You are on page 1of 36

BAB 4

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

OBJEKTIF
Menerangkan konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan dan peranan perlembagaan dalam sesebuah negara Menghuraikan latar belakang perkembangan Perlembagaan Persekutuan Kandungan dan perlaksanan Perlembagaan Persekutuan

Definisi konsep
Perlembagaan 1 dokumen mengandungi semua peraturan dan undang-undang dasar Menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat Mengandungi prinsip-prinsip membentuk dan peranan institusi negara-eksekutif, perundangan, kehakiman

Garis panduan corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara, jaminan perlindungan kpd rakyat Tanggungjawab rakyat kepada negara Perlembagaan terbahagi kepada 2 Perlembagaan bertulis-yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya Perlembagaan tidak bertulis-Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusankeputusan mahkamah.Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand

Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain.

Konsep Ketertinggian Perlembagaan


Undang-undang tertinggi dan mjadi tunggak semua undang-undang Tiada pesaing terutamnya dari kerajaan negeri Parlimen memperoleh kuasa dari perlembagaan Mahkamah juga tertakluk pada Perlembagaan YDPA tertakluk kpd Perlembagaan Tidak ada institusi Malaysia yang boleh mngatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan

PERLEMBAGAAN

Undang-undang lain di Malaysia

YDPA

Parlimen

Mahkamah

PINDAAN PERLEMBAGAAN
Melalui 4 cara: Dengan mendapat sokongan majoriti biasa. Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis dewan. Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua Majlis Parlimen serta persetujuan Majlis Raja-Raja. Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua Majlis Parlimen serta mendapat persetujuan YDP negeri Sabah dan Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan negeri-negeri tersebut).

TUJUAN PERLEMBAGAAN
Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara Sebagai rujukan Mewujudkan kestabilan negara Mengawal perjalanan kerajaan Mengekalkan keamanan Menjamin keamanan sesebuah negara

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Perlembagaan bertulis dikanunkan dalam sebuah buku Mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual Perlembagaan Beraja dan berasaskan Demokrasi Berparlimen Bersifat ketat dan sukar dipinda Undang-undang utama dan tertinggi Terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin diamalkan di England Parlimen (Legislatif), Eksekutif dan Kehakiman. Menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri (Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama). Memperuntukan Kebebasan Asasi menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari segi undang-undang.

Perkembangan Perlembagaan Persekutuan


Perlembagaan Malayan Union 1946 Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948
Cadangan Jawatankuasa Kerja 1946 Cadangan Perlembagaan Rakyat 1947

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957


Cadangan Suruhanjaya Reid 1956 Memorandum Perikatan dan Tolak Ansur antara Kaum (1956-1957)

PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 1946


Ciri2 Perlembagaan Malayan Union Semua negeri Melayu, termsk P.Pinang dan Melaka disatukan di bwh satu kerajaan pusat. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yg diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja Pesuruhjaya Residen menjd ketua pentadbir tertinggi di negeri2 Melayu dan Negeri2 Selat. Beliau jg menjd pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yg terletak dibwh kawalan kerajaan pusat Majlis Negeri dikekalkan utk menguruskan hal- ehwal tempatan dan berada di bwh kawalan kerajaan pusat Majlis Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tdk rasmi yg sama byk. Gabenor berkuasa utk meluluskan atau membatalkan sesuatu undg2. Semua undg2 yg diluluskan tdk perlu tandatangan sultan atau raja utk dikuatkuasakan

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


Cadangan Jawatankuasa Kerja 1946
Kedaulatan dan kuasa politik raja- raja Melayu dipulihkan Dewan Undangan Negeri ditubuhkan di setiap negeri Syarat2 kewarganegaraan yg lebih ketat bg kaum bukan Melayu Hak istimewa org Melayu dijamin dan dikekalkan

Perlembagaan Rakyat 1947


Singapura disatukan dgn Tanah Melayu Sebuah kerajaan pusat & Majlis2 Negeri yg dipilih Raja2 Melayu akan mempunyai kuasa sebenar & bertanggungjawab kpd rakyat Hak keistimewaan org Melayu diwujudkan Agama Islam & adat istiadat Melayu dikawal oleh org Melayu Taraf kerakyatan yg sama rata Merah & putih menjd latar belakang bendera tanah Melayu Bahasa Melayu menjd bahasa kbgsaan dan bahasa rasmi Pertahanan & hal- ehwal luar negara harus menjd tanggungjwb bersama kerajaan British dan Tanah Melayu Warganegara Tanah Melayu dikenali sbg Melayu

CIRI2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


9 buah negeri Melayu & 2 buah Negeri2 Selat. Singapura kekal sbg tanah jajahan British yg berasingan Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undang2 Persekutuan Penubuhan sebuah Majlis Raja2 Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri peringkat negeri Jawatan Menteri Besar diwujudkan Pemberian kerakyatan kpd org asing yg bermastautin di Tanah Melayu

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


Cadangan Suruhanjaya Reid 1956 Suruhanjaya Reid-keanggotaan Pengerusi: Lord Reid (Britain) Ahli-ahli Suruhanjaya: Sir Ivor Jennings (Britain) Sir William Mckell (Australia) Hakim b. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (pakistan)

Tujuan-Menggubal satu Perlembagaan baharu bagi persekitaranTanah Melayu yang merdeka

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957


1. STRUKTUR KERAJAAN Ketua Negara bagi persekutuan Tanah Melayu ialah YDPAdipilih dr kalangn 9 org raja Melayu, jawatan untuk 5 thn,btindak atas nasihat Kabinet dan Majlis Raja-raja Ketua Kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu-PM ,dilantik dlm kalangan parti yang mempunyai majoriti dlam Dewan Rakyat-tubuhkn kabinet penggubal dasar-dasar kerajaan Badan perundangan- Dewan Rakyat (104 ahli- melalui pilihan raya,tempoh berkhidmat 5 thn)dan Dewan Negara (38 ahli- 11 negeri x 2 org, 16 org ahli lain dilantik oleh YDPA-tempoh bkhidmat 6 thn)

Ketua perlembagaan di peringkat negeri ialah Sultan, Raja atau YDP negeri Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri (dipilih melalui pilihan raya-5tahun). Pentadbiran negeri diketuai oleh MB @ Ketua Menteri

2. KEWARGANEGARAAN
Keahlian kepada sebuah komuniti politik Membawa kepada hak-hak penyertaan politik Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi undang-undang dengan sebuah negara 2 kerakyatan tidak dibenarkan Kewarganeraan Malaysia melalui :
Tempat lahir- jus soli Undang-undang keturunan darah-keetnikan (jus sanguinis) Perkahwinan Mastautin

3. BAHASA BM dijadikan bahasa kebangsaan. Pembelajaran dan penggunaan bahasa asing yg lain secara umum tidak dilarang BI boleh digunakan dlam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah , dan urusan lain dlm tempoh 10thn selepas merdeka

4. AGAMA ISLAM DAN KEDUDUKAN ISTIMEWA ORG MELAYU Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan
Pemberian tanah dikawasan simpanan Kuota dalam perkhidmatan awam Biasiswa Lesen perniagaan Bantuan kerajaan lain

Unsur-unsur tradisional Perlembagaan Persekutuan


Tun Mohd Salleh Abbas
Bahasa Kebangsaan Agama Persekutuan Kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Pemerintahan beraja

Unsur tradisi ini penting kerana ia telah wujud beratus tahun sebelum 1957 Ini selaras dengan laporan Reid yang menekankan kepentingan sejarah, tradisi, ekonomi, dan sosial yang wujud sebelum 1957. Perkara ini termaktub dalam Akta Hasutan Unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Unsur tradisi dalam Perlembagaan:


Pemerintahan beraja Kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Kedudukan istimewa orang Melayu

Kepentingan unsur-unsur tradisi


Menstabilkan sistem politik negara Prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu Menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Mengimbangi kedudukan orang Melayu yang hilang semasa penjajahan Inggeris. Mengekalkan ketuanan Melayu (Konsep Raja Berperlembagaan unsur penyatuan kaum). Merupakan ikatan janji setia yang dikenali sebagai Pakatan Murni

Pakatan murni
Merujuk kepada 1 memorandum yang dibentuk oleh Parti Perikatan melalui proses rundingan,tolak ansur, dan kerjasama antara UMNO, MCA, MIC. Antara isi kandungan: Kewujudan kerajaan pusat dan negeri Institusi YDPA dan Timb. YDPA menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Kekalkan MRR Pembentukan Parlimen yang mengamalkan sistem dua dewan Tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaaan Takrif Melayu dalam Perlembagaan

Perkara-perkara yang Menyentuh Hubungan Etnik dalam Perlembagaan


Perkara 8: persamaan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu

Perkara 150 (6a) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka Perkara 153: kedudukan istimewa orang- orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain

PERKARA 3 -Agama Islam adalah agama persekutuan


Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu. Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11 Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4). Perkara 11(4) menyatakan undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam. Dalam Perkara 11(3) menyatakan tiap-tipa kumpulan agama berhak: i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri ii. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat iii. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang- undang

RASIONAL PERKARA 3
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan. Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris. Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negerinegeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris. Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja- raja Melayu. Sesuai dengan takrif Melayu iaitu Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Agama lain boleh dipraktikkn dn dijamin dari segi perlembagaan dengan: Hak menguruskan hal ehwal agama Menubuh dan menyelenggara bagi khairat Memperoleh dan memiliki harta benda dan mentdbir mengikut undang-undang

PERKARA 152-Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu


Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

RASIONAL PERKARA 152


Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya. Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.

PERKARA 153
Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi: Jawatan dalam perkhidmatan awam Biasiswa Pendidikan Perniagaan Kemudahan khas Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaumkaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain.

Perkara 86 & 90
Tanah rizab orang melayu dan larangan diselenggara kepada orang bukan melayu Rejimen askar melayu

Perkara 160 (2)


Melayu : Islam, berbahasa Melayu & adat-istiadat Melayu

RASIONAL PERKARA 153


Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu. Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan. Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia. Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar. Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing. Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains juga rendah.

KESIMPULAN
Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undnag-undang. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara

You might also like