You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN Nota : 1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas. 2.

Arahkan beg diletakkan disebelah kanan. 3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia. . ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA. Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Nor Hayati bt Hj Bakri, Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ; .1) Pn Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. .2) En. Kowangid bin Taufik - PK Hal Ehwal Murid .3) Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum. Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang. Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini. DOA Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi. NYANYIAN DAN IKRAR. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________. Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS. Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan. Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi. UCAPAN GURU (JIKA ADA) Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan mengenai program ______________________________ Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR. Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan. PENGUMUMAN Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ; .1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________ .2) ____________________________________________________________ .3) ____________________________________________________________ BERSURAI. Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang dan guruguru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Guru-guru boleh bersurai dan pelajar diminta tunggu di tapak perhimpunan.

PENGERUSI MAJLIS MAAL HIJRAH 1430H 28 DIS 2008 YANG DIHORMATI ________________________________ TIMBALAN _________________ YANG DIKASIHI ____________________ TUAN HAJI ______________________________ YANG DIHORMATI KETUA-KETUA__________________________________ YANG DIKASIHI DIF-DIF JEMPUTAN,TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN. BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILAHI DENGAN LIMPAH RAHMATNYA DAPAT KITA BERKUMPUL DAN BERJUMPA DALAM MAJLIS YANG MULIA INI SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430 HIJRIYYAH PERINGKAT _________________. YDH TUAN PUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN SECARA RINGKASNYA HIJRAH BERMAKSUD BERUBAH DARI SESUATU PERKARA YANG MUNGKAR KEPADA YANG MAARUF, BERUBAH SIKAP KEPADA YANG BAIK, BERUBAH KEPADA KETAATAN, KESETIAAN, KEPATUHAN, BERTANGGUNGJAWAB, BERTOLAK ANSUR, BERTIMBANGRASA, BERUBAH DARI SIFAT MAZMUMAH KEPADA SIFAT MAHMUDAH. HIJRAH PERLUKAN PENGORBANAN DARIPADA SESEORANG UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEPERIBADIAN YANG MULIA. SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1430 HIJRIAYYAH INI, MARILAH SAMASAMA KITA KITA BANGKIT DAN BANGUN BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI AMALAN KITA SERTA MENGINSAFI DAN MENILAI KEMBALI SEGALA PERBUATAN YANG TELAH KITA LAKUKAN SELAMA INI. SAMA-SAMA KITA MENANAMKAN AZAM DAN ILTIZAM AGAR KITA DAPAT MENJADI INSAN YANG KAMIL SEBAGAI SEORANG MUSLIM. UNTUK MAKLUMAN YDH TUAN PUAN MAJLIS PADA PETANG INI AKAN DIMULAKAN DENGAN BACAAN YASIIN, TAHLIL DAN DOA AKHIR TAHUN 1429HIJRAH YANG AKAN DIPIMPIN OLEH ALFADHIL TUAN HAJI______________________________. DIIKUTI DENGAN AZAN MAGHRIB. MUAZZIN PADA MALAM INI AL-FADHIL USTAZ _______________________________. SETERUSNYA BACAAN DOA AWAL TAHUN 1430 HIJRAH YANG AKAN DIPIMPIN OLEH AL-FADHIL TUAN HAJI ______________________________ . SELESAI BACAAN DOA AWAL TAHUN, SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH AKAN DIIMAMKAN OLEH ALFADHIL USTAZ ____________________________ . SELEPAS SOLAT MAGHRIB MAJLIS DITERUSKAN DENGAN CERAMAH AGAMA OLEH TUAN HAJI MOHD ___________________________________________ . SELESAI CERAMAH, SOLAT ISYAK BERJAMAAH AKAN DIIMAMKAN OLEH AL-FADHIL ________________________________ . MAJLIS DENGAN HORMATNYANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN HAJI _________________________________ UNTUK MEMULAKAN MAJLIS BACAAN YASIIN. DIPERSILAKAN.

TEKS PENGACARA MAJLIS ISRA MIKRAJ 2011 1. Assalamualaikum pembuka bicara, Ahlan wasahlan kami ucapkan, Selamat datang kepada semua, Majlis Sambutan Isra Mikraj kita mulakan UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS BismilLahirRahmanirRahim.Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Alhamdulillahi robbil alamin........... Yang Berusaha, En Abu Samah b Osaman , Guru Besar SK Durian Daun (K), Yang dihormati, En Bahrin b Hj Pakiri, GPK Pentadbiran, , Puan Hasmah bt M Jadi , GPK Hal Ehwal Murid, , Pn Zainah bt Hashim , Yang Berbahagia, Tn Hj Khairudin b Hj Abu Khair , Penceramah Jemputan kitapada pagi ini, barisan guru, staff sokongan, anak-anak didik dan para hadirin yangdirahmati Allah sekalian.. Hadirin dan Hadirat sekalian, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah rahmatNyamaka pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain dan tidak bukan untuk menjayakan sambutan Isra dan Mikraj peringkat sekolah, pada tahun ini. Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berdiriKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri.

UCAPAN Hadirin hadirat yang dihormati mempersilakan Yang Berusaha,

sekalianBagi

meneruskan

acara,

majlis

Abu Samah bOsaman , Guru Besar SK Durian Daun (K), untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dengan segala hormatnya dipersilakan..Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tuan Guru Besar sebentar tadi.

CERAMAH. SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,Tanpa melengahkan masa,marilah kita sama-sama mendengar dan menghayatiCeramah Isra Dan Mikraj yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Tn Hj Khairudin B Hj Abu Khair .Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA HARTA BANYAK PENUH ACUAN KATA INDAH TIDAK TERKATA BICARA BERNAS JADI PANDUAN Terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ TN HJ KHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR .semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripadaceramah tersebut. PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA Hadirin sekalian Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan YangBerusaha,

En Abu Samah b Osaman , Guru Besar SK Durian Daun (K) untukmenyampaikan cenderahati kenangkenangan kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ TN HJ KHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR . Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih penyampaiancenderahati itu tadi. PENUTUP Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis.Pada kesempatan ini, saya mewakiliPENGELOLA PANITIA PENDIDIKAN ISLAMDAN PERSATUAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM memohon ampun dan maafseandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ TN HJKHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR dan hadirin hadirat sekalian kerana sudi melapangkanmasa memeriahkan majlis. kepada Tuan Guru Besar atas

Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidaklangsung dalam majlis yang penuh bermakna ini. Ditamatkan Majlis yang indah berserimenjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En AbuSamah b Osaman untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz untuk ke kantin bagimenikmati sedikit hidangan. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS AKAN DATANG. TERIMA KASIH.SEKIAN

Saya akhiri majlis dengan lafaz warohmatullahhiwabarokatuh.........

yang mulia wassalam

mualaikum

You might also like