You are on page 1of 118

GERAKAN

TAJDID ISLAMI

ABU ALA AL MAUDUDI

GERAKAN TAJDID ISLAMI

GERAKAN GERAKAN
TAJDID ISLAMI
Oleh

ABU ALA AL MAUDUDI

GERAKAN TAJDID ISLAMI

E-Book Version HIRA 2007

GERAKAN TAJDID ISLAMI

DAFTAR ISI KANDUNGAN Data Pengantar daripada Penterjemah Pendahuluan daripada Pengarang BAB 1 Pertentangan Antara Islam dan Jahiliyyah Teori Jahiliyyah Atheisme Teori Jahiliyyah Syirik (Politheisme) Teori Jahiliyyah Rahbaniyyah Teori Islam Perutusan Para Rasul Hakikat Perutusan Para Rasul Khulafaur Rasyidin Serangan Jahiliyyah Yang Hebat Perlunya Para Mujaddid Sebuah Hadis Sebagai Penjelasan Hakikat Kebangkitan Islam Perbezaan Antara Tajaddud dan Tajdid Ciri-Ciri Seorang Mujaddid Perbezaan Antara Mujaddid dan Rasul Mujaddid Yang Kamil Imam Al- Mahdi Beberapa Mujaddid Terkenal dan Pencapaian Mereka Umar bin 'Abdul `Aziz Imam Al-Ghazali Imam Ibnu Taimiyyah Syeikh Ahmad dari Sirhind NilaiAdNilai-Nilai Perjuangan Imam WaliyuLlah Ad-Dahlawi Karya-Karya Kritikan Kerja Penyusunan Semula Hasil-Hasil Yang Dicapai Sayyid Ahmad Brelvi dan As-Syahid Syah Ismail Faktor-Faktor Kegagalan Kesimpulan Rujukan 4 8 10 11 14 18 22 27 29 29 30 34 35 37 37 38 42 43

BAB 2

BAB 3

47 47 55 65 71 79 81 92 97 98 102 112 114

BAB 4

GERAKAN TAJDID ISLAMI

DARI KATA PENGANTAR DARIPADA PENTERJEMAH

Segala puji hanyalah untuk Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum keluarganya dan para sahabat yang tersangat setia pada beliau. Semoga taufiq dan pemeliharaan jua Allah anugerahkan kepada seluruh Mujahiddin yang taat memperjuangkan kalimah al hak di persada bumi ini. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin, taufiq serta hidayahNya, maka versi Melayu daripada naskah Inggeris yang berjudul "A Short History of the Revivalist

Movement in Islam" dapat dihasilkan.


Al Marhum Abul A'la Maududi adalah seorang ahli fikir Islam dilahirkan di Aurangabad, Hyderabad-Decca, India pada 25hb. September 1903. Beliau juga adalah seorang Mujahid, Mujtahid, Ulamak dan'sekaligus Mujaddid yang banyak memberikan sumbangan kepada dunia, Islam terutamanya dalam menyelamat serta menghidupkan kembali pemikiran dan semangat Al Jihad Fil Islam di kalangan ummat Islam hari ini yang sedang tenggelam dalam arus peradaban jahiliyyah dengan ketajaman fikirannya Abul A'la Maududi berjaya menjernihkan semula idea-idea pemikiran hadhari baik yang bersangkut dengan sejarah, politik, perundangan sosial, budaya, ekonomi, akhlak, aqidah dan sebagainya. Pembanjiran karya-karya beliau tidak dapat tidak, telah mencelikkan mata ummat Islam iaitu betapa tamaddun gilang gemilang yang pernah menjadi warisan hidup orang-orang Islam dahulu telah lama ditenggelamkan oleh tamaddun kuffar natijah dari angkara manusia-manusia yang tidak senang dengan ajaran deenul Islam.

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan

dusta terhadap ALlah sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan ALlah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya". (Surah As-Saff: 7 & 8)

Sejarah perjuangan bangsa manusia wring menceritakan bahawa dalam pada orang-orang yang engkar kepada Islam itu tuba membuat kerosakan di muka bumi, orang-orang yang beriman lagi sertaqwa pula tidak pernah lupa untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab mereka.

"Orang-orang yang beriman berperang di Man Allah dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut (Syaitan) ".
Surah An Nisaa': 76

"Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar".
Surah At Taubah: 71

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALlah dan RasuINya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALlah, mereka itulah orang-orang yang benar".
Surah Al Hujurat: 15 Sepintas lalu jika kita meninjau peribadi serta aktiviti-aktiviti Yang telah diperjuangkan oleh individu-individu di dalam karya Abul Ala Maududi ini, kita tidak dapat menyangkal lagi bahawa orang-orang yang seperti mereka inilah antara mujahid-mujahid Yang pernah digambarkan oleh Al Qur'an melalui ayatayat di atas. Seluruh masa, tenaga, fikiran dan meskipun jiwa mereka telah mereka curahkan semata-mata untuk menyelamatkan agama ALlah. Sudanh

GERAKAN TAJDID ISLAMI

selayaknyalah apabila Maududi mengurniakan gelaran Mujaddid kepada pejuangpejuang seperti mereka ini. Di dalam buku "Gerakan Tajdid Islami" ini, pengarang menghuraikan secara ringkas tetapi bernas tentang sejarah kelahiran Mujaddid-Mujaddid berserta usaha-usaha pemulihan (tajdid) mereka, ciri-ciri Mujaddid, sirah dan liku-liku perjuangan Yang telah mereka tempuhi. Pada bahagian akhir penulis tidak ketinggalan untuk menyumbangkan kritik serta beberapa buah fikiran beliau berhubung dengan sebab-musabab terjadinya kegagalan dalam perjuangan beberapa mujaddid masa, lalu. Apa Yang kita sama-sama harapkan ialah semoga kelemahan serta kekurangan seperti yang dibawakan oleh setiap Gerakan Tajdid Yang lepas, akan menjadi iktibar dan pengajaran, buat pendokong Gerakan Tajdid di masa kini. Sebaik-baiknya kita melihat kegagalan Gerakan 'Tajdid yang lalu itu dari perspektif yang positif iaitu dengan menganggap bahawa usahausaha yang telah dijalankan oleh gerakan tersebut sebagai 'preliminary forces' atau tenaga penggerak awalan ke arah kebangkitan Islam di hari ini dan seterusnya kepada kemenangan Islam di hari esok.

"Dan sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah Kami tulis dalam Lauhul Mahfuz bahawasanya bumi ini dipusakai oleh hamba-hambaKu yang soleh
Surah Al Anbiyaa': 105

"Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang-orang yang Engkau kehendaki dan Egkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat sehingga sempurnanya penerbitan buku ini adalah diucapkan berbanyakbanyak terima kasih dan
6

GERAKAN TAJDID ISLAMI

InsyaALlah hanya Ar Rahman serta Ar Rahim sahaja yang dapat membalas sumbangan masing-masing itu nanti.

Wasallam.

Elias Ismail Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ramadhan 1407 Mei 1987.

GERAKAN TAJDID ISLAMI

PENDAHULUAN DARIPADA PENGARANG

Mujaddid adalah salah satu daripada perkataan yang sering digunakan


mengikut peristilahan Islam. Pengertiannya yang umum sudah sedia dimaklumi:

Mujaddid adalah orang yang memulih dan mengembalikan semula ajaran Islam.
Tetapi kebanyakkan orang tidak dengan sepenuhnya memahami pengertian atau maksudnya secara teknikal. Umpamanya sedikit sekali orang yang memahami dengan balk apa itu Tajdid, tugas yang semacamana yang merangkuminya, sejauhmanakah skop dan keluasannya dan bagaimanakah

Tajdid

yang

menyeluruh dan bagaimanakah pula yang dikatakan separuh Tajdid. Paling utamanya disebabkan hal inilah maka orang-orang yang jahil tidak secara sepenuhnya memahami hakikat pencapaian yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh besar Sejarah Islam yang dikenali sebagai mujaddid. Mereka hanya mengenali tokoh-tokoh seperti Umar bin Abdul Aziz, Imam Ghazali, Imam Ibni Taimiyyah, Syeikh Ahmad dari Sirhindi dan Syah Waliullah dari Delhi, sebagai mujaddid, tetapi mereka tidak pun tahu iaitu dalam aspek khususnya mereka digelar

mujaddid dan apakah sifat serta corak pemulihan yang telah dicapai oleh tiap-tiap
seorang daripada mereka. Salah satu daripada alasan utama daripada kejahilan mereka ialah gelaran-gelaran yang mengkagumkan seperti Hazrat, Imam,

Hujjatul Islam, Qutbul Arifin, Zubdatul Salikin dan sebagainya membebani


pemikiran mereka dan seterusnya melemahkan keupayaan berfikir mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk mengkaji secara mendalam tugas-tugas dan pencapaian tokoh-tokoh ini dan menilai dengan tepat sifat-sifat serta kesan-kesan yang dibawakan oleh perkhidmatan mereka dalam mempengaruhi kebangkitan semula Islam. Kemudian bahasa yang digunakan untuk mengambarkan pencapaian-pencapaian mereka ini biasanya lebih puitis

GERAKAN TAJDID ISLAMI

daripada berbentuk saintifis. Ini tentunya melahirkan kesan kepada pembaca yang barangkali dirasai juga oleh pengarangnya sendiri bahawa tokoh yang sedang dibincangkan itu adalah seorang suci tauladan dan apa sahaja yang dilakukannya adalah membuktikan kesempurnaan diri tokoh itu dan ianya adalah diluar jangkauan manusia biasa. Walau bagaimanapun, kepercayaan yang membabi buta dan penilaian yang semudah itu tidak berupaya membantu usahausaha kita untuk memulih dan mengembalikan semula Islam. Kita seharusnya memahami dengan sepenuhnya proses Tajdid ini, dan merenung, kembali sejarah, menentukan setakat mana dan dengan cara apa tokoh-tokoh pemimpin yang berbeza itu mencapai tugas ini pada abad-abad yang lalu, sejauhmana kejayaan-kejayaan mereka itu memberi manafaat kepada kita dan bagaimana dapat kita perbaiki kelemahan atau kegagalan yang telah mereka tinggalkan itu. Hal ini memerlukan sebuah buku untuk pembicaraan yang lebih baik. Walau bagaimanapun ianya tidak mungkin dapat dihasilkan pada waktu ini. Syukur juga kerana cadangan untuk menulis tentang Syah Waliullah memberi peluang kepada saya untuk menyentuh secara ringkas tentang perkara tersebut. Adalah diharapkan agar perbincangan yang ringkas ini dapat mengilhamkan seseorang untuk menyusun Sejarah Gerakan Tajdid Islam dengan lebih lengkap lagi. Karangan yang dibukukan ini pada mulanya ditulis untuk siri Syah Waliullah dalam Al Furqan. Biasanya kisah gerakan Syah Waliullah mendapat perhatian yang ramai ke atasnya berbanding dengan gerakan mujaddid-mujaddid lain. Pembaca dalam meneliti karangan ini perlulah ingat bahawa bukanlah tujuan buku ini untuk memusatkan gerakan kesemua mujaddid, tetapi ianya hanya menyentuh mujaddid-mujaddid yang penting sahaja iaitu mereka-mereka yang telah meninggalkan kesan yang berpanjangan di dalam Sejarah Islam. Adalah juga diingatkan bahawa Tajdid telah digerakkan oleh ramai tokoh pada setup zaman yang talu, tetapi hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang benarbenar layak mendapat gelaran mujaddid. Abul A'la Maududi

GERAKAN TAJDID ISLAMI

BAB 1 PERTENTANGAN ANTARA ISLAM DAN JAHILIYYAH

Memang tidak dapat disangkal lagi apa sahaja sistem hidup yang disarankan untuk manusia di alam fana ini, mestilah berasaskan dari prinsip metafizik atau konsep ketuhanan tertentu. Tiada perancangan hidup yang memungkinkan tanpa adanya konsep yang jelas tentang manusia dan dunia yang didiaminya. Pertanyaan bagaimana seharusnya manusia berperilaku atau apa pula yang seharusnya dilaksanakan adalah berkait rapat dengan persoalan: Apa itu manusia?. Apakah kedudukan serta peranannya di dunia ini?. Dan apakah sistem kehidupan di alam sejagat ini yang cuba dicorakkan sebagai sistem hidup penuh kedamaian?. melahirkan Setiap beberapa jawapan sistem yang etika berbeza yang terhadap persoalan mana ini pula akan akan

berbeza

yang

menentukan struktur bagi beberapa aspek kehidupan manusia. Justeru di dalam rangka struktur tersebut perilaku individu dan kaedah-kaedah hukum yang sempurna serta peraturan-peraturan yang berlaku dalam hubungan sosial akan akhirnya menghasilkan secara sempurna seluruh bangunan peradaban

(kebudayaan).

Seluruh sistem hidup sekarang mahupun pada zaman silam, seharusnyalah mendukung suatu filsafat dasar metafizikdan teori dasar akhlak tertentu. Kedua konsep asasi inilah yang membezakan suatu sistem kehidupan dengan sistem kehidupan yang lainnya, bukan sahaja dalam prinsip-prinsip utama tetapi juga dalam persoalan-persoalan yang sekecil-kecilnya. Pada hakikatnya dasar

metafizikserta teori moral ini menentukan tabiat setiap sistem hidup, lantaran keduanya ibarat ruh dan jasad. Sekiranya kita melupakan sejenak terhadap masalah-masalah jinsiah dan furu'iah

10

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dan menumpukan kepada soal-soal prinsip semata-mata, maka hanya terdapat empat jenis doktrin metafizik sahaja di dalam dunia ini. Semua sistem kehidupan baik sekarang maupun yang. telah berlalu dapat dibuktikan dengan analisa bahawa kesemuanya menganut salah satu dari keempat doktrin metafizik tersebut.

1. TEORI JAHILIYYAH ATHEISME

Menurut penganut-penganut fahaman (doktrin) ini, yang berasaskan kepada konsep "kejahiliyyahan" semata-mata, menganggap bahawa alam semesta ini tercipta secara kebetulan sahaja. Tidak ada hikmah, matlamat dan tujuan disebalik penciptaannya. Dunia ini tercipta dengan sendirinya dan akan berakhir dengan sendirinya juga tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Tidak ada Tuhan yang menguasainya, dan kalaupun ada, maka wujud atau tidaknya sama sahaja bagi manusia dan tidak berpengaruh terhadap kehidupan manusia. Manusia adalah haiwan, sebagaimana makhluk, yang lain juga dilahirkan ke alam ini kerana faktor kebetulan. Kita tidak perlu membebankan diri bersusah-payah terhadap persoalan: Siapakah gerangan yang telah menciptakan manusia? atau mengapa ia diciptakan? Sudah cukup baginya sekadar mengetahui dirinya sebagai manusia yang kebetulan berada di bumi ini, yang mempunyai naluri yang di dorong oleh wataknya untuk merealisasikan sesuatu. Dan untuk itu dia juga mempunyai kekuatan peralatan yang dapat membantu memenuhi hasrat

tersebut. Segala yang terdapat di bumi diekploitasikannya demi mencapai tujuan yang sama. Dengan demikian tergambarlah kepada kita, bahawa dia tiada mempunyai tujuan hidup kecuali memuaskan kehendak nafsu yang bersifat kebinatangan. Segala keahlian dan keupayaannya sebagai manusia, diarahkan semata-mata bagi memenuhi kehendak ini dengan segenap kepuasan demi kepuasan.

Di sana tiada sumber pengetahuan, hidayah maupun bimbingan dari atasan yang dapat diterima sebagai doktrin kehidupan. Lantaran itu dia bebas membuat

11

GERAKAN TAJDID ISLAMI

peraturan hidup hasil dari perhubungannya dengan suasana sekeliling dan berdasarkan perumusan sejarah engalaman-pengalamannya sendiri. Lantas, di sana tiada lahir satu kuasa pemerintahan pun di mana manusia harus sertanggungjawab terhadap pekerjaannya dan oleh sebab itu dia tidak

sertanggungjawab kepada sesiapa pun. Paling tidak atas kesedarannya sendiri akan mencelanya atau ia akan dituntut untuk sertanggungjawab kepada yang berkuasa memerintah sesama manusia.

Apa sahaja akibat tindakan kita hanya terbatas kepada kehidupan duniawi. Tidak ada kehidupan akhirat. Oleh kerana itu penilaian baik atau buruk, benar atau salah, manfaat atau mudharatnya, semuanya bergantung kepada hasil-hasil yang diperolehi dari pengalaman manusia di alam fana ini. Manusia, di dalam tingkat "penyelewengannya" di mana ia tidak mampu merasai sesuatu yang ghaib, atau terlalu angkuh dan bongkak, akan menjadikan fikirannya hamba kepada faham atheism. Pemuja-pemuja kebendaan

(materialists) dalam semua peringkat sememangnya mempunyai pandangan yang sama. Kecuali sekelompok kecil sahaja, boleh dikatakan hampir kesemua penguasa-penguasa negara, amir-amir, negarawan dan hartawan serta mereka yang sanggup mati kerana mempertahankan kekayaan, pada umumnya, memilih konsep hidup ini. Malahan dari sebalik kemajuan bangsa di sepanjang

pengamatan sejarah perkembangan mereka dan kebudayaan, pada umumnya, masih membina sistem hidup mereka berasaskan doktrin ini. Dan kini

kebudayaan tersebut telah menjadi asas kebudayaan bangsa Barat, kendatipun tidak semuanya bangsa Barat mengingkari wujudnya Tuhan serta kehidupan setelah mati. Ini tidak pula bermakna kesemua mereka mendukung dasar akhlak yang berteraskan kebendaan tetapi yang jelasnya peradaban mereka telah dijiwai oleh semangat mengingkari wujudnya Tuhan, hari akhirat dan hakikat jiwa kebendaan. Kecenderungan ini telah berakar-umbi di dalam fikiran mereka sehinggakan meskipun ada di kalangan mereka dengan menggunakan aqal yang waras, mempercayai adanya Tuhan dan hari akhirat serta tidak menganut faham kebendaan, tetapi secara tidak disedari berkelakuan sepertimana.layaknya

12

GERAKAN TAJDID ISLAMI

penganut atheism dan materialisme di dalam praktik hidup mereka. Hal ini terjadi disebabkan di sana tidak terdapat pertalian yang menghubungkan antara teori ilmiah dengan praktik kehidupan yang nyata.

Keadaan persis ini pernah dialami oleh generasi zaman silam yang telah melupai Tuhan. Walaupun para hartawan di Baghdad, Daniaskus, Delhi dan Granada itu beragama Islam, mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat, namun pada umumnya tingkah laku dalam praktik hidup mereka menyamai orang-orang yang faham tidak bertuhan dan menyakini adanya hari akhirat. Mereka bertindak seolah-olah tanpa sertanggungjawab kepada sesiapa pun, tidak juga memerlukan petunjuk dari mana jua pun. Apa yang penting bagi mereka ialah mencari kepuasan nafsu samada melalui jalan halal atau pun Karam, sehingga mereka merasa bebas memilih Segala macam cara apa pun yang disukai. Dan pada anggapan mereka peluang hidup ini perlu diisi dengan kenikmatan serta kemewahan duniawi.

Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas faham atheis ini merupakan faktor utama terbentuknya sistem kehidupan yang berasaskan kebendaan

(materialisme) samada ianya tercatat di dalam buku-buku ataupun tersimpan di dalam fikiran manusia. Kekeliruan berlaku apabila orang-orang yang menganut fikiran tersebut mula mengembangkan sem dan sains di satu pihak dan menyebarkan kecenderungan pemikirannya di pihak yang lain. Pengaruh buruk mereka ini akhirnya akan menyerap ke dalam sistem pendidikan dan

menanamkan semangat kebendaan (materialistik) maupun atheism. Akibatnya, kehidupan setiap peribadi dan hubungan antara sesama manusia dengan undangundang yang berlaku dalam masyarakat akan berkembang biak dengan konsep hidup ini (atheism). Natijahnya tersemailah di dalam masyarakat manusia bahawa orang-orang yang cerdik, pengkhianat, pendusta, curang, zalim dan berjiwa keji adalah orang-orang yang terbaik.

13

GERAKAN TAJDID ISLAMI

2. TEORI JAHILIYYAH SYIRIK (POLITHEISME)

Doktrin metafizik kedua adalah doktrin yang berasaskan politheisme yakni mempercayai adanya Tuhan yang banyak, bukan sahaja Tuhan yang Esa. Menurut teori ini, alam semesta wujud bukan secara kebetulan sahaja, atau pun tanpa Tuhan sebagai Pencipta tetapi banyak yang mengatur dan tidak hanya satu. Pandangan tersebut tidak mempunyai bukti-bukti ilmiah yang kukuh, sebaliknya hanya basil lamunan manusia belaka. Dengan sebab itulah penganut faham ini dari semua zaman tidak pernah mendapatkan kata sepakat dalam mengisbatkan Tuhan dengan benda-benda yang mereka kira dapat dirasai atau yang dapat difikirkan. Mereka meraba-raba dalam gulita kemusyrikan dan mempertuhankan segala sesuatu yang dapat disentuh oleh tangan mereka, justeru bilangan Tuhan dari masa ke semasa sentiasa sertambah atau berkurang. Sehingga malaikat, jin, rub, planet-planet, manusia samada yang hidup maupun yang mati, pepohon, gunung-gunung, binatang, lautan, daratan, api dan segala yang abstrak seperti cinta, keindahan, syahwat, kemampuan mencipta, sakit, perang, kekayaan, perdamaian dan sebagainya dianggap sebagai dewa. Bukan itu sahaja, malahan gabungan dalam lamunan mereka seperti manusia berbadan singa, manusia - burung, manusia berkepala empat, manusia sertangan seribu, manusia berhidung seperti belalai gajah dan sebagainya, semuanya dipuja-puja oleh para penyembah dewa.

Dengan ini, dengan demikian telah melahirkan berbagai-bagai perbuatan aneh dan tahyul lantaran setiap penganut faham politheism ini menjalinkan ceritacerita penglipur-lara yang menggiurkan sebagai basil kemampuan mengkhayal. Masyarakat yang memegang kepada konsep Tuhan Yang Maha Kuasa menyakini bahawa Allahlah sebagai penguasa sedangkan tuhan-tuhan yang lain hanya berstatus sebagai menteri, pendukung, pengawal dan buruhNya. Mereka

beranggapan bahawa manusia tidak dapat berhubung secara langsung dengan Allah sebagai penguasa tertinggi. Segala persoalan hidup tergantung kepadaNya. Dialah yang menyertai mereka, sedangkan pada masyarakat yang tidak

14

GERAKAN TAJDID ISLAMI

mengenal atau masih kabur pandangannya tentang ketuhanan Allah Yang Maha Esa, beranggapan bahawa kekuasaan tuhan dibahagi-bahagikan sesama tuhantuhan yang lain.

Inilah jahiliyyah kedua selepas jahiliyyah atheism, di mana ianya berasaskan kepada kesyirikan (politheisme) yang telah menguasai alam fikiran manusia sejak bebarapa kurun sejarah yang silam sehingga sekarang. Dari kajian sejarah menunjukkan bahawa manusia tidak akan terpengaruh oleh fikiran-fikiran seperti ini kecuali mereka yang berfikiran cetek dan kotor. Di atas usaha gigih keberkatan ajaran para Nabilah, maka manusia kembali mempercayai Tuhan Yang Maha Esa dan meninggalkan tuhan-tuhan yang lainnya. Namun keadaan seperti ini tidak berpanjangan lama, lantaran manusia pula menganggap para Nabi, wali, syuhada, orang-orang salah, ulama dan pemimpin agama serta banyak "bayang-bayangan sifat Allah di bumi" sebagai wakil Tuhan menjelmai dalam bentuk lain. Manusia-manusia yang dungu ini meniadakan tuhan-tuhan dan penyembah-penyembahnya, hanya sekadar menggantikannya dengan

hamba-hamba Allah yang seluruh hidupnya diabdikan untuk menyebut nama Allah dan menghindarkan diri dari kebatilan menuhankan manusia, di satu pihak telah tercipta ajaran baru di mana pemberian sedeqah kepada yang telah meninggal dunia, menziarah perkuburan, melakukan nadzar dan perayaan di atas kubur, memancang bendera-bendera atas kematian seorang pahlawan dan pemujaan terhadap para wali serta berbagai ragam upacara penyembahan dilakukan sebagai menggantikan pemujaan terhadap para dewa. Dari segi lain pula mereka menghidupkan semula khurafat-khurafat seperti dikarangkan

dongeng tentang para wali; keajaiban kelahiran dan kematian mereka, waktu lenyap dan munculnya kembali, kekuatan luar biasa yang mereka miliki, serta pengaruh mereka terhadap Allah tanpa disertai bukti-bukti yang dapat dipercayai. Dongengan ini, perlu dicatatkan di sini, dalam banyak perkara tidak ada bezanya dengan khurafat kaum musyrikin. Bukan sekadar itu sahaja, malahan para wali ini dianggap memiliki kekuasaan sebagai orang perantaraan. Oleh yang demikian dirangkaikanlah doa-doa bagi memohon bantuan ghaib dan rezeki walau pun

15

GERAKAN TAJDID ISLAMI

tanpa pertolongan mereka Allah tetap mampu memberi kesemuanya. Akan terlihat kelak bahawa pemikiran tersebut pada praktiknya terdapat keserasian dengan pemikiran yang dianuti oleh para pemuja dewa yang menganggap penguasa alam semesta yang sebenar adalah jauh diluar jangkauan pemikiran manusia. Dan semua urusan kehidupan manusia adalah di bawah kekuasaan para petugas bawahanNya. Perbezaan jika ada pun,- hanya disegi sebutan sahaja di mana secara terbuka mereka menyatakannya sebagai dewata, dewa atau anak tuhan. Sedangkan mereka yang mengakui para pengikut Nabi menyebut pujaan mereka dengan gelaran seperti zahid, wali, habibullah dan sebagainya.

Dari pengamatan sejarah, jahiliyyah model ini tersangat merbahaya sekali lantaran haluannya menjurus kepada jahiliyyah atheism. Peradaban-peradaban zaman dahulu seperti di zaman pemerintahan Babylon, Mesir, India, Iran, Persia dan Romawi telah mencampuradukkan kedua faham tersebut. Dan kini

kebudayaan Jepun menunjukkan hal yang sama. Terdapat banyak sebab-sebab yang mendorong persamaan pendapat ini, di sini saya akan huraikan faktorfaktor tersebut.

Pertama: Pertama Menurut teori jahiliyyah syirik, sebenarnya tidak ada hubungan antara manusia (hamba) dengan Tuhannya kecuali lamunan manusia sendiri bahawa tuhan-tuhan tersebut memiliki suatu kekuatan dan kekuasaan untuk memberikan kebahagiaan ataupun kesengsaraan kepada manusia. Dengan latar belakang pemikiran ini, manusia berhajatkan kesenangan dan bantuan agar tercapai segala tujuan duniawi dengan cara melaksanakan bermacam-macam cara peribadatan. Kemungkinan untuk mendapatkan petunjuk-petunjuk tentang akhlak atau cara hidup penganut-penganut fahaman ini tidak begitu memperdulikan kerana memang tidak ada yang memberi hidayah kepada mereka. Dengan sebab itu mereka menciptakan sendiri suatu kod etika dan mencanangkan suatu cara hidup yang didasarkan ke atas fahaman mereka. Kemudian berubahlah teori jahiliyyah syirik ini kepada teori jahiliyyah atheis yang murni dalam bentuknya yang

16

GERAKAN TAJDID ISLAMI

sederhana Serta mudah dilaksanakan! Jelaslah kini bahawa perbezaan antara kedua sistem sosial ini ialah golongan politheisme memiliki tempat peribadatan (seperti rumah-rumah berhala, kuil-kuil, pondok-pondok dan sebagainyal;

mempunyai jemaah (penyembah-penyembah) dan upacara ritual; sedangkan golongan atheism tidak memiliki kesemuanya itu. Namun berhubungan dengan perilaku akhlak, kedua faham tersebut mempunyai persamaan. sebab itulah tidak menghairankan kita mengapa terdapat kemiripan antara perwatakan moral bangsa Yunani kuno dengan bangsa Romawi penyembah patung dengan bangsa Eropah sekarang.

Kedua: Kedua Teori jahiliyyah syirik tidak berupaya untuk menyajikan prinsip-prinsip yang bebas dan landasan yang kukuh terhadap ilmu-ilmu pengetahuan, seni dan sains, falsafah dan sastera, politik dan ekonomi. Di sini sekali lagi penganutpenganut teori syirik terpaksa mengarah kembali kepada teori jahiliyyah atheism. Dengan yang demikian pengembangan pemikiran penganut-penganut ideologi sosial ini hanyalah mewarisi peninggalan masyarakat sebelumnya yang

berasaskan

undang-undang

syirik. Perbezaan kedua

ideologi

golongan ini

hanyalah satu iaitu golongan politheism memiliki daya khayalan yang tinggi dan maju, manakala golongan atheis merupakan orang- orang yang terikat pada sistem praktikal dan kurang mampu berteori tentang kewujudan alam semesta selain Allah, maka logika kaum atheis sama tidak rasionalnya dengan metosmetos kaum politheism. Walau bagaimanapun apabila dua doktrin ini dianalisa dengan teliti adalah didapati kedua faham tersebut pada dasarnya sama sahaja. sebagai bukti yang jelas akan kesimpulan di atas dapatlah dilihat kepada bangsa Eropah dengan teori-teori modennya telah menyapu bersih teori-teori lama Yunani dan Romawi.

Ketiga: Ketiga Masyarakat penyembah berhala selamanya bersedia menerima dan mengikuti jalan hidup kaum atheis walaupun pada dasarnya asas dan struktur kedua masyarakat itu berbeza. Penguasa (raja) dijadikan sebagai tuhan dan di kalangan para pemimpin rohani dan pembela agama dianggap mempunyai

17

GERAKAN TAJDID ISLAMI

beberapa

keistimewaan

khas.

Bertolak

dari

sinilah

maka

penguasa

dan

pernimpin-pernimpin agama sama-sama menduduki kelas atasan. Dan lamakelamaan bertahta perasaan kebanggaan (superiority) suatu keluarga ke atas keluarga yang lain dan satu kelas sosial ke atas kelas sosial yang lain. Akibatnya timbullah penindasan ke atas rakyat jelata yang bodoh, hak-hak miliknya dirampas dengan bertopengkan agama. Yang menghairankan kekeliruan seperti ini masih sempat pula mempengaruhi ke dalam kehidupan kaum atheis dengan pendewaan terhadap ras, kebangsaan, penjajahan, kediktatoran, kapitalisme dan penentangan antara kelas. Namun pada pokoknya, kedua-kedua ideologi ini sama sahaja kedua-keduanya menuntut manusia mempertuhankan sesama manusia, memutuskan persaudaraan seseorang dengan yang lain walaupun sesama bangsa sendiri, tidak ubah persis dua musuh yang sama sama kehausan darah.

JAHILIYYAH 3. TEORI JAHILIYYAH RAHBANIYYAH (KEPENDETAAN)

Menurut

fahaman

teori

metafizik

berdasarkan

rahbaniyyah

(kependetaan)

menyatakan bahawa dunia ini dan jasad manusia tidak lain hanyalah merupakan siksaan dan kesengsaraan bagi manusia. Roh manusia telah dipenjarakan didalam sel penjara besi yang kukuh. Segala kesenangan, nafsu dan keperluan tubuh badan manusia pada hakikatnya merupakan rantaian besi yang

membelenggu manusia di dalam penjara. Semakin banyak manusia terlibat di dalam memenuhi kepuasan nafsunya, semakin sertambahlah pula kegersangan dan noda-noda yang menambah pedihnya siksaan. Maka satu-satunya jalan keluar untuk terselamat daripada siksaan neraka dunia ini adalah dengan menanggalkan segala kesibukan hidup serta mencampakkan segala kesenangan dan keperluan jasad. Semua hubungan kasih sayang dengan segala sesuatu yang duniawi, juga dengan sanak saudara dan kaum kerabat, sentiasa harus didasari oleh kerelaan untuk menyiksa jasad dengan cara yang kejam lantaran tubuh badan ini adalah musuh ketat yang tidak mampu menguasai jiwa. Amalan ini dipercayai dapat meringankan bebanan jiwa dari mengembalikan kemurnian ruh menaiki tangga-tangga keselamatan yang tinggi.

18

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Walaupun teori metafizik ini bersifat antisosial, namun is telah mempengaruhi kehidupan sosial dengan berbagai cara. Teori ini telah melahirkan sistem falsafahnya tersendiri, yang dikenali dengan berbagai bentuk seperti filsafat Penditaisme, filsafat orientalisme, filsafat Yoga, filsafat Rahbaniyah, Kristian, Buddisme dan sebagainya. Sistem ini telah membangunkan suatu bentuk undang-undang moral yang tersendiri yang pada hakikatnya lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Jelaslah lahirnya sistem ini akibat dari logika pertapaan yang tidak dapat dihindari, akhirnya merasuk ke dalarn masalah-masalah tauhid, kesusasteraan, akhlak dan kehidupan seharian seolaholah seperti candu yang dapat melumpuhkan seluruh bangsa.

Teori ketiga ini berfungsi memperkukuhkan teori pertama dan kedua dalam tiga perkara, iaitu:-

Perfama: Perfama la memutuskan hubungan orang-orang yang soleh dari perkumpulan manusia dalam segala urusan duniawi dan menghanyutkan mereka dengan kerehatan tanpa perjuangan. Ini memberi peluang kepada pengaruh-pengaruh syaitan meresap ke dalam diri mereka dan akhirnya bertindak seolah-olah sebagai penguasa (penjaga) di bumi Allah kononnya dapat menjaminkan kedamaian sedangkan orang-orang yang salihin harus merasai kepuasan dengan usaha-usaha memperolehi keselamatan.

Kedua: Kedua Apabila pengaruh jahiliyyah merebak di kalangan masyarakat awam, akan berkembanglah di dalam jiwa mereka tasawwur kepercayaan yang

menyimpang terhadap Tuhan dan sikap yang pesimis terhadap kehidupan. Ini mengakibatkan mereka dengan mudahnya menjadi mangsa kepada kaum penindas yang zalim. Atas sebab-sebab inilah maka raja-raja, ketua-ketua pemerintah dan pemimpinpemimpin ideologi agama di tertentu kalangan sangat rakyat gemar dan untuk

menyebarluaskan

rahbaniyyah

pengikut-

pengikutnya. Lantaran itu di dalam keseluruhan catatan sejarah tidak pernah

19

GERAKAN TAJDID ISLAMI

terdapat

satu

pun

contoh

pertentangan

pertikaian

antara

Imperialisma,

Kapitalisma dan Kepadrian terhadap pandangan hidup dan akhlak yang dianuti oleh kaum jahiliyyah rahbaniyyah.

Ketiga: Ketiga Manakala falsafah hidup dan dasar-dasar akhlak ini mengalami kegagalan oleh fitrah kemanusiaan, ribuan pengampunan dan penebusan dosa ditawarkan. Diciptakanlah teori penebusan dosa bagi membolehkan manusia melakukan dosa sekehendak hati tanpa merasai takut kehilangan nikmat syurga. Cinta nafsu berahi dilepasbebaskan bagi memenuhi kepuasan nafsu sebagai langkah penting ke arah kecintaan terhadap Tuhan, sehingga dengan demikian tidak akan lenyap sinar kekudusan bagi para pelakunya. Raja-raja dan ketua-ketua pemerintah mengajak rakyat jelata untuk turut serta dalam satu konspirasi menunjang kekuatan rohani mereka sebagaimana terjadi pada golongan bangsa Romawi di Barat dan kaum Sufi di dunia Timur mutakhir ini. Inilah lakunan dari jahiliyyah rahbaniyyah dan yang sejenis dengannya, tetapi sekiranya faham ini menyelinap ke dalam jiwa ummat para Nabi, maka akan lebih buruk lagi natijahnya. Di sana faham ini menganggap dunia yang didiami manusia sebagai rumah penyiksaan dan 'lorong-lorong gelap'; oleh sebab itu hendaklah menyanggah kembali konsep Ilahi yang menyatakan bahawa dunia ini sebagai tempat beramal, tempat menjalani berbagai ujian dan tempat menanam benih yang akan dituai pada Hari Akhirat kelak.

Perbezaan asas antara kedua ideologi tersebut mencetuskan pula dua alam yang berbeza. Manusia melupai bahawa la dilahirkan sebagai khalifatullah di atas muka bumi ini. la menganggap bahawa ia tidak diutuskan ke dunia untuk mentadbir urusan dunia tetapi dicampakkan ke dalam lembah kekotoran yang menjijikkan yang mana haruslah baginya menghindarinya. Oleh yang demikian sikap yang terbaik yang diambilnya dalam hal ini ialah tidak bertolak ansur dan mengelakkan tanggungjawab yang diamanahkan daripada menerimanya. Dengan bersikap begini manusia memandang dunia dan segala permasalahannya dengan fikiran yang sempit dan jumud. Bagaimanakah mampu manusia memikul

20

GERAKAN TAJDID ISLAMI

tanggungjawab kekhalifahan ini sedangkan ia sendiri tidak menyakini dapat mengatasi masalah-masalah sosialnya sendiri dengan semangat keberanian? Dengan itu seluruh jalan hidup yang telah digariskan oleh Allah tidak membawa apa-apa makna bagi manusia. Segala peribadatan serta perintah dan larangan telah kehilangan keistimewaan kepentingan baginya dalam ertikata untuk memperbaharui kehidupan duniawi dan persediaan-persediaan di dalam

menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Malahan terlekat di dalam benak manusia menganggap bahawa peribadatan dan lain-lain upacara keagamaan hanya bermaksud untuk menebus dosa-dosa dan perlaksanaan upacara-upacara ini dengan seluruh pengabdian dan disiplin (peraturan) sudah mencukupi untuk mencapai kesejahteraan (keselamatan) seseorang.

Anggapan sebegini menyebabkan sebahagian dari ummat para Nabi menjadi terumbang-ambing di dalam amalan kerohanian, mujahadah dan tasauf ke alam ghaib, ketentuan-ketentuan wirid, wadhifah, hizib-hizib dan dalam hal penafsiran hakikat falsafah yang jauh menyimpang dari kebenaran. (1) Akibatnya kesetiaan di dalam melaksanakan tugas-tugas yang dibebani ke atas diri mereka sendiri telah menggelapkan pandangan mereka terhadap kewajipan-kewajipan utama dalam menegakkan hukum-hukum Allah, yang pada hakikatnya merupakan risalah utama para Rasul. Sebahagian dari gulungan manusia ada yang mengainbil jalan lain. Benak mereka telah dihinggapi suatu penyakit iaitu kecenderungan ke arah mencari pelbagai permasalahan hatta kepada perkara-perkara yang kurang penting,

memperbesarkan dan menunjukkan perhatian kepada perkara remeh dan juz'iyat yang bukan pada tempatnya. Agama Allah di tangan mereka hanyalah seperti barang mainan yang mudah dipatahkan tanpa berharga atau bernilai sedikit jua pun. Mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang-pejuang agama ini menjadi sertambah berhati-hati untuk memastikan bahawa bekas gelas k.aca yang mudah pecah ini tiada disentuh oleh tangan-tangan yang kasar dan menghindari daripada sebarang kemungkinan bahawa yang menyebabkan ia pecah berkepingkeping. Apabila perkara titik-bengik ini jatuh ke tangan kaum agama, maka tidak

21

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dapat dielakkan pasti mengakibatkan pengikut-pengikutnya menjadi bertambah jumud fikirannya, pandangannya sempit dan cita-citanya pudar sama sekali. Bagaimanakah boleh orang-orang yang berfikiran kolot diharapkan dapat

memecahkan masalah-masalah 'alamiyyah dalam kehidupan manusia dengan pendekatan yang segar dan luas? Bagaimanakah mungkin mereka dapat menanggani prinsip-prinsip kesejagatan dalam agama, dan menjadi cendikiawan, sedangkan mereka tidak mampu tampil sebagai pemimpin dunia dalam zaman yang sentiasa mengalami perubahan ini?

4. TEORI ISLAM

Doktrin metafizik yang ke empat ialah yang dibawa oleh para Rasul Allah. Menurut doktrin ini dunia yang luas dan di sekitar kita termasuk juga kita pada hakikatnya merupakan kerajaan Ilahi. Dialah Pencipta, Penguasa dan Raja satusatunya. Tiada yang lain melainkan Dialah yang memerintah dunia. Kita semua hambaNya dan hanyalah Dia pemegang segala kekuasaan pengawasan ke atas segala urusan di alam semesta yang maha luas ini. Manusia di dalam kerajaan dunia, diciptakan tidak lain kecuali sebagai rakyat dan hamba sahaja. Dengan itu tidak diberi kebebasan untuk memilih yang lain kecuali sebagai hamba. Sebagai makhluk yang dilahirkan, maka tidaklah mungkin baginya mengejar kedudukan lain selain dari menjadi hambaNya. Sistem pemerintahan di dalam kerajaan Allah tidak memberi banyak ruang untuk manusia menjalankan kehendaknya secara bebas tanpa. batasan. Sama sekali tidak mungkin baginya sebagai hamba yang dilahirkan dan menjadi sebahagian slam dari kerajaan Allah, menyimpang dari jalan ketaatan dan kepatuhan yang dilalui oleh makhluk-makhluk lainnya. Begitulah juga manusia tidak berhak untuk memilih cara hidup, tersendiri atau memikul sebarang kewajipan-kewajipan yang digemarinya. Hanya satu alternatif sahaja baginya iaitu mengikut petunjuk yang telah ditetapkan oleh Penguasa Tertinggi (Allah Subhanahu Wata'ala). Petunjuk ini telah diwahyukan melalui orangorang yang suci jiwanya iaitulah para Nabi atau Rasul.

22

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Walau bagaimanapun Allah telah memperlakukan manusia secara lemah lembut dan penuh kasih sayang dalam menguji manusia dengan tidak menampakkan diriNya dan segenap jentera pemerintahanNya dari pandangan manusia. Ia memperlihatkan sistem pemerintahan ini seolah-olah berjalan dengan sendirinya tanpa ada pengaturnya, mahupun pekerja di dalamnya. Manusia seakan-akan menyaksikan sebuah kilang raksasa, yang beroperasi siang dan malam dan mendapati dirinya berada di dalam kilang itu. Ia tidak merasai bahawa kedudukannya di dunia ini sebagai hamba dan sertanggungjawab terhadap Penciptanya. Juga memang tidak ada tanda-tanda yang jelas untuk menyingkap tirai yang menutupi hakikat kekuasaan Penguasa Tertinggi dan membuktikan manusia sebagai seorang hamba yang akan dihadapkan kepadaNya kelak untuk mempertanggungjawabkan segala perbuatannya, inilah suatu kebenaran yang nyata bagaikan mentari di siang hari.

Para Rasul diutuskan silih-berganti dengan membawa wahyu, tetapi manusia tidak melihatnya secara terang-terangan ketika diturunkan dan tidak diturunkan pula ayat-ayat kepada mereka yang dapat dijadikan bukti sebagai tempat pelarian bagi mengelakkan diri untuk tidak beriman kepadaNya. Kedatangan mereka yang disertai mukjizat yang memperteguhkan hakikat kerasulan, juga tanpa sedikit keraguan pun. Jadi manusia pada peringkat tertentu merasai bahawa dirinya benar-benar bebas sebebas-bebasnya. Sebaliknya jika manusia ingkar mematuhinya ia diberi kebebasan malah disediakan juga jalan-jalan ke arah pengengkaran tersebut. Manusia diberi kebebasan sepenuhnya, sehinggakan kepada kemuncak kemaksiatan dan kenistaan. Jika ia memilih untuk menyembah yang lain selain dari Allah sekalipun, tidak ada yang menegahnya malahan diberi kebebasan mentaati dan menyembah sesiapa pun yang disukainya. Dalam semua keadaan manusia tetap sentiasa mendapat habuan bekalan (rezeki) nya masingmasing dan dikurniakan segala keperluan kebendaan di dalam hidupnya sebagai alat untuk mencapai kemewahan dan kesenangan bersesuaian dengan status sosialnya masing-masing. Semua kemudahan ini berpanjangan dilimpahkan

23

GERAKAN TAJDID ISLAMI

kepadanya sehingga akhir hayatnya. Tidak pernah terjadi di dalam sejarah seorang penentang (pembangkang) tidak di lengkapi segala keperluan hidupnya hanya kerana ja bergelumang dengan lumpur dosa. Manusia dianugerahkan Allah daya pemikiran untuk membuat perbandingan bagi melaksanakan kehendaknya dengan bebas, dan memilih alternatif terbaik, dan ia ditakdirkan untuk menguasai segala makhluk Allah yang lainnya. Justeru kerana limpahan anugerah inilah, maka manusia diujinya dengan berbagai macam cubaan. Dengan kurnia kebebasan untuk memilih ini, sayugialah manusia dapat melihat, apakah setelah menerima kebenaran ia bersungguh-sungguh berjalan di jalan Allah ataukah ia memalingkan muka kembali mengikuti tuntutan hawa nafsu dan syahwatnya. Maka jelaslah kini bahawa, walaupun ia dikurniakan kemampuan bekerja dan memiliki bekal (harta benda) yang cukup, alat-alat serta, kesempatan bekerja, manusia tidak mungkin dapat diuji dengan segala daya yang ada padanya untuk menunjukkan apakah hasil perbuatannya baik atau buruk.

Lantaran kehidupan dunia dimaksudkan untuk menguji manusia, maka tiada sebarang perhitungan dilakukan ataupun diberikan balasan dan hukuman. Oleh itu apa pun yang dianugerahkan Allah kepada manusia di alam fana ini, bukanlah merupakan balasan atau pahala atas perbuatannya, melainkan hanyalah

merupakan bahan ujian belaka; begitu pula betapa pun pahit-getir dan kerasnya tentangan hidup, bukanlah merupakan hukuman atau siksaan alas perbuatan buruk yang pernah ia lakukan, melainkan hanyalah merupakan hasil dari amal perbuatannya sendiri yang lahir menurut sistem alam yang menjadi dasar bagi undang-undang dunia.(2) Pahala dan siksa yang sebenarnya, akan kita perolehi selepas masa ujian nanti iaitu di Akhirat kelak. Oleh kerana itu akibat segala perbuatan kita di alam fana, ini sama sekali tidak menunjukkan baik-buruknya perbuatan atau jalan hidup yang kita tempuhi. Tidak pula dapat dijadikan kriteria (ukuran) diterima atau ditolaknya perbuatan atau jalan hidup tersebut. Ukuran yang sebenarnya adalah merupakan mizan atau neraca pembalasan pada Hari Pembalasan kelak. Balasan perbuatan atau jalan hidup yang telah kita lakukan, hanya dapat diketahui melalui Petunjuk yang diwahyukan Allah kepada RasulNya.

24

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Secara garis besar, faktor yang menentukan berhasil tidaknya seseorang di Akhirat kelak ialah:

Pertama: Pertama Apakah manusia telah memikirkan tentang tanda-tanda (kebesaran) Allah yang Maha Luas dan mengetahui berdasarkan pemikiran, pembuktian bahawa Allah adalah hakim yang sebenar-benarnya di bumi dan di langit? Dan apakah dia mengetahui segala petunjuk serta risalah yang dibawa oleh para rasul dan nabiNya, kemudian dia mempercayai mereka?

Kedua: Kedua Setelah dia mengetahui hakikat dia dengan sepenuh hati (ikhlas) menyerahkan dirinya kepada keputusan Allah yang Maha Esa, mengikuti agamaNya serta taat melakukan syariat agama, berdasar kebebasan berfikir yang telah dianugerahkan kepada manusia.

Inilah dasar-dasar ajaran Islam yang telah disampaikan dari masa ke semasa oleh para Rasul sejak, dahulu kala lagi. Ajaran ini telah berhasil menjelaskan segala peristiwa yang terjadi di dunia ini dengan sempurnanya. Segala fenomena duniawi diterjemahkan dengan cara yang memuaskan. Tidak pernah ada pengamatan atau pengalaman yang menunjukkan keruntuhan ajaran ini. la telah memperkenalkan sistem falsafahnya sendiri, berbeza dari sistem falsafah sekular manapun. Teori ini akan mengatur kembali semua perbendaharaan ilmu manusia tentang slam semesta terutamanya tentang manusia, dengan cara yang benarbenar bertentangan dengan cara yang dilakukan oleh ilmu pengetahuan

jahiliyyah. Diperkenalkan suatu cara baru dalam pengembangan seni dan sastera, yang hampir sama sekali berbeza dari berbagai cara yang telah ditempuhi oleh seni dan sastera sekular. Diketengahkan wawasan baru, diciptakannya cita-cita baru dalam masalah-masalah kehidupan kemasyarakatan, yang sama sekali belum dikenal dalam masyarakat sekular. Dan teori ini akan membangun satu sistem akhlak tersendiri yang sama sekali berbeza dengan sistem akhlak jahiliyyah. Dan kemajuan yang dibangun berdasarkan ilmu pengetahuan dan akhlak itu akhirnya akan menimbulkan suatu perbezaan (pertentangan) dengan

25

GERAKAN TAJDID ISLAMI

kemajuan-kemajuan jahiliyyah.

Untuk menunjang dan memperkukuhkan binaan yang unik seperti ini, sudah tentu diperlukan suatu sistem pendidikan. Juga pembangunan watak disertai dengan prinsip-prinsip yang semangatnya sama sekali harus berlainan dengan apa yang dianuti oleh pendokong-pendokong sekular. Yang terpenting, semangat yang menjiwai seluruh susunan ajaran dan sistem baru ini adalah jiwa aktiqad terhadap peraturan Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Perkasa, keimanan kepada Akhirat, kedudukan manusia sebagai hambaNya yang nantinya akan

sertanggungjawab terhadap semua amalannya. Sebaliknya semangat yang menjiwai peradaban sekular akan memberi manusia kebebasan dari

tanggungjawab di hadapan seseorang tanpa ikatan apa-apa baik oleh agama ataupun makhluk. Itulah sebabnya mengapa kemanusiaan yang diperolehi dari teladan dan perintah Rasul sangat berbeza dari kemanusiaan yang dilahirkan oleh nilai-nilai jahiliyyah dari segi lahir, corak, warna dan bentuknya.

Jadi, seluruh struktur kehidupan masyarakat berasaskan ajaran Islam ini pada dasarnya memang bertentangan dengan segala struktur lain mana pun yang berlaku di dunia. Maka kemajuan tersebut akan tegak lain daripada yang lain dari segala segi kehidupan manusia seperti: kebersihan, pakaian, makanan, sopan santun dan akhlaknya, rezeki dan mengeluarkan harta, perkahwinan dan masalah keluarga, adat-istiadat dalam masyarakat dan tingkah laku kelompok, berbagai aspek hubungan antara manusia, urusan jual-beli, pembahagian harta kekayaan, pentadbiran negara dan pembentukan suatu pemerintahan, kedudukan pemimpin negara, bentuk-bentuk negeri, sidang asas-asas permusyawaratan penyusunan (parlimen), undang-undang organisasi beserta

kepegawaian

penafsirannya, lembaga kehakiman, ketenteraan, lembaga pemeriksa kewangan, perpajakan, perbelanjaan negara, pekerjaan sosial, industri dan perdagangan, komunikasi, pendidikan-pendidikan dan latihan ketenteraan, perang dan damai, hubungan antarabangsa dan politik luar negeri - pendek kata semua masalah dalam kehidupan manusia dari masalah yang paling kecil hingga yang paling

26

GERAKAN TAJDID ISLAMI

besar, diamati dan diberi perhatian oleh Islam secara khusus. Dengan itu cara Islam memandang segala permasalahan merupakan satu yang unik hampir pada semua perinciannya dan menggariskan batas yang tegas dengan semua cara pandangan yang lain. la dibentuk dengan suatu pandangan tersendiri, cita-cita tertentu dan kesegaran teori etika yang secara langsung mengikatkan ideologinya dengan Kekuasaan Allah Yang Mutlak, kedudukan manusia sebagai hambaNya, sertanggungjawab di hadapan Allah, serta kenyataan Akhirat bertentangan dengan alam fana ini.

PERUTUSAN PARA RASUL

Untuk memperkukuhkan kemajuan sistem filsafat Islam di dunia ini, Allah mengutuskan Rasul-RasulNya secara bertahap. Selain peradaban rahbaniyyah, tidak satupun peradaban, baik peradaban Islam maupun jahiliyyah yang memandang hidup ini dari sudut pandangan universal dan memiliki sistem terpadu dalam menangani segala urusan dunia, dapat terus-menerus

memaksakan kekuasaannya dalam rangka merubah kehidupan masyarakat penganutnya dengan bentuk yang dimilikinya sendiri. Tanpa kekuasaan pemaksa ini, tidak ada artinya sekadar menyakini atau memperkenalkan suatu ajaran atau jalan hidup. Seorang biarawan, pada dasarnya tidak berkeinginan untuk

mencampuri urusan dunia. la sudah cukup puas dengan usaha-usaha yang dilakukannya untuk mencapai apa yang disebut keselamatan melalui ibadahibadah keagamaan yang memedihkan, mengasingkan diri dari kehidupan dunia ramai. Oleh kerana itu tidak perlu lagi ia memiliki kekuasaan. Namun sebaliknya, orang yang tampil dengan tujuan tunggal, memiliki kecekapan mengatur masalahmasalah dunia dan sekuat tenaga berusaha memperbaharui urusan kemanusiaan, tidak dapat tidak harus berjuang merebut kekuasaan. Hal ini kerana, kecuali kalau orang tersebut memiliki kekuasaan dan wewenang untuk memaksakan kehendaknya, sistem yang ingin ia perbaharui itu tidak mungkin dapat berakar umbi dalam dunia nyata. Tanpa kekuasaan, paling tidak ia hanya cukup puas dengan lamunannya. Memang benar bahawa, kekuasaan yang dimiliki

27

GERAKAN TAJDID ISLAMI

oleh satu peradaban mampu memaksa seluruh dunia mengikuti contoh yang ia berikan dalam hidup sehariannya, mengakui kejayaannya dalam lapangan ilmu pengetahuan serta berbagai kecenderungan dalam pemikiran seni, sastera, serta pendidikan akhlak. Halnya dengan pendidikan maupun tata keperibadian, hukum atau pun falsafah negara, dan dalam semua aspek kehidupan lain. Tetapi, peradaban tanpa kekuasaan selamanya akan lumpuh tidak berdaya, kerana peradaban yang sedang berkuasa masih berjaya. Sehingga para pendukungnya sekalipun akan menjadi ragu akan dayausahanya dalam dunia nyata. Tidak sampai di situ sahaja, mereka yang menyebut dirinya pemimpin dan wakil ummat pun akan menconteng arang di muka sendiri dengan jalan bertolakansur (berkompromi) dengan pihak penguasa. Mereka tidak mengerti, bagaimana mungkin dapat memperternukan dua sistem sosial yang berbeza 180 darjah dalam konsep maupun semangatnya. Sesungguhnya jika ingin menjaga nama baik sahaja, tidak ada sistem sosial yang rela berkompromi seperti itu. Bila kita menganggap kompromi itu sebagai suatu hal yang praktikal, maka bererti kita menelanjangi keculasan fikiran kita sendiri. Menunjukkan kurang teguhnya pendirian kita.

Tujuan terakhir Risalah para Rasul selama berabad-abad lamanya, adalah semata-mata menegakkan pemerintahan Islam di atas bumi ini serta

menyebabkan sistem kehidupan yang diamanatkan oleh Allah.(3) Para Rasul tersebut satu demi satu dengan amat baik telah dapat mengabulkan tuntutan kaum musyrikin untuk tetap setia kepada kepercayaan dan peribadatan

peninggalan nenek-moyang mereka, sepanjang kegiatan dan pengaruh mereka hanya terbatas pada lingkungan masyarakat mereka sendiri, tetapi para Rasul tidak pernah membiarkan mereka menggunakan kekuasaan mereka untuk mencapai tujuan yang mereka cita-citakan. Oleh keadaan itu, para Rasul telah berusaha sekuat tenaga untuk melancarkan revolusi politik di zaman mereka masing-masing. Dalam pengobaran revolusi ini sebahagian ada yang hanya berhasil menyediakan jalan, contohnya Nabi Ibrahim; sebahagian lagi telah berhasil dengan revolusinya tetapi tidak sempat berhasil menegakkan hukum-

28

GERAKAN TAJDID ISLAMI

hukum Allah, seperti Nabi Isa. Namun sebahagian lagi ada yang telah berhasil mencapai tujuan akliir revolusi tersebut, iaitu menegakkan Kerajaan Allah di muka humi, sepertimana Nabi Yusuf AS, Nabi Musa AS, dan Nabi Besar Muhammad SAW.

HAKIKAT PERUTUSAN PARA RASUL

Apabila dilihat secara keseluruhan corak perutusan yang dibawa oleh para Rasul dapat disimpulkan seperti berikut:-

1. Melancarkan satu revolusi perubahan pemikiran dan pandangan manusia. Menanamkan sikap keislaman di dalam kehidupan dan akhlak yang sedemikian rupa sehingga fikrah matlamat, cita-cita hidup dan nilai-nilai akhlak menjadi serasi dengan ajaran Islam.

2. Mengembelingkan barisan ummat yang telah menerima cita-cita Islam dan mencorak kehidupan merekamengikut pola Islam dalam rangka perjuangan mendapatkan kekuasaan dengan cara-cara yang halal dan memanfaat segala saranan dan peralatan yang tersedia.

3. Menegakkan undang-undang hukum Islam dan mengatur aspek-aspek kehidupan masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip Islam; untuk

memperluaskan lagi pengaruh Islam ke seluruh penjuru dunia dan pendidik setiap orang yang masuk jamaah Islam dengan metod da'wah warisan, baik dalam pendidikan aqal ataupun akhlak dari masa ke semasa.

KHULAFAUR RASYIDIN

Tugas RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam sebagai nabi penutup telah disempurnakan dalam masa dua puluh tiga tahun. Setelah Baginda wafat, risalahnya berhasil dilanjutkan oleh dua orang pemimpin besar yang

29

GERAKAN TAJDID ISLAMI

menggantikan kepimpinannya, yakni Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab, dalam berbagai aspek kehidupan. Kemudian kepimpinan tersebut diambil alih oleh Sayyidina Usman RadhiyaLlahu'anhu yang dalam awal pemerintahannya berjaya mempertahankan sistem pemerintahan sebagaimana dicontohkan oleh RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam.

SERANGAN SERANGAN JAHILIYYAH YANG HEBAT

Akan tetapi setelah itu terdapat dua faktor yang melemahkan kekhalifahan Usman. Pertama: dengan perkembangan negara Islam dalam masa yang begitu singkat di mana telah semakin Iuas wilayahnya menimbulkan masalah-masalah baru yang merupakan beban yang berat ke atas bahu Khalifah. Tanggungan yang sangat mulia ini membebani khalifah ketiga yang tidak dapat dibandingkan dengan nilai-nilai yang dicapai oleh kedua khalifah sebelum itu. Maka didapati jahiliyyah telah menjadi jalur pengantar kepada undang-undang kemasyarakatan Islam, dan arusnya telah melanda sehingga Usman sendiri yang berjuang dengan sekuat tenaga untuk membendung arus tersebut mengalami kegagalan kerana ajalnya telah merenggut jiwanya.

Lalu muncullah Sayyidina Ali mengerahkan segenap kemampuannya untuk menyelamatkan kedaulatan politik Islam dari pengaruh jahiliyyah, akan tetapi ia pun mengalami kegagalan dalam membendung arus pergolakkan yang terus mengembang itu, bahkan ia sampai mengorbankan jiwanya sendiri.Sejak itulah masa pemerintahan "kekhalifahan mengikut corak pemerintahan RasuluLlah" berakhir dan muncullah setelah itu penzalim-penzalim kerajaan yang memulai kekuasaannya atas dasar undang-undang jahiliyyah sebagai pengganti dari undang-undang Islam.

Setelah kedaulatan jahiliyyah tertegak, permusuhan menjalar terus menyusupi kehidupan masyarakat Muslimin tidak ubah seperti merebaknya penyakit kanser. Hanya ajaran Islamlah sahaja yang dapat melenyapkan pengaruh jahat mereka,

30

GERAKAN TAJDID ISLAMI

tetapi kekuasaan Islam pada saat itu telah lenyap dari permukaan. Masalahnya tidaklah semudah mencegah arus pengaruh dan kekuasaan mereka yang berterusan. Orang-orang zalim tersebut menaburkan bibit-bibit pengaruhnya dengan berselimutkan Islam. Sekiranya kaum atheis, penyembah herhala dan orang-orang kafir tersebut menampakkan dirinya dalam bentuk yang nyata, tentulah mudah sahaja mereka diusir, tetapi keadaannya berbeza. Orang-orang zalim itu mengikrarkan dua kalimah syalladah, melakukan kewajiban-kewajiban yang fardhu, dengan berpuasa dan mengerjakan salat dan berpura-pura bertekad membenteras penyelewengan-penyelewengan terhadap Al-Qur'an dan Sunnah. Percampur adukkan antara yang Islam dan jahiliyyah dalam satu wadah politik yang sama, menimbulkan kekacauan yang amat sangat. Mudahlah kiranya jika menghadapi kekuatan-kekuatan jahat yang nampak jelas. Jika saudara

memeranginya, ribuan bahkan ratusan ribu manusia yang jujur dan berfikiran benar akan berdiri di samping saudara dengan ikhlas dalam perjuangan terhormat ini. Tidak akan ada orang Islam yang secara terang-terangan menentang saudara. Namun jika saudara memerangi gabungan antara yang hak dan yang batil, maka tidak hanya orang-orang munafik itu sahaja, tetapi juga hanyak kaum Muslimin yang baik akan memerangi saudara; bahkan akan menganggap saudara bersalah. Hadirnya "Orang-orang Islam" dalam percaturan politik jahiliyyah, menjadi pendidik kepada perguruan-perguruan jahiliyyah dan duduknya mereka sebagai pernimpin-pernimpin keagamaan di luar Islam

merupakan perangkap syaitan yang sukar dihindari.

Aspek paling merbahaya dari revolusi tandingan ini adalah bila mana munculnya ketiga jenis jahiliyyah tersebut bersimbulkan Islam dan pengaruhnya dengan pesat tersebar luas di kalangan kaum Muslimin.

Akan tetapi bilamana Jahiliyyah atheism ini memasuki wilayah negara dan pemerintahan, maka ia akan mengambil alih kekuasaan negara tersebut dan menukarkan sistem pemerintahan khilafah menjadi kekaisaran yang sudah ditumbangkan oleh Islam.hingga ke akarumbinya. Sehingga akhirnya khilafah ini

31

GERAKAN TAJDID ISLAMI

tinggal namanya sahaja. Dan tatkala para raja itu sudah dianggap sebagai Tuhan yang tidak seorang pun berani menentangnya, maka mereka kemudian berusaha mengukuhkan kedudukannya dengan hadis/riwayat yang berbunyi:

Raja adalah bayangan Allah(5)

Dan untuk selanjutnya dengan dalil itulah akhirnya para raja dan amir berstatus sebagai "orang yang harus dipatuhi secara mutlak" sebagai tuhan yang khusus. Perubahan ini telah memberikan pengaruh negatif yang luar biasa hebatnya terhadap kehidupan serta sikap mental para pemimpin pejabat pemerintahan dan anggota dewan perwakilan, perajurit dan semua pencinta kedamaian pada umumnya, sedemikian rupa sehingga pandangan mereka terhadap krisis moral dan kehidupan bermasyarakat benar-benar menyimpang. Lalu pada lazimnya dengan sendirinya mereka merasa perlu segera mengatur kembali kesenian dan kesusasteraan anti Tuhan, filsafat dan ilmu pengetahuan anti Tuhan, agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan hidup dan kecenderungan pemikiran baru tersebut. Semua itu hanya dapat tumbuh subur di bawah lindungan harta benda dan kekuasaan. Dalam keadaan seperti ini sekularisasi tumbuh sihat.

Demikianlah keadaan umum pemikiran yang cenderung terhadap curahan lebat percampuradukan filsafat, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan yang turun dari langit Yunani, Iran dan India ke tanah kaum Muslimin. Dari sinilah lahirnya pelbagai percaturan antara sesama Muslim, bersibuk diri memperbincangkan masalah-masalah ilmu kalam, sehingga muncullah aliran mu'tazilah, zindiq, mulhidin dan fitnah-fitnah yang mengemukakan hujjah dan huraian tentang aqidah yang menimbulkan golongan-golongan baru di kalangan kaum Muslimin. Bahkan bukan di situ sahaja, malah kesenian seperti tarian-tarian, muzik, dan lukisan-lukisan yang jelasnya bertentangan dengan Islam, kesemuanya

mendapat perlindungan dari mereka yang sebelumnya dilarang mempraktikkan kesenian yang jelek ini.(6)

32

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Jahiliyyah syirik telah menyusup ke dalam setiap pemikiran orang-orang awam dan menodai kemurnian tauhidnya. Dan kaum muslimin sendiri walaupun tidak kembali kepada animisme secara terang-terangan, namun tidak satu pun dari gambaran syirik itu yang tidak mendapat pasaran di kalangan masyarakat mereka. Tidak sedikit dari ummat terdahulu yang masuk Islam dengan membawa noda- noda dan tradisi syirik ke dalam lingkungan masyarakat Islam, lantaran kukuhnya memegang tradisi tersebut, yakni menyembah selain Allah, maka mereka jadikan para pembesar Islam dan para wali sebagai Tuhan, pengganti tuhan-tuhan mereka terdahulu. Pondok-pondok mereka pada zaman dahulu digantinya dengan membangun kuburan dan kubah para wali. Diciptakannya tradisi-tradisi baru sebagai pengganti dari tradisi mereka yang lama, dan diperkuatkan lagi oleh para ulamak hamba dunia melalui tarekat-tareka yang membawa akibat buruk walaupun senjatanya tidak ada motif memasukkan unsur-unsur syirik ke dalam Islam. Mereka berusaha sekuat daya untuk membuat tafsiran yang salah terhadap ayat-ayat Al Qur'an dan kandungan al-Hadis dengan maksud menjuruskan pengabdian terhadap para wali dan makam-makam dalam ruang lingkup sistem Islam. Mereka mempergunakan istilah-istilah Islam untuk kemusyrikan, memakai lencana-lencana syariat buatan sendiri untuk mengelabui mereka agar tidak dikatakan syirik dengan terang-terangan.

Demi Allah!! Syirik seperti ini tidak akan merasuk ke dalam tubuh Islam semudah itu, jika tidak akan orang dalam yakni ulama' Islam itu sendiri yang membawa ke dalamnya melalui berbagai bentuk kesenian.

Jahiliyyah kependetaan (rahbaniyyah) juga telah menyerang para ulama dan guru-guru agama, orang-orang dengan salih dan golongan orang-orang baru. zuhud, Melalui

mempengaruhi

mereka

kemungkaran-kemungkaran

pengaruh keimanan anti-sosialnya, masyarakat Islam menjadi semaian subur tumbuhnya filsafat timur, kod ethika kependitaan dan sikap hidup yang pesimistik dalam seluruh segi kehidupan. Oleh sebab itu di satu pihak kebudayaan

33

GERAKAN TAJDID ISLAMI

rahbaniyyah pun telah menyesatkan bagi kesusasteraan dan ilmu pengetahuan Islam dengan cara mempersempitkan tasawwur hidup mereka, memperkukuhkan kedudukan pertapaan (kependetan), dan membatasi keseluruhan gerak hidup, agama hanya berkisar pada peribadatan dan upacara khusus sahaja.

PERLUNYA PARA MUJADDID

Untuk membersihkan Islam dari noda-noda jahiliyyah serta mensucikan kembali ajarannya dalam bentuknya yang asli, adalah suatu tugas berat yang

memerlukan tampilnya para mujaddid. Tetapi adalah tidak benar menganggap bahawa Islam selamanya dikelilingi sepenuhnya dan berada di bawah kekuasaan kaum jahiliyyah yang merosakkannya. Pada hakikatnya, bila suatu masyarakat telah menerima Islam maka pengaruh kebaikannya sedikit sebanyak masih tetap ada sepanjang masa. Hanya kerana pengaruh Islamlah, pada suatu saat nanti para penguasa yang melarikan diri dari para raja yang zalim itu akan merasa gementar takut kepada Allah, kemudian mereka kembali melalui jejak yang benar serta adil, setelah mengalami kesesatan dan sedar kembali dari kezalimannya. Itu semua kerana ajaran Islam yang pada setiap zaman kegelapan, di manapun juga, datang mengetuk hati setiap insan dengan disertai oleh seruan menuju amal salih serta ketinggian moral. Sekali lagi hanya dengan anugerah Islamlah anda akan dapati di gedung-gedung pemerintahan penguasa-penguasa yang masih komited kepada iman, jujur dan melaksanakan tugas dengan rasa penuh kewajiban dan tanggungjawab. Demikian pula Islam tidak henti-hentinya

menanamkan secara langsung pengaruh sihatnya ke dalam istana-istana agung, lembaga-lembaga filsafat, pusat-pusat industri dan perdagangan juga penditapendita yang menolak kehidupan.

Pengaruh ini akan terus berkelangsungan biarpun jahiliyyah syirik ini terus beroperasi mengembangkan sayapnya; biarpun ajarannya itu tinggal dalam masalah aqidah, akhlak, sosial dalam segi perintah dan larangan, pengarahan dan ancaman belaka. Namun nilai akhlak ummat Islam akan tetap unggul jika

34

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dibandingkan dengan akhlak bangsa lain. Terlebih lagi kerana pada setiap zaman mereka adalah orang-orang yang patuh dan taat mengikuti ajaran Islam. Selalu berusaha keras untuk mengatur kehidupan mereka dan pengikut mereka dengan corak kehidupan Islam. Akan tetapi sekadar dengan cara-cara seperti ini hakikat perutusan yang dibawa oleh para Rasul tidak akan berhasil dicapai. Hal ini tentusahaja berlaku bila Islam hanya sebagai suatu kekuatan kedua. Sedangkan kekuasaan sebenarnva berada di tangan orang-orang zalim. Demikian pula keadaan peribadi-peribadi Muslim yang terpancar serta melaksanakan ajaran Islam terbatas hanya pada lingkungan tertentu sahaja. Mereka yang tidak mengindahkan percampuradukkan antara yang Islam dan jahiliyyah dalam lingkup kehidupan sosial yang lebih luas di sekitar mereka. Dan kesemuanya ini mustahil akan berhasil mengatasi pergeseran nyata yang terjadi pada kedudukan sosial yang ada. Oleh kerana itu Islam diperlukan pada setiap zaman. Islam memerlukan orang-orang yang teguh, jamaah-jamaah dan organisasi-organisasi yang kuat, yang dapat merubah arus zaman serta mampu menyakinkan dunia agar tunduk patuh kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala.

SEBUAH HADIS SEBAGAI PENJELASAN

Hadis ini disampaikan oleh Al-Amin Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah kepada Abu Daud:

"Allah akan membangkitkan pada setiap pangkal abad bagi satu Ummah orangorang yang akan membangkitkan kembali Agamanya."

Akan tetapi sebahagian orang benar-benar telah salah menafsirkan hadis ini. Anggapan yang keliru terhadap tajdid dan mujaddid. Mereka betanggapan bahawa "pada setiap pangkal abad" bererti pada awal atau akhir suatu abad, dan "yang akan membangkitkan kembali Agamanya" menunjuk pada seseorang tertentu. Dengan prasangka seperti ini mereka mulai mencari-cari dalam sejarah Islam, orang-orang Yang pernah berjasa bagi kebangkitan Islam dan wafat atau

35

GERAKAN TAJDID ISLAMI

lahir pada awal atau akhir suatu abad. Dalam kenyataannya, kata `pangkal' dalam hadis tersebut bererti akhir, atau kata ganti yang digunakan di sana menunjukkan pada seorang individu. "Membangkitkan seseorang atau sejumlah orang pada suatu pangkal abad" jelas menyatakan bahawa, dia atau mereka akan menggunakan pengaruhnya yang besar dalam pelbagai cabang ilmu dan mazhab pemikiran serta kehidupan yang berlaku pada zamannya. Kata ganti nun ( ) dalam bahasa Arab digunakan baik untuk tunggal maupun jama' dan oleh

kerananya dapat dikaitkan pada seseorang, sekelompok orang atau bahkan organisasi orang banyak. RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda bahawa, Insya Allah tidak ada satu abad pun (pada masa Islam) yang sama sekali tidak memiliki orang-orang yang akan bangkit menentang kejahilan, berusaha keras membersihkan Islam dari segala macam kezaliman serta memperkenalkan Islam kepada dunia dalam bentuk dan semangatnya yang asli.

Lantaran itu, mujaddid dalam suatu abad tertentu tidak semestinya bererti satu orang; tetapi boleh juga pada abad yang sama tugas tersebut dilaksanakan oleh sejumlah atau sekelompok orang. Tidak juga bererti bahawa mujaddid yang sama pada suatu negeri melayani seluruh dunia Islam. Kemungkinan juga munculnya sejumlah orang di kebanyakan negeri pada satu masa dan melaksanakan tugas kebangkitan Islam. Lebih-lebih lagi orang-orang tersebut tidak harus memiliki gelaran mujaddid, kerana gelaran yang mulia tersebut jelas hanya diperuntukkan bagi mereka yang benarbenar telah menghasilkan suatu tugas yang bernilai luar biasa dan lain dari yang lain dalam caranya mematangkan Islam; agama Allah.

36

GERAKAN TAJDID ISLAMI

BAB 2 HAKIKAT KEBANGKITAN ISLAM (TAJDID ISLAMI)

Sebelum melangkah lebih jauh ke arah pengenalan terhadap hasil yang telah dicapai oleh para mujaddid Islam, marilah lerlebih dahulu kita fahami secara jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebangkitan Islam (Tajdid).

PERBEZAAN ANTARA TAJADDUD DAN TAJDID (PEMBAHARUAN DAN KEBANGKITAN)

Pada umumnya orang tidak dapat membezakan antara tajaddud (pembaharuan) dan tajdid (kebangkitan). Secara sederhana menganggap seorang tajaddud sebagai mujaddid. Jelasnya pada diri mereka sudah tertanam anggapan bahawa setiap orang yang menemukan suatu cara hidup baru dan mampu melaksanakan dengan kekuatan dan keyakinan, adalah mujaddid. Terutama mereka yang memang layak mendapat gelaran kehormatan sebagai mujaddid, kerana telah berusaha menyelamat dan melindungi kepentingan-kepentingan duniawi sesuatu masyarakat Muslim yang mengalami kemunduran pada zamannya.

Menggabungkan hubungan mesra antara Islam dan jahiliyyah dengan jalan persetujuan bersama para penguasa sekular pada masanya. Atau telah berusaha mewarnai masyarakat tersebut dengan warna-warna kafir. Islam hanya tinggal mama. Orang-orang seperti ini barangkali layak disebut pembaharu bukan mujaddid. Pekerjaan mereka lebih dekat kepada mencetuskan ideologi baru dalam agama dan bukan untuk mereformasikan agama. Ini disebabkan yang disebut tajdid itu bukannya mencari jalan untuk membolehkan perhubungan mesra dengan jahiliyyah, bukan pula suatu pekerjaan baru yang

37

GERAKAN TAJDID ISLAMI

mencampuradukkan antara jahiliyyah dengan Islam, melainkan yang disebut "tajdid" yang sebenarnya ialah: "Memurnikan Islam dan noda-noda jahiliyyah kemudian berjuang sekuat tenaga dengan ikhlas untuk menghidupkan Islam". Dari sini jelaslah bahawa apa yang disebut mujaddid itu jauh dari bercampuraduk dengan jahiliyyah dan sama sekali tidak merelakan walau satu pun dari unsurunsur pengaruh jahiliyyah menyelinap masuk ke dalam tubuh Islam betapapun kecilnya pengaruh tersebut.

CIRICIRI-CIRI SEORANG MUJADDID

Bukanlah lagi menjadi suatu perkara yang meragukan bahawa mujaddid itu bukanlah seorang Rasul tetapi paling tidak jiwa dan keperibadiannya mirip kepada kerasulan. Lantaran itu seorang mujaddid haruslah memiliki ciri-ciri khusus seperti berikut:-

1. 2. 3. 4.

Hatinya bersih Berpandangan jauh ke hadapan Berfikiran luas, tidak jumud Berkemampuan luar biasa untuk bersikap berlebih-lebihan atau mengambil jalan tengah antara serta memelihara

mengabaikannya

keseimbangan antara keduanya. 5. Memiliki daya pemikiran yang kuat, tidak terpengaruh oleh kekuatan yang sedang berkuasa, tidak fanatik terhadap sesuatu golongan yang dahulunya pernah sertapak beberapa abad lamanya. 6. Tabah dan tahan dalam menghadapi tentangan zaman yang setiap saat mengalami perubahan. 7. Berbakat sebagai pemimpin dan pembimbing serta sanggup menerima suatu kepimpinan. 8. Berkemampuan melakukan ijtihad dan menghasilkan kerja dalam

lapangan pembangunan. 9. Meyakini dan memahami sepenuhnya terhadap ajaran Islam.

38

GERAKAN TAJDID ISLAMI

10. Pandangan,

kefahaman

dan

perasaannya

mencerminkan

sebagai

seorang Muslim hakiki. 11. Mampu membezakan antara kebenaran (Islam) dan lumpur kepalsuan (jahiliyyah) hingga kepada perkara yang titik-bengik.

Inilah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang mujaddid sebagaimana dimiliki oleh para Rasul dan utusan Allah.

PERBEZAAN ANTARA MUJADDID DAN RASUL

Perbezaan pokok antara seorang mujaddid dan seorang Rasul adalah, bahawa Rasul dipilih untuk menyebarkan risalahNya oleh Allah; ia menyedari sepenuhnya akan tugasnya, dan ia pun menerima wahyu. Tugas penyebaran da'wah ini dimulai dengan pengakuannya sebagai Nabi atau Rasul; diserunya ummat untuk mengikutinya samada diterima atau ditolak seruan tersebut menunjukkan apakah ummat tersebut beriman atau sebaliknya.

Sedangkan seorang mujaddid tidak memegang kedudukan-kedudukan tersebut. Ia tidak dipilih oleh tetapi menjadi mujaddid hanya secara kebetulan. Bahkan pada umumnya ia sendiri tidak menyedari bahawa dirinya seorang mujaddid, tetapi masyarakat menilainya sebagai mujaddid setelah ia wafat berdasarkan hasil kerjanya yang ditinggalkannya.

Seorang mujaddid tidak menerima wahyu Ilahi, tetapi sekira menerima pun wahyu (ilham) itu la tidak menyedarinya. Ia tidak memulai tugasnya dengan suatu pengakuan, ataupun diberi pengakuan, tetapi masyarakat berkewajipan untuk mempercayai dirinya. Begitulah ia melaksanakan tugasnya, semua orang yang berbudi pekerti yang baik Dada zamannya, sedikit demi sedikit

mendekatinya, dan mereka yang memisahkan diri darinya dengan sendirinya akan tersesat. Namun untuk tetap menjadi seorang Muslim orang tidak terikat untuk mempercayai dan menerimanya. Dengan segala keterbatasan serta

39

GERAKAN TAJDID ISLAMI

perbezaannya itu seorang mujaddid secara sempurna (lengkap) harus melaksanakan dan menampilkan beban kerja besar yang setara dengan seorang Rasul.

ASPEKASPEK-ASPEK KEBANGKITAN ISLAM (TAJDID)

Berikut ini adalah berbagai aspek yang diprogramkan bagi sesuatu kebangkitan Islam (Tajdid).

penyakit1. Mengenalpasti penyakit-penyakit zaman kini: Mengadakan diagnosis penyakit yang mengjangkiti di dalam lingkungannya. Lantaran itu seorang mujaddid dianugerahi ketajaman memandang segala masalah yang timbul di zamannya dan dapat mengetahui di mana jahiliyyah itu bersembunyi dan memulai operasinya di kalangan masyarakat itu. Kemudian bagaimanakah caranya yang harus dilaksanakan untuk mengatasinya. Dia juga mengetahui sejauh mana jahiliyyah itu

menyebarkan pengaruhnya dalam kehidupan ini, dan apa pula peranan Islam dalam menghadapi kenyataan tersebut.

2. Rancangan pembaharuan: Mengambil keputusan yang pasti di mana harus dilakukan serangan untuk melumpuhkan kekuatan jahiliyyah dan memungkinkan Islam menguasai seluruh kehidupan.

3. Penilaian batasan dan keupayaan: Harakah mestilah dapat menimbang dan menghitung ekuatan yang ada pada seseorang serta menentukan garis-garis amliahnya dan langkahlangkah untuk membawa perubahan.

4. Perubahan Pemikiran: Membentuk pemikiran, iman dan pandangan akhlak masyarakat ke dalam

40

GERAKAN TAJDID ISLAMI

acuan

Islam,

memperbaharui

sistem

pendidikan

dan

menghidupkan

kembali ilmu-ilmu pengetahuan dan sikap-sikap kelslaman secara umum.

5. Penukaran secara Amali: Membenteras tradisi-tradisi jahiliyyah, memurnikan akhlak dan memberi rangsangan jiwa untuk melaksanakan Syariah, dan mempersiapkan

individu-individu yang mampu melaksanakan kepimpinan Islam.

6. Ijtihad: Memahami asas-asas yang mendasar dalam agama, menilai kebudayaan yang dianuti pada ketika itu serta pelbagai kecenderungannya dari sudut pandangan Islam. Lalu menentukan perubahan-perubahan yang ingin dihasilkan sesuai dengan pola-pola kehidupan sosial yang berlaku

berdasarkan Syariah untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu, dan agar Islam mampu memimpin dunia dalam susunan masyarakat baru kelak.

Islam: 7. Pertahanan Islam: Mengimbangi kekuatan-kekuatan politik yang hendak melenyap dan

menghancurkan kekuatan Islam. Mematahkan kekuasaan jahiliyyah agar Islam menjadi suatu kekuatan yang hidup.

(menghidupkan 8. Tajdid (menghidupkan kembali) sistem Islam: Mencabut kembali kekuasaan itu dari tangan-tangan jahiliyyah dan

menegakkan hukum menurut peraturan Islam, yang oleh syara' dikenal dengan nama "khalifah berdasarkan sistem nubuwwah".

9. Revolusi 'Alamiyyah Berusaha untuk mengadakan pergolakan `alamiyyah dengan pengertian tidak memadai menegakkan hukum Islam itu dalam sesuatu daerah tertentu sahaja, atau di daerah-daerah yang memang majoritinya

beragama Islam. Tetapi gerakan universal ini harus bangkit dengan teguh,

41

GERAKAN TAJDID ISLAMI

mengawal

meluasnya

da'wah

Islamiyyah

di

seluruh

penjuru

dunia.

Sehingga dengan demikian kebudayaan Islam menjadi kebudayaan yang sedang bertahta di Barat dan di Timur. Kini tiba giliran Islam untuk tampil sebagai pimpinan dunia, baik dari segi akhlak cara berfikir mahupun politik.

Apabila diteliti, maka aspek-aspek tersebut di atas menunjukkan bahawa ketiga perkara pertama merupakan program yang perlu dilaksanakan oleh\sesiapa sahaja yang hendak melakukan Tajdid Islami. Adapun keenam perkara lainnya bukan merupakan syarat mutlak bagi seseorang untuk dilaksanakan secara memuaskan bila ia ingin menjadi seorang mujaddid. Bahkan seandainya seseorang hanya mampu menampilkan suatu usaha khusus dalam salah satu atau dua perkara sahaja, cukuplah kiranya untuk disebut seorang mujaddid. Akan tetapi mujaddid seperti ini, hanyalah seorang mujaddid juz'iy bukan sempurna (ideal). Sebenarnya seorang mujaddid yang kamil (sempurna) haruslah

memenuhi semua aspek-aspek di atas serta memenuhi apa yang harus dimiliki oleh seorang yang berhak menjadi pewaris Nabi.

MUJADDID YANG KAMIL (SEMPURNA)

Sejarah telah membuktikan sehingga kini belum lahir seorang pun mujaddid yang kamil (sempurna). Khalifah `Umar bin 'Abdul 'Aziz mungkin dapat mencapai kedudukan yang mulia ini, tetapi beliau tidak sempat mencapainya. Semua mujaddid yang lahir selepasnya hanya berhasil melakukan perubahan-perubahan khusus yang memenuhi satu dua aspek tertentu sahaja, tetapi tidak ada seorang pun yang berjaya melayakkan diri sebagai mujaddid yang ideal. Namun demikian aqal dan tabiat serta perjalanan hidup ini akan sentiasa menanti kelahiran seorang "pemimpin ideal" samada di dalam abad ini atau ribuan dekad berikutnya. Pemimpin yang ditunggu-tunggu itu dikenali Imam Al-Mahdi

sebagaimana yang telah disampaikan melalui hadis RasuluLlah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam.(2)

42

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Sebahagian orang sekarang ini merasai sumbang mendengar nama Imam Mahdi, pemimpin yang ditunggu-tunggu. Mereka melontarkan tuduhan bahawa kaum muslimin yang bodoh-bodoh itu menjadi malas dan lemah kerana menanti kedatangan seorang pemimpin yang sempurna itu.

Oleh itu pada hakikatnya menurut pandangan mereka, penyebab utama kesalahfahaman ini akan mengakibatkan mereka menjadi pemalas, tidak mahu berusaha dan bekerja, fidaklah boleh diterima. Tambahan pula tentang omongan mereka yang menyatakan bahawa kepercayaan akan datangnya seorang yang masih ghaib ini hanyalah berita-berita khayalan bagi ummat-ummat beragama sahaja. Akhirnya ia hanya menjadi utopia semata.

Namun pada pendapat saya seperti halnya RasuluLlah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, para Nabi sebelumnya juga barangkali telah meramalkan bahawa menjelang akhir riwayat kehidupan ummat manusia di dunia ini, Islam akan tampil sebagai agama dunia. Ummat manusia yang dirundung kekecewaan dan dilanda kesengsaraan setelah gagal mencuba-cuba berbagai "isme" ciptaan sendiri, terpaksa mencari perlindungan di sebalik "isme" Allah. Kesemuanya ini mungkin terjadi bila dilakukan usaha-usaha oleh seorang Pemimpin Besar yang akan bergerak berdasarkan pola yang telah digariskan oleh para Rasul serta

menjalankan Syari'at Islam sepenuhnya dalam keadaan yang asli dan murni. Jika demikian halnya, maka khayalan apakah yang terkandung dari ramalan seperti itu? Adapun jika keyakinan ini ditemui juga pada ummat-ummat yang lain, mungkin sekali mereka telah memungutnya dari Islam lalu menyalutnya dengan cerita-cerita khayal dan tradisi-tradisi mereka.

AL-MAH IMAM AL-MAHDI

Terdapat banyak dikalangan ummat Islam yang percaya akan kedatangan Imam Mahdi telah tersalah anggap. Mereka menyangkakan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan para syeikh dan ahli tassauf, muncul pada suatu hari dari

43

GERAKAN TAJDID ISLAMI

sebuah madrasah atau pondok-pondok kuno atau dari sudut tempat pertapaan. Seorang yang tidak lepas biji tasbih di tangan, mulutnya kumat-kamit

mengucapkan bermacam-macam tasbih, zikir dan wirid, kemudian tanpa rasa malu sedikit pun menyatakan di hadapan khalayak ramai "Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggu itu". Pada ketika itu para pemimpin agama dan ulama' bergegasan keluar membawa kitab-kitab mereka lalu mulai meneliti serta membandingkan ciri-ciri, keadaan dan sifat-sifatnya dengan perkara-perkara yang tertera di dalam kitab tersebut. Sehingga akhirnya mereka mengenalinya, kemudian mereka mengikat pembai'ahan terhadapnya dan diikuti pula dengan pernyataan jihad. Orang-orang yang sengaja membiarkan dirinya hidup miskin untuk menyucikan dirinya (darwisy) dengan menyepi diri di tempat-tempat khalwat mereka, serta para pemimpinnya berbaris bersama-sama di bawah panji Imam Mahdi. Namun apabila terjadi peperangan dan pertempuran, bukan senjata yang berbicara (tetapi hanya sebagai perhiasan sahaja), semua medan dikuasai oleh kekuatan-kekuatan rohani, doa serta ucapan-ucapan wirid semata. Bilamana akan membunuh orang-orang kafir, para mujahidin itu hanya cukup dengan kerdipan matanya sahaja kemudian orang-orang kafir itu jatuh tersungkur. Bila hendak menghancurkan lawan, cukup sahaja dengan mengangkat tangan sambil berdoa, dan seketika itu pula musuh itu lumpuh, menghancur-luluhkan tank-tank dan pesawat-pesawat udara. Demikianlah gambaran umum kaum Muslimin tentang keyakinan mereka

terhadap kedatangan Imam Mahdi itu, akan tetapi menurut fahaman kami, sama sekali berbeza dengan fahaman tersebut. Menurut pandangan kami, Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu itu adalah seorang pemimpin yang mempunyai

kewibawaan di zamannya, mahir dalam pengetahuan moden laksana kemahiran seorang mujtahid, benar-benar memahami berbagai-bagai masalah kehidupan ini, ketajaman otaknya dan kehebatan fikiran siasahnya serta kemahirannya dalam seni perang, benar-benar dapat menerangi dunia. Pada masanya seluruh generasi baru menjadi maju. Namun spa yang saya khuatiri ialah kalau-kalau para ulama dan ahli-ahli agama

44

GERAKAN TAJDID ISLAMI

sendiri yang menjadi penyebab utama semakin memuncaknya kekufuran ummat di atas kebenaran Imam Mahdi ini. Saya juga tidak menganggap bahawa ciri-ciri tubuhnya sama sekali berbeza dari orang biasa sehingga membuatnya mudah dikenal dari tanda-tanda yang tertentu. Atau pun ia akan mengistiharkan dirinya sebagai Mahdi, walaupun bukan suatu hal yang mustahil bahawa ia menyedari dirinya sebagai Imam Mahdi yang dijanjikan. Walaupun demikian orang akan mengenalinya setelah ia meninggal dunia hasil dari kerja-kerjanya sebagai seorang yang ditugas untuk mendirikan "kekhalifahan yang mengikuti pola kerasulan" sebagaimana yang disebutkan di dalam telahan-telahan tersebut. Seperti yang telah saya nyatakan dahulu, tidak seorang pun kecuali Nabi berhak untuk mulai melaksanakan tugasnya dengan sebuah pengakuan, ataupun mengetahui dengan pasta sifat dasar risalah yang disebarkannya. "Mahdisme" bukanlah sesuatu yang perlu diakui melainkan sesuatu yang perlu dicapai. Mereka mengimaninya, sesungguhnya telah menelanjangi sendiri kedangkalan pengetahuannya dan kelemahan akhlaknya. Saya menggambarkan tentang Imam Mahdi ini jauh berbeza dengan tanggapan kebanyakan orang tentang sifat dasar perutusannya. Dalam menjalankan tugasnya, sedikitpun tidak saya temui akan perbuatan-perbuatan ghaib, ilhamilham Tuhan dan gerakan fizikal mahupun gerakan rohani. Saya berkeyakinan bahawa Mahdi tidaklah bebas untuk menyimpang dari tahap-tahap perjuangan

dan berusaha keras seperti yang terpaksa dilakukan oleh setiap pemimpin revolusi. Mahdi akan membawa aliran fikiran baru yang berlandaskan Islam yang murni, yang dapat merubah pemikiran ummat serta membangkitkan gerakan yang teguh dan kemantapan kebudayaan dan politik, dalam waktu yang sama dia akan berhadapan dengan jahihyyah dengan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk menentang da'wah dan melawan gerakannya itu. Namun semuanya diakhiri dengan suatu kemenangan yang cemerlang. Dia akan menegakkan negara Islam yang kuat dan sesuai dengan jiwa Islam yang murni, di samping ilmu pengetahuan, baikpun ilmu agama maupun ilmu pengetahuan duniawi sepertimana yang disebutkan di dalam hadis:-

45

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Maksudnya: "Seluruh penghuni langit dan bumi akan merasa puas kepadanya, sehingga tidak ada (sebahagian) langit pun yang tidak menitiskan air hujan, dan tidak satu pun bahagian bumi ini yang tidak menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya dan

barakahnya"

Seandainya pengharapan kita bahawa Islam akan sepenuhnya menguasai seluruh jagat raga dalam pemikiran, kebudayaan dan politik benar-benar tercipta, maka kedatangan pemimpin yang agung itu yang akan mengubah dunia dengan kepimpinannya yang menakjubkan. Mereka yang jelasnya tidak bersetuju dengan harapan seperti ini, menurut aqal yang waras lelah melupai daratan. Pemimpinpemimpin yang rosak akhlaknya seperti Lenin dan Hitler sahajalah dapat tampil di panggung sejarah dunia, lalu apa sahaja alasannya menganggap kehadiran seorang imam yang bijaksana ini hanya sebagai sesuatu yang mustahil dan meragukan?.

46

GERAKAN TAJDID ISLAMI

BAB 3 DAN BEBERAPA MUJADDID TERKENAL DAN PENCAPAIAN MEREKA

Meskipun tidak disusun mengikut kronologi (urutan masa), namun di dalam tulisan saya telah dimuatkan tentang mujaddid yang sempurna di masa akan datang dalam halaman-halaman yang berikutnya, agar pembaca menyedari hakikat darjat serta kedudukannya yang tinggi. Dengan ini akan membantu para pembaca menghargai dan menilai dengan sendiri melalui perbandingan antara darjat serta kedudukan mujaddid-mujaddid yang juz'iyyah. Di sini saya

bercadang mempersembahkan secara ringkas kegiatan para mujaddid Islam yang telahpun dicapai setakat ini.

UMAR UMAR BIN 'ABDUL 'AZIZ

Mujaddid Islam yang per-tama, ialah `Umar bin 'Abdul `Aziz. Beliau telah dilahirkan dari kalangan keluarga bangsawan. Sebelum mencapai masa

remajanya ayahnya telah menjadi worang hakim di wilayah penting di Mesir. Setelah usianya meningkat dewasa beliau sendiri telah dilantik menjadi wali kota di Madinah, di bawah naungan kerajaan Bani Umayyah. Beliau dan keluarganya telah memiliki sebahagian besar tanah-tanah yang dikurniakan oleh pemerintah kepada kerabat diraja. Adalah dianggarkan bahawa pendapatan tahunan daripada tanah miliknya sendiri berjumlah kira-kira lima puluh ribu dinar. Boleh dikatakan beliau hidup bagaikan seorang pembesar. Makanan dan keperluan-keperluan lainnya benar-benar seperti seorang putera raja. Sesungguhnya bi'ah yang demikian sama sekali tidak menampakkan tanda-tanda yang memungkinkan beliau melakukan tugas-tugas sepertimana yang beliau laksanakan pada tahuntahun berikutnya, Ibunya Ummu `Ashim adalah puteri kepada `Ashim bin Umar

47

GERAKAN TAJDID ISLAMI

bin Al-Khattab iaitu cucuanda kepada Umar bin AI-Khattab. Beliau sendiri telah dilahirkan kira-kira lima puluh tahun sesudah kewafatan Nabi Muhammad SaLlaLlahu `Alaihi Wasallam. Pada ketika itu, masih terdapat para sahabat dan pengikut Nabi Muhammad yang masih hidup.

Pelajarannya bermula dengan Ilmu Hadith dan Fiqh, di mana beliau dalam masa yang singkat dikenali sebagai tokoh ijtihad dan muhaddism pertama. Secara ilmiah beliau amat memahami asas-asas kehidupan, masyarakat samada di zaman RasuluLlah SaLlaLlahu `Alaihi Wasallam mahupun di zaman Khalifah ArRasyidin. Beliau dapat menilai corak perubahan yang telah berlaku bila sistem Khalifah diganti dengan sistem kerajaan. Tetapi secara praktiknya beliau mendapati diri beliau berhadapan dengan berbagai rintangan lantaran

perubahanperubahan yang dibawa oleh nenek-moyang telah jauh menyimpang dari aiaran Islam, kebetulan pula perubahan-perubahan tersebut bukan sahaja membawa keuntungan kepada kerabat serta sanak saudaranya, malah kepada dirinya sendiri. Berdasarkan keadaan seperti yang dinikmati beliau yang mana kesenangan hidup hari tuanya telah terjamin, adalah layak benar bagi beliau memerintah laksana Fir'aun. Beliau boleh mengorbankan kesedaran dan ilmu pengetahuan demi pencapaian kebendaan serta mengenepikan soal-soal

kebenaran, keadilan dan moral. Tetapi, bilamana umur beliau meningkat tiga puluh tujuh tahun, secara kebetulan tahkta pemerintahan berpindah ketangannya dan pada ketika yang sama kesedaran amanah dan tanggungjawab yang akan dipikulnya telah meresap ke dalam jiwanya. Keadaan demikian telah mengubah pendiriannya, tanpa ragu-ragu beliau telah memilih deen Islam sebagai manhaj hidupnya dan beliau memerangi jahiliyyah sehingga ke akar umbinya dengan mudah dan penuh keyakinan, seolah-olah perkara ini telah direnung dan dirancangnya.

Sungguhpun beliau berjaya menaiki tahkta secara warisan, namun sebelum mendapat baiah keta'atan daripada rakyatnya, beliau telah terlebih dahulu mengistiharkan supaya rakyat memilih sesiapa sahaja yang mereka sukai sebagai

48

GERAKAN TAJDID ISLAMI

khalifah mereka. Tetapi, sebaliknya seluruh rakyatnya telah memilih beliau sebagai pemimpin mereka. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima

tanggungjawab dan amanah sebagai seorang khalifah. Setelah beliau memegang jawatan khalifah, beliau telah membubarkan cara-cara pemerintahan yang sombong, sikap zalim ala Fir'aun, sistem kehakiman duniawi yang diamalkan oleh raja-raja dan segala bentuk penyelewengan kuasa. Seterusnya beliau sendiri berikrar untuk hidup sebagai seorang khalifah Islam yang sederhana. Selepas itu beliau memindahkan perhatiannya kepada perbezaan-perbezaan dan keistimewaan-keistimewaan yang selama ini dikecapi oleh kaum bangsawan serta menyamatarafkan kedudukan mereka dengan umat Islam yang lain. Kesemua tanah-tanah yang dikuasai oleh golongan bangsawan dan tanah milik beliau sendiri yang diperolehi secara tidak sah telah dialih menjadi hak milik Baitulmal. Segala harta benda samada yang boleh dipindah atau tidak, yang mana telah dirampas secara tidak adil telah dikembalikan kepada tuanpunya-tuanpunya yang berhak. Hasil daripada tindakan beliau itu kedudukan kewangannya telah meleset dan berkurangan. Pendapatan tahunan beliau telah berkurangan daripada 50,000 kepada 200 dinar. Di samping itu beliau menganggap bahawa adalah tidak adil untuk beliau dan keluarganya membelanjakan walau sesen sekali pun wang daripada Baitulmal. Begitu juga beliau tidaklah berharap untuk menerima gaji di atas tugas-tugasnya sebagai khalifah. Pendekata, kehidupan beliau telah benarbenar berubah. Sebelum menjadi khalifah beliau menikmati kehidupan seperti putera raja. Kini beliau telah menjadi manusia yang berlainan sekali wataknya.

Setelah mengatur dengan tersusun hal ehwal keluarga dan kaum kerabatnya, beliau merombak pula tatasusunan kerajaannya. Beliau telah melucut kesemua gabenur-gabenur yang didapati tidak berlaku adil dan melancarkan pemilihan ke atas orang-orang yang sesuai untuk dijadi penggantinya. Beliau menegur pegawai-pegawai kerajaan yang cuba menggunakan kuasa yang berlebihan ke atas kehidupan, harta benda dan kehormatan rakyat. Beliau mengajak mereka supaya menegakkan keadilan dan seterusnya menjamin hukum-hukum Syariah. Beliau memperbaharui seluruh dasar yang bersabit dengan percukaian dan

49

GERAKAN TAJDID ISLAMI

menghapus segala cukai yang tidak sepatutnya dikenakan termasuklah riba yang selama im dikenakan oleh kerajaan Bani Umayyah. Beliau menyusun semula dan memperbaiki sistem pemungutan zakat serta mengadakan Kementerian

Kewangan Negara. Semua kerja-kerja di atas beliau serahkan kepada seluruh masyarakat umum. Beliau membayar gantirugigantirugi dan memulihkan segala ketidakadilan yang dilakukan ke atas orang-orang bukan Islam seperti

mengembalikan rumah-rumah ibadah yang telah dirampas dengan sewenangwenangnya. Beliau juga memulangkan ladang-ladang orang kafir zimmi dan menjamin asasi serta keistimewaan mereka di bawah undang-undang Syariah. Beliau membentuk Suruhanjaya Kehakiman yang bebas daripada Lembaga Eksekutif, menghapuskan segala pengaruh kuasa raja yang selalunya menimbulkan segala celaan ke atas pentadbiran kehakiman dan menguatkuasakan prinsipprinsip keadilan Islam sebagai gantinya. Demikianlah bagaimana sistem Kerajaan Islam yang telah dipulihkan oleh Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz.

Kemudian dengan kuasa politik yang ada padanya, beliau telah mencuci bersih pernikiran akhlak dan social rakyat daripada segala pengaruh jahiliyyah yang telah berakar umbi di dalam kerajaan kira-kira setengah abad lamanya. Beliau menyelidiki segala kepercayaan-kepercayaan sesat yang membiak ketika itu dengan pendidikan Islam. Di samping itu beliau membuat sesuatu perencanaan yang luas untuk mendidik masyarakat dan menarik perhatian seluruh

cendekiawan yang ada ke arah pengkajian Ilmu Al-Qur'an, Hadith Fiqh. Dengan demikian itu beliau telah berjaya menggerakkan pergerakan intelektual yang berkesan. Hasil dari revolusi permikiran telah melahirkan cendekiawan cendekiawanbesar lagi berkalibar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hambali. Beliau mengembalikan semangat untuk melaksanakan syariah, menguat kuasakan kesemua larangan-larangan, membuang lukisanlukisan mungkar dan mengecam sikap malas yang telah berakar umbi dalam jiwa ummat Islam. Dengan yang demikian beliau akhirnya berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang telah disarankan oleh Islam, ALlah Subhanahu Wata'ala telah menegaskan di dalam Al-Qur'an yang mulia iaitu surah Al-Hajj, ayat 41:

50

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Maksudnya: Bila kami beri mereka kekuatan di atas bumi, mereka berusaha menegakkan solat, mengatur cara memungut zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

Natijah dari revolusi yang dibawa olehnya di dalam sistem pemerintahan dalam masa yang singkat telah merebak ke dalam jantung kehidupan ummat Islam dan lebih jauh lagi kepada masyarakat antarabangsa. Adalah diriwayatkan bahawa pada masa pemerintahan Al-Walid, rakyat hanya bertemu untuk berbual tentang bangunan-bangunan indah dan taman-taman tempat berpeleseran. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik minat mereka berkisar tentang

seks.Tetapi apabila `Umar bin 'Abdul `Aziz menjadi khalifah, keadaan telah berubah di mana solat , puasa dan Al-Qur'an telah menjadi topik yang diperbincangkan. Penduduk-penduduk bukan Islam juga turut tertarik dan kagum dengan cara pemerintahannya. Natijahnya beribu-ribu daripada mereka ini secara beramai-ramai memeluk agama Islam. Dengan berpindahnya mereka kepada Islam maka berkuranganlah kewangan negara yang diperolehi daripada Jizyah. Sebagai khalifah yang berpandangan luas 'Umar bin `Abdul 'Aziz juga

menumpukan perhatian kepada negara-negara jiran yang belum lagi menyatakan keIslaman mereka. Beliau menasihati pemimpin negara-negara tersebut supaya menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Hasilnya sebahagian daripada mereka telah turut menerima Islam.

Ketua negara bagi negara bukan Islam yang menjadi saingan utama pada masa itu ialah Empayar Rome Timur. Permusuhan antara Rome dan negara Islam telah timbul berabab-abad lamanya dan persaingan politik masih lagi berterusan.

51

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Meskipun begitu pihak Rome tersangat kagum dengan ketinggian akhlak yang ditunjuk oleh 'Umar bin `Abdul 'Aziz. Apabila berita kematian Khalifah 'Umar sampai kepada pengetahuan Maharaja Rome, beliau telah berkata:Aku tidak hairan jika seorang rahib menjauhi dunia dan menyibukkan dirinya dengan beribadat di tempat-tempat yang tertutup. Tetapi, aku benar benar takjub dengan orang ini, yang memiliki empayar yang luas, namun ia menolak kesemua kesenangan dunia dan sanggup hidup seperti kehidupan fakir miskin ".

Mujaddid Islam yang pertama ini telah bekerja keras selama dua setengah tahun. Dalam jangka waktu yang singkat, ia telah berupaya merubah seluruh aspek kehidupan ummat Islam. Malangnya kaum keluarga dari Bani Umayyah kembali menentang orang yang begitu taat ini. Mereka merasakan seperti melihat kematian mereka disebalik kehidupan Islam dan dengan ini mereka tidak dapat bertolak ansur dengan kegiatan yang dibawa oleh Pemulihan Islam ini. Mereka bermuafakat menentang beliau dan akhirnya mereka berjaya meracun beliau sehingga 'Umar bin 'Abdul 'Azlz syahid pada usia 39 tahun. Kegiatan memulihkan Islam yang diusaha oleh beliau hanya kurang dari satu segi iaitu beliau tidak dapat menggantikan sistem pemerintahan beraja kepada cara pemerintahan khalifah yang dipilih oleh rakyat. Beliau memang bercadang dan pada satu ketika meluahkan hasratnya untuk mengubah keadaan tersebut. Sesungguhnya kerjakerja mencuci karat-karat jahiliyyah orang Islam daripada pengaruh kufur kerajaan Umayyah amatlah berat. Di samping itu pada masa yang sama beliau terpaksa bertugas membina kembali akhlak dan pemikiran ummat Islam. Jadi sebagai seorang khalifah Islam adalah satu tugas berat dan terlalu banyak untuk diselesaikan dalam dua setengah tahun dalam pemerintahannya yang adil itu. (Semoga ALlah memberkati usaha-usaha beliau yang murni itu).

IMAM BEREMPAT

Meskipun selepas kematian 'Umar yang kedua teraju pemerintahan kerajaan kembali ke tangan orang-orang yang tidak sertanggungjawab, tetapi dari sudut

52

GERAKAN TAJDID ISLAMI

politik,

segala

arus

kebaikan

yang

telah

dibawakan

oleh

beliau

mulai

bergelombang. Tiada satupun halangan yang dapat menahan kebangkitan semula Islam dan pergerakan intelektual yang telah diusahakan oleh beliau dari terus berkembang. Kedua-dua kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah dengan

menggunakan kekerasan dan harta-benda cuba menghalangnya namun tiada sesiapapun daripada mereka yang dapat menghentikan kemajuannya yang berterusan. Di bawah pengaruh yang dibawakan beliau, beberapa karya penting telah dapat dihasilkan di dalam bidang Ilmu Al-Qur'an dan Hadith; Ijtihad dan kerja-kerja pengumpulan telah dilakukan. Perincian bagi perundangan Islam telah dirumuskan daripada dasar-dasar keagamaan; dan hampir kesemua undang-undang serta peraturan yang diperlukan dalam mentadbir sistem

kemasyarakatan yang begitu luas itu telah sepenuhnya diusahakan mengikut corak-corak keislaman. Kerja-kerja ini dimulakan pada awal abad kedua selepas Hijrah dan diteruskan secara besar-besaran sehingga abad keempat.

Mujaddid-mujaddid dalam tempuh ini ialah Imam (1) berempat yang termasyhur yang telah memperkenalkan empat madrasah kehakiman Islam (Fiqih).

Sungguhpun terdapat juga sebilangan besar mujtahid-mujtahid lain, beberapa alasan yang khusus telah menempatkan mereka mengatasi mujtahid-mujtahid itu dan dengan ini melayakkan mereka yang berempat untuk digelar sebagai mujaddid-mujaddid Islam.

Alasan atau sebab-sebabnya adalah kerana, pertamanya, Imam-imam ini dengan pemahaman yang mendalam serta kebolehan intelektual yang luar biasa telah mengasaskan mazhab-mazhab pemikiran agama yang teguh di mana daripada pengaruh mazhab-mazhab ini lahir pula beberapa mujtahid walaupun sehingga ke abad delapan selepas Hijrah. Mereka juga telah memperkembangkan beberapa prinsip perlaksanaan meyeluruh yang mendalam untuk mendapatkan detil-detil daripada asas-asas Islam dan untuk melaksanakan hukum-hukum Syariah dalam masalah-masalah kehidupan seharian. Boleh dikatakan kesemua karya-karya Ijtihad yang kemudiannya adalah di asaskan kepada petunjuk prinsip-prinsip ini

53

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dan tiada mujtahid yang selepas daripada itu bimbang akan kehilangan pedoman. Mereka meneruskan dengan bebasnya dengan berpandukan prinsip-prinsip yang telahpun disediakan.

Keduanya, mereka telah mengusahakan segala-galanya ini dengan sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan. Pada ketika-ketika yang tertentu mereka juga terpaksa mengelak campur tangan kerajaan dalam usaha meneruskan kerja-kerja mereka. Dalam hal ini mereka terpaksa menempuh berbagai kesusahan dan penganiayaan. Imam Hanafi misalnya telah dipukul dan di penjarakan oleh kedua-dua kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah malah beliau sendiri telah diracuni. Imam Malik telah disiksa dengan 70 kali sebatan pada masa pemerintahan AlManaur, Banff Abbasiyyah dan telah diikat dengan kejam di mana tangan beliau telah dilucutkan daripada tubuhnya.Imam Hambali pula telah beberapa kali disiksa dalam masa pemerintahan Al-Mamun, Muktasin dan Wathiq. Beliau telah dibelasah dengan keadaan yang begitu kejam. Keadaan demikian tidak dapat ditahan. Sekalipun jika hanya dilakukan ke atas unta-unta dan gajah-gajah. Apabila kerajaan Mutawakkil mengambil alih kuasa pemerintahan, keadaan telah menjadi berubah sama sekali. Kedudukan Imam-imam telah diletakkan di tempat yang tinggi dan dihormati seperti raja-raja serta dikurniakan hadiah-hadiah kepada mereka di mana beliau sendiri secara sedihnya menyatakan bahawa: "Aku lebih tersiksa daripada mereka-mereka yang disiksa dan dipenjarakan ". Meskipun mengalami berbagai kesimahan, orang-orang yang mulia ini tidak sekali-kali membenarkan pengaruh raja-raja itu menghalangi atau menimbulkan kesan ke atas kerja-kerja pengumpulan serta kajian pengetahuan Islam mereka. Dengan yang demikian mereka berhasil mengekalkan keadaan seperti itu melalui contoh-contoh yang telah mereka lakukan di mana karya-karya Ijtihad dan pengumpulannya tetap terpelihara dengan selamat tanpa gangguan penguasa walaupun apabila mereka ini telah tiada lagi di dunia. Adalah sesungguhnya, basil daripada susah payah dan ketekunan merekalah segala karya-karya sahih berhubung dengan Al-Qur'an dan undang-undang Islam dan segala kutipankutipan Hadith yang sejati yang sehingga ke hari ini sampai ke tangan kita, telah

54

GERAKAN TAJDID ISLAMI

kekal kesuciannya serta tidak ternoda di sepanjang abad. Karya-karya ini telah dihayati dari generasi ke gererasi, namun semasa perpindahan itu, tiada satupun daripada karya-karya itu yang telah dipengaruhi oleh pemerintah yang

mementingkan diri. Di samping menteri-menteri yang mengejar kepentingan diri mereka samada secara moral, pemikiran atau melalui rombakan-rombakan sosial orang-orang Islam.

ALIMAM AL-GHAZALI

Selepas, kematian `Umar bin 'Abdul `Aziz, pucuk pirnpinan kerajaan secara tetapnya terlepas ke tangan orang-orang jahil dan kuasa politik telah akhirnya dipindahkan kepada Raja Turki melalui kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah. Secara ringkasnya jasa-jasa yang berjaya disumbangkan oleh kerajaan ini ialah: Di satu pihak mereka sepenuhnya menerima sistem-sistem falsafah kebendaan yang dibawakan oleh Yunani, Rom dan lain-lain negara bukan Islam. Dengan tiada bersoal-jawab mereka menyebarkan falsafah-falsafah yang merosakkan itu kepada orang-orang Islam tanpa membuat apa-apa pindaan. Dari segi lain mereka menyebarkan segala, bentuk kemungkaran yang ditemui daripada masyarakat-masyarakat yang sesat. Mereka menyebar berdasarkan golongangolongan ini kemajuan dan kemewahan kemudian dekad pemerintahan kerajaan Abbasiyyah menambahkan satu lagi kelemahan. Setelah masa berlalu, awal kerajaan Abbasiyyah semakin lama semakin tidak mengenali akan kesenian dan ilmu-ilmu Islam. Hasilnya mereka tidak dapat memilih dan melantik orang-orang yang berkebolehan untuk menjawat jawatan di dalam perundangan dan

kehakiman. Disebabkan kejahilan dan sikap yang sukakan sesuatu yang mudah mereka secara gopohnya cuba menguatkuasakan hukum-hukum Syariah tanpa memikirkan tentang keperluan-keperluan masyarakat yang sedang berubah serta berkembang itu. Untuk tujuan ini cara penyelesaian yang kaku telah dijadikan keputusan mereka. Di samping itu ulamak-ulamak yang mengejar keduniaan telah mengalihkan perhatian mereka kepada perdebatan-perdebatan agama di mana mereka sendiri kemudiannya membangunkan pula suatu kecenderungan

55

GERAKAN TAJDID ISLAMI

yang tidak sihat. Di samping itu, kecenderungan ini, diberi dorongan oleh golongan raja-raja yang menyebabkan semakin luaslah pendebatan mereka. Ianya telah menghasilkan banyak lagi mazhab-mazhab baru dalam negaranegara Islam. Akhirnya telah menghidupkan pula berbagai pendapat serta membawa pula kepada pertelingkahan dan kecelakaan di kalangan orang-orang Islam. Sesungguhnya perbincangan agama seperti ini adalah tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai suatu majlis keramaian untuk pemerintah dan

pembesar-pembesarnya, seolah-olah seperti pertandingan laga-ayam. Tetapi, kepada orang-orang Islam hal ini kelihatan seperti gunting yang memecahbelahkan perpaduan agama Islam. Keadaan-keadaan umum yang berlaku pada abad kelima secara lazimnya dapat diringkaskan sebagai berikut:

1. Penyebaran falsafah Yunani telah menggoncangkan keimanan orang-orang Islam. Para cerdik pandai Hadith dan Ilmu Hukum yang belum mengenali ilmu-ilmu rasional telah kehilangan pedoman untuk menerang dan mentafsirkan sistem Islam yang berhubung dengan corak pemikiran semasa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali dengan menahan

kemungkaran-kemungkaran itu melalui kajian dan celaan. Sebaliknya orang-orang yang terkenal di dalam ilmu-ilmu rasional bukan sahaja tidak menguasai cabang-cabang ilmu-ilmu agama malah tidakpun mencapai kecekapan kreatif dari pemikiran yang diimpot itu. Mereka hanyalah tidak lain daripada penumpang yang mengikuti falsafah-falsafah Yunani. Tiada seorang pun daripada mereka yang berkemampuan mengkaji dan

memeriksa secara kritis akan idea pemikiran Yunani serta falsafah yang diimpot itu. Dengan sebab itu mereka terus mempercayai wahyu Yunani itu dan disebaliknya, mereka mulai pula menyeleweng wahyu ketuhanan dengan tujuan membentuknya semula mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh orang-orang yang sebelum daripada mereka. Hal ini bukan sahaja sebagai menyebabkan sesuatu yang masyarakat tidak umum menganggap hanya juga agama Islam

waras

malah

memberikan

gambaran bahawa seluruh sistem yang terdapat di dalam Islam adalah

56

GERAKAN TAJDID ISLAMI

terlalu rapuh untuk menahan ujian-ujian yang mencabar itu. Imam Abu Hassan Ash'ari serta pengikut-pengikutnya berusaha kuat untuk mengawasi corak pertumbuhan ini namun mereka tidak juga berupaya menemui kejayaan, meskipun mereka mengarahkan kepada kemahiran pengajian yang diperlukan tetapi mereka tidak benar-benar tahu atau dilatih di dalam ilmu-ilmu rasional itu. Kerana begitu bersemangat untuk menentang kaum Muktazilah mereka telah pergi terlalu jauh dan menyimpang dari kehendak mereka sendiri dalam usaha membukti serta memperkenalkan sesuatu yang mana ianya bukanlah didasarkan di atas keimanan yang sebenar. 2. Disebabkan pengaruh yang diamalkan oleh pemerintah-pemerintah yang Jahil dan tiada pula, kemudahan-kemudahan untuk penyebaran Ilmu-ilmu Islam. Kegiatan Ijtihad terus menjadi lemah dan membiarkan ianya menjadi suatu penyesuaian yang kaku. Perbezaan-perbezaan fahaman agama menjadi semakin luas tersebar dan meruncing sehingga membawa kepada pengwujudan aliran-aliran baru. Maka timbullah berbagai pendapat yang mencetuskan pertelingkahan-pertelingkahan. Wujudnya fahaman

baru ini mengakibatkan pula kepada keadaan negara Islam sepertimana yang diterangkan oleh Al-Qur'an seperti:

Kamu sekelian pada ketika itu berada di tepi jurang api neraka" (3:103)
3. Kemerosotan moral pada umumnya telah berlaku dari Timur sehingga Barat dalam kesemua negara-negara Islam termasuk kesemua kelas-kelas dalam masyarakat. Perpaduan hidup masyarakat pada ketika itu tidak lagi didasarkan kepada Al-Qur'an dan petunjuk yang dibawa oleh RasuluLlah. Para Ulamak, ketua-ketua pemerintah dan masyarakat sendiri kesemuanya telah membelakangkan kitab-kitab ALlah dan Sunnah RasuluLlah serta sedikit sekali memperdulikan tentang petunjuk-petunjuk yang dapat

menyelesaikan masalah-masalah mereka. 4. Kehidupan yang mementingkan kemewahan di kalangan beberapa

pemerintah dan peperangan yang mereka wujudkan untuk mendapatkan


57

GERAKAN TAJDID ISLAMI

kekayaan serta kesenangan, telah menyebabkan masyarakat sendiri menanggung beban ekonomi dan pemaksaan cukai yang tidak berpatutan. Ini mengakibatkan kehidupan umat Islam menjadi lebih buruk. Ilmu-ilmu pengetahuan dan asas-asas yang benar-benar dapat membantu serta mengukuhkan peradaban telah mulai mengalami kejatuhan, di mana hanya kesenian yang dikira tidak bermarwah dan anti-kemasyarakatan sahaja yang dipupuk serta dimajukan melalui galakan golongan istana. Pendek kata, kecenderungan-kecenderungan umum pada ketika itu adalah tanda kemusnahan umat Islam berada di dalam krisis nilai, mereka tidak tahu ke arah mana hendak dituju.

Begitulah keadaan-keadaan di mana pada pertengahan abad ke lima (selepas Hijrah) sewaktu kelahiran Imam Ghazali.(2) Di masa usianya masih kanak-kanak beliau telah menerima pendidikan yang dikira berguna dan bermanfaat dari sudut pandangan keduniaan dan telah mencapai kesempurnaan di dalam bidang ilmu yang sangat-sangat diperlukan kemudian hari. Beliau dengan sendirinya telah menawarkan dirinya kepada keperluan masyarakat dan muncul dengan

kedudukan yang tinggi yang mana ianya sangat-sangat dicita-cita oleh golongangolongan terpelajar pada masa itu. Beliau telah dilantik menjadi pengetua

kepada sebuah universiti yang sangat terkenal pada ketika itu iaitu 'Nizamiah Baghdad. Selepas itu beliau mendapat kepercayaan serta mempengaruhi

golongan istana Nizam-ul-Muluk Tusi, Malik Syah Saljuk dan khalifah Baghdad. Beliau telah diletakkan di tempat yang terhormat dalam lingkungan politik yang mana perkhidmatan-perkhidmatan beliau selalunya diperlukan untuk

menyelesaikan perselisihan-perselisihan yang timbul di antara pemerintah Saljuk dan Khalifah Abbasiyyah. Beliau telah mencapai ketinggian yang seumpama itu apabila kehidupan beliau tiba-tiba berubah corak. Kesan yang ditimbulkan oleh perubahan ini benar-benar menguasai fikiran beliau dan beliau mendapati bahawa pemikiran, moral, agama, politik serta kebudayaan pada zaman itu telah menyimpang jauh dari kesamaran. Dorongan untuk menentangnya mulai

menguasai pemikiran beliau. Hari demi had kesedaran dijiwanya menjadi semakin

58

GERAKAN TAJDID ISLAMI

nyata melalui dakwaan beliau bahawa beliau bukanlah dilahirkan hanya untuk menerima dan menikmati pujian serta kehormatan duniawi sahaja tetapi ada terdapat tugas lain yang harus beliau laksanakan. Akhirnya, beliau menolak kehormatan, hartabenda-hartabenda yang dimiliki serta aktiviti-aktiviti keduniaan dan memutuskan untuk mengembara serta berkhalwat. Beliau melawat

masyarakat-masyarakat Islam dan mengkaji kehidupan serta keadaan-keadaan mereka terlebih dahulu dan menghabiskan masa yang begitu lama dalam menyusahkan diri beliau sendiri di samping beribadat dengan tujuan menyucikan diri. Perkara-perkara yang seumpama ini telah beliau jalani selama 10 tahun dan bila beliau kembali semula, umur beliau telahpun mencapai 48 tahun dan beliau pada ketika ini adalah benar-benar seorang yang berubah. Apa yang beliau lakukan setelah kepulangan beliau ialah beliau mengasingkan diri beliau dari golongan-golongan istana, memutuskan untuk bersikap prejudis di dalam perbincangan serta menolak untuk menerima gaji atau bekerja dengan institusiinstitusi pengajian yang berada di bawah kekuasaan kerajaan. Sebaliknya, beliau mengasaskan institusi yang bebas di Tus di mana beliau berazam untuk melatih orang-orang yang berkemampuan dan terpilih di dalam aliran-aliran beliau sendiri. Malangnya usaha beliau ini tidak dapat diteruskan kerana maut tidak mengizinkan beliau bekerja lebih daripada lima atau enam tahun.

Berikut, adalah ringkasan daripada kerja-kerja pemulihan yang telah dibawakan oleh Imam Ghazali.

Pertama: Pertama Beliau mempelajari pemikiran Yunani dengan ketajaman intelektual dan menjadikan hanya sebagai suatu usaha menyelidik mengkritik. Usaha ini agak berjaya di mana cengkaman pemikiran-pemikiran Yunani ke atas pemikiran orang-orang Islam telah beransur longgar. Mereka yang telah mengambil spekulasi Yunani untuk dijadikan asas kebenaran dan berikhtiar untuk

mempertahankannya dari serangan dengan menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah serupa telah dibantu untuk memahami kebenaran melalui perspektif yang betul. Pengaruh Kritik ini telah melampaui perbatasan daerah orang-orang Islam,

59

GERAKAN TAJDID ISLAMI

malah ia telah melintasi hingga ke Eropah dan di benua tersebut pengaruh ini berjaya mengatasi pemikiran Yunani yang telah berakar umbi dan seterusnya, membantu pembukaan ke arah zaman penyelidikan serta kegemilangan zaman kemodenan.

Kedua: Kedua Beliau telah memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang-orang yang begitu bersemangat untuk membela Islam dengan cara menentang ahli-ahli falsafah serta cendekiawan tanpa senjata-senjata rasionalisma yang perlu. Orang-orang ini sesungguhnya mengikat pemikiran mereka kepada suatu bentuk pemikiran yang tidak waras sepertimana yang dilakukan oleh pendeta kuno di Eropah. Mereka memulia dengan andaian-andaian (hipotesis) yang bukti-bukti rasional daripada kepercayaan-kepercayaan agama itu bergantung ke atas asasasas ketidakwarasan yang jelas dan kemudiannya menganggap andaian

(hipotesis) seperti itu sebagai sebahagian daripada kepercayaan agama dan mengistiharkan bahawa orang-orang yang tidak mempercayainya sebagai bukan daripada pengikut-pengikutnya. Mereka juga menganggap bahawa segala bangkangan, pengujian atau pengkajian sebagai ancaman terhadap agama jika aplikasi ini membuktikan bahawa hipotesis-hipotesis itu ternyata tidak benar. Hal yang seumpama ini telah membuatkan seluruh Eropah terdorong ke dalam lingkungan faham atheis dan penyakit yang sama, telah dan sedang menjangkiti masyarakat Islam dan menyebabkan mereka menjadi ragu-ragu terhadap agama. Imam Ghazali mengawasi perkembangan pada masa itu dan menegaskan kepada orang-orang Islam bahawa kebenaran yang terdapat mengenai kepercayaankepercayaan agama mereka adalah sama sekali tidak boleh didasarkan kepada keperluan hipotesis-hipotesis yang tidak rasional tetap adalah dengan

berpandukan kepada asas-asas yang logik menurut Islam sendiri.

Ketiga: Ketiga Beliau mengajukan pentafsiran yang rasional berhubung dengan dasar kepercayaan-kepercayaan Islam yang mana kesahihannya tidak dapat

dipertikaikan berdasarkan asas-asas kewarasan akal meskipun sehingga berabad kemudiannya. Di samping itu beliau menerangkan tentang rahsia serta manfaat

60

GERAKAN TAJDID ISLAMI

daripada

ketetapan-ketetapan

konsep

Syariat

dan

memberikan

beberapa

pemahaman Islam yang jelas sehingga lenyaplah segala keraguan kalau-kalau konsep tersebut tidak sesuai dengan akal fikiran manusia.

Keempat: Keempat Beliau mengkaji kesemua mazhab-mazhab agama pada masa itu dan perbezaan-perbezaan mereka dan secara telitinya menentukan batasan-batasan antara yang Islam dan bukan Islam. Beliau meletakkan batasan berhubung dengan kebebasan membuat tafsiran yang dibenarkan, serta menentukan hadhad yang membawa kepada bida'ah. Beliau juga menerangkan tentang asas-asas Islam yang sebenar yang membezakan ianya daripada kebatilan. Usaha-usaha ini sesungguhnya telah melalui masa yang begitu panjang dalam menghentikan pertikaian di antara mazhab-mazhab itu dan juga dalam memperluaskan pemikiran masyarakat umum.

Kelima: beliau menghidupkan kembali pemahaman terhadap Islam, menyesali Kelima ketaatan membabi buta yang mereka berikan, menentang penyelesaian-

penyelesaian yang kaku dan menarik perhatian masyarakat terhadap sumbersumber pedoman yang benar iaitu kitab ALlah dan Sunnah PesuruhNya. Beliau menghidupkan semula semangat Ijtihad dan mengkritik kesemua mazhabmazhab di atas kelemahan-kelemahan mereka dan kecenderungan-

kecenderungan mereka yang tidak Islam serta mendesak mereka ke arah melakukan pembaharuan.

Keenam: Keenam Beliau mengkritik sistem pendidikan yang tidak mempunyai nilai dan merencanakan sistem baru bagi mengantikannya. Sistem yang telah tumbuh di merata tempat. Beliau telah membentangkan dua kelemahan utama iaitu: 1. la memisahkan Ilmu pengetahuan duniawi daripada Ilmu pengetahuan agama yang mana, ianya telah mengakibatkan pula kepada pemisahan hal ehwal keduniaan daripada hal ehwal agama. Dengan hal yang demikian ianya membawa kepada suatu perkembangan yang tidak sihat menurut pandangan Islam.

61

GERAKAN TAJDID ISLAMI

2. Perkara-perkara tertentu yang tidak terdapat di dalam Syariah telah dimasukkan ke dalam kurikulum sebagai sebahagian daripada Syariah. Lalu dengan sebab itulah institusi-institusi pengajian telah menanamkan

tanggapan- tanggapan yang salah di alam fikiran masyarakat sehingga secara tidak langsung telah mendorong pengwujudan mazhab-mazhab baru. Imam Ghazali mendedahkan kelemahan-kelemahan ini dan

menyusun suatu sistem yang padu yang walaupun secara kerasnya ditentang oleh masyarakat beliau pada masa itu, namun ianya telah diterima oleh kesemua negara-negara Islam. Kesemua sistem pelajaran yang kemudiannya diterapkan di dalam berbagai negara adalah sebetulnya dilaksanakan mengikut garis panduan yang dibuat oleh Imam Ghazali. Dengan hal yang demikian kurikulum pengajian yang banyak terdapat di institusi-institusi Arab pada masa kini telah terhutang budi pada

pengasasnya iaitu Imam Ghazali.

Ketujuh: Ketujuh Beliau telah menjadikan pelajaran moral sebagai asas daripada mata pelajaran kepada masyarakat dengan mengadakan peperiksaan. Pada usianya yang muda, beliau telah secara sepenuhnya melibatkan diri beliau kepada peluang peluang untuk mengkaji kehidupan cendekiawan -cendekiawan agama dan pemimpin-pemimpin, ketua pemerintah juga masyarakat. Beliau telah mengembara jauh dan telah dengan sendirinya melihat keadaan-keadaan, yang lazimnya terdapat dikebanyakan negara-negara Timur. Karya terbesar beliau Ihya Ulumuddin (Pemulihan Pengetahuan-pengetahuan Islam) adalah merupakan hasil daripada pengalaman-pengalaman dan pengkajian-pengkajian beliau dalam hal ini. Dalam buku beliau ini Imam Ghazali berulang kali, mengkritik keadaan moral masyarakat dari kesemua peringkat dan mengesan tiap-tiap penyelewengan sehingga kepada sebab-sebab kejiwaan serta kehidupan sosialnya dan berusaha untuk memperkenalkan kriteria moral yang sebenar menurut Islam.

Kelapan: Kelapan beliau secara bebasnya mengkritik sistem kerajaan. Beliau mendesak pegawai-pegawai kerana bergerak ke arah membuat pembaharuan dan

62

GERAKAN TAJDID ISLAMI

menanamkan semangat ke dalam jiwa masyarakat agar tidak gentar dengan ugutan tetapi haruslah berani untuk menentang serta mengkritik penindasan. Di dalam Ihya Ulumuddin beliau dengan terangnya berkata:

"Pada hari ini kebanyakan daripada tanah-tanah adalah secara haramnya diperolehi oleh raja-raja"
Pada bahagian yang lain beliau menulis, "Tiada seorangpun yang dapat menunjukkan wajah mereka kepada sultan-sultan ini dan tidak juga mereka dapat melihat wajah sultan. Seseorang itu hendaklah membenci sikap menindas mereka, menyesali kewujudan mereka, menghentikan pemujaan ke atas mereka, tiada kena mengena dengan mereka dan jauhkan diri daripada orang-orang yang mempunyai kepentingan bersama-sama mereka". Lagi, di dalam bahagian yang lain beliau secara pedasnya mengkritik sikap memperhambakan diri serta adat istiadat yang hina yang berlaku di istana raja dan mendedahkan seluruh cara hidup yang diamal oleh raja-raja serta pembesar-pembesarnya. Dalam hal ini beliau malah lebih jauhnya mengisytiharkan bahawa istana-istana, jubah-jubah, perhiasan-perhiasan mereka dan sebagainya adalah jijik dan berlumuran dosa. Bukan itu sahaja: beliau, mendesak pemerintah-pemerintah pada masa itu melalui suratnya supaya mengadakan sistem kerajaan Islam, menerangkan kepada mereka tugas-tugas seorang pemerintah dan memberi amaran kepada mereka bahawa mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kekejaman dan tindakan memaksa yang berlaku di dalam kerajaan iaitu samada yang dilakukan oleh diri mereka sendiri atau oleh pegawai-pegawai mereka.

Pernah di suatu ketika beliau diminta datang ke istana meskipun tanpa kerelaan beliau sendiri. Di dalam suatu perbualan beliau memberitahu raja dengan wajahnya yang tegas: "Kemewahan yang kamu nikmati barangkali tidak mengurangi kebesaran kamu tetapi beban yang tak terpikul oleh rakyat telah mematahkan tulang belakang mereka

63

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Di dalam waktu-waktu berikutnya beliau menulis Surat-Surat hampir kepada kesemua menteri-menteri yang dilantik dari semasa kesemasa dan memberi nasihat tentang keburukan keadaan rakyat di mana kepada salah seorang daripada mereka beliau menulis:

"Penindasan dan kesombongan telah pun melampaui batas- batasnya. Oleh kerana saya terpaksa menyaksikan kesemua ini dengan masa saya sendiri, saya lalu meninggalkan kota Tus kira-kira setahun yang lepas dengan harapan saya akan sembuh dari penyakit yang dibawakan oleh tindakan- tindakan tidak mengenal kezaliman serta tidak mengenal malu yang berlaku di kalangan orangorang sombong".
Menurut Ibnu Khaldun, Imam Ghazali tersangat berminat untuk melihat kerajaan bekerja di atas prinsip-prinsip Islam, di mana-mana sahaja di dalam dunia ini. Adalah diriwayatkan bahawa kerajaan Muwahid di Barat Jauh (Afrika) adalah diwujudkan oleh salah seorang murid yang telah menerima panduan daripada beliau. Namun aspek-aspek politik yang berhubung dengan aktiviti kehidupan Imam Ghazali ini hanyalah merupakan kepentingan kedua. Sebetulnya, beliau tidak pun mengusahakan apa-apa pergerakan untuk mewujudkan revolusi politik dan tidak juga beliau memasukkan pengaruh untuk dilaksanakan di dalam sistem kerajaan pada masa beliau. Sesudah daripada beliau, keadaan umum masyarakat Islam menjadi bertambah buruk di bawah teraju pemerintahan bukan Islam sehingga satu abad kemudiannya bangsa Tartar membanjiri negara-negara Islam dan membawa kepada kejatuhan menyeluruh serta kerosakan ke atas

keseluruhan budaya juga tamaddun Islam.

Ditinjau dari sudut intelektual, kerja untuk memulihkan Islam yang dipikul oleh Imam Ghazali cacat secara umumnya disebab oleh tiga kelemahan utama yang dapat digariskan sebagai berikut: 1. Kelemahan beliau di dalam ilmu Hadith(3) 2. Pengaruh penguasaan awal Ilmu-ilmu golongan falsafah ke atas pemikiran beliau dan,

64

GERAKAN TAJDID ISLAMI

3. Kecenderungan beliau yang keterlaluan ke arah ilmu tasawwuf.

Orang yang telah mengelakkan dari kelemahan-kelemahan ini yang telah secara bersungguh-sungguh mengembalikan meneruskan moral kerja dan Imam Ghazali intelektual yakn Islam yakni dan

keadaan

semangat

membersihkan sistem Islam dari segala perubahan juga ketidaksucian adalah Imam Ibnu Taimiyyah.

IMAM IBNU TAIMIYYAH

Imam Ibnu Taimiyyah telah dilahirkan pada pertengahan kedua abad ketujuh selepas Hijrah(4) iaitu selepas kira-kira 150 tahun kewafatan Imam Ghazali. Pada waktu itulah gerombolan bangsa Tartar sedang memijak-mijak serta

membinasakan seluruh negara-negara Islam yang tinggal bermula dari tepian Sungai Indus sehingga kepada daratan rendah Sungai Euphrat dan seterusnya membawa ke arah Syria. Disebabkan kekalahan dan penghinaan yang berterusan sehingga lima puluh tahun lamanya, keadaan huru-hara dan kerosakan pusatpusat pendidikan serta kebudayaan telah kesemuanya bercantum membentuk satu kehancuran di kalangan orang-orang Islam yang tidak begitu dikenali dalam masa Imam Ghazali. Sungguhpun penyerbu-penyerbu Tartar sedikit demi sedikit telah memeluk Islam. Mereka itu bahkan lebih buruk daripada raja-raja Turki yang terdahulu daripada mereka dalam cara-cara adat-istiadat yang tidak Islam. Di bawah pengaruh buruk mereka, dengan itu, keadaan moral dalam kesemua kelas masyarakat, sekalipun pemimpin-pemimpin agama, ahli hukum dan hakimhakim, mula menampakkan kerosakannya.(5) Penyelesaian yang kaku (Taqlid) menjadi suatu arahan biasa; sedemikian sekali sehingga telah turut merubah kehakiman dan persekolahan mazhab-mazhab kepada suatu bentuk mazhabmazhab yang bebas dan terasing.(6) Ijtihad telah dianggap sebagai suatu dosa dan pembaharuan-pembaharuan yang tidak masuk akal telah secara

bersungguhnya diterima sebagai sebahagian daripada Syariah. Tiada sesiapapun yang berani menarik perhatian masyarakat ke arah Kitab ALlah dan Sunnah

65

GERAKAN TAJDID ISLAMI

PesuruhNya kerana takutkan fitnah. Masyarakat yang engkar dan tersesat, Ulama yang mengagungkan keduniaan dan cetek fikiran mereka serta pemerintahpemerintah yang kejam dan ganas telah kesemuanya bersatu hati untuk membentuk suatu penyatuan kesyaitanan di mana, bukanlah satu perkara mudah untuk menyuarakan pembaharuan-pembaharuan pada waktu. itu. Meskipun demikian pada masa itu tinggal beberapa Ulama berfikiran benar dan beberapa ahli sufi yang benar dan tulin yang berjalan di jalan yang lurus, orang yang mengibarkan bendera untuk pembaharuan di dalam zaman kegelapan itu

hanyalah Ibnu Taimiyyah.

Ibnu Taimiyyah memiliki pemahaman yang mendalam tentang Al-Qur'an. Menurut Hafiz Zahbi, "Menerangkan dan menafsirkan Quran dengan betulnya adalah anugerah mulia, kepada Ibnu Taimiyyah': Beliau telah mencapai taraf seorang Imam di dalam ilmu Hadith. Begitu hebat sekali sehingga terdapat orang-orang yang mengatakan bahawa sesuatu Hadith tidak dapat dianggap sebagai sahih jika ianya tidak terlebih dahulu diketahui serta disokong oleh Ibnu Taimiyyah. Di dalam Ilmu Perundangan Islam beliau telahpun dikenali sebagai mempunyai keahlian dalam ilmu itu. Dalam ilmu logik yang rasional, falsafah dan faham mazhab beliau dapat dengan mudahnya mengatasi cerdik-pandai pada masa itu. Tambahan pula, beliau telah mencapai pemahaman yang mendalam tentang kesusasteraan Yahudi dan Nasrani dan perbezaan-perbezaan faham yang terdapat di dalam aliran-aliran agama mereka di mana menurut Goldziher tiada sarjana yang mengkaji tentang tokoh-tokoh di dalam Kitab Injil akan lupa atau mengenepikan kajian yang telah dibuat oleh Ibnu Taimiyyah. Di samping memiliki status yang istimewa di dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan, beliau tidak pernah dihalang maksudnya dalam perkara menyampaikan kebenaran. Dalam hal ini beliau telah diseret ke mahkamah beberapa kali dan malah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam penjara. Dengan sebab itulah juga ia berjaya melanjutkan dan memperlengkapkan dengan jayanya karya-karya yang tidak dapat disempurnakan oleh Imam Ghazali.

66

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Karya-karya pemulihan atau kebangkitan Islam yang telah disempurnakan oleh Imam Ibnu Taimiyyah dapatlah diringkaskan sebagai berikut:

1. Beliau menjadikan falsafah dan kelojikan Yunani sebagai perkara yang perlu dikaji dan dikritik dengan lebih luas lagi berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh Imam Ghazali. Beliau mendedahkan kelemahan-kelemahan dan kebatilannya dengan cara yang lebih jelas sehingga pudarlah

kepentingan perkara ini di dalam bidang ilmu lojika hampir untuk selamalamanya. Kesan daripada kritik ini adalah tersangat kuat sehinggakan ianya dengan sendirinya membawa kepada kejatuhan faham tersebut melampaui dunia Barat. Namur demikian faham lojik Aristotles dan sistem falsafah Heller yang diikuti dan dianuti oleh pengikut-pengikut Kristian telah kuat mempengaruhi mereka di Eropah. Kritik-kritik Imam memakan masa kirakira 250 tahun untuk membuahkan hasil dalam bentuk pemberontakan intelektual yang pertama menentang pemikiran Yunani di Daratan Eropah.

2. Beliau

menyediakan

hujjah-hujjah

yang

kuat

dalam

menguatkan

kepercayaan dan suruhan Islam dengan lebih rasional dan lebih sesuai dengan jiwa Islam berbanding dengan apa yang telah dikemukakan oleh Imam Ghazali. Hujjah-hujjah Imam Ghazali agak lemah disebab kekuatan rasional yang berat sebelah manakala Ibnu Taimiyyah memilih jalan secara logik dalam menafsirkan dan menerangkan rahsia-rahsia Islam yang mana ianya lebih jelas, lebih berkesan dan lebih dekat kepada isi kandungan AlQur'an dan Sunnah. Cara beliau dengan itu adalah merupakan suatu pendekatan yang lebih unik. Orang-orang yang benar-benar memahami agama hanya mampu memungut suruhan-suruhan dan perintah sahaja tetapi tidak tahu bagaimana menerang serta mentafsirnya. Disebaliknya mereka yang mengikuti faham falsafah dan faham rasional telah

menggunakan kaedah dari ilmu ini untuk mentafsirkan Islam dan akibatnya mereka menghadapi risiko kehilangan pedoman atau putus hubungan

67

GERAKAN TAJDID ISLAMI

daripada isi sebenar Kitab ALlah dan Sunnah RasuluLlah. Hanya Ibnu Taimiyyah yang memiliki kebolehan dalam menerangkan tentang

kepercayaan dan suruhan-suruhan Islam dari sudut serta pengertian yang sebenar. Untuk tujuan ini beliau memilih kaedah yang biasa dan berterus terang yang mudah diterima oleh aqal.

Sebagai mengiktiraf pencapaian yang besar inilah Ulama Zahbi seorang pengkaji Hadith yang termasyhur menulis:

"Ibnu Taimiyyah tiada mengesahkan apa-apa kecuali Sunnah yang suci dan jalan Imam-imam yang terdahulunya dan membawa beberapa hujjah sebagai sokongan dengan pendekatan yang baharu yang belum pernah berlaku kepada mana-mana pengkaji sebelum beliau'
3. Beliau bukan sahaja menguatkan suaranya menentang kepatuhan yang kaku (Taqlid) tetapi berjaya mengendalikan Ijtihad sesuai dengan cara yang telah diambil oleh ulama-ulama Islam sebelumnya. Beliau mengambil iktibar yang terus daripada kitab ALlah dan Sunnah dan dari kehidupan para sahabat-sahabat RasuluLlah, dipelajarinya berbagai pemikiran mazhab hukum dengan penuh teliti dan menolak sebilangan serta mengujudkan sebilangan besar suruhan-suruhan agama. Dengan itu beliau dapat

membuka pintu ke arah Ijtihad dan memperkenalkan secara tepatnya bagaimana untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan seseorang di dalam bidang itu. Di samping beliau, muridnya sendiri Hafiz Ibnu Qayyim telah mencurahkan sepenuh tenaga dalam mendedahkan hikmat-hikmat disebalik perundangan kepada Islam badan dan menghasilkan tentang karya cara yang dan tiada teknik

bandingannya

perundangan

menggubal undang-undang dalam Islam.

4. Beliau telah menentang keras segala innovasi atau pembaharuan dalam agama, adat istiadat politheistik, penyalah gunaan moral dan sosial pada ketika itu dan hal ini juga telah membawa beliau kepada berbagai

68

GERAKAN TAJDID ISLAMI

penindasan. Beliau membersihkan Islam dari segala kekotoran, menyucikan sistem Islam itu dari segala bentuk kemungkaran dan memperkenalkannya kepada dunia dalam bentuk yang asli lagi murni. Bila mengkritik beliau tidak mengira apakah orang yang hendak beliau kritik itu berkedudukan tinggi atau terhormat. Sekalipun mereka-mereka yang tidak sepatutnya menerima kemuliaan dan penghormatan daripada masyarakat, juga tidak terlepas daripada serangan-serangan kritisnya. Adat istiadat dan

kebiasaan-kebiasaan yang bathil yang telah diterima sebagai sebahagian daripada Islam yang begitu berabad, yang telah mendapat pengiktirafan keagamaan yang mana ianya telah pun dilupakan oleh ulamak-ulamak sendiri telah secara kerasnya ditentang oleh Ibnu Taimiyyah. Cara fikir dan ketajaman lidah beliau telah lantang dan bebas telah membuatkan seluruh dunia menentang beliau. Dengan sebab itu meskipun sehingga sekarang Ibnu Taimiyyah masih dikenangi sebagai orang yang tidak berbudi dan tidak menyenangkan. Kebanyakan daripada masyarakat semasa, hayat beliau yang berasa, ditentang oleh beliau telah cuba mendapatkan dan memenjarakan beliau beberapa kali. Mereka-mereka yang datang

selepasnya mencaci dan menyisihkan nama beliau. Setelah kematian beliau untuk menenteramkan kemarahan mereka. Namun pada hakikatnya

laungan yang disuarakan beliau agar mengikuti dan melaksanakan ketaatan yang sejati telah menggerakkan suatu kebangkitan yang kuat yang mana ianya masih bertalu-talu dapat didengar di dalam dunia Islam.

Di samping kerja-kerja pemulihan seumpama ini, beliau telah juga mengangkat pedang bagi menentang perosak-perosak dan keganasan bangsa Tartar. Beliau secara berkesannya menimbulkan perasaan kemanusiaan di kalangan muslimin Mesir dan Syria yang mana masih selamat daripada bencana yang bakal menimpa dan membangkitkan perasaan mulia dan perasaan hormat kepada diri sendiri untuk menghadapinya dengan berani dan gagah. Adalah diriwayatkan bahawa masyarakat biasa adalah tersangat takut sehingga menggigil dengan semata-mata menyebut tentang bangsa Tartar dan gementar untuk menghadapi

69

GERAKAN TAJDID ISLAMI

mereka "Seolah-olah mereka berada di ambang kematian " Tetapi Ibnu Taimiyyah menanamkan kepada semangat Jihad dan meningkatkan keberanian dan keyakinan mereka. Walaupun demikian ternyata beliau tidak dapat

menambah perusahaan kepada pengerakan politik yang dapat merevolusikan sistem kerajaan yang wujud dan menghasilkan pemindahan kuasa daripada keadaan tidak bertamadun kepada Islam.

SHEIKH AHMAD DARI SIRHIND

Pembanjiran bangsa Tartar merosak dan merugikan seluruh dunia Muslim dalam abad ketujuh selepas Hijrah kecuali anak benua Indo-Pakistan. Orang-orang yang sentiasa mengejar kesenangan dan kemewahan hidup daripada negara ini, seperti mana juga dengan pengejar-pengejar kesenangan yang lain tidak langsung mengindahkan tentang ini dan tetap berkeras dengan jalan mereka yang baik itu. Segala kelemahan dan tanda-tanda kerosakan akhlak di Khurasan dan Iraq lazimnya juga dapat ditemui disini: anggapan terhadap kedaulatan dan kuasa adalah hak mutlak raja-raja. Sikap terlalu gemar bersuka ria dan hidup dengan sentiasa memuaskan hawa nafsu yang dibawakan oleh golongangolongan istana, pengumpulan harta kekayaan dengan cara yang haram dan membelanjakannya dengan jalan yang tidak sepatutnya, peraturan yang zalim dan memaksa, kealpaan terhadap Tuhan dan pembuangan Jalan yang benar dan demikianlah seterusnya. Keadaan tidak berperaturan yang dilihat dari kacamata keagamaan, sesungguhnya telah sampai kekemuncaknya semasa kekuasaan Akbar bilamana kehancuran tiba dibatasan terakhirnya.

Perasaan yang sama di dalam istana Akbar mengenai Islam ialah, kebudayaan Islam itu lahir di kalangan bangsa Arab Nomad yang jahil dan kerana itu, ianya tidak dapat menyesuaikan kehendak-kehendak tamaddun dan masyarakat yang beradab. Kenabian, Wahyu, Hari Kebangkitan, Neraka dan Syurga kesemuanya tidak lagi dihormati dan dibantah. Al-Qur'an yang menjadi kalam ALlah dan selesai wahyu telah diragukan; hukuman atau ganjaran selepas kematian telah

70

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dianggap mustahil. Mi'raj Nabi Muhammad telah secara terangnya dianggap mustahil dan Nabi Muhammad sendiri telah dijadikan bahan kritik, terutamanya berhubung dengan soal poligami beliau dan peperangan-peperangan suci yang beliau lancarkan. Dengan sebab itulah juga perkataan-perkataan Ahmed dan Muhammad telah didendami dan tidak dipakaikan dan nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan ini mulai ditukar. Ulamak yang mengejar keduniaan tidak lagi menggunakan perkataan-perkataan pujian dan

penghormatan terhadap Nabi Muhammad SaLlaLlahu 'Alaihi Wasallam di dalam khutbah-khutbah dan tulisan-tulisan mereka. Setengah-setengahnya sehingga melakukan kecurangan dan pengkhianatan dengan meletakkan Nabi Muhammad kepada ape yang dimaksudkan sebagai Dajjal(7) (semoga ALlah mencuri rahmat dan keampunanNya ke atas mereka). Tiada sesiapapun yang berani

bersembahyang di dalam lingkungan istana raja-raja. Abul Fazl, ahli istana yang sangat-sangat dipercayai oleh Akbar, mempersendakan sembahyang, puasa, menunaikan Haji di Mekah dan lain-lain suruhan dalam Islam dan menyampaikan kata-kata menghina ke atas mereka-mereka yang taat. Penyair-penyair

menyindirkan suruhan dan perintah-perintah ini di dalam ayat-ayat mereka dan ini dapat sampai kepada masyarakat dan rakyat biasa.

Teori Bahai telah pada mulanya dikemukakan pada masa Akbar. Menurut teori ini jangka masa seribu tahun yang dibenarkan kepada Islam telah berlalu semenjak utusan Nabi Muhammad SaLlaLlahu 'Alaihi Wasallam dan dengan itu, agama Islam ini secara automatiknya telah melebihi waktu dan ianya perlu digantikan dengan satu kepercayaan yang baru. Pendapat ini telah diedarkan dan disebarkan dengan luas melalui meta wang syiling yang merupakan dakyah yang paling berkesan sekali pada waktu itu. Kemudian akhirnya suatu agama baru dengan "Syariat" yang baru telah dimulakan dengan tujuan utama untuk mengwujudkan suatu penyatuan antara ideologi Hindu dan Islam sebagai usaha menguatkan dan menyatu-padukan Empayar Mughol. Golongan-golongan istana Hindu yang pandai berkata-kata, dalam usaha memujuk Maharaja, mula menyebut ramalanramalan yang dibuat oleh wali-wali mereka yang mengatakan bahawa seorang

71

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Raja berjiwa besar akan dilahirkan bagi membela atau menjadi pengembala lembu. Sarjana-sarjana muslim pula cuba untuk membuktikan bahawa Akbar adalah Imam Imam Mahdi yang disebutkan,'Pendaulat Dunia' dan lebih utamanya Suatu `Mistik" dari kalangan istana tampil Akbar

Mujtahid.

mengisytiharkan Akbar sebagai `Manusia Sempurna"Khalifah Sepanjang Zaman' dan 'Bayang Tuhan' di bumi Masyarakat umum telah disogok untuk mempercayai bahawa keadilan dan kebenaran adalah nilai-nilai sejagat yang sesuai untuk semua agama dan oleh itu tidak perlulah agama-agama lain menuntut akan nilainilai ini. Dengan sebab yang demikian adalah dikira perlu untuk mengadakan suatu kepercayaan yang lengkap yang mengandungi kesemua kepujian dan pengertian-pengertian yang baik dari berbagai agama. Oleh itu masyarakat dari kesemua bentuk pemikiran dapat dengan mudahnya memeluknya dan melupakan perbezaan-perbezaan aliran dan kelumpuk masyarakat. Keimanan yang padu ini dinamakan Din-flahi dan dasar pokoknya adalah Laillaha illalah, Akbar khalifa-tuALlah (Tiada Tuhan disembah melainkan ALlah; Akbar itu khalifah ALlah) orangorang yang memeluk ajaran baru ini hendaklah secara terbukanya meninggalkan "tradisi dan hipotesis Islam yang didengari dan dilihat daripada orang-orang yang terdahulunya" dan dengan sebulat hatinya memasuki Din Illahi Maharaja Akbar. Pemeluk-pemeluk yang baru ini dikenali sebagai Chelas. Cara memberi salam juga telah diubah. Orang yang memberi salam akan mengucapkan Allahu Akbar dan cara menjawabnya akan menjadi Jalla Jalakhu. Perkataan-perkataan ini perlu sekali diganti dan ianya diambil daripada nama Maharaja Jalaluddin Akbar. Chelas telah diarahkan untuk memakai serban-serban sepertimana yang dipakai oleh Raja. Pemujaan ke atas Raja adalah merupakan salah satu daripada asas suruhan dalam agama itu, yang secara praktiknya dilakukan di awal waktu pagi dengan cara menghindarkan diri daripada menatap wajah Raja. Bila mana seseorang telah diperkenankan dengan kebenaran mengadap dikediaman Raja, ia hendaklah terlebih dahulu sujud dihadapan Raja itu. Sekalipun mereka yang digelar Ulamak dan ahli sufi akan sujud di hadapan Maharaja seakan-akan dia itu adalah "Maha Pemberi" ke atas segala pemohonan dan doa-doa mereka. Mereka akan cuba menyembunyikan bidaah mereka yang nyata ini di bawah lindungan perkataan-

72

GERAKAN TAJDID ISLAMI

perkataan seperti Sijdahi Tahiyyah (sujud sebagai penyataan hormat) dan Zamin besi (mencium tanah). Hal ini sesungguhnya, adalah tipu muslihat yang keji dan terkutuk yang sama seperti yang secara nyatanya disebutkan oleh Nabi Muhammad SaLlaLlahu `Alaihi Wasallam di dalam telahannya, yang mengatakan bahawa saatnya akan tiba bilamana orang-orang akan mengubah nama-nama yang haram menjadi halal.

Akan datang suatu zaman di mana mereka menghalalkan yang haram setelah mereka mengganti namanya"
Agama baru ini telah diasaskan dengan pengakuan bahawa ianya akan

memuatkan segala kebaikan daripada kesemua agama tanpa curiga. Tetapi, pada kenyataannya, agama baru ini bertujuan memenuhi kehendak kesemua agama untuk melenyapkan Islam dan menolak suruhan-suruhan serta prinsip-prinsipnya dengan penuh kutukan dan kebencian. Pemujaan api adalah ditiru daripada agama Zoroaster dan persiapan-persiapan dibuat untuk memastikan yang api akan sentiasa membakar di dalam istana. Seluruh isi istana akan bangun untuk menyaksikan upacara yang telah ditetapkan untuk setiap waktu pagi bila mana lampu-lampu dan lilin-lilin telah dinyalakan. "Pembunyian loceng-loceng"

"Penyembahan terhadap tiga wajah Tuhan" dan upacara-upacara tertentu ditiru daripada agama Kristian. Bagaimana sekalipun kepercayaan yang paling digemari ialah kepercayaan orang-orang Hindu kerana ianya adalah agama yang dianuti oleh majoriti daripada penduduk negara itu yang mana ianya harus diutamakan dalam usaha menyatupadukan Empayar. Penyembelihan lembu adalah dilarang. Perayaan-perayaan Hindu seperti Divali, Dussehra, Rakhi Poonam, Shivratari dan sebagainya dirayakan dengan penuh semangat; dan 'hawan' kerapkalinya diraikan di dalam istana. Matahari disembah empat kali sehari dan seribu namanya itu disebut berulang kah dengan sepenuh hati. Bilamana seseorang menyebut nama Matahari, yang lainnya akan membalas. "Semoga ia memberkati kita". Dahi mereka dihiasi dengan 'qashqa'; benang suci dipakaikan mengelilingi
73

GERAKAN TAJDID ISLAMI

bahu; dan lembu diletakkan ditempat yang mulia. Teori pemindahan roh-roh telah secara sepenuhnya diterima, dan banyak lagi kepercayaan-kepercayaan telah dibentuk hasil daripada kepercayaan golongan Brahmin. Begitulah tentang bagaimana agama-agama lain telah ditenteramkan, tetapi agama Islam sendiri telah diperlakukan dengan hina dan dicemuh oleh Maharaja dan pembesarpembesar istana. Apa-apa sahaja yang merendahkan martabat Islam yang dipersembahkan di dalam falsafah atau secara mistik, yang sesuai dengan selera golongan istana, telah diterima sebagai wahyu dari syurga dan ajaran Islam yang sebenarnya dipersendakan dan ditolak. Jika seseorang Ulamak menyampaikan Islam yang sebenarnya atau tidak menyetujui sesuatu kecenderungan yang mungkar, mereka ini dicap sebagai Faqih yang mana di dalam istilah istananya adalah dianggap seseorang yang bodoh yang tiada harganya dan patut diketepikan. Sebuah badan yang mengandungi empat puluh orang ahli telah dititahkan oleh kerajaan untuk membuat pengkajian yang kritis ke atas kesemua agama. Adalah diriwayatkan bahawa ahli-ahli ini tersangat bertolak ansur dan sentiasa menghormati agama-agama lain semasa mengkaji agama-agama itu, tetapi mereka akan secara terangnya memperalatkan Islam dan ajaran-ajarannya untuk difitnahkan; dan jika ada penyokong Islam yang cuba bersuara mereka akan diraikan. Pada praktisnya, suruhan-suruhan Islam telah secara mudahnya ditolak atau dijadikan bahan untuk membuat pindaan-pindaan yang memalukan. Pengenaan riba, perjudian dan minum arak telah dihalalkan. Minuman anggur menjadi suatu 'Kemestian' dalam majlis Nauruz bilamana 'Hakim dan Pengadilpengadil sekalipun akan minum dengan bebas. Mencukur janggut menjadi kecenderungan yang umum dan kesesuaiannya dibuat dengan bersandarkan Syariah. Menikahi saudara sepupu adalah diharamkan. Umur berkahwin untuk lelaki dan perempuan telah ditetapkan pada usia 16 dan 14 tahun masingmasingnya. Poligami dilarang sama sekali dan penggunaan sutera dan emas telah dibenarkan. Memakan daging harimau dan serigala menjadi halal. Babi yang bertentangan dengan ajaran Islam telah dianggap bersih dan binatang suci. Begitu sekali sehinggakan menyelamatkan diri daripada pandangan binatang itu diawal pagi dianggap suatu tuah. Tubuh badan mayat yang sebalik

74

GERAKAN TAJDID ISLAMI

mengkebumikannya telah dibakar ataupun dibuangkan ke dalam air yang mengalir. Jika seseorang berkeras untuk mengkebumikan mayat dia dikehendaki meletakkan kaki jasad yang meninggal itu mengadap kiblat di dalam kuburnya. Maharaja sendiri begitu gemar untuk tidur dengan mengadap kakinya ke arah ka'abah sebagai menentang prinsip Islam. Dasar pembelajaran yang dibuat oleh kerajaan juga berada di dalam keadaan yang secara sepenuhnya bertentangan dengan jiwa Islam. Pengajaran bahasa Arab dan Perundangan Serta Tradisi Islam tidak begitu disukai dan mereka-mereka yang memiliki ilmu-ilmu ini dianggap rendah dan terkebelakang. Di sebaliknya, kerajaan menganjurkan ilmu falsafah, ilmu kira-kira, sejarah dan lain-lain meta pelajaran yang bersangkutan dengan minat keduniaan. Dalam perkara ilmu bahasa kecenderungan yang kuat dan sertambah meningkat bertumpu ke arah pemungutan bahasa Hindu Sanskrit dan bahasa Arab telah secara beransur-ansurnya dibuang. Di dalam keadaan yang mencabar, institusi-institusi keagamaan mulai dipencilkan dan sarjana-sarjana agama telah didesak supaya meninggalkan negara itu.

Keadaan masyarakat adalah sesungguhnya buruk. Pendatang-pendatang dari Iran dan Khurasan telah membawa bersama-sama, mereka segala penyakit moral dan sosial. Mereka yang baru mengenal dan memeluk Islam di India tidak akan mendapat perhatian wajar. Mereka tidak dibimbing ke arah penghayatan dan kebudayaan Islam yang sebenar, oleh kerana itu kehidupan seharian mereka masih belum Islam dalam hampir kesemua hal. Kehidupan sosial kedua kategori Muslimin mengujudkan percampuran kebudayaan yang mengelirukan yang mana mereka sendiri telah lebelkan sebagai "Kebudayaan Islam". Ianya menjelmakan pemujaan berhala, pembezaan kaum dan kelas, amalan-amalan yang anih dan kepercayaankepercayaan khurafat dan lebih jauh lagi diadakan suatu kod penemuan upacara-upacara agama dan adat istiadat yang baru. Ulamak dan pemimpin-pemimpin agama yang mengejar keduniaan bukan sahaja menyokong "isma" ini tetapi, juga bersedia menjadi pengikut dan imam-imamnya. Orangorang lain akan berdiri di belakang mereka dan mereka pula akan mendorong dan berdoa ke atas mereka mengikut perbezaanperbezaan aliran kepercayaan

75

GERAKAN TAJDID ISLAMI

yang meruncing.

Pemimpin-pemimpin agama pula membawakan penyakit lain yang merebak di kalangan masyarakat umum. Mereka menyatukan neo-platonisma, Stoicisma, Manichaisma dan Vedantisma untuk menghasilkan suatu campuran falsafah mistik yang ganjil yang sukar diterima oleh sistem moral dan kepercayaan Islam. Perintah suruhan di dalam mistik dianggap bebas daripada Shari'ah Islam dan aspek peribadi di dalam Islam telah dipisahkan berasingan daripada kehidupan masyarakat umum. Sebagai akibatnya, batas-batas yang ditentukan oleh Islam berhubung dengan halal haramnya sesuatu itu telah ditolak, suruhan-suruhan agama telah secara praktiknya dilanggar dan hawa nafsu telah berkuasa di dalam seluruh hal ehwal kehidupan. Dengan itu hanya menjadi perkara mudah untuk menyangkal suruhan-suruhan yang tertulis atau untuk melabur ke atas sesuatu yang tidak mempunyai asas, untuk menyekat yang halal dan menguatkuasakan yang haram. Mereka-mereka yang telah benar-benar sebati dengan jiwa mistik adalah tidak terkecuali dalam hal ini kerana mereka juga dilalikan dengan pengaruh falfasah mistik yang mana menurut tafsiran pantheisma telah

melemahkan mereka daripada kehidupan dan realiti.

Demikianlah keadaan-keadaan bilamana Hazrat Syeikh Ahmad(8) dilahirkan di Sirhind pada awal era Akbar. Beliau telah diasuh dan dibesarkan di kalangan orang-orang yang paling warak pada zamannya yang sungguhpun tidak berupaya menghapuskan kecenderungan-kecenderungan kemungkaran yang berkembang disekeliling mereka tetapi masih tetap dengan istiqamah dan ikhlas dalam perbuatan mereka. Di samping itu mereka cuba mengajak masyarakat Islam untuk berada di jalan yang benar . Syeikh Ahmad mendapat inspirasi dan keuntungan terutamanya daripada Hazrat Baqi Billah yang secara rohaniahnya adalah seorang yang berhemah tinggi pada masa itu. Tetapi, Syeikh Ahmad sendiri adalah orang yang begitu luar biasa kebolehannya. Bilamana beliau pada kali pertamanya menemui 'Hazrat Baqi Billah, beliau telah benar-benar

mengkagumkan Baqi Billah yang mana Hazrat Baqi billah telah menulis kepada

76

GERAKAN TAJDID ISLAMI

teman-temannya dengan mengatakan bahawa:

"Orang muda bernama Syeikh- Ahmad telah tiba dari Sirhind. Beliau begitu berpengetahuan dan memiliki kuasa praktikal yang hebat. Beliau telah beberapa hari tinggal bersama-sama saya dan di atas dasar penyelidikan saya selama tempoh ini saya yakin pada waktu-waktu yang akan datang beliau akan menjadi pelita masyarakat dan menerangi seluruh dunia"
Ramalan ini secara keseluruhannya menjadi nyata. Sungguhpun pada masa itu terdapat beberapa ulamak yang cintakan kebenaran dan ahli-ahli sufi yang benar dibahagian-bahagian berasingan India, orang yang bangun dengan semangat untuk menghapuskan dan menghentikan kemungkaran pada masa itu dan menegakkan menentang syari'ah adalah Syeikh Ahmad. begitu Beliaulah yang begitu kuat untuk

dasar-dasar

kerajaan

dan

bersungguh-sungguh

mengembalikan ajaran yang sebenar. Beliau secara terangnya menolak segala kecenderungan-kecenderungan yang mungkar pada masa itu yang mendapat sokongan kerajaan. Beliau cuba memaksa pihak kerajaan mengadakan nilai-nilai syari'ah yang sememangnya tidak disukai pemerintah sebagai membuangnya kerajaan dengan segala kuasa yang ada mereka cuba untuk menyingkirkan beliau dengan memasukkan beliau ke penjara. Walaupun demikian beliau telah berjaya dalam usaha menumpaskan kemungkaran-kemungkaran yang ada. Jahangir yang memenjarakan Syeikh di Kota Gwalior dengan alasan bahawa beliau enggan sujud kepadanya telah menjadi pengikut beliau. Kemudiannya, Maharaja

memberikan anak lelakinya Khurram, yang layak menaiki tahkta kerajaan sebagai Syah Jehan juga berada di bawah didikan rohani Syeikh Ahmad. Kesemuanya ini sangat berjasa pada Islam kerana sikap kerajaan yang tidak begitu menghormati dan menghina Islam telah berubah kepada sikap yang meniberikan sepenuh penghormatan. Din-illahi Akbar dengan segala penemuanpenemuan yang mengikutinya yang telah dipalsukan oleh ahli-ahli hukum golongan istana telah dihentikan. Kesemua pindaan-pindaan dan pemansuhan yang berkaitan dengan suruhansuruhan Islam telah secara automatisnya menjadi tidak sah dan batal. Meskipun sistem kerajaan tetap bercorak Monarki, sikapnya

77

GERAKAN TAJDID ISLAMI

terhadap Deen Islam telah berubah. Selain dari itu terdapat tolak ansur terhadap, suruhan-suruhan Syari'ah, ianya juga telah dihormati. Aurangzeb Alangir telah dilahirkan kira-kira empat tahun selepas kematian Syeikh Ahmad. Secara menyeluruhnya boleh dikatakan disebabkan pengaruh baik yang dilakukan oleh Syeikhlah maka putera dari keluarga Taimur menerima latihan intelektual dan moral yang membolehkan anak lelaki Akbar yang besar, yang memusnahkan Syari'ah menjadi Pelindung Islam.

Syeikh Ahmad bukan sahaja mencegah kerajaan Muslim di India daripada secara sepenuhnya hanyut ke dalam tangan `Orang-orang Jahil' dan menamatkan pergerakan seumpama ini yang mungkin pula secara keseluruhannya tidak dapat dilakukan oleh Muslim dalam awal abad ketujuh belas dalam benua ini, tetapi dua pencapaian yang berbeza telah dapat dihasilkan. Pertamanya, beliau

membersihkan Ilmu Tasawuf yang ada daripada segala kekotoran pemikiran falsafah dan amalan-amalan kebiaraan dan mengemukakan Tasawuf Islam yang sebenar dan murni. Keduanya, beliau secara kerasnya menyerang adat istiadat dan amalan-amalan semasa yang menyimpang dari ketuhanan di kalangan masyarakat umum dan mengusahakan langkah yang kuat untuk melaksanakan Syari'ah dengan berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah RasuluLlah. Langkah ini telah cukup berjaya untuk menghasilkan beribu-ribu tenaga pekerja yang terlatih yang bukan sahaja melakukan kerja-kerja berfaedah diberbagai kawasan India tetapi, telah sampai sehingga ke Asia Tengah juga untuk memperbaharui moral dan kepercayaan-kepercayaan masyarakat. Justeru kerana pencapaian-

pencapaian yang menakjubkan seperti inilah maka Hazrat Syeikh Ahmad dari Sirhind telah kenali sebagai Mujaddid Islam.

78

GERAKAN TAJDID ISLAMI

BAB 4 NILAIADNILAI-NILAI PERJUANGAN IMAM WALIYULLAH AD-DAHLAWI

Imam Syah Waliyullah Ad-Dahlawi (1114H (1703M) - 1776H (1763M)) dilahirkan satu abad daripada, kematian Mujaddid Alfi-Thani (Hazrat Syeikh Ahmad) dan empat tahun selepas kematian Sultan Aurangzeb Alamgir, di pinggiran kota Delhi (1). Orang akan merasa takjub bilamana mereka meninjau pencapaian-

pencapaian Syah Sahib dalam memerangi suasana kejahilan pada zaman itu. Mereka hairan bagaimana dalam keadaan yang sedemikian masih lahir seorang tokoh yang berfikiran tajam dan memiliki kepandaian yang meluas. Tiada siapa yang tiada mengetahui keadaan India pada masa Farrukh Siyyar, Muhammad Syah Rangila dan Syah Alam. Pada masa inilah lahir seorang ahli fikir yang berpandangan bebas, yang melihat segala perkara di dalam hidup ini dari sudut yang asli, bebas daripada kemelut sosial dan prejudis terhadap, daya

intelektualnya serta meninggalkan karya-karya yang sedikit pun tidak dapat diragukan lagi kesemuanya baik dari segi waktu, bahasanya, uslub dan pemikiran-pemikirannya serta pengkajian dan rumusan yang ditulis. Walau bagaimanapun, bila mengikuti dan meneliti lembaran-lembaran dari buku-buku beliau, tiada siapa yang sama sekali akan merasa bahawa ianya ditulis di tempat yang dikelilingi dengan kemewahan dan kebanggaan diri, pembunuhan-

pembunuhan dan pemaksaan, kesombongan dan penindasan-penindasan.

Syah

Waliyullah

sesungguhnya

tergolong di

kalangan pemimpin-pemimpin

terkemuka dalam sejarah kemanusiaan. Berkat kemampuan daya intelektualnya beliau telah berjaya mengukir keluar dari kancah pergolakan ilmu pengetahuan dan bertindak dari hutan kekeliruan idea dan pemikiran-pemikiran. Dengan yang demikian pada satu pihak mereka menimbulkan kegelisahan dalam dunia fikiran

79

GERAKAN TAJDID ISLAMI

menentang idea-idea dan adat-istiadat yang ada, dan disatu pihak yang lain, mereka mempersembahkan suatu manhaj untuk pembinaan semula di mana kebangkitan harakah untuk menghapuskan kemungkaran dan menyatukan kebenaran dan keadilan sudah tidak dapat dielak lagi. Jarang terdapat pemimpinpemimpin yang seperti itu yang mengusahakan pergerakan mereka sendiri di atas dasar idea-idea mereka dan, menghancurkan dunia yang semakin sakit, membina yang baru di atas debu-debu kehancuran. Sejarah tidak pernah mengemukakan lebih daripada beberapa contoh seperti ini. Tugas utama yang diambil oleh pemimpin-pemimpin seperti itu ialah dengan menggunakan

kebolehan kritis dan kuasa penganalisaan, mereka membersihkan kebenaran yang telah berabad lamanya dikelirukan, menyalakan pemikiran-pemikiran dengan cahaya yang baharu, menghancurkan kesalahan tetapi dengan secara tegasnya membentuk suatu corak hidup dan mengemukakan kepada dunia nilainilai kemanusiaan yang sebenar dan kekal. Tugas itu sendiri adalah begitu luas dan berat yang mana mereka yang terlibat dengannya mendapati bahawa hanya sedikit sangat masa untuk melaksanakan dengan secara praktik kerja-kerja pembinaan semula. Akan tetapi Imam Waliyullah, sebagaimana ditegaskan dalam salah satu judul kitabnya "At-Tafhimaati AI-Ilahiyyah " iaitu jika keadaan mendesak beliau akan mengangkat senjata dan secara praktiknya berikhtiar untuk memperbaiki keadaan-keadaan itu (2). Tetapi pada hakikatnya ialah beliau tidakpun dengan secara praktiknya melakukan hal-hal yang seumparna itu. Segala keupayaannya jelas telah tertumpu dan dibebani oleh tanggungjawab beliau yang berat dalam mengkritik dan membina semula pemikiran Islam. Ini membuatkan beliau tidak berpeluang untuk menentang penyakit-penyakit yang wujud di persekitaran beliau yang terdekat itu. Sebagaimana yang akan dikemukakan nanti, tapak yang disediakan oleh beliau memerlukan orang yang mampu untuk memperjuangkannya secara praktik. Dan orang yang seumpama itu telah datang dari lingkungan pengajian dan tarbiyyah dari madrasah beliau sendiri dalam kira-kira setengah abad kemudiannya. Kerja-kerja pembaharuan Syah Sahib boleh dibahagikan kepada dua peranan utama: Pertamanya kritikan dan penyelidikan; keduanya, pembinaan semula.

80

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Saya harus menerangkan tentang peranan-peranan ini secara berasingan.

KARYAKARYA-KARYA KRITIKAN

Dalam hubungan ini Syah Waliyullah telah secara kritisnya mengkaji seluruh sejarah Islam. Sejauh yang saya tahu sebetulnya beliau telah mengkaji sejarah orang-orang Islam melalui kacamata sejarah Islam dan cuba untuk mempastikan dengan tepatnya keadaan orang-orang Islam di kalangan masyarakat

pemeluknya dalam masa-masa yang berlainan. Hal ini sesungguhnya merupakan perkara yang memerlukan penelitian teliti yang rumit yang menyangkut orangorang Muslim zaman dahulu di mana sehingga kini pun ianya masih belum jelas. Sebetulnya selepas pemergian Syah Waliyullah sekalipun, tiada seorang

pemimpin berkalibar seperti beliau yang dapat secara jelas membezakan sejarah Islam yang sebenar daripada sejarah orang-orang Islam. Syah Sahib telah secara terang mengemukakan perbezaan dalam berbagai tempat di dalam bukubukunya, tetapi dengan cara yang istimewa telah membicarakan dengan panjang lebar tentang perkara ini di dalam Bahagian VI buku beliau Izalatul Khifa. Karyanya memiliki keistimewaan di samping memaparkan tentang sifat-sifat daripada beberapa zaman berserta keunikan-keunikannya. Beliau telah memetik serta menghuraikan tentang telahan Rasulullah yang mengandungi gambarangambaran yang jelas untuk waktu itu. Pengkajian kritis ini sesungguhnya telah mendedahkan hampir kesemua unsur-unsur kemungkaran dan elemen-elemen kemulhidan yang bercampuraduk dan mengotorkan kepercayaan-kepercayaan dan moral para muslimin, juga pemikiran dan ilmu-ilmu pengetahuan, tamaddun dan pemikiran politik Islam mengikut peringkat sejarah kita yang berbeza. Kemudian Syah Sahih telah mengalihkan perhatian yang kritis ke atas

kemungkaran-kemungkaran yang berbagai bentuk itu dan cuba mengesani punca-puncanya. Akhirnya, sebagai hasil daripada penyelidikan ini, beliau telah menunjukkan ke atas dua perkara pokok seperti berikut:-

1. Pemindahan kuasa politik daripada kekhalifahan kepada sistem beraja

81

GERAKAN TAJDID ISLAMI

(kerajaan). 2. Kelenyapan semangat Ijtihad dan dominasi berterusan daripada

penyelesaian kaku ke atas pemikiran-pemikiran (Taqlid).

Punca utama telahpun secara sepenuhnya dianalisa dan dibincangkan oleh beliau di dalam kitab 'Izalatul Khufa'. Perbezaan di antara doktrin dan konsep-konsep khalifah dan sistem kerajaan telah diterangkan oleh beliau dan digambarkan melalui tradisi-tradisi dalam keadaan yang agak begitu terkenal di dalam kesusasteraan Islam awalnya. Demikian juga penghuraian berhubung kesankesan daripada revolusi dalam konsep yang begitu unik dan tidak ada tolak bandingnya. Di suatu tempat beliau menulis:

"Kepatuhan kepada suruhan-suruhan Islam telah diruntuhkan.....Tiada pemerintah yang selepas daripada khalifah Uthman r.a. yang secara peribadinya melaksanakan Haji tetapi selalunya hanya mengutuskan seorang wakil untuk melaksanakannya, padahal melaksanakan Haji adalah salah satu daripada tanggungjawab yang perlu ke atas seorang khalifah. Hanya dengan duduk di singgahsana, memakai mahkota dan menduduki tahta raja-raja yang terdahulu adalah dianggap lambang-lambang rajanya seseorang itu, begitu juga melakukan Haji yang dipimpin sendiri oleh seseorang itu adalah lambang khalifah"
Dalam bab yang lain pula beliau menulis:

"Dalam memberikan khutbah dan mengadili hal-hal agama, kedua-duanya bergantung kepada kebenaran dan persetujuan daripada khalifah. Tetapi selepas, kematian khalifah, kedua institusi-institusi ini menjadi tidak terkawal lagi; dengan yang demikian, dengan ketidaan orang seperti itu, nasihat daripada orang-orang yang benar tidak lagi kelihatan ditegakkan"
Kemudian beliau berkata:

"Wujud pemerintahan mereka hingga kini adalah umpama kerajaan Majusi yang mana yang berbeza hanyalah kerana mereka melaksanakan solat dan mengucap dua kalimah syahadat, kita telah dilahirkan di bawah bayangan perubahan ini;
82

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Tuhan mengetahui apa yang akan berlaku ke atas kita"


Berhubung dengan masalah taqlid, sumber kedua kemungkaran, Syah Waliyullah telah melahirkan rasa sedih beliau di dalam kitabnya seperti Izalatul Khafa' Hujjatullah Al-Balighah, Al-Budur Al-Baziah, At-Tafhimati Ilahiyah, Al-Musawwa dan Al-Musaffa dan hampir dalam kesemua karya-karya beliau.

Dalam Izalatul Khufa' beliau menulis:

"Sehingga ke akhir kerajaan Syria (masa pemerintahan Umayyah) tiada sesiapa yang mengakui diri mereka pengikut mazhab Hanafi atau Syafie, tetapi kesemuanya merumuskan hukum-hukum suruhan syariah mengikut kaedah dan cara yang dilakukan oleh para guru dan pemimpinnya. Semasa kerajaan Iraq (pemerintahan Abbasiyah) setiap orang telah dikenali dengan nama mereka yang istimewa dan sekiranya mereka tidak menemui alasan-alasan yang kukuh daripada ketua-ketua mazhab mereka, mereka tidak berani memutuskan sesuatu perkara berdasarkan kitab Allah dan Sunnah. Dengan yang demikian, perbezaanperbezaan yang timbul tidak dapat dielak disebabkan tafsiran-tafsiran yang berbeza berhubung dengan kitab Allah dan Sunnah. Apabila jatuhnya kerajaan Arab dan kuasa politiknya berpindah ke tangan raja-raja Turki, rakyat bertaburan berhijrah ke berbagai tempat dengan membawa bersama-sama, mereka apa saja yang mereka ketahui daripada hukum-hukum mengikut mazhab-mazhab dan menjadikan hanya sebagai asas ajaran mereka. Apa yang sebelumnya menjadi cara, hidup kini telah dianggap sebagai suatu ajaran dan dogma yang kaku. Segala keupayaan-keupayaan intelektual telah kini ditumpukan dalam membuat rumusan daripada rumusan dan mengumpulkan butir-butir maklumat daripada butir-butir maklumat"
Dalam Al-Musaffa beliau menulis:

"Orang-orang bodoh di zaman kita telah meninggalkan Ijtihad. Seperti unta, hidung mereka telah diikat dan mereka tidak tahu ke mana harus mereka tujui. Mereka telah menyimpang sama sekalinya dari pekerjaan yang sebenar.
83

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Celakalah kerana mereka tidak ada kewarasan akal untuk memahami dan menghargai hal-hal yang tinggi nilainya di dalam kehidupan"
Dalam Bab VII di dalam kitabnya HujjatulAl-Balighah dan Al-Inshaf Syah Sahib telah secara sepenuhnya menceritakan tentang sejarah dan latar belakang penyakit ini dan mendedahkan segala amalan-amalan salah yang muncul daripadanya.

Setelah menyelesaikan analisa, kritisnya sekitar kaum muslimin, beliau sendiri dan secara terus terang memaparkan kecacatan-kecacatan dan penyelewenganpenyelewengan setiap anggota masyarakat yang mempunyai tanggungjawab. Dalam Al-Tajhimat AbRahiyyah beliau menulis:

"Wasiat ini (daripada Syah Sahib sendiri) telah dilahirkan pada zaman di mana tiga perkara telah bercampur-aduk di dalam masyarakat: 1. Cara berfikir yang sesat: Hal ini disebabkan meresapnya ilmu pengetahuan Yunani. Masyarakat terlalu banyak membincangkan tentang khilafiah sehinggakan tiada langsung soal kepercayaan-kepercayaan tentang agama dipercakapkan. 2. Penyembahan terhadap intuisi (rasa hati): Ini disebabkan semakin

popularnya aliran sufi yang memperhambakan masyarakat daripada Timur sehingga ke Barat; dengan yang demikian setiap ucapan dan tindakantindakan kaum sufi adalah lebih berwibawa ke atas mereka daripada AlQuran dan Al-Sunnah. (Kiasan-kiasan mistik dan rujukan-rujukan yang metaforik (bersifat perlembangan) telah tersebar luas dan popular yang mana jika seseorang menyangkal kebenaran ini atau tidak mempunyai kesan apa-apa langsung tentang hal ini bermakna bahawa beliau tidak akan memperolehi pengaruh daripada masyarakat dan terkeluar daripada golongan orang-orang yang benar). Tiada khutbah agama yang bebas
84

GERAKAN TAJDID ISLAMI

daripada kiasan-kiasan sufi, tiada sarjana daripada dewan-dewan kuliah yang boleh membantu melahirkan kepercayaan beliau yang mendalam tentang khutbah yang mulia ini, kecuali, beliau telah bersedia untuk digolongkan sebagai kaldai-kaldai. Tiada upacara yang akan dinaungi atau dipengerusikan oleh ketua-ketua pemerintah jika ucapan-ucapan dan bidalan-bidalan daripada kaum sufi tidak dipersembahkan sebagai hiburan untuk bersuka-suka. 3. Ketaatan (kepada Allah): Hal ini disebabkan masyarakat beragama Islam. "Situ lagi penyakit di zaman ini ialah setiap orang akan mengikuti kehendak mereka sendiri dan terus mengikutinya tanpa mengenal batas. Tiadapun mereka berhenti pada ayatayat yang tergambar ataupun mengkaji diri mereka sendiri daripada mencampuri hal-hal diluar bidang pengetahuan mereka sendiri. Setiap orang mengemukakan tafsiran-tafsiran mereka sendiri berhubung dengan rahsia dan maksud daripada ayat-ayat dan berdebat di antara situ sama lain mengikut kehendak pendapat peribadi mereka sendiri. Kemudian di atas dasar perbezaan pendapat yang telah semula jadinya wujud di antara pengikut Hambali dan pengikut Syafie, tiaptiap seorang daripada mereka telah bersikap kritis dan berprasangka terhadap mazhab yang satu lagi mengikut kehendak hati mereka sendiri. Masing-masing aliran telah dilimpahi dengan butir-butir maklumat dan dengan itu kebenaran telah dengan sendirinya hilang di dalam tafsirantafsiran yang berbagai rupa"
Dalam tempat lain dalam buku yang sama beliau menulis:

tersebut

"Saya sertanya kepada keturunan-keturunan pemimpin agama yang telah menduduki kerusi-kerusi kekuasaan mereka tanpa kelayakan: Kenapa kamu mempermainkan agama mengikut prasangka-prasangka buruk dan kehendak perasaan kamu sendiri? Dan kenapa kamu mengenepikan jalan hidup yang telah
85

GERAKAN TAJDID ISLAMI

ditentukan Serta ditunjukkan oleh Allah melalui pesuruhNya Nabi Muhammad SaLlaLlahu Alaihi Wasallam. Tiap seorang daripada, kamu telah menjadi pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan cuba mengajak orang lain menjadi seperti kamu. Tiap seorang daripada kamu telah menganggap diri kamu sebagai pemimpin yang benar dan telah menjadi "Imam Mahdi"; sementara kamu tersesat daripada jalan yang benar dan kamu juga turut memimpin orang lain ke arah kesesatan. Kita tidak boleh mengiktiraf perilaku dan sikap orang-orang yang cuba mempengaruhi masyarakat semata-mata kerana perolehan-perolehan dan keuntungan duniawi, atau yang menguasai ilmu pengetahuan untuk memenuhi keinginan duniawi, atau yang menjemput masyarakat kepada mereka dan menuntut supaya dilayani hawa nafsu dan keinginan diri mereka. Sesungguhnya mereka kesemua adalah penipu, penyamar dan pendusta: Mereka telah diperdayakan oleh diri mereka sendiri dan kini cuba pula memperdayakan orang lain." "Saya katakan kepada pengajar-pengajar ilmu pengetahuan yang gemar dipanggil ulamak: Kamu telah terlibat di dalam ilmu pengetahuan, tatabahasa dan falsafah Yunani dan menganggap bahawa ianya adalah ilmu pengetahuan yang sahih. Ilmu pengetahuan yang benar, yang sepatutnya kamu ketahui, adalah ayat-ayat yang terang dan jelas dari kitab Allah atau Sunnah Rasulullah. Kamu tidak sepatutnya diserapkan dengan kegemaran-kegemaran dan maklumat-maklumat perundangan yang dihasil oleh ahli-ahli hukum yang dahulunya. Tetapi sebetulnya bukankah arahan itu sahaja yang memiliki kebenaran perundangan yang telah diputuskan oleh Allah dan PesuruhNya? Kebanyakan daripada kamu sememangnya begitu iaitu jika datang Sunnah daripada Rasulullah kepada kamu, kamu tidak akan mengikutinya, tetapi sebaiknya mengatakan bahawa kamu mengikuti Imam tertentu dan bukannya Sunnah itu sendiri. Kemudian kamu mengadili pendirian kamu dengan mengatakan: "Pemahaman terhadap Sunnah dan mengambil keputusan-keputusan yang
86

GERAKAN TAJDID ISLAMI

seumpamanya hanya dikhususkan kepada pengkaji-pengkaji Hadith yang besar sahaja. Adalah tidak mungkin persoalan mengenai Sunnah diketepikan oleh mereka, tetapi mereka mungkin telah mengenepikannya dengan alasanalasan tertentu". Berjaga-jagalah bahawa ini bukannya cara kepercayaan yang benar. Jika kamu secara ikhlasnya percaya kepada Rasul, kamu hendaklah taat kepadanya samada ianya diterima oleh mazhab pemikiran kamu atau sebaliknya". "Saya katakan kepada pengkhutbah-pengkhutbah mistik, penyembah-penyembah dan penghuni-penghuni biara! Hai kamu yang menuntut ketaatan yang tersesat ke lembah-lembah dan percaya ke atas kesemua percampuran-percampuran yang benar dan yang batil, kamu memberikan masyarakat cerita-cerita yang palsu, pemujaan terhadap kepalsuan dan mempersempitkan lingkungan kehidupan mereka. Kamu sesungguhnya telah dilantik untuk melapangkan kehidupan mereka dan bukan untuk menghalangi mereka. Kamu bergantung kepada cerita-cerita semasa tentang pencinta-pencinta, yang asyik, sebagai rujukan dan arahan; manakala hal-hal ini adalah tidak sesuai untuk disebarkan, ianya haruslah dikuburkan dengan sedalam-dalamnya dan dibuang untuk selamalamanya". "Saya bertanya kepada pemerintah-pemerintah: Tidakkah kamu takut kepada Tuhan? Kamu telah dilekakan dengan kesenangan sementara dan sama sekali telah lupa kepada rakyat dart mereka mulai menjamah satu sama lain. Meminum arak telah menjadi perkara biasa tetapi kamu tidak mencegahnya; perzinaan dan perjudian bermaharajalela tetapi kamu tidak menghapuskannya. Tiada denda menurut syariah yang dilaksanakan dan dikenakan semenjak dari dahulu di dalam Empayar ini. Kamu menelan golongan yang lemah dan mengecualikan golongan yang berkuasa. Kenikmatan hidangan, gurau senda dan cumbucumbuan bersama wanita, pakaian yang baik dan kediaman yang indah ini semua telah melekakan perhatian kamu dan kamu tidak lagi memikirkan tentang keesaan Allah."
87

GERAKAN TAJDID ISLAMI

"Saya katakan kepada golongan tentera: Allah telah menjadikan kamu sebagai perajurit oleh itu seharusnya kamu berjuang mengikut jalanNya, menyebarkan kalimahNya dan mematahkan kekuasaan mereka yang dipuja dan pemuja-pemujanya. Kamu rosaki matlamat sebenar kamu dan menunggangi kuda dengan peralatan tentera. Kini hati kamu kosong daripada kecenderungan untuk Jihad dan kamulah askar upahan. Kamu memuaskan diri kamu dengan arak dan segala perkara yang memabukkan; kamu mencukur janggut dan memelihara kumis; kamu menindas orang-orang yang tak bersalah dan tidak pernah memperdulikan samada kamu menerima rezeki yang halal atau haram. Dengan nama Allah, kamu akan meninggalkan dunia ini suatu hari nanti; kemudian Allah akan menjelaskan spa yang telah kamu perlakukan". "Saya katakan kepada kaum-kaum buruh dan masyarakat umum; kamu telah mengenepikan kejujuran bekerja dan mengabaikan peribadatan kamu kepada Tuhan kamu. Kamu mencampuradukkan tuhan-tuhan yang lain denganNya, berkorban untuk orang lain daripada Allah dan berhaji ke makam-makam ketua dan keramat-keramat kamu. Itulah yang terburuk yang dapat kamu lakukan. Jika kamu menjadi kaya-raya kamu mulai hidup dengan cara berlebihan-lebihan, dengan itu kamu melupakan sahabat-sahabat dan orang-orang yang kamu kasihi; atau kamu mempersia-siakan kehidupan dunia kamu dan merosakkan dunia akhirat kamu dengan minuman arak dan kehendak hawa nafsu". "Kemudian saya tujukan kepada semua umat muslimin: Wahai anak cucu Adam, kamu telah merosakkan akhlak kamu, menjadikan kehidupan kamu melarat dan hanyut di dalam peliharaan syaitan. Wanita telah menguasai lelaki, dan lelaki telah membuat kehidupan wanita yang hina, kamu bersenang-senang dengan perkara-perkara yang haram dan perkara-perkara yang halal tidak begitu kamu sukai." "Wahai anak-cucu Adam: Kamu telah mengamalkan adat-istiadat yang keji yang
88

GERAKAN TAJDID ISLAMI

juga telah mengotori keimanan sebenar. Kamu berkumpul bersama-sama pada sepuluh Muharram (Hari gugur syahidnya Imam Hussain) dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ada golongan yang menjadikannya sebagai hari berkabung. Tidakkah kamu ketahui bahawa kesemua hari-hari itu dimiliki oleh Allah dan segala peristiwa hanya akan berlaku menurut kehendakNya? Jika Hadrat Hussain telah mati syahid pada hari tersebut, (semuga Tuhan mengasihani beliau) hari yang manakah pula hamba yang Allah kasihi itu tidak akan merasai mati? Ada setengah golongan yang lain pula menjadikan ianya sebagai hari untuk berpesta dan bersuka ria. Kemudian pada Shabi Barat (tujuh hari selepas kematian seseorang) kamu melakukan upacara seperti yang dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah. Sebahagian daripada kamu menganggap bahawa pada hari ini beberapa banyak makanan hendaklah dikirimkan kepada simati. Adakah dasar hukumnya sehingga kamu sanggup melakukan amalanamalan seperti itu? Kemudian kamu telah mengamalkan adat-istiadat yang hanya akan menyusahkan kamu, contohnya, memanjangkan upacara-upacara perkahwinan yang diluar kemampuan kamu, mengekalkan penceraian sebagai sesuatu yang terlarang, melarang janda-janda daripada berkahwin semula, dan sebagainya yang mana kamu telah meletakkan sekatan-sekatan yang tidak perlu ke atas diri kamu yang bertentangan dengan panduan ajaran yang sebenar. Sepatutnya kamu mengamalkan adat-istiadat yang memudahkan kehidupan kamu, bukanlah sebaliknya. Kemudian kamu telah menjadikan peristiwaperistiwa kematian dan perkabungan kepada majlis-majlis makan minum dan bersuka ria seolah-olah ianya menjadi kewajiban ke atas kamu untuk menghidangi sanak saudara dan sahabat-handai dengan jamuan yang istimewa di dalam majlis-majlis ini. Kamu telah lalai kepada solat: Setengah daripada kamu tidak langsung mempunyai masa untuk bersolat kerana terlalu asyik dengan urusan perniagaan; yang lain pula tidak bersolat kerana mereka lebih senang bersuka ria dengan kawan-kawan mereka. Kamu tidak lagi memikirkan tentang zakat; tiada orang-orang kaya dikalangan kamu yang tidak membantu yang lain, tetapi tidak dengan niat zakat. Kamu tidak menghiraukan bulan puasa dan cuba untuk mengelakkan puasa dengan berbagai dalih, kamu benar-benar telah
89

GERAKAN TAJDID ISLAMI

menjadi lembab dan lemah; kamu hanya bergantung kepada perkhidmatan dan gaji kerajaan untuk kehidupan kamu, tetapi bila mana mereka mendapati bahawa sumber-sumber pendapatan adalah tidak mencukupi bagi membayar kepada kamu, mereka mula memungut cukai ke atas orang-orang miskin."
Di halaman lain dalam Al-Tafhimat beliau menulis:

"Mereka yang berkunjung ke Ajmer atau makam Salar Mas'ud dengan tujuan mendoakan agar dapat dipenuhi segala hajat-hajat mereka maka mereka telah melakukan dosa yang lebih besar daripada dosa pembunuhan dan penzinaan. Seseorang akan sertanya: Apa bezanya perbuatan seumpama itu dengan menyembah patung-patung yang dibuat sendiri? Mereka yang menyembah AlLatta dan Al-Uzza3 juga tiada bezanya dengan orang-orang yang seperti ini. Namun demikian, kita bukan bermaksud untuk mengatakan orang-orang ini telah jatuh kafir kerana kita tidak memiliki apa-apa kuasa daripada Lembaga Perundangan (Allah) untuk berbuat demikian ke atas hal-hal seperti itu. Tetapi pada prinsipnya, sesiapa yang memohon pertolongan daripada orang-orang yang telah mati agar dikabulkan segala keinginannya dan menganggap bahawa mereka itu masih hidup, maka akan kotorlah hati mereka dengan dosa". Petikan-petikan ini mungkin terlalu panjang, eloklah kami nukilkan sedikit beberapa ungkapan daripada At-Tafhimat, Bab. 11 yang menyatakan bahawa ianya haruslah disampaikan kepada pembaca-pembaca. Syah Sahib menulis: "Sebuah Hadith Rasulullah SaLlaLlahu Alaihi Wasallam mengatakan:

"Kamu juga akan memilih jalan-jalan sepertimana yang dilalui oleh umat-umat
90

GERAKAN TAJDID ISLAMI

yang terdahulunya dan akan benar-benar mengikuti jejak langkah mereka. Jika mereka masuk ke lubang biawak, kamu juga akan cuba ikut bersama-sama mereka" Para Sahabat sertanya samada 'umat-umat terdahulu' yang beliau maksudkan itu ialah umat-umat Yahudi dan Nasrani dan Rasulullah menjawab, "Siapa lagi?" (Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim) Rasulullah SaLlaLlahu Alaihi Wasallam telah secara tegasnya bersabda demikian. Kita telab melihat sendiri bagaimana orang-orang Islam yang lemah yang telah mengajak pengikut-pengikut mereka kepada tuhan-tuhan selain Allah dan yang telah menjadikan perkuburan orang-orang suci sebagai tempat pemujaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kita juga telah melihat orang-orang yang mengubah suaikan Hadith Rasulullah sehingga melahirkan anggapan yang salah kepada beliau: "Yang benar itu untuk Allah dan yang salah itu untukku". Hal ini adalah sama dengan tuntutan orang-orang Yahudi yang mengatakan bahawa mereka tidak akan masuk ke Neraka kecuali untuk beberapa hari sahaja. Sesungguhnya tiap golongan hari ini telah secara bebas mengubahsuaikan agama. Di kalangan ahli-ahli sufi akhir-akhir ini ada yang mengeluarkan ungkapan-ungkapan dengan tidak berpandukan kitab Allah dan Sunnah, terutamanya yang berhubung dengan keEsaan Tuhan. Hal ini seolah-olah mereka hampir sahaja tidak memiliki hukum Syara'. Berapa banyak masalah-masalah fiqh yang ditulis para ahli fiqh yang tidak diketahui sumber-sumber pengambilannya, contohnya seperti masalah 10 x104 dan kesucian perigi-perigi5 sedang di dalam perhatian mereka yang serius. Di samping itu, golongan rasionalis dan penyair-penyair dan orang-orang bijaksana juga orang-orang awam, kesemuanya sibuk untuk mentafsirkan agama mengikut kehendakkehendak mereka sendiri".
Petikan-petikan di atas dapat membantu kita membentuk suatu gambaran umum

91

GERAKAN TAJDID ISLAMI

iaitu bagaimana tekunnya Syah Waliyullah mengkaji keadaan orang-orang Islam yang terdahulu dan sekarang dan bagaimana beliau secara telitinya telah mengkritik idea-idea pemikiran dan institusi-institusi mereka. Kesan langsung yang tidak dapat tidak timbul daripada kritik-kritik itu ialah, lahirnya genarasi yang soleh dan unsur-unsur kesucian masyarakat yang menghidupkan keimanan sejati dan dapat membezakan di antara kebaikan dan kemungkaran adalah begitu menggalakkan dan memberansangkan disebabkan perasaan tidak senang dan keadaan-keadaan yang tidak sihat yang terdapat di sekitar mereka pada masa itu. Dengan yang demikian, perasaan keIslaman menjadi semakin meruncing di mana, mereka mula, merasai tiap-tiap kesan daripada keburukan yang dibawakan oleh jahiliyyah di dalam masyarakat itu; diskriminasi di antara mereka sudah demikian meluas sehingga mereka mulai meninjau kembali percampur-adukkan antara Islam dan bukan Islam; dan keimanan mereka telah semakin menebal dan teguh di mana mereka tidak sabar lagi menunggu saat-saat pembaharuan. Ketika itulah datang seorang mujaddid membimbing mereka dan membentuk suatu manhaj yang menyeluruh bagi pembangunan (penyusunan) semula, dengan itu mereka hanya menyalurkan usaha dan keupayaan dengan harapan mencapai cita-cita mereka dengan secepat mungkin. Kerja-kerja penyusunan semula. (rancangan pembaharuan) juga telah secara saksamanya dirancang dan disempurnakan oleh Syah Waliyullah

sebagaimana beliau telah membuat kerja-kerja kritikan dan pengkajian.

KERJA PENYUSUNAN SEMULA

Cebisan karya penting yang pertama sekali disempurnakan oleh Syah Waliyullah dalam hubungan ini ialah beliau telah mempersembahkan pandangan yang seimbang dan sederhana mengenai Fiqih yang bebas dari segala sifat ekstrim dan tidak menampakkan kecenderungan terhadap atau bertentangan dengan manamana jurusan mazhab. Beliau telah mengkaji prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah membuat rumusan yang dihasilkan dan dilakukan oleh masing-masing mazhab pemikiran dan membentuk suatu pandangan yang bebas mengenai nilai dan

92

GERAKAN TAJDID ISLAMI

kegunaan mazhab-mazhab itu. Jika dalam keadaan tertentu beliau telah membenarkan pendapat sesuatu mazhab, beliau juga telah menentangnya, dan bukanlah kerana beliau ingin membela mazhab itu. Dan jika beliau menentang pendapat-pendapat itu beliau telah melakukannya dengan berdasarkan alasan dan bukanlah kerana niat buruk atau dengan peribadi. Disebabkan alasan-alasan inilah maka kadang-kadang beliau berpihak kepada Imam Hanafi, kadangkadangnya Imam Syafie atau Imam Maliki atau Imam Hambali, Beliau telah mengkritik dan menentang dengan tajamnya mereka-mereka yang bersumpah ke atas diri mereka sendiri untuk hanya mengikuti satu mazhab tertentu sahaja di dalam segala hal-hal kehidupan dan juga mereka yang berpendapat bahawa mereka hendaklah sentiasa menentang pengasas mazhab tertentu seolah-olah ianya merupakan suatu kebajikan mereka. Syah Sahib, dengan itu telah memaparkan melalui media cetak yang diterbitkannya sendiri yang sepastinya dapat memuaskan setiap pencari kebenaran. Hal ini telah secara sepenuhnya dihuraikan di dalam bukunya Insaf. Pandangan-pandangan yang sama telah dilahirkan di dalam Musaffa dan buku-buku yang lain. Dalam At-Tafhimat beliau menulis:

"Saya telah diilhamkan dengan penuh keyakinan bahawa mazhab-mazhab yang diasaskan oleh Imam Hanafi dan Imam Syafie adalah yang paling terkenal sekali di kalangan Ummah dan kebanyakan orang adalah pengikut-pengikut kedua mazhab ini. Mereka juga mengumpul karya-karya kedua Imam ini dari semasa kesemasa. Kebanyakan ahli hukum, sarjana Hadith, pengulas, pendidik dan ahliahli sufi adalah pengikut Imam Syafie; manakala kerajaan-kerajaan dan masyarakat umum banyak yang menjadi pengikut Imam Hanafi. Pada masa ini hakikat yang sesuai dengan jiwa ilmu pengetahuan Ukhrawi ialah kedua mazhab ini hendaklah disatukan. Untuk tujuan ini, tafsiran-tafsiran mereka hendaklah dikaji dan ditapis dari Sunnah Rasulullah dan apa sahaja yang didapati sesuai dengannya dikekalkan dan apa-apa sahaja yang kelihatan tanpa mempunyai asas hukum hendaklah dibuangkan. Kemudian apa-apa sahaja yang tetap sempurna selepas dikaji dan dikritik dan sesuai dengan kedua-dua mazhab hendaklah
93

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dikekalkan sebagai pegangan. Jika sekiranya, tafsiran-tafsiran tertentu berbeza di antara keduanya, kedua-dua pandangan hendaklah dikekalkan untuk dilaksanakan. Tafsiran yang berbeza ini barangkali dapat disamakan dengan perbezaan di dalam membaca Al-Quran atau perbezaan di antara rukhsah dan azimat dalam melalui jalan untuk melaksanakannya. Atau kedua pandangan itu dapat dianggap sebagai alternatif jalan keluar untuk menyelesaikan masalah seperti masalah penebusan dosa(6) atau pengambilan salah satu daripada kedua aliran yang saksama dan dibenarkan. Sekiranya dikehendaki Tuhan, tiada masalah yang akan didapati di luar empat kemungkinan-kemungkinan alternatif ini".
Beliau telah menghuraikan pandangan ini dengan terperinci dan meluas di dalam Insaf. Lebih-lebih lagi dalam Bab III buku ini memuatkan pengkajian yang teliti iaitu buku Ahli Hadith dan Ahli Takhrij. Pendekatan yang diutamakan dan dianjurkan oleh Syah Sahib selepas perbincangan yang panjang lebar berhubung dengan perkara ini ialah kaedah daripada kedua kumpulan itu hendaklah disatukan untuk mengujudkan hasil yang sihat dan harmoni. Begitu juga perbincangan di dalam Bab VII Hujjatullah Al-Balighah juga memaparkan pengkajian yang teliti.

Kebaikan yang besar daripada mengambil pendekatan yang sederhana seperti itu ialah, pada satu pihak, ianya mengakhiri segala perasaan buruk sangka, kecetekan fikiran, penyelesaian yang kaku dan perbincangan-perbincangan, pertengkaran-pertengkaran yang tidak bermanafaat; dan pada satu pihak yang lain pula, ianya membuka jalan-jalan baru untuk penyelidikan dan Ijtihad dengan pandangan yang meluas. Sejajar dengan itu Syah Sahib telah menekankan keperluan untuk berijtihad dalam hampir kesemua daripada karangan-karangan beliau. Di dalam, muka awal Al-Musaffa, beliau dengan jelasnya menulis:

"Ijtihad di dalam setiap zaman adalah suatu kewajiban (ke atas para ulama) dan melalui Ijtihad, saya maksudkan ialah kefahaman yang sepenuhnya tentang nilai94

GERAKAN TAJDID ISLAMI

nilai syariah (Ahkam) yang diasaskan kepada dasar-dasar Islam, penjelasan tentang detil-detilnya dan pengumpulan serta penyusunan hukum-hukum baru, sungguhpun ianya bersesuaian dengan pendekatan yang diambil oleh pengasas mazhab tertentu. Alasan kenapa saya mengatakan Ijtihad sebagai kewajiban ialah kerana setiap zaman mempunyai masalah-masalah ganjil yang tidak terhingga dan mengetahui tentang suruhan-suruhan Ilahi adalah perlu. Bahan-bahan yang telahpun ditulis dan dikumpulkan bukan sahaja tidak mencukupi tetapi ianya juga merangkumi perbezaan-perbezaan pendapat yang banyak. Perbezaan-perbezaan itu tidak dapat diselesaikan tanpa menggunakan dasardasar syariah dan juga kerana ikatan yang secara sah menyambungkan mujtahid-mujtahid yang lepas mungkin telah diputuskan. Oleh itu satu-satunya jalan yang terbuka ialah mengkaji dan menilai kembali perbezaan-perbezaan ini dengan berdasarkan prinsip-prinsip Ijtihad."
Syah Waliyullah bukan sahaja menegaskan kepentingan Ijtihad tetapi juga telah meletakkan asas-asas dan prinsip-prinsipnya dan keadaan-keadaan yang perlu untuk melakukannya. Di dalam Izalah, Hujjah, Aqdul-Jid, Insaf, Budoori

Bazighah, Musaffa dan lain-lain terdapat gambaran-gambaran dan huraian yang panjang lebar tentang perkara ini. Apa sahaja yang telah dibincangkan di manamana sahaja dalam karangan-karangannya juga telah dibincangkan dengan cara selaku seorang ulama dan mujtahid yang benar dan terpelajar. Dengan itu, mengkaji dan membaca buku-buku beliau bukan sahaja membolehkan seseorang itu mengetahui prinsip-prinsip Ijtihad tetapi juga melengkapi seseorang dengan pendidikan yang perlu dan latihan dalam melaksanakan prinsip-prinsip tersebut.

Kedua aspek karya ini adalah apa yang telah juga dilakukan sebelum daripada Syah Sahib. Tetapi aspek yang jelas menampakkan ketulinannya ialah beliau telah cuba mempersembahkan gambaran lengkap tentang intelektual, akhlak, keagamaan dan sistem kebudayaan Islam. Pencapaian yang ini sendiri telah

menempatkan

beliau

mengatasi

orang-orang

terdahulu

daripadanya.

Sungguhpun karya-karya kebanyakan pakar-pakar agama yang terkenal yang

95

GERAKAN TAJDID ISLAMI

telah lahir semasa tiga atau empat abad pertama kedatangan Islam dengan terangnya menunjukkan bahawa mereka memiliki pandangan yang mendalam tentang sistem yang lengkap, dan karya-karya sarjana-sarjana yang selepas daripada itu pun begitu. Pendekatan yang mendalam dan logik yang dibuat oleh Syah Waliyullah dalam mempersembahkan Islam sebagai suatu nizamul hayah (sistem kehidupan) yang hebat adalah begitu unik dan tiada bandingannya di dalam seluruh sejarah Islam. Dua bukunya Hujjatullahil-Balighah dan Baduri Bazighah berbicara tentang perkara yang sama; yang pertama mengandungi secara terperinci pendedahan perkara itu dan buku yang kedua adalah

pandangan falsafah perkara itu.

Di dalam buku-buku ini beliau memulai dengan masalah-masalah metafizik dan di sini kita menemui sarjana pertama di dalam sejarah kita yang meletakkan asasasas falsafah Islam. Sebelum ini, segala yang ditulis di atas nama falsafah oleh kaum Muslimin telah secara salah dan jahilnya dinamakan falsafah Islam di mana ianya telah ditiru dan diimpot daripada Yunani dan Rom, Iran dan India. Falsafah Islam yang sebenarriya adalah dimulakan dan dikemukakan oleh Syah dari Delhi ini, di mana beliau menulis di dalam bahasa dan istilah falsafah klasik yang sama alirannya dengan falsafah skolastik dan falsafah mistik dan telah secara tidak sedarriya mengabungkan idea-idea mereka juga, sebagaimana ianya adalah menjadi kebiasaan kepada sesiapa sahaja yang mengusahakan tapak yang baru. Meskipun begitu tidak dapat dinafikan bahawa karya beliau adalah merupakan usaha utama membuka rangkaian penyelidikan, terutamanya di dalam zaman kejatuhan dan perpecahan yang begitu buruk keperibadian ummah dengan kekuatan intelektual dan rasionalnya seperti itu di zaman yang sedemikian adalah sesungguhnya menakjubkan.

Perkara pokok daripada falsafah Syah Sahib ialah beliau cuba mempersembahkan gambaran tentang alam kehidupan dan manusia di dalamnya, yang secucuk dan bersesuaian dengan kebijaksanaan sistem moral dan kebudayaan Islam. Dengan lain perkataan, sistem Syah Sahib adalah seperti akar potion "Silsilah" Islam iaitu

96

GERAKAN TAJDID ISLAMI

di antara dahan dan ranting-rantingnya, seakan-akan menjalinkan hubungan selaras, sempurna dan wajar di antara satu sama lain7. Saya benar-benar hairan bilamana mendengar setengah orang mengatakan bahawa "Syah Waliyullah cuba menyediakan asas falsafah untuk kemunculan nasionalisma Baru India dengan mencantumkan Vedantisma dengan pemikiran Islam". Pada hakikatnya belumpun dapat menemukan gagasan menemuinya, demi seumpama itu di dalam buku-bukunya. Jika saya menurunkan Syah Sahib daripada darjat

Allah, saya

mujaddid-mujaddid Islam dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang gemar membawa pembaharuan.

Syah Sahib telah mengadakan susunan Falsafah Sosial yang berasaskan sistem akhlak di bawah nama Irtifaqat8. Dalam hubungan ini beliau telah secara menyeluruh membahaskan perkara-perkara seperti organisasi kehidupan

keluarga, etika sosial, politik, kehakiman, percukaian, pentadbiran awam dan organisasi ketenteraan dan sebagainya, juga telah mendedahkan sebab-sebab hancurnya sesuatu hadharah (peradaban) lantas tidak dapat dilaksanakan.

Kemudian

beliau

tampil

mereformasikan

sekitar

sistem

syariah

termasuk

berbagai jenis peribadatan, hukum-hukum dan undang-undang yang sekaligus menggariskan hikmah-hikmah yang terkandung disebaliknya. Karya seumpama ini telahpun dihasilkan oleh Imam Ghazali tetapi Syah Waliyullah telah

menghuraikan dengan lebih terang dan mendalam.

Pada bahagian akhir, beliau telah mengulas sejarah lain-lain masyarakat dan sistem keagamaan mereka dan sejauh yang saya tahu ialah tentang konflik persejarahan di antara Islam dan jahiliyyah.

HASILHASIL-HASIL YANG DICAPAI

Bila rancangan sistem Islam yang rasional dan logik itu dikemukakan tidak dapat tidak unsur-unsur pemikiran yang benar dan sikap yang baik di dalam

97

GERAKAN TAJDID ISLAMI

masyarakat telah menjadi cita-cita kehidupan mereka. Terdapat di kalangan mereka yang memiliki kemampuan praktis yang besar telah berikrar untuk mencapainya. Samada orang yang menganjurkan cita-cita itu secara praktikalnya memikul tanggungjawab untuk memimpin pergerakan itu atau tidak, dorongan yang memberikan kekuatan yang sebenar kepada pergerakan tersebut

merupakan perbandingan yang jelas digambarkan oleh Syah Sahib di antara undang-undang Islam dan undang-undang Jahiliyyah. Beliau bukan sahaja menerang dan meriwayatkan tentang ciri-ciri pemerintahan Islam tetapi telah berulang kali menjelaskan pembahasannya dengan menggunakan uslub-uslub yang memiliki daya ransangan yang kuat untuk menghidupkan kembali jiwa juang setiap orang-orang yang beriman demi tegaknya pemerintahan Islam setelah menundukkan pemerintahan Jahiliyyah. Hal ini telah dibincangkan dengan sepenuhnya di dalam bukunya Hujjatullah Al-Balighah sedangkan di dalamnya telah membincangkan dengan secara keseluruhannya sekali. Dalam buku ini pengarang telah mengambarkan dengan Hadith bahawa kekhalifahan Islam dan sistem beraja adalah sebetulnya berbeza. Kemudian pada satu bahagian, beliau telah menghuraikan sistem beraja berserta segala keunikan yang dibawa masuk dan punca-puncanya di dalam kehidupan sosial orang-orang Islam di sepanjang sejarah; dan pada satu bahagian yang lain, beliau telah menghuraikan kebaikankebaikan dan keadaan-keadaan kekhalifahan Islam dan memperincikan rahmat yang dikurniakan ke atas Ummah. Selepas pendedahan Islam yang sedemikian rupa, bagaimana dapat masyarakat mendiamkan diri daripada penyelewenganpenyelewengan dan kecenderungan yang mungkar pada masa itu?

ASSYAH ISMAI SAYYID AHMAD BRELVI DAN AS-SYAHID SYAH ISMAIL (9)

Hampir setengah abad selepas kematian Syah Waliyullah berlalu, munculnya sebuah pergerakan di bahagian anak benua, India dengan cita-cita dan matlamat yang sama seperti yang dihidupkan dan diterokai oleh beliau. Apabila seseorang meneliti Al-Maktubat dan Al-Malfuzat karangan Sayyid Ahmad atau mentelaah Manahibul Imamah, Al-Aqobat, Taqwiyyatul-Imam dan lain-lain tulisan Syah

98

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Ismail Syahid, ia akan menemui sistem dan gaya yang sama dengan tulisan Syah Waliyullah di sepanjang muka surat. Dari segi praktikalnya, Syah Sahib telah berhasil melahirkan beberapa mujaddid yang bijaksana dan berfikiran benar berkat pengajaran Al-Quran dan Hadith dan dengan pengaruh peribadi beliau yang begitu tinggi dan berkesan. Kemudian muncul pula keempat-empat anak lelakinya, terutama, Syah Abdul Aziz, telah secara bersungguh-sungguh

mengembangkan sayap da'wah ini dan hasilnya, dalam masa yang singkat ribuan manusia seumpama itu bertebaran ke seluruh benua kecil India kerana menyelami idea-idea Syah Sahib. Mereka telah membawa bersama-sama mereka gambaran sebenar tentang Islam dan dengan ilmu pengetahuan yang meluas serta sifat-sifatnya yang teguh ianya pula telah menjadi alat penyebaran yang berkesan di kalangan masyarakat umum terhadap idea-idea dan pengaruh Syah Sahib dan persekitarannya. Demikianlah juga ia menyediakan asas yang kukuh untuk melancarkan suatu pergerakan yang lahir dari suatu fikrah atau faham yang sama dan dalam ruang lingkup yang sama pula, atau lebih tepat dari kutub Syah Waliyullah sendiri.

Sayyid Ahmad dan Syah Ismail boleh dianggap sebagai satu satu sama dari segi kejiwaan atau tindakan. Walau bagaimanapun saya tidak menganggap gabungan tubuh merekalah yang dengan sendirinya menjadi mujaddid; saya hanya menyanjung atas sifat penggenapnya sebagai pelanjut dari risalah tajdid pemulihan Syah Waliyullah Ad-Dahlawi. Pencapaian-pencapaian kedua pemuda agung yang dimaksudkan ini dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Mereka

melancarkan

pergerakan

yang

kuat

untuk

pembaharuan

keagamaan, moral dan hal ehwal kemasyarakatan untuk semua rakyat jelata. Samada pengaruh mereka tersebar atau tidak, namun kehidupan telah direvolusikan sepenuhnya di mana, mereka sekali lagi mengingatkan kita kepada kehidupan para-para sahabat Rasulullah.

2. Mereka mengadakan persediaan yang meluas ke arah Jihad pada waktu

99

GERAKAN TAJDID ISLAMI

yang sulit (pada awal abad ke 19) bilamana India sedang menuju ke arah kehancuran dan perpecahan; dan mereka memperlihatkan bakat dan kebolehan bertanzimkan yang menakjubkan di dalam hal ini. Mereka memilih Barat-Laut India (sekarang Pakistan) untuk melancarkan

perjuangan dan ini dengan jelasnya menunjukkan betapa mendalamnya pengetahuan tentang strategi peperangan pada waktu itu. Dipandang dari sudut politik mahupun secara geografisnya tidaklah ada tempat lain yang sesuai untuk dijadikan tempat memulakan perjuangan. Kemudian mereka mulai mengkaji melalui Jihad segala prinsip-prinsip moral dan muslihat peperangan yang menjadi pancaran ruh seorang mujahid dan membezakan mereka daripada pejuang lain yang cintakan keduniaan. Begitulah mereka sekali lagi mempersembahkan jiwa keislaman sebenar kepada dunia. Mereka tidak berjuang untuk kepentingan harta benda atau memperluaskan wilayah kekuasaan, pembanggaan terhadap bangsa, atau lain-lain

keinginan keduniaan: Mereka berjuang ikhlas fisabilillah. Satu-satunya matlamat utama yang mereka inginkan ialah untuk membebaskan ummah daripada belenggu penindasan pemerintahan mulhid, dan memperkenalkan sistem pemerintahan yang sesuai dengan kehendak Pencipta dan

Kedaulatan yang sebenar. Untuk maksud ini mereka terlebih dahulu mengajak masyarakat dengan berpandukan peraturan supaya menerima Islam atau membayar Jizyah dan kemudian barulah mengangkat senjata sebagai penyelesaian terakhir. Bila mereka mengangkat senjata dengan cermatnya mereka meneliti adab-adab peperangan yang dikehendaki oleh Islam; Mereka tidak melakukan apa-apa tindakan ganas atau kejam; dan mereka tidak memasuki bandar-bandar untuk menghancur dan

menumpahkan darah sebaliknya untuk memperbetul dan mewujudkan keamanan. Tiada tentera mereka yang membawa botol-botol arak atau diikuti oleh pasukan pancaragam dan perempuan-perempuan lacur untuk menjadikan khemah-khemah mereka sebagai rumah pelacuran. Tiadapun seucap lapuran yang menyatakan bahawa mujahidin yang melintasi daerah mereka telah menganggu kaum perempuan mereka atau merampas harta

100

GERAKAN TAJDID ISLAMI

benda mereka. Sebaliknya, para jundullah ini telah menghabiskan waktu siang mereka di atas pundak kuda dan di malam harinya mereka bertawajjub dengan mendirikan solah; mereka takut akan Allah dan sentiasa mengingati Hari Pengadilan; dan mereka tersangat tegas terhadap kebenaran dan keadilan dalam segenap keadaan, samada yang mereka senangi ataupun tidak. Jika mereka dikalahkan mereka tidak akan berputus asa lantas hilang semangat keberanian; jika mereka beroleh kemenangan mereka tidakpun merasa megah dan berkelakuan seperti orang-orang yang bongkak. Sejarah memaparkan bukti bahawa bumi anak benua itu belum pernah menyaksikan Jihad Islam yang sebenar sebelum atau selepas daripada fenomena seperti itu.

3. Bila mereka mempunyai peluang mengadakan pemerintahan mereka di dalam wilayah yang terbatas, mereka mengujudkan di atas dasar 'AlKhilafah Ala-Minhajin, Nubuwwah" (Kekhalifahan mengikut corak

Kenabian). Ianya adalah satu sifat ketaatan dan ketakutan kepada kekuasaan Allah yang sama, badan penasihat dan pengadilan yang sama; dan pelaksanaan keadilan penguatkuasaan hukum-hukum syariah yang sama. Pendapatan telah secara halal dipungut dan dibelanjakan dengan adil, orang-orang yang ditindas dilindungi kerana, mereka ini lemah dan orang-orang yang menindas begitu takut kepada Allah dan melaksanakan urusan kerajaan dengan berdasarkan akhlak yang sempurna. Dengan itu mereka mengemukakan dan mengulangi kembali bentuk pemerintahan yang diperkenalkan dan dipimpini oleh Abu Bakar As-Siddiq dan Umar AlKhattab (semoga Tuhan mengasihi mereka).

Walau kedua tokoh mujaddid ini agak mengalami kegagalan di dalam mencapai cite-citanya(10) kerana faktor alamiah' (sebab-sebabnya akan dibincangkan nanti) namun, pergerakan idea-idea yang diusahakan oleh mereka masih dapat dilihat perlaksanaannya di benua kecil India meskipun selepas seratus tahun kegagalan rombongan utusan mereka.

101

GERAKAN TAJDID ISLAMI

FAKTORFAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN

Segala perbincangan tentang faktor-faktor kegagalan pergerakan pemulihan yang terakhir ini sebetulnya tidak disukai oleh orang-orang yang enggan berbincang tentang pahlawan-pahlawan mereka yang sangat-sangat dihormati. Oleh itu saya khuatir kerana apa yang akan saya katakan mengenai tajuk ini akan melukai perasaan setengah daripada saudara-saudara saya. Jika perkara yang kita cakapkan dan bincangkan mengenai pahlawan besar kita bukanlah semata-mata untuk mendendangkan lagu-lagu mereka, tetapi untuk mendapatkan pengajaran daripada kemenangan dan kegagalan-kegagalan demi panduan kita di mesa hadapan, maka kita tidak dapat menghalakan pandangan kritis ke atas kerjakerja mereka dengan tujuan menyingkap pencapaian-pencapaian dan

mendedahkan sebab-sebab yang bertanggungjawab ke atas kegagalan mereka. Di kalangan ulamak di bawah madrasah Imam Waliyullah yang cintakan kebenaran adalah dilatih dan dihasilkan oleh beliau dan anak lelakinya dan sebilangan besar tentera yang taat dan takutkan Allah yang diatur oleh Sayyid Ahmed Serta Syahid Syah Ismail telah menjadi fenomena yang jarang berlaku di dalam sejarah kita akhir-akhir ini. Bila kita membaca tentang mereka kita merasakan seolah-olah kita sedang membaca riwayat hidup para-para sahabat Nabi Muhammad SaLlaLlahu Alaihi Wasallam dan pengikut-pengikutnya yang hidup di awal zaman Islam. Lebih memeranjatkan lagi ialah orang-orang seperti itu hidup di zaman yang hampir dengan kita, dan lagi persoalan timbul; Kenapa gerakan pembaharuan dan revolusi anak pribumi yang dipimpin dan dibimbing oleh mujahidin yang begitu warak dan takutkan Allah tidak berjaya dalam mengujudkan Negara Islam di India memandangkan usaha kemanusiaan yang telah mereka berikan? Tetapi, sebaliknya, orang-orang Inggeris yang datang dari tempat yang beribu-ribu batu berjaya membentuk kerajaan sekular di bumi anak benua ini. Jika persoalan ini tidak secara berani dan adilnya dihadapi dan ditinggalkan tanpa terjawab, orang akan menganggap bahawa usaha baik dan ketaatan termasuk Jihad adalah tidak berguna atau setidak-tidaknya kurang berkesan untuk memperbaharui hal ehwal dunia ini. Mereka mungkin

102

GERAKAN TAJDID ISLAMI

kemudiannya kecewa memikirkan bahawa jika pergerakan Jihad suci dengan kemungkinan-kemungkinan yang begitu besarpun tidak berjaya, segala usaha baru seperti ini untuk memperbaharui dunia adalah tentunya akan menemui kegagalan. Sebetulnya saya telah mendengar kebimbangan-kebimbangan yang dilahirkan oleh orang-orang seumpama ini. Baru-baru ini bilamana saya melawat Aligarh kecurigaan yang sama telah secara terang dikeluarkan di hadapan saya di Strachey Hall dan saya terpaksa memberikan ucapan ringkas untuk

menghindarinya. Saya juga sedar tentang hakikat bahawa Ulamak yang warak yang terdapat di kalangan Ummah pada hari ini umumnya tidak memperdulikan hal ini. Saya yakin jika persoalan ini secara teliti dikaji dan secara berhati-hati dianalisa kita dapat mempelajari beberapa pengajaran yang tersangat berguna dalam usaha memandu apa-apa perjuangan di masa hadapan untuk maksud yang sama.

Faktor Pertama

Salah satu daripada kelemahan yang pada pendapat saya selalu terdapat di kalangan mujaddid-mujaddid kita semenjak dari zaman Syeikh Ahmad AsSirhinky (Alfi-Thani) sehingga Syah Waliyullah dan orang-orang yang

menggantikan beliau boleh dikatakan berpunca daripada kegagalan mereka untuk membentuk pandangan yang betul terhadap Muslimin yang berkaitan dengan Tasawwuf. Inilah penyakit yang sepatutnya telah disembuhkan dengan

mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu. Tetapi bukan sahaja pencegahan tidak diusahakan, malah penyakit telah sertambah buruk dengan memberikan sukatan ubat yang berlebihan iaitu 'diet' yang tidak diingini. Saya tidak menaruh apa-apa dendam terhadap Tasawwuf yang dikemukakan oleh para mujaddid; Pada hakikatnya ianya adalah sesungguhnya Tasawwuf Islam, tiada apa-apa yang berbeza daripada Ihsan. Menurut pandangan saya yang cocok untuk dihindari dan diperhatikan adalah pemakaian simbol-simbol Tasawwuf dan rumusannya, pemilihan bahasa dan uslubnya serta penetapan metod tariqatnya. Nyata sekali, Tasawwuf Islam yang sebenar tidaklah memerlukan perkara--

103

GERAKAN TAJDID ISLAMI

perkara seumpama ini. Bentuk-bentuk lain dan bahasa yang lain dapat diterapkan untuk pengucapannya, kiasan-kiasan mistik dan ungkapan-ungkapan boleh dihindarkan, juga hubungan tradisi di antara pengikut-pengikut utama dalam kesemua bentuk-bentuk persatuannya dapat digantikan. Selepas itu, perlukah lagi kita oleh bergantung dan terikat tidak kepada bentuk yang begitu di telah lama?

diselewengkan Penyalahgunaan

amalan-amalan yang secara

bertuhan

dengan terserap

mistik

besar-besaran

kalangan

masyarakat umum sebetulnya telah menciptakan agama yang buruk dan keruntuhan akhlak amat dikenali oleh orang-orang yang berfikiran lurus. Perkaraperkara itu kini telah agak berlalu. Seseorang dapat memberikan pengajaran Islam yang betul, tetapi sebaik saja dia mengamalkan tradisi budaya mistik dan adat-istiadatnya, segala kelemahan dan penyelewengan yang pernah diamalkan berabad-abad dahulu akan muncul kembali.

Ianya adalah seperti suci dan halalnya air yang dilarang ke atas pesakit, jika jelas ianya akan memudaratkan pesakit itu. Begitulah juga Tasawwuf, meskipun diterima oleh Islam, tetapi perlu diletakkan di sebelah dan dijauhkan. Melalui Tasawwuflah orang-orang Islam telah menjadi ketagih kepada suatu jenis kemabukan yang mendorong mereka supaya tidur dan melemahkan mereka daripada kehidupan dan realiti dengan berabad-abad lamanya. Sebaik sahaja bai'at dilaksanakan pengikut-pengikut mula memperkembangkan mentaliti

pengabdian yang telah menjadi secara eratnya berkait dengan sistem pengikutpengikutnya:

"Warnailah sejadah dengan arak sekiranya arahan itu memberi hidayah kepada kamu"
Jelas sekali bahawa pemikiran seperti ini tidak meninggalkan apa-apa perbezaan di antara hidayah Ilahi dengan tuhan-tuhan lain selain dari Allah s.w.t. Ianya mengakibatkan ketidak mampuan kekuatan mental untuk membezakan dan mengkritik, untuk berfikir dan berhujjah, dan bagi pengikutnya secara

keseluruhannya digoda contoh keperibadian dan kekusaannya seolah-olah dia

104

GERAKAN TAJDID ISLAMI

adalah

Tuhan

kepadanya

sendiri.

Kemudian

ungkapan

kepada

'inspirasi

Ketuhanan' lebih lanjut menguatkan belenggu pengabdian pemikiran dan sebutan kiasan-kiasan mistik dan ungkapan-ungkapan metaforik dengan begitu mendalam dan mengasyikkan, menambah semangat ketahyulan bagi para muridnya yang jahil sehingga membawa mereka ke alam luar selain dari alam maujud ini, yakni alam guna-guna yang penuh keajaiban.

Kedua-dua Mujaddid Alfi-Thani dan Syah Waliyullah sedar dengan sepenuhnya akan penyakit yang melanda kaum muslimin yang berpanjangan dan mereka kedua-duanya telah mengambil perhatian tentang penyalah gunaannya di dalam tulisan-tulisan mereka. Tetapi besar kemungkinan mereka tidak dapat mengesani dengan baik tentang batasan dan kehebatan penyakit ini, dan oleh kerana itu secara tidak sedarnya mengesyorkan pantang larang yang memudaratkan pesakit-pesakit sepertimana yang telah dibuktikan akibatnya sebelum daripada ini, Akibatnya, penyakit tersebut telah merebak dengan bebasnya dan

menjangkiti dengan begitu kuat ke atas pengikut-pengikut utama mereka11.

Sungguhpun As-Syahid Maulana Ismail secara sepenuhnya menduga batasan penyalahgunaan dan secara tegasnya mengikuti pendekatan praktikal yang sama sepertimana yang telah diambil oleh Imam Ibni Taimiyyah, akan tetapi gejalagejala penyakit tersebut telah tertulis di dalam buku-buku karangan Syah Waliyullah, dan hal ini memberi kesan kepada tulisan-tulisan beliau sendiri. Kemudian dari segi praktisnya tradisi hubungan pengikut guru telah dikaitkan dengan pergerakan Sayyid Ahmad pada awal-awalnya lagi. Oleh kerana itu, pergerakan ini juga tidak dapat terlepas daripada kuman-kuman penyalahgunaan mistik. Demikianlah keadaannya sehingga selepas syahidnya Sayyid Ahmad sebahagian daripada pengikut-pengikutnya mulai menaruh harapan seperti orang-orang Syi'ah dengan dakwaan mereka pernah dirasuki roh Sayyid dan masih secara bersungguh-sungguh menanti kemunculan beliau semula.

Dengan sebab itu, sekarang ini jika seseorang berhasrat atau bercadang untuk

105

GERAKAN TAJDID ISLAMI

mentajdidkan semula Islam, ianya hendaklah menghindarkan dari di pengaruhi oleh bahasa dan istilah sufisan; kiasan-kiasan mistik dan ungkapan-ungkapan metaforik, pakaian dan etika mereka, silsilah bai'at dan segala hal-hal lain yang bersabit dengannya. Sesungguhnya dia hendaklah membuatkan orang-orang Islam menjauhkan diri mereka daripada penyalahgunaan ini sepertimana orangorang yang mengidap kencing manis dinasihati supaya menjauhkan diri mereka daripada gula.

Faktor Kedua

Kelemahan kedua yang akan didapati bila seseorang mengkaji secara kritisnya pergerakan itu ialah Sayyid Ahmed dan Syah Sahib tidak membuat usaha yang sepatutnya dalam menyediakan asas untuk Islam. menjalankan Tentera-tentera Jihad ke arah tidak

mengujudkan

pemerintahan

revolusi

mereka

diragukan terdiri daripada orang-orang yang secara moral dan kerohaniannya dilatih dengan balk, tetapi orang-orang ini telah dikerahkan daripada kesemua sudut negara India dan kedudukan mereka di bahagian Barat-laut adalah sebagai kaum pendatang. Pra syarat yang penting bagi menghidupkan revolusi politik di kawasan tersebut adalah dengan bekerja ke arah meninggikan moral dan kerohanian penduduk umum di kawasan itu sendiri. Ini akan membolehkan masyarakat setempat juga memahami dan menilai sistem kerajaan Islam dan bertindak sebagai pembantu-pembantunya. Kedua-dua pemimpin ini barang kali memendam salah faham bahawa oleh kerana masyarakat di kawasan terdekat adalah orang-orang Islam dan telah bosan dengan dominasi orang-orang bukan Islam, mereka akan secara bersungguh-sungguh menerima pemerintahan Islam. Dengan sebab itu sebaik sahaja mereka memasuki kawasan ini mereka memulakan Jihad dan secara serta merta mengiktiraf kekhalifahan Islam dalam wilayah kecil yang mereka takluki. Tetapi akhirnya hal ini didedahkan sendiri oleh pengalaman bahawa berhubung dengan orang-orang yang dikenali sebagai Islam untuk menjadi orang-orang Islam yang sejati dan mengharapkan daripada mereka perkara-perkara yang hanya dapat diharapkan daripada orang-orang

106

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Islam adalah suatu kesilapan yang besar. Orang-orang seperti itu sebetulnya tidak mampu menjadi khalifah. Oleh kerana itu bila kekhalifahan diperkenalkan mereka tenggelam di bawah tanggungjawab yang berat itu sendiri dan kerana mereka, runtuh seluruh masjid yang didirikan.

Ini adalah suatu lagi pengajaran sejarah yang harus dikenang demi kejayaan mana-mana usaha pemulihan Islam di mesa hadapan. Ianya hendaklah disimpan di dalam fikiran bahawa kejayaan pemulihan Islam ini tidak akan dapat dicapai sekiranya revolusi politik tidak berakar kepada sosial, moral dan kebudayaan hidup masyarakat. Jikapun berjaya ianya tidak akan kekal lama, kerana bilamana ianya jatuh tiada suatu kesan pun yang dapat ditinggalkan di sebaliknya12.

Faktor Ketiga

Sekarang ini persoalan timbul: "Apakah yang menjadi penyebab utama ke atas keunggulan orang-orang Inggeris sehingga membolehkan mereka mencipta negara tidak bertuhan yang jauh beribu-ribu batu daripada kampung halaman mereka, manakala para Mujahiddin gagal mengujudkan negara Islam di tanahair mereka sendiri? Persoalan ini tidak akan terjawab dengan tepat kecuali jika seseorang itu memikirkan kembali akan latar-belakang Eropah pada abad kelapan belas dan sembilan belas dahulu. Jika tugas Syah Waliyullah dan penggantipengganti beliau untuk Pemulihan Islam diletakkan disatu bahagian sebagai neracanya manakala pada satu bahagian lagi diletakkan dengan kekuatan menyeluruh di mana tekanan kemungkaran yang sedang berkembang

pengaruhnya pada waktu itu, seorang itu akan dapat membentuk suatu idea daripada nisbah kekuatan di antara tekanan balas kedua-duanya. Setepat yang mungkin seorang akan dapat mengatakan bahawa nisbahnya ialah 1:3000. Dengan kerana itu apa sahaja yang terjadi adalah menjadi kebiasaan dan agak bertepatan dengan prinsip-prinsip dunia kebendaan.

Zaman di mana Syah Waliyullah, Syah Abdul Aziz dan Syahid Syah Isma'il

107

GERAKAN TAJDID ISLAMI

dilahirkan di India adalah dalam mesa bilamana Eropah sedang bangun daripada tidur mereka dengan tenaga baru di zaman Pertengahan. Begitu banyak sekali ahli-ahli sains, para ilmuan, ahli fikir bekerja keras mencipta dunia baru bagi menggantikan yang lama. Inilah zaman yang mengeluarkan ahh-ahli falsafah berkalibar seperti Hume, Kant, Fichte, Hegel, Comte, Schlier Macher and Mill yang mencetuskan pergolakan dalam logika dan metafisik etika dan psikologi dan lainlain sains-sains rasional. Sekali lagi inilah zaman yang menghasilkan cerdikpandai seperti Galvani dan Volta di dalam Fisik, La Voisier, Priestley, Davy dan Berzilius dalam ilmu kimia dan Linne, Hallerr Bichat dan Woff dalam Biologi. Penyelidikan-penyelidikan ahli-ahli sains ini bukan sahaja secara hebatnya memperkayakan ilmu-ilmu berbentuk fizikal, tetapi ianya juga telah

menghidupkan teori baru tentang Alam dan Manusia. Kemudiannya pengkajian yang lebih mendalam telah dilakukan oleh Quisney, Turgot, Adam Smith dan Malthus sehingga dalam zaman yang sama melahirkan pula ilmu Ekonomi yang baru, kelahiran Rousseau, Voltaire, Montaigne, Montaigne, Diderot, La Martine, Cabanis, Buffon, Robes Pierre di Perancis; Thomas Paine, William Godwin, David Hartley, Joseph Priestly, Charles Darwin di England dan Goeth, Herden, Schiller, Winkelmann, Lensing, Hobach di Germany, telah jauh mencapai kesannya ke atas falsafah moral, kesusasteraan, perundangan, keagamaan, politik dan lain-lain sains kemasyarakatan. Mereka tanpa takut-takut menyerang dan mengkritik dunia klasik dan peraturan-peraturan masyarakatnya dan secara keseluruhannya membina dunia baru dengan idea-idea dan pemikiran yang baru pula.

Kemudian

dengan

penggunaan

proses

percetakan

dan

penerbitan,

gaya

pengemukaan yang baru dan kegemaran kepada bahasa yang mudah ke atas gaya teknikal kata-kata orang-orang zaman dahulu secara hebatnya membantu penyebaran dan pengedaran idea-idea dan teori-teori orang-orang ini. Pengaruh mereka tidak sahaja terhad kepada individu-individu tertentu, tetapi ianya merebak ke seluruh negara dan masyarakatnya. Dengan yang demikian mereka merevolusikan seluruh dunia intelektual; mereka mengubah pandangan moral masyarakat, sistem pendidikan mereka, falsafah dan cita-cita hidup dan seluruh

108

GERAKAN TAJDID ISLAMI

pandangan di dalam hal-hal politik dan kebudayaan.

Revolusi Peranchis membawa masuk kebangkitan peradaban barunya dan penemuan mesin dan Revolusi Perindustrian yang berterusan melahirkan pula kebudayaan baru yang kuat dengan masalah-masalah hidup yang baru.

Kejuruteraan mempunyai tenaga yang luar biasa dan membolehkan Eropah menguasai dan menakluki kekuatan yang belum pernah dilalui oleh dunia sebelumnya. Seni peperangan yang baru telah dibangunkan, menggantikan zaman yang lama dengan senjata-senjata dan skil yang strategik. Ketenteraan disusun semula dan dilatih dengan latihan tentera yang berterusan sehinggakan mereka dapat bergerak seperti mesin di medan peperangan dan membuatkan mereka ini menjadi sukar kepada kumpulan askaraskar yang masih berbentuk lama. Perbarisan dan penyusunan angkatan bersenjata dan skil-skil strategik dan muslihat telah secara terusnya diperbaiki dari setiap pengalaman baru di medan peperangan. Senjata-senjata peperangan yang baru termasuk senapang, lampu dan senjata-senjata mesin dan mesin-mesin beret untuk melindungi kubu-kubu pertahanan dengan kesan yang lebih kukuh telah dihasilkan dan penemuan sarong peluru menjadikan serbuk untuk senjata api yang bercorak lama itu tidak berguna lagi. Disebabkan kemajuan seperti inilah terutamanya, bangsa Turki di Eropah dan negara-negara jiran di India telah menanggung kekalahan-kekalahan yang berpanjangan di tangan tentera-tentera moden dan Napoleon mengambil Mesir melalui tangan tentera-tentera selepas menyerang pusat bagi dunia Islam.

Secara sepintas lalu apabila memandang kepada peristiwa-peristiwa sejarah semasa, mendedahkan bahawa di anak benua, hanya beberapa individu-individu yang telah sedar daripada, tidur, seluruh negara-negara di Barat telah bangun; manakala hanya sedikit sangat karya yang dihasilkan itupun hanya untuk satu arah sahaja, beribu kali ganda pembangunan telah dilaksanakan di sini dalam hampir kesemua arah. Tiada aspek kehidupan yang kekal sepertimana kemajuan yang pesat tidak dilakukan. Di sini, hanya Syah Waliyullah dan anak lelaki, beliau menulis beberapa buku ke atas perkara-perkara tertentu yang hanya dapat

109

GERAKAN TAJDID ISLAMI

sampai dan mempengaruhi lingkungan yang sangat terhad; di Barat seluruh perpustakaan telah dihasilkan dalam hampir kesemua bidang kesenian dan sains sehinggakan ianya dapat menguasai dan menghakmilikkan seluruh dunia

intelektual. Di sini, pengajian falsafah, etika, sosiologi, politik dan ekonomi mengikut cara moden kekal di peringkat rendah tanpa kemajuan lanjutan; di Barat seluruh sistem-sistem pemikiran dalam perkaraperkara ini telah dianjurkan yang mempunyai kesan yang berpanjangan ke atas kesemua cara dan aspekaspek kehidupan. Di sini, ilmu pengetahuan telah menjadi statik untuk lima ratusan tahun atau lebih; di Barat cabang-cabang ilmu pengetahuan telah menghasilkan kemajuan yang hebat dan memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada orang-orang yang menemuinya dengan senjata lama dan muslihat atau tipu helah menjadi tidak mungkin untuk mereka memenanginya.

Lebih memeranjatkan lagi ialah orang-orang Inggeris telah menawan Benggal dalam masa Syah Waliyullah dan pengaruh mereka telah mencapai sehingga ke Allahabad, tetapi beliau tidakpun didapati memberikan perhatian tertentu ke atas kemunculan kuasa yang semakin pesat berkembang ini. Dalam masa Syah Abdul Aziz Raja Delhi telah menjadi ahli pencen di bawah penjajahan British dan kemudiannya telah menjadikan seluruh India duduk di bawah kekuasaan mereka. Tetapi beliau tidak sedikitpun kelihatan memperdulikan tentang keunggulan negara ini. Begitu juga Sayyid Ahmad dan Syah Isma'il yang telah bangun dengan objektif utama membangkitkan revolusi Islam dan secara praktisnya melaksanakan usaha yang semungkinnya dalam persiapan-persiapan dan

penyusunan-penyusunan untuk kejayaannya, tidakpun terfikir untuk mengirim keluar perwakilan ulamak-ulamak yang penting ke Eropah dengan tujuan menyelidiki dan mencari sebab-sebab orang-orang mereka begitu mengagungkan kebendaan. Mereka sepatutnya mengkaji tujuan-tujuan dan kaedah-kaedah orang-orang Barat, kesenian dan sains, jenis-jenis institusi, asas-asas peradaban dan rahsia di sebalik kuasa-kuasa mereka yang tidak terhad itu. Jika perkara ini telah mereka laksanakan, ianya akan sendiri membolehkan dan mereka mengesan untuk

kelemahan-kelemahan

mereka

mencari

jalan

110

GERAKAN TAJDID ISLAMI

membuangkannya.

Bilamana

Mujahiddin

bangun

untuk

menyusun

dan

melaksanakan Jihad, tiadalah dirahsiakan lagi bahawa kuasa yang sukar diatasi di India dan yang merupakan satu-satunya perkara yang serius yang tidak terhingga kepada mereka adalah orang-orang Inggeris sendiri dan bukannya golongan Sikh. Seseorang itu akan sukar memahami bagaimana mereka secara mungkinnya kehilangan pandangan ke atas aspek yang penting ini. Mereka sebetulnya tidak pernah berusaha membanding dan menimbangkan kekuatan dan sumber-sumbernya dengan musuh sebenar mereka dan memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka demi memutuskan secara terus permusuhan di antara Islam dan bukan Islam. Walau bagaimanapun, bila mereka melakukan kesilapan ini, mereka tidak dapat melepaskan diri daripada akibat-akibat di dalam dunia yang mempunyai hubungan timbal balik di antara satu sama lain.

111

GERAKAN TAJDID ISLAMI

KESIMPULAN

Pelajaran utama yang kita pelajari daripada kegagalan Pergerakan Islam ini di dalam konflik dengan dunia Barat yang tidak bertuhan itu ialah: Pertama: Meskipun pemulihan ilmu-ilmu keagamaan dan perlaksanaan Syari'ah dengan sebenar-benarnya adalah perlu untuk pemulihan Islam, tetapi lebih daripada itu adalah sesungguhnya diperlukan. la sesungguhnya memerlukan sokongan dan sanggaan yang penuh terhadap pergerakan ideologi yang lebih luas dan lebih universal yang dapat membawakan pengaruh yang kuat lagi bersesuaian dengan kesemua ilmu pengetahuan dan kecenderungan-

kecenderungan pemikiran, kesemua bentuk kesenian dan kemahiran-kemahiran praktikal, ringkasnya keseluruhan kegiatan dan ruang kehidupan dan menguasai kesemua kekuatan dan tujuan-tujuan yang memungkinkan tertegaknya hukumhukum Islam.

Kedua: Karya Pemulihan dan Penyusunan semula di zaman moden memerlukan tenaga Ijtihad yang baru. Pemahaman dan daya pentafsiran yang dilakukan oleh Syah Waliyullah dan Mujtahid-Mujtahid dan Mujaddid-Mujaddid awalnya tidak dapat mengatasi situasi hari ini. Zaman baru yang diikuti dengan matlamatmatlamat dan kekuasaan yang baru telah membawakan gejala-gejala

kemungkaran yang baru dan mewujudkan masalah-masalah baru di dalam kehidupan, yang tidak pun terfikir oleh Syah Sahib dan ulamak-ulamak. Keadaan ini hanya diketahui Allah yang sebagaimana diberitahu kepada PesuruhNya melalui firmanNya. Dengan kerana itu, satu-satunya sumber panduan dan inspirasi untuk pergerakan ideologi dalam memulihkan Islam di zaman ini hanyalah kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Seterusnya dengan cahaya dari petunjuk ini suatu tenaga Ijtihad yang bebas adalah diperlukan bagi mengukir

112

GERAKAN TAJDID ISLAMI

cara-cara untuk melaksanakannya. Ini dapat diambil daripada pengalamanpengalaman orang-orang tertentu dan dari kesemua Mujtahid yang lalu tetapi pada masa yang sama karya-karya itu tidaklah menjilidkan mana-mana

kepercayaan dan bentuk fikiran sesiapa.

113

GERAKAN TAJDID ISLAMI

RUJUKAN
BAB 1 1 2 Umpamanya, faham Wahdatul-wujud Ianya tidak bermaksud bahawa ganjaran baik dan balasan buruk tidak sama sekali berlaku di dunia ini. Apa yang dimaksudkan ialah ganjaran dan siksaan di dunia ini tidak lama dan kekal; ianya adalah sebetulnya ujian. Oleh itu natijah daripada perlakuan di sini tidak boleh dijadikan sebagai kriteria bagi kebaikan atau keburukan moral seseorang. Setengah daripada salihin di masa ini pernah berkata: "Kerajaan bukanlah matlamat, tetapi sesuatu yang dijanjikan". Mereka menganggap bahawa kerajaan adalah suatu rahmat dan ganjaran daripada Allah, dan bukan sebagai suatu tuntutan dan tanggungjawab. Mereka barangkali lupa bahawa kehendak kerajaan untuk secara praktisnya menguatkuasakan Islam adalah tuntutan Syariaat Allah, dan mengujudkannya meskipun dengan cara Jihad adalah wajib ke atas setiap Muslim. Setengah daripada ahli hukum beranggapan bahawa kata-kata ini seolah-olah menghina Sayyidina Usman. Sebenarnya, apa yang saya maksudkan ialah Sayyidina Usman tidak memiliki kualiti kepimpinan yang pernah dimiliki oleh Sayyidina Abu Bakar As Siddik dan Sayyidina Umar Al Khattab. Hal ini adalah merupakan persoalan sejarah, di mana pengkaji-pengkaji sejarah akan biasanya berbeza dari segi pandangan; ianya bukanlah masalah hukum atau pengajian yang seharusnya dikaitkan dengan fatwa ahli hukum. Tidak diragukan lagi bahawa perkataan ini ada terdapat di dalam Hadith, tetapi pengertiannya belum lagi secara betulnya diperjelaskan. "Sultan" dalam bahasa Arab bermaksud 'kuasa'. Rasulullah menggunakan perkataan ini mengikut pengertiannya yang sebenar dan bukan mengikut pengertian yang metaforik iaitu dengan mengambarkan seseorang yang memegang kuasa pemerintahan. Rasulullah pernah mengatakan bahawa kerajaan dan kuasa di bumi adalah sebenarnya gambaran Kedaulatan Allah. Barangsiapa yang akan memegang kuasa ini, yang pada hakikatnya kurniaan Allah, semata-mata untuk menegakkan kebenaran akan dikurniakan kesenangan yang lebih besar daripada Allah. Sebaliknya barangsiapa menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri akan mendapat kemurkaan dan kebencian daripadaNya. Orang-orang yang menyalahtafsirkan kata-kata ini dan mengambil raja sebagai 'gambaran Tuhan' dan menjadikannya sebagai asas keagamaan untuk menyembah raja adalah sesungguhnya membuat tafsiran yang bertentangan dengan maksud Rasulullah. Ulama-ulama seperti Maulana Syibli dan Hakim Amir Ali telah berpendapat bahawa pencapaian-pencapaian yang dibawakan oleh perkhidmatan raja-raja ini sebagai penyebab bagi kemunculan kebudayaan dan peradaban Islam.

BAB 2 1 1.Setengah orang membantah bahawa mujaddid seperti Syeikh Ahmad dari Sirhindi dan Syah Waliullah dari Delhi telah menuntut diri mereka sebagai mujaddid. Pembantahpembantah ini lupa bahawa orang yang dimuliakan ini hanya sekadar memberikan gambaran ke atas bukti-bukti seorang mujaddid, tetapi mereka tidak pernah menuntut untuk digelar seperti itu. Mereka sebetulnya tidak pernah mengajak masyarakat kepada diri mereka dan menuntut masyarakat itu supaya menerima mereka sebagai mujaddid.

114

GERAKAN TAJDID ISLAMI

Tidak juga mereka pernah menyatakan bahawa hanya orang-orang yang mahu percaya serta menerima mereka sebagai mujaddid sahajalah yang tergolong sebagai muslim yang akan selamat. 2 Ramalan-ramalan seperti itu telah dimuatkan di dalam koleksi Hadith Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah dan sebagainya. Adalah cukup menarik untuk dimuatkan Hadith yang dikemukakan oleh Syatibi di dalam Muwafiqat dan olih Maulana Ismail Syahid di dalam Manaabi Imamat; "Agamamu berasal dari Rasulullah dan rahmat Allah dan ia akan tetap bersama-sama kamu selama Allah mengkehendaki. Kemudian Allah akan menariknya kembali dan menggantikannya dengan "Kekhalifahan yang mencontohi Kenabian" kemudian Allah akan menamatkannya. "Kemudian ia akan diikuti dengan sistem beraja yang sombong yang akan memerintah selama Allah menghendakinya.. Kemudian ianya akan Allah tamatkan. "Kemudian akan berlaku pemerintahan yang kejam selama Allah menghendaki.. Kemudian pemerintahan ini akan juga Allah tamatkan. "Kemudian akan kembali "Kekhalifahan yang mencontohi Kenabian" yang akan mentadbir urusan rakyat menurut Sunnah Rasulullah, dan Islam akan mengambil tempat di bumi ini. Pemerintahan ini akan membahagikan kesemua penduduk langit dan bumi. Bila saatnya tiba, langit akan menurunkan segala berkahnya dan bumi akan melimpahkan segala kekayaannya". Saya tidak dapat mempastikan sejauhmana aslinya Hadith ini, tetapi secara ruhiyyah ianya sesuai dengan Hadith-hadith yang lain yang sama dari segi isinya. lanya menunjukkan lima peringkat sejarah. Tiga daripadanya telahpun berlalu dan peringkat yang keempat sedang berjalan di hari ini. Manakala peringkat yang kelima sebagaimana disebutkan di dalam ramalan itu adalah nyata menunjukkan bahawa sejarah manusia sedang pesat menuju ke arah itu. Segala "isma" buatan manusia telahpun dicuba tetapi membuktikan kegagalan. Kini dalam kekecewaan yang tersangat inilah maka manusia tidak ada pilihan lain lagi kecuali kembali kepada Islam. BAB 3 1 Imam Imam Imam Imam Hanafi : 80 - 150H (699 - 767M) Malik : 95 - 179H (714-798M) Syafie : 150 - 240H (767 - 854M) Hambali : 164 - 241H (780 - 855M)

2 3

Dilahirkan pada 450 - 505H (1058 - 1111M) Tajuddin Subki telah mengumpulkan di dalam bukunya TabaqatSyafeiyya yang telah dicatitkan oleh Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, tetapi tidak dapat dikesan melalui mana-mana sumber. (lihat Tabaqat, vol. IV, hal. 145 - 182) Dilahirkan dalam tahun 661 - 728 Hijrah (1262 - 1317M) Keadaan moral pemimpin-pemimpin agama pada masa itu dapat diukur melalui kenyataan bahawa bila Halaku Khan bertanya yang manakah lebih unggul di antara raja yang tidak beriman tetapi adil dengan raja yang beriman tetapi tidak adil, mereka mengatakan tanpa ragu-ragu bahawa yang pertama itulah yang lebih baik. Keadaan ketua-ketua pemerintah juga telah tersangat buruk. Mereka telah mengadakan dua ketegori undang-undang di

4 5

115

GERAKAN TAJDID ISLAMI

wilayah orang-orang Islam termasuk Mesir dan Syria yang tidak terlepas daripada serangan bangsa Tartar. Satu daripadanya adalah undang-undang peribadi yang berkaitan dengan lingkungan perkahwinan yang terbatas, perceraian dan perwarisan sahaja dan lingkungan pengadilan ini berjalan sekali dengan Syari'ah. Undang-undang yang satu lagi adalah undang-undang tanah yang berkaitan dengan penjenayahan dan kes-kes awam dan pentadbiran negara. Kesemuanya ini adalah diasaskan kepada adat istiadat dan cara hidup Ghengis Khan. Lebih-lebih lagi, apa-apa sahaja undang peribadi yang berada di bawah Syari'ah dikuat-kuasakan ianya hanyalah bertujuan mempengaruhi masyarakat umum. Kelas pemerintah telah dikecualikan daripadanya. Meskipun mereka menganuti Islam, mereka lebih gemar mencontohi cara Ghengis Khan sekalipun dalam kehidupan peribadi mereka yang bertentangan dengan Syari'ah Nabi Muhammad SaLlaLlahu Alaihi Wasallam. Sikap dan kecenderungan mereka yang tidak Islam telah secara jelasnya disebutkan oleh Magrizi yang mengatakan bahawa mereka tidak ragu-ragu mendirikan rumah-rumah pelacuran dan mencukaikan pendapatan pelacuran yang seterusnya dimasukkan ke dalam tabung perbendaharaan awam bagi Negara Islam mereka. Kebanyakan daripada ulama dan ahli Sufi sezaman dengan lbnu Taimiyyah adalah pekerja-pekerja yang digaji oleh negara ini. Mereka ini telah menjadi terlalu lupa dan lalai terhadap agama Allah di mana mereka tidak sedikitpun terasa akan pengkhianatan-pengkhianatan dan pemaksaan yang memalukan yang bangun untuk mengubahnya, mereka melancarkan kegemparan yang besar ke atas beliau, menfitnah dan mencaci beliau mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah telah tersesat dari jalan yang benar. Mereka juga menganggap beliau sebagai murtad, musuh yang dibenci oleh golongan Sufi dan Tasawwuf, orang yang tidak menghormati para-para sahabat Nabi Muhammad dan Imam-imam yang terdahulunya dan ahli-ahli fikir agama. Di atas tuduhan ini, mereka sehingga tidak membenarkan orangorang lain bersembahyang dengan berimamkan beliau dan mengumumkan bahawa buku-buku dan tulisan-tulisan beliau hanya layak dimusnahkan oleh api. 6 Satu contoh sudah cukup untuk membuktikan perkara ini. Pengasas Madrasah-Rawahiya di Damascus telah berikrar bahawa Yahudi, Kristian dan pengikut-pengikut Hambali tidak dibenarkan masuk ke Madrasahnya. Ini menunjukkan bahawa pemikiran-pemikiran mereka telah dikelirukan oleh perselisihan hukum dan aliran dalam hal-hal berhubung dengan detil di mana juga pengikut-pengikut Asharite Imam Syafie dengan bebasnya menyamakan pengikut-pengikut Imam Hambali dengan Yahudi dan Kristian. Iaitu anti Kristian menurut kepercayaan agama Kristian. Lahir pada 975 - 1034H (1563 - 1624M)

7 8 BAB 4 1 2

Lahir pada 1114 - 1176H (1703 - 1763M) "Sekiranya kehendak zaman di mana manusia itu sedang hidup di dalamnya adalah seperti keadaan-keadaan yang dapat diubah dengan berperang telah diilhamkan, beliau tentunya akan memberat kesemua persediaan yang perlu dan mengangkat senjata. Beliau dengan itu akan dapat membuktikan diri beliau sebagai pemimpin yang lebih unggul daripada Rustam dan Iskandar di dalam seni peperangan: Sehingga Rustam dan Iskandar akan memuji kebesarannya dan turut membantu untuk berperang di bawah arahan beliau". Al-Latta dan Al-Uzza adalah patung-patung berhala yang disembah oleh orang-orang Arab sebelum Islam. Kolah yang tanpa ukuran 10' X 10' adalah dianggap mengandungi air yang tidak suci. Iaitu sebanyak mana air yang perlu ditimba keluar dalam usaha mensucikan air itu kembali

4 5

116

GERAKAN TAJDID ISLAMI

selepas kategori beberapa binatang yang berbeza telah terjatuh ke dalamnya. 6 Contohnya jika seseorang telah dengan sengajanya membuka atau meninggalkan puasa ia hendaklah membayar denda, kerananya dengan berpuasa 60 hari atau dengan memberi makan 60 orang fakir. Kedua-dua cara ini adalah secara adilnya dibenarkan. Falsafah yang dianuti oleh orang-orang Islam pada waktu itu tidak ada hubungan dengan keimanan, amalan dan akhlak keislaman. Dengan itu apabila Tanya tersebar ia merosakkan kehidupan praktikal masyarakat: merosakkan keimanan mereka, meruntuhkan akhlak dan melemahkan tenaga mereka untuk bertindak. Ini adalah akibat biasa daripada pertentangan idea-idea. Keadaan yang sama telah sekarang ini muncul diserapkan oleh falsafah Barat yang moden, yang tidak boleh dijadikan asas untuk sistem keislaman. Iaitu hal ehwal harian masyarakat. Sayyid Ahmad telah dilahirkan pada 1201H (1786M) dan mati syahid pada 1246H (1831M). Syah Ismail dilahirkan pada 1193H (1786M) dan mati syahid pada 1246H (1831M) idea untuk memulakan pergerakan revolusi telah muncul difikiran Sayyid Ahmad dalam atau kira-kira pada 1810M.

8 9

10 Kegagalan mereka adalah nyata sekali. Kejayaan sebenar untuk orang-orang Islam ialah bilamana mereka berusaha untuk mengujudkan Islam dalam demi apa yang dikehendaki oleh Allah dan bekerja mengikut apa yang mereka harus kerjakan. Dinilai kriteria ini, Mujahiddin-Mujahiddin berjaya di antara usaha mereka. Tetapi dari sudut pandangan keduniaan, mereka gagal kerana mereka tidak dapat mengakhiri pemerintahan tidak bertuhan dan secara praktisnya membina keagungan politik Islam. Kita hendaklah cuba mengkaji sebab-sebab kegagalan mereka di sini dan dengan itu hal-hal itu dapat diberi perhatian dan dielakkan dalam apa-apa percubaan mengujudkan negara Islam di masamasa hadapan. 11 Tidak beberapa lama selepas kematian Mujaddid ini, pengikut-pengikut mereka mulai menggelar mereka dan orang-orang yang selepas mereka dengan gelaran 'Qayyum Yang Pertama' dan 'Qayyum Yang Kedua' yang mana perkataan Qayyum adalah merupakan sifat Allah Yang Mahakuasa. 12 Dengan alasan yang sama, tiada kesan-kesan daripada dua syuhada atau karya-karya mereka yang ditemui hari ini di daerah perbatasan. Meskipun nama-nama mereka juga telah dilupakan di mana masyarakat hanya mengetahuinya daripada buku-buku Urdu.

117

You might also like