You are on page 1of 4

TEMU RAMAH

Saya telah menemu bual Cik Zila binti Mat Saud dari Pusat Tenun Diraja Pahang untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini. Temu bual : Julia : Apakah jenis produk yang disediakan di sini?

Cik Zila: Kami mengeluarkan produk tekstil. Julia : Siapakah pengusaha pusat tenun ini?

Cik Zila: Pengusahanya saya iaitu Cik Zila binti Mat Saub. Julia : Apakah nama syarikat dan status hak milik pusat tenun ini?

Cik Zila: Nama syarikat ini ialah Realistic Attraction Sdn Bhd dan statusnya pula anak syarikat penuh milik kerajaan negeri Pahang. Julia : Sejak bila pusat tenun ini dibuka dan diusahakan?

Cik Zila: Pusat tenun ini mula dibuka pada tahun 1995 di Kampung Padang Jalan Sg. Lembing. Kemudian di Pekan, Pahang dan akhirnya di sini iaitu di Kampung Sungai Soi. Julia : Berapakah modal yang dikeluarkan? Modal itu daripada persendirian, perkongsian ataupun pinjaman? Cik Zila: Modal bernilai 100 ribu ringgit dibiayai penuh oleh kerajaaan Negeri Pahang Julia : Apakah tujuan pusat tenun ini dibuka?

Cik Zila: Pusat tenun ini dibuka ialah untuk mengembangkan lagi industri tenun supaya tidak pupus.

Julia

: Apakah kepentingan produk di sini?

Cik Zila: Kehalusan dalam membuat kain tenunan dan menggunakan kaedah tradisional. Julia : Apakah kelebihan dan keistimewaan pusat tenun ini?

Cik Zila: Kelebihan produk di pusat tenun ini ialah dari segi pembuatan iaitu kami menenun mengunakan cara tradisional. Keistimewaannya pula dari segi kehalusan dalam membuat tenunan. Corak yang digunakan untuk menenun ialah jalur iaitu jalur menegak, jalur melintang dan petak-petak. Julia : Berapa ramaikah pekerja di sini? Pekerja di sini pekerja tempatan atau pekerja asing?

Cik Zila: Terdapat 25 orang pekerja dan semuanya terdiri daripada penduduk tempatan. Nabila : Apakah senarai bahan yang digunakan dalam menenun? Cik Zila: Antara bahan yang digunakan ialah benang sutera, benang polister dan benang berwarna. Paling penting ialah benang sutera. Julia : Apakah antara peralatan yang digunakan dalam menenun?

Cik Zila: Menggunakan mesin yang dipanggil 'kek tenun' untuk menenun. Bagi aksesori pula, torak jarum dan pelentik digunakan. Julia : Bagaimanakah cara-cara menenun?

Cik Zila: Cara-cara untuk menenun ialah pertama, mewarna benang. Kemudian melerai benang, menusuk, spin benang dan akhirnya menenun benang untuk dijadikan kain.

Julia

: Bagaimanakah sambutan daripada pengguna terhadap produk ini?

Cik Zila: Sambutan sangat menggalakkan. Kami selalu menerima tempahan daripada agensi kerajaan seperti pejabat SUK Pahang dan jabatan-jabatan kerajaan lain. Kami juga sering menerima kunjungan daripada pelancong asing di negara kita. Julia : Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan pusat tenun ini?

Cik Zila: Masalah yang dihadapi ialah dari segi bahan.benang dibeli dari China, jadi proses untuk mendapatkannya lebih sukar dan harganya lebih mahal. Julia : Apakah potensi pusat tenun ini?

Cik Zila: Potensinya ialah dari segi kepelbagaian jenis produk tenun. Contohnya dahulu tenun hanya dikenali sebagai kain pasang dan samping sahaja tetapi sekarang telah diperbanyakkan menjadi sarung kusyen, selimut dan macam-macam lagi. Lagipun pusat tenun di Pahang sudah diperbanyakkan. Terdapat dua hingga tiga tempat antaranya ialah, di penjara Penor, Balok dan banyak lagi. Julia : Apakah pengikitrafan yang pernah dimiliki oleh pusat tenun ini?

Cik Zila: Pengiktirafan yang pernah dimiliki oleh pusat tenun ini ialah cenderahati daripada Realistic Attraction Sdn. Bhd. MAHA 2010 dan juga penghargaan daripada Universiti Malaysia Pahang.

Julia

: Apakah lambang atau identiti pusat tenun ini?

Cik Zila: Kami menggunakan lambang crown. Julia : Apakah perancangan masa hadapan yang akan dilakukan oleh pusat tenun ini?

Cik Zila: Pada bulan 5 ini akan dibuka satu lagi pusat tenun yang dipanggil pusat kajian. Sesiapa yang ingin membuat kajian tentang produk di Tenun Pahang dari segi ketahanan benang, warna dan macam-macam lagi.

You might also like