bermotosikal


Program Kembara Rakan Muda Bermotosikal diadakan sempena sambutan
bulan kemerdekaan. Pengisian program meliputi aktiviti pemanduan
berhemah, penerapan nilai-nilai kemerdekaan dan aktiviti kemasyarakat.
Aktiviti pemanduan berhemah mengandungi pengenalan undang-undang
jalanraya, tatacara pemanduan yang betul dan lesen memandu. Penerapan
nilai-nilai kemerdekaan serta semangat jati diri dikalangan para belia juga
dititikberatkan didalam program ini. Aktiviti kemasyarakatn pula menyemai
sikap tanggungjawab sosial terhadap masyarakat seperti gotong-royong
membina rumah miskin, pertandingan sukan rakyat dan aktiviti khidmat
masyarakat yang melibatkan penduduk dan persatuan belia dan sukan di
setiap daerah.

2) Pertandingan Drift
Penganjuran aktiviti dan pertandingan drift telah diadakan dan mendapat
sambutan yang cukup menggalakkan. Pihak Kementerian Belia dan Sukan
juga buat masa ini sedang menumpukan perhatian kepada pembangunan
program sukan bermotor termasuk motosikal lasak dan sukan drift.

3) Auto Saloon
Pada kebiasaannya, "Pertandingan Ubahsuai Kereta" ataupun Auto Saloon
diadakan bersama-sama program-program berbentuk karnival bertujuan
untuk menarik minat golongan belia menyertai acara dan program yang
dianjurkan selain mempamerkan hasil kreativiti mereka dalam aspek
pengubahsuaian dan reka bentuk aksesori kereta serta sistem audio
kenderaan.

Program jangka panjang meliputi kursus latihan terbuka seperti mekanik,


kimpalan, membaiki telefon bimbit dan latihan intensif untuk sukan
bermotor dengan kerjasama Kelab Bermotor Negeri Johor. Latihan intensif
ini adalah bertujuan bagi mencungkil bakat remaja/ belia dalam aspek
perlumbaan sebenar di litar. Berikut adalah program jangka panjang yang
dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor:-

a) Kejohanan Motorsikal Lasak Johor 2008


Kejohanan Motorsikal Lasak Johor merupakan satu-satunya program anjuran
Kerajaan Negeri Johor. Acara tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama
kelab bermotor seperti Kelab Sukan Bermotor Johor dan Persatuan Sukan
Bermotor Malaysia ini telah menarik perhatian golongan belia dari seluruh
negara. Golongan belia bukan sahaja sebagai pengunjung malah mengambil
bahagian sebagai peserta di dalam kejohanan ini. Jumlah penyertaan amat
menggalakkan sejak kali pertama diadakan pada tahun 2004. Pada tahun
ini, kejohanan ini disertai oleh 153 orang pelumba dan menyaksikan
kehadiran lebih 10,000 orang pengunjung.

b) Klinik Advance Riding And Driving


Klinik anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan kerjasam Kelab Sukan
Bermotor Johor ini dianjurkan menggunakan format teori dan praktikal
yang mensasarkan penyertaan golongan belia. Para peserta akan
didedahkan dengan teknik pemanduan dan pengendalian motosikal dan
kereta secara selamat. Pada bulan Februari 2008, klinik ini diadakan di
Kota Tinggi dan Pengerang sementara pada tahun 2007, klinik ini diadakan
pada bulan Oktober di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
c) Klinik MotorCross
Program ini merupakan langkah awal mendedahkan para belia dan peminat
motosikal lasak untuk mempelajari teknik menunggang motosikal lasak.
Klinik ini dikendalikan di Kota Tinggi dan Muar oleh para pelumba tempatan
yang mahir serta berpengalaman luas dalam sukan motorcross.

LETAK KERETA 'PARKING' DI BANDAR MUAR

Penggunaan kereta oleh orang ramai semakin hari semakin bertambah. Ini
akan menimbulkan kesulitan kepada mereka untuk meletak kereta kerana
tempat terhad.

1. Apakah perancangan pihak berkenaan untuk menangani masalah ini?.

2. Berapa jumlah petak letak kereta dan petak rezab yang ada di bandar
Muar?

3. Berapakah jumlah pendapatan sebulan?

4. Bagaimankah kedudukan penswastaan tempat letak kereta?

ISU KECERIAAN BAHU JALAN DALAM KAWASAN MPM

1.Berapakah perbelanjaan untuk menceriakan bahu jalan dengan menanam


pokok-pokok. Contohnya: sepanjang Jalan Temengong Ahmad.

2.Siapakah kontraktor yang menguruskan penanaman pokok tersebut?

3.Berapa batang pokok ditanam sepajang jalan dan berapa kosnya?

JPMM
1. Apakah fungsi dan aktiviti yang telah dijalankan oleh JPMM sejak Mac
2008 dalam DUN Maharani?

2. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sehingga kini?

PEMBINAAN SEMULA MASJID DALAM DUN MAHARANI.

Dalam DUN Maharani terdapat 2 buah masjid papan iaitu di Masjid Jamek Pt.
Bakar Darat dan Masjid Sulaimaniah Pt. Pinang Seribu Darat.

1. Bilakah masjid ini akan dibina semula?

2. Pendudukan kampong telah dimaklumkan tentang peruntukan lebih RM 1


juta yang telah diluluskan untuk membina masjid di Pt. Bakar Darat.
Malangnya projek itu belum dimulakan sehingga hari ini.

PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN JALAN UTAMA MUAR-BATU PAHAT.

Projek yang tidak siap ini telah memberikan kesulitan kepada penduduk
setempat. Jambatan Parit Jamil ini juga kerap berlaku kemalangan. Bilakah
projek ini akan disiapkan dan berapa jumlah kosnya?

ISU PROJEK PERUMAHAN DI TANAH PERTANIAN.

Kebelakangan ini terdapat banyak projek perumahan sepanjang jalan


daripada Parit Samsu ke Parit Jawa, Jalan Temenggong Ahmad yang dibina di
tanah pertanian.

1. Apakah syarat yang ditetapkan untuk mendirikan Taman Perumahan di


tanah pertanian dan tanah rezab melayu?

2. Berapa banyak projek Taman Perumahan yang telah diluluskan di tanah


pertanian dalam Parlimen Muar?
ISU AYAM HARAM

Pada Selasa (21 Oktober 2008) yang lalu, Akhbar Harian Metro telah
mengejutkan rakyat jelata khususnya yang berada di Muar. Artikel yang
menjadi Berita Muka Depan itu bertajuk AYAM HARAM dan tertera Gambar
Ayam yang dimaksudkan.Dikatakan bahawa Pegawai Jabatan Agama Johor
(JAJ) yang memeriksa jualan ayam segar di sebuah pasar raya di bandar ini,
terkejut apabila mendapati ia dijual tanpa sembelihan sempurna dengan
urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya.

1) Adakah disediakan satu jadual pemantauan pemeriksaan bagi mengatasi


masalah ini?

2) Jika ada, berapa kali dalam setahun?

ISU GEJALA SOSIAL

Gejala sosial dan jenayah oleh Pendatang Asing. Kenyataan oleh Tn. OCPD
Batu Bahat 70%kes jenayah dilakukan pekerja-pekerja asing. Apakah
tindakan pihak berkuasa terhadap penjenayah yang terbabit?

MASALAH IKLAN ALONG

Kebelakangan ini terdapat iklan ALONG dipasang tempat awam dan juga
diedarkan dirumah-rumah dan taman perumahan. Apakah tindakan pihak
berwajib bagi membendung kegiatan tersebut?

ISU PENIAGA-PENIAGA KEDAI PEKAN TAMPOI

Peniaga-peniaga kedai pekan Tampoi seramai 12 orang, berada di atas tanah


Lot PTD 90667 HS(D) 420178 Mukim Tebrau iaitu di Jalan Dato’ Toh Ah Boon,
Tampoi telah tinggal dan berniaga secara turun temurun di kawasan ini sejak
tahun 1954. Atas faktor-faktor keselamatan daripada ancaman komunis,
kerajaan telah memindahkan mereka daripada kawasan sekitar ke
perkampungan ini yang dikenali sebagai Kampung Baru Tampoi. Pada tahun
1972 mereka telah dianugerahkan Lesen Menduduki Sementara(TOL) oleh
pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah memberi kemudahan yang bersesuaian
kepada pekedai di sini. Pada 14hb September 1985 melalui MCA Cawangan
dan Gerakan Pemuda Dan Kaum Wanita, Tampoi, Johor telah menghantar
surat kepada pejabat Menteri Besar Johor bagi mengadu masalah yang
berkaitan dengan pembangunan di kawasan ini. Pada 16hb Mei 1989 mereka
telah memohon perubahan daripada tanah TOL kepada tanah bergeran
kepada pihak Kerajaan Johor. Mereka menunggu dengan penuh harapan
tetapi malangnya pada 3hb Mei 2006, pihak Kerajaan Negeri Johor telah
menganugerahkan tanah tersebut kepada pihak Johor Corporation, anak
syarikat Kerajaan Negeri Johor.
Akhirnya pada 24hb September 2007 mereka telah mendapat notis
mengosongkan bangunan daripada pihak Johor Corporation sebelum atau
pada 25hb Oktober 2007. Rayuan telah dibuat kepada pihak Johor
Corporation melalui YB Low Teh Hian, Adun Kawasan Pengkalan Rinting
merangkap Ketua Biro Aduan MCA Johor pada 5hb Oktober 2007.
Permohonan pajakan telah dibuat sepertimana yang diucapkan oleh Y.B
Dato’ Haji Osman bin Sapian, Adun Kempas dalam sidang Dewan Undangan
Negeri pada 25 Jun 2008. Dialog dengan pihak Johor Corporation juga telah
dipohon melalui Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas pada 10hb Julai 2008.
Malangnya pihak Johor Corporation tidak mahu melayan sebarang cadangan
daripada pihak mereka. Malah pihak Johor Corporation mahu peniaga di sini
mengosongkan kedai mereka seberapa segera seperti yang terkandung dalam
surat jawapan kepada Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas bertarikh 17hb Julai
2008. Serentak dengan arahan mengosongkan kedai, mereka berasa hairan
bagaimana pihak tertentu telah diberi kebenaran untuk menyewa di
kawasan tersebut dalam tempoh masa 3 tahun.
Mereka telah merayu kepada pihak Y.A.B Menteri Besar Johor Dato’ Haji
Abdul Ghani Othman agar dapat mengarahkan anak syarikat Kerajaan Negeri
Johor, Johor Corporation mengizinkan mereka menyewa, membangunkan
dan berniaga di kawasan ini pada kadar yang bersesuaian. Jika pihak
tertentu berhak mendapat sewaan tanah di sini mengapa pula mereka yang
membangunakan kawasan ini sejak tahun 1954 tidak dilayan oleh pihak
Johor Corporation. Mereka mahu perbincangan lanjut mengenai perkara ini
di antara pihak pekedai dengan pihak Johor Corporation. Persoalannya :
1) Apakah nama syarikat yang telah dibenarkan menyewa seperti yang
tersebut di atas?

2) Mengapakah syarikat ini terpilih untuk menyewa kawasan tersebut?

3) Jika pekedai seramai 12 orang ini ingin menyewa dikawasan ini, adakah
mereka akan dibenarkan?

4) Apakah mereka akan diberi pampasan jika mahu berpindah daripada kedai
tersebut?

5) Apakah pihak Y.A.B Menteri Besar Johor Dato’ Haji Abdul Ghani Othman
bersedia untuk menjadi orang tengah mempertemukan Johor Corporation
dengan pekedai?

ISU PENDUDUK RUMAH PANGSA TAMAN CEMPAKA, TAMPOI

Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka, Tampoi telah


ditubuhkan pada ahad 8hb Jun 2008 oleh Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.
Tujuan penubuhannya adalah untuk membela kepentingan penduduk yang
tinggal di rumah pangsa khususnya di Taman Cempaka. Rumah pangsa ini
telah dibina lebih kurang 23 tahun yang lalu. Ia mempunyai 27 Blok dengan
kapasiti lebihkurang 1800 unit rumah. Setiap blok diketuai oleh seorang
Ketua Blok dan ahli jawatankuasanya bertanggungjawab terhadap segala
permasalahan penduduk. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Management
Committee (MC) atau Perbadanan Pengurusan.

Penduduk rumah pangsa Taman Cempaka hanya mampu membayar


lebihkurang RM15 sebulan untuk yuran perkhidmatan sedangkan kadar yang
sesuai untuk pengurusan sesebuah blok seperti rumah pangsa ini adalah
RM65 sebulan. Ini bermakna mereka kekurangan RM50 sebulan bagi sebuah
unit rumah. Kesannya adalah MC tidak mampu menguruskan blok dengan
sempurna dan terpaksa berdepan dengan masalah-masalah berikut :
Ketidakmampuan untuk mengecat blok yang menyebabkan persekitaran
mereka kurang ceria dan tidak menarik.
Ketidakmampuan untuk menampal kebocoran dinding blok menyebabkan
blok mereka sentiasa bocor ketika hujan.
Ketidakmampuan untuk menyelengara sistem paip dan tangki air
menyebabkan blok mereka sering menghadapi masalah kebocoran paip.
Ketidakmampuan untuk menyelengara atap blok menyebabkan mereka
berhadapan dengan kebocoran setiapkali hujan. Kebocoran serius adalah
ditingkat paling atas.

Berita Harian 1 Ogos 2008 telah menyiarkan kenyataan Datuk Bandar Majlis
Bandaraya Johor Baharu(MBJB) Datuk Mohd Naim Bin Mohd Nasir bahawa RM
1.3 Juta diperuntukkan untuk mengecat rumah pangsa di Jalan Terus, Jalan
Skudai dan Flet Cempaka.

1) Adakah benar rumah pangsa Taman Cempaka mendapat peruntukkan


untuk mengecat rumah mereka? Jika benar, bilakah masanya bangunan
mereka akan dicat?

2) Apakah nama kontraktor yang bertangungjawab mengecat bangunan


tersebut?

3) Apakah MC akan dirundingi sebelum proses mengecat bangunan dibuat?

4) Apakah cadangan-cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah


ketidakmampuan MC mengurus bangunan di Taman Cempaka?

5) Jika terdapat aduan daripada penduduk rumah pangsa atau masalah yang
berkaitan dengan pihak MC, apakah badan diperingkat Kerajaan Negeri Johor
yang bertanggunjawab secara khusus menangani masalah rumah pangsa di
Negeri Johor?

6) Jika kerajaan memperuntukkan kewangan kepada kampung-kampung


tertentu diluar bandar, adakah sebarang peruntukkan-peruntukkan tertentu
daripada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan
dengan rumah pangsa di Negeri Johor?

ISU KEMAYAN CITY


Bangunan terbengkalai Kemayan City di hadapan Bukit Mewah, Tampoi telah
mencacatkan pandangan khususnya penduduk disekitar taman tersebut.
Persoalannya :

1) Apakah status bangunan tersebut?

2) Pihak mana yang bertanggungjawab menguruskan bangunan tersebut?

3) Apakah rancangan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah di atas?

4) Memandangkan bahawa kawasan tersebut ketiadaan dewan orang ramai


tempat dimana aktiviti masyarakat setempat dapat diadakan. Adakah pihak
kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil alih bangunan tersebut
untuk kemudahan masyarakat setempat?

ISU PENIAGA KECIL DI JOHOR BAHRU

Pihak kerajaan tempatan telah banyak menyediakan kemudahan kedai untuk


peniaga khususnya peniaga-peniaga kecil di Johor Baharu. Persoalannya:

1) Adakah terdapat kouta untuk semua bangsa berniaga ditempat-tempat


tersebut?

2) Apakah syarat kelayakkan untuk seseorang pemohon dibenarkan berniaga


di tempat tersebut?

3) Apakah prosidur yang diperlukan untuk berjaya menjadi peniaga ditempat


tersebut?

You might also like