You are on page 1of 3

KETIDAKUPAYAAM DISLEKSIA

Disleksia merupakan sejenis penyakit neurologi mengenai tubuh seseorang. Kanakkanak yang menderita Disleksia akan mengalami kesulitan membaca. Kesulitan ini mungkin disebabkan oleh ketidakmampuan dalam menghubungkan antara lisan dan tulisan. Kanak- kanak Disleksia juga bermasalah dalam mengenal hubungan antara lisan dan tertulis.Untuk menguji kanak-kanak Disleksia kita harus menilai mereka dari segi menulis, membaca dan menyebut secara lisan. Kebiasaan kanak- kanak Disleksia akan mengalami kesukaran lain seperti kemahiran penomboron. Untuk mengira secara kronologi mungkin betul, tetapi untuk menegaskan nombor yang sebelum atau selepas mereka tidak boleh. Ini kerana mereka mengalami kekeliruan penomboran. Kanak-kanak yang menderita Disleksia, kadangkadang disalah anggap sebagai kanak-kanak yang mengalami sakit jiwa. Peringkat awal, kanak-kanak ini boleh bercakap atau bertutur tetapi semakin meningkat umur mereka semakin berkurang bercakap atau pertuturannya. Kanak-kanak Disleksia juga membaca terlalu cepat dan tidak tepat atau mungkin membaca lambat dan tersekat-sekat. Masalah ini mungkin disebabkan oleh otak sebelah kirinya ada neurotransmitter. Biasanya kanak-kanak Disleksia ini berbakat dalam seni atau kreatif

Ciri-ciri Disleksia
Antara ciri-ciri Disleksia ialah masalah sebutan ( phonological ) dan ejaan iaitu kanak-kanak ini tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis, berbeza dengan kanakkanak ADD mereka boleh menyebut perkataan dengan tepat. Seterusnya ialah kesulitan untuk mengumpul maklumat di mana kanak-kanak Disleksia menghadapi kesulitan untuk mengumpul maklumat dalam otak. Kanak-kanak ini merasakan seolah-olah ada terlalu banyak perkataan berpusing-pusing dalam otak mereka. Kanak-kanak Disleksia juga gagal untuk menyusun maklumat. Mereka cuba menulis apa yang difikirkan tetapi mereka tidak dapat memindahkan fikiran daripada otak kepada tangan untuk ditulis semula.

Selain itu, kanak-kanak disleksia juga mempunyai masalah membaca di mana mereka mungkin membaca terlalu cepat dan sebutan yang tidak tepat atau membaca lambat dan terputus-putus. Ini disebabkan masalah halo effect, the swirl effect (putaran) ataupun variation of the world. Seterusnya ialah kanak-kanak ini menghadapi masalah ingatan jangka masa pendek ( shorterm memory ). Apabila mereka fikir begitu lama untuk memindahkan kepada tangan, kanak-kanak ini akan lupa apa yang sedang atau hendak ditulis. Kanak-kanak Disleksia juga menghadapi masalah menyalin dan menulis karangan. Mereka lambat dalam menyalin dan banyak kesilapan. Penyampaian kanak-kanak ini tidak konsisten. Ini kerana mereka keliru dengan abjad dan menulis terbalik cotohnya b dengan d, a dengan c dan m dengan w. Seterusnya kanak-kanak ini juga menghadapai masalah dalam penomboran di mana mereka melihat semua nombor adalah sama contohnya 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,. Mereka juga mengalami masalah ingatan tentang susunan hari, bulan huruf dan lain-lain. Namun begitu, kanak-kanak Disleksia mempunyai pengetahuan yang luas dan baik. Walaupun mereka mempunyai kekurangan dalah masalah membaca, menulis dan mengira tetapi dalam berbanding guru. Untuk mendiagnosis kanak-kanak berketidakupayaan Disleksia, kanak-kanak tersebut mestilah mempunyai 50 % daripada ciri-ciri yang dikenalpasti di atas. Kanakkanak tersebut mestilah dirujuk kepada pakar atau doktor untuk langkah pengesanan dan pencegahan melalui terapi atau kaedah bantuan yang sepatutnya. Apa yang jelas, kanakkanak yang menghidap masalah Disleksia tidak boleh diubati tetapi mereka boleh dibantu dengan kaedah terapi tertentu. Sebagai contoh dengan menggunakan kaedah untuk merasa objek samada nombor atau abjad. Ini boleh meransang otak sebelah kanan kanak-kanak tersebut dan seterusnya membantu mengatasi masalah 3M mereka. hal-hal tertentu mereka mempunyai pengetahuan yang lebih

Statistik
Mengikut kajian yang dijalankan didapati lebih ramai budak lelaki yang mengalami masalah disleksia berbanding kanak- kanak perempuan.Ini disebabkan faktor kebiasaan kanak- kanak perempuan lebih cenderung untuk banyak bertutur berbanding kanak-kanak lelaki. Contohnya permainan anak patung, masak- masak, cikgu- cikgu dan doktor dengan pesakit. Permainan melatih kanak- kanak perempuan mahir berbahasa. Sementara kanak- kanak lebih tertumpu kepada permainan bercorak aksi lebih daripada pertuturan. Nisbah penghidap ketidakupayaan disieksia ialah 3:1 iaitu lelaki 3 dan bagi perempuan 1. Dianggarkan 10 % hingga 15 % mengalami masalah ringan manakala 4 % mengalami masalah berat.

You might also like