You are on page 1of 2

KERTAS KERJA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1433H SEKOLAH KEBANGSAAN MANTIN 1.

0 PENGENALAN Salah satu lagi peristiwa yang agung yang seharusnya sentiasa diingati oleh semua umat Islam yang juga merupakan mukjizat Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa yang telah membuktikan kekuasaan dan agungnya kuasa Allah SWT apabila Rasulullah telah melalui perjalanan yang amat jauh iaitu dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis dan seterusnya dinaikkan pula ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT dalam hanya tempoh yang sangat singkat iaitu satu malam. Seluruh umat Islam harus memahami peristiwa ini dengan baik dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang besar ini. Sehubungan itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Mantin mengambil inisiatif mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj 1433H bagi menyemarakan ingatan semua warga sekolah tentang peristiwa ini dan seharusnya mengambil pengajaran daripada kisahnya. 2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pemahaman kepada murid tentang peristiwa Israk Mikraj. 2.2 Memantapkan lagi keimanan murid terhadap Allah SWT dengan menghayati
kekuasaan Allah dalam peristiwa Israk Mikraj ini

2.3 Memupuk sikap dan sahsiah murid ke arah menjadi insan soleh yang berjaya di
dunia dan akhirat. 3.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat Program : 19 Jun 2012 : Selasa : Dewan Sekolah Kebangsaan Mantin

4.0

KUMPULAN SASARAN/ PESERTA Semua murid Islam Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Mantin

5.0

PENGISIAN PROGRAM

Ceramah yang akan disampaikan oleh Imam Muda Fatah 6.0 BIL ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI RM 80.00 RM 250.00 Jumlah JUMLAH RM 80.00 RM 250.00 RM 330.00

1. Baner Program 2. Saguhati Penceramah

8.0 PENUTUP Adalah diharapkan bahawa, program ini akan mencapai objektifnya dan akan membantu dalam pembentukan sahsiah diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Mantin ke arah yang lebih cemerlang di masa akan datang. Semoga program ini juga akan mendapat kerjasama semua pihak dan secara tidak langsung mampu mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim semua warga sekolah. Disediakan oleh,

............................................. Mohd Azwan Bin Rosdi Penyelaras Program Sambutan Israk Mikraj 1433H.

You might also like