You are on page 1of 1

PENGENALAN

MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitment melahirkan golongan gadis dan wanita yang berkaliber melalui penerapan ilmu , kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan negara antarabangsa serta dunia sejagat .

VISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik, cekap dan berkesan untuk anak-anak gadis dan kaum wanita. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program-program berkualiti yang menyediakan anak-anak gadis hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok . Berikut merupakan enam nilai teras persatuan .

Integriti Kejujuran Hormat menghormati Toleransi Kasih Sayang & Bantu membantu PIAGAM

Persatuan Pandu Puteri Malaysia berpegang kepada perkara berikut iaitu sentiasa menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti kepada semua ahli dan pemimpin, menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan, melahirkan ahli yang berkaliber, menonjolkan ahli yang mempunyai nilai murni, menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna dan akhir sekali menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran.

You might also like