You are on page 1of 38

KONSEP TAMADUN

ETIMOLOGI PERKATAAN TAMADUN


BAHASA ARAB
Ibnu Mansur, 1997 (Lisan al-Arab)

a. Hadharah
b. Tamaddun c. Madaniyyah Ibnu Khaldun, 1990 : 49 (Kitab al-Muqaddimah) a. Umran bermaksud kemajuan atau kemewahan dari dua aspek iaitu spiritual dan material. b. Hadharah ialah daerah, kota, bandar dan tanah halaman yang dimajukan untuk

mencapai satu tahap yang terkehadapan.


Dari sudut etimologi: a. Berasal daripada perkataan Madana. b. Daripada perkataan Madana, lahirlah perkataan Madani.

BAHASA INGGERIS
Tamadun ialah Civilization atau Civilisation. Perkataan ini berasal daripada perkataan Civitas yang bermaksud bandar atau kota.(Bahasa Latin).

PANDANGAN TOKOH
Ibrahim Anis et al. (1960) - (Maddana) Pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Ibrahim Mustafa et al (1989) - Hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.

DEFINISI TAMADUN
TAMADUN MENURUT SARJANA BARAT
Suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil

Arnold Tonybee

pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat dengan sendiri

J.K. Fiebleman

untuk menjadikan barang baru bagi sesuatu keperluan.

Peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran,

Will Durant

kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

TAMADUN MENURUT SARJANA ISLAM


Syed Muhammad Naquib AlAttas
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat.

Ibn Khaldun

Kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,


keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.

Umar Audah alKhatib


Himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

TAMADUN MENURUT SARJANA MELAYU


Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila iaitu

Wan Hashim Wan Teh

adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratik. Termasuk dalam konsepsi tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan meningkatkan keselesaan hidup manusia.

Segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusu daripada

Dr. Muhammad
Baki

manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. Ia


dimaksudkan juga dengan falsafah, ilmu pengetahuan, agama, kesenian, kesusasteraan, akhlak dan perkara-perkara lain yang menerima peningkatan dan pembangunan.

CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN


Penempatan Kekal Revolusi Pertanian Sistem Politik dan Pemerintahan Teratur Stratifikasi dan Organisasi Sosial Urbanisasi Perkembangan Sains dan Teknologi

Sistem Tulisan
Sistem Agama dan Kepercayaan

FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

Politik Yang Kukuh Kedudukan Yang Strategik

Rangsangan Keagamaan
Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji Pengalaman Kesengsaraan Hidup Toleransi Dengan Tamadun Lain

FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang


Penindasan dan Kezaliman

Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat


Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan Malapetaka dan Bencana Alam

TAMADUN ISLAM

DEFINISI TAMADUN ISLAM


ABU BAKAR HAMZAH: Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir dan berkembang bersamasama dengan kehidupan

SAYYID QUTB:
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan kepada syariat Allah serta SAID HAWA: Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan

manusia dan
perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yang berupa sekala (material).

bercirikan nilai-nilai
moral Islam.

kebudayaan itu.

KONSEP TAMADUN ISLAM


a. Tamadun merupakan segala yang dihasilkan oleh fikiran orang Islam menurut wataknya dan panduan agama Islam sendiri. b. Seluruh bangsa yang berada di dalam pemerintahan Islam turut memberikan sumbangan penting dalam pembinaan Tamadun Islam. c. Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antarabangsa. d. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran

dan al-Hadis yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran


yang mempunyai sifatnya yang tersendiri.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Matlamat tamadun Islam adalah untuk mencapai konsep
al-Falah (kejayaan) dari sudut material dan spiritual. Konsep al-Falah boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu: a. Huquq Allah (Hak Allah) b. Huquq al-Ibad (Hak Manusia)

c. Huquq al-Alam (Hak Alam)

a. Huquq Allah (Hak Allah)


Pencipta (Allah SWT) yang menjadikan manusia dan alam semesta. Allah SWT berhak untuk tidak menciptakan manusia dan alam semesta kerana Allah SWT tidak tertakluk kepada mana-mana arahan dan perintah. Allah SWT juga berhak menetapkan garis panduan dan undang-undang tersendiri. Panduan dan undang-undang ini terbahagi kepada dua iaitu, Sunnatullah (hukum

alam) dan wahyu (hukum yang diperkenalkan melalui pesuruh-Nya yang menjadi garis
panduan kepada manusia untuk meneruskan hidup). Allah SWT memberikan kebebasan untuk manusia membuat pilihan antara yang baik dan buruk. Allah SWT tidak memaksa manusia mengikut garis panduan-Nya malah mengajak manusia berfikir sebelum membuat keputusan dan garis panduan tersebut mempunyai ruang untuk diteliti (Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad, 1996: Unit 2).

b. Huquq al-Ibad (Hak Manusia)


Kesedaran terhadap mengenali diri dan pencipta adalah teras utama.

Manusia merupakan salah satu kejadian Allah SWT yang teristimewa


kerana dikurniakan akal yang berbeza dari makhluk-makhluk lain. Manusia terbentuk daripada roh dan jasad.

Menggunakan akal fikiran untuk membuat keputusan dan menjadi


makluk berfikir (Hayawan Natiq). Manusia tetap perlu bekerjasama dengan beberapa sektor lain bagi meneruskan kelangsungan kehidupan. Manusia juga perlu kepada kepatuhan dan pedoman.

c. Huquq al-Alam (Hak Alam)


Alam adalah bersifat baru dan ia tidak kekal lama. Alam berperanan terhadap kelangsungan kehidupan manusia, maka adalah wajar

manusia berusaha gigih mempertahankan bahkan memanjangkan jangka hayat alam


menerusi pelbagai daya usaha. Sebarang kecacatan yang berlaku kepada alam akan memberi implikasi berpanjangan terhadap manusia sendiri secara sedar ataupun tidak. Dalam al-Quran telah menyebut akan keperluan manusia terhadap alam. Kejadian dan keunikan alam adalah manifestasi kebesaran Tuhan. Alam juga turut memainkan peranan amal ibadat yang berterusan menerusi

generasi seterusnya.
Interaksi manusia dengan alam perlu dimasyarakatkan secara kolektif agar manusia memahami keluasan alam tiada bandingannya dengan makhluk lain di muka bumi ini.

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM


Ciri Keistimewaan - Tamadun Islam berpaksikan ketuhanan (Rabbani). - Tamadun Rabbani bermakna tamadun Islam adalah tamadun yang sempurna mutlak kerana dicipta oleh Allah yang bersifat Maha Sempurna dan Maha Mengetahui. - Tamadun Islam berkembang selaras dengan acuan mengikut al-Quran dan al-Sunnah yang diturunkan dalam bahasa yang masih hidup sebagai

bahasa dunia (bahasa Arab) di mana tamadun terhasil melalui bagaimana


umat Islam menghasilkannya menurut panduan Ilahi.

Ciri Umum
Bersifat Menyeluruh (Sempurna) Islam yang dijadikan sebagai cara hidup adalah meliputi seluruh

keperluan dan kehendak manusia dari pelbagai sudut sama ada secara
spiritual dan material. Islam bukan sahaja untuk umatnya bahkan untuk semua insan di alam ini. Antara sudut-sudut insan ialah: a. Undang-undang b. Keadilan c. Kehakiman d. Kenegaraan e. Ilmu Pengetahuan f. Ibadah

Bersifat Umum Tamadun Islam bersifat sejagat dan terbuka. Ia sesuai diamalkan oleh semua orang pada setiap masa dan tempat. Ini akan memberi peluang seluas-luasnya untuk manusia membina tamadun sejagat menurut acuan sendiri yang berpaksikan ciri tersebut. Bersifat Ideal dan Realistik Wahyu yang diturunkan sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan manusia di seluruh pelosok alam ini. Tamadun Islam sesuai diamalkan tanpa mengira batasan masa, tempat, masyarakat, warna atau taraf kedudukan manusia. Wahyu memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia.

Bersifat Tetap dan Anjal Tamadun Islam berperanan menetapkan hukum yang bersandarkan kepada dalil yang qatie (tetap) dan zanni. Hukum-hukum yang ditetaplah adalah bersifat tetap dan

anjal.
Dalam hal-hal tertentu (darurah dan masyaqqah) kelonggaran turut dibenarkan Islam sebagai laluan keluar pada masa dan ketika itu sahaja.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM


Sumber Samawi Sumber Wadie
Berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan keadaan persekitaran sehingga mendorong manusia menggunakan akal untuk mencipta sesuatu agama dan mereka tidak mempunyai sumber rujukan utama.

Sumber Tamadun

Penurunan agama yang berasaskan sumber ketuhanan (Ilahi) dan memperoleh kitab sebagai rujukan keagamaan.

Sumber Wahyu - Sumber Primer/almatlu - Sumber Sekunder/Ghair almatlu

Sumber Tamadun Islam

Sumber sokongan

SUMBER PRIMER/AL-MATLU
Segala dasar dan asas adalah dari unsur-unsur ketuhanan (Allah SWT) dan undang-undang di dalamnya tidak berubah dan tidak boleh diuabah sewenangwenangnya. Peranan kedua-dua sumber ini amat penting dan menjadi panduan terhadap segala cara hidup dalam Islam.

SUMBER SEKUNDER/GHAIR AL-MATLU


Sumber-sumber adalah daripada akal dan pemikiran manusia. Masih dipimpin menerusi sumber-sumber primer. Mana-mana keputusan sumber sekunder yang melampaui sumber primer akan ditolak.

SUMBER PRIMER
Al-Quran Bahasa: Bacaan. Istilah: Kalam Allah yang mengandungi unsur-unsur mukjizat. Diturunkan kepada Nabi Muhammad
Al-Sunnah Bermaksud segala yang disandarkan kepada

Rasulullah SAW sama ada dari segi Qauliah


(perkataan), Filiah (perbuatan), taqrir (ikrar/pengakuan) dan sebahagian sarjana Islam menambah dengan sifat baginda juga.

SAW secara mutawatir dengan lafaz dan


makna melalui Malaikat Jibril dan mengandungi 114 surah. Ulama Basrah: 6666 ayat. Ulama Kufah: 6236 ayat atau sejuta huruf serta membacanya dikira ibadat.

Contoh Sunnah:
Sunnah Qauliah: Mencela orang Islam adalah perbuatan fasik dan memeranginya adalah kufur

Hadis Riwayat Bukhari (no.48) dan Muslim


(no.64)

SUMBER SEKUNDER
Ijma
Merupakan persepakatan semua ulama Islam (Sarjana Islam/Mujtahidin) dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW pada satu-satu zaman terhadap sesuatu hukum syarak. Ijma merupakan sumber rujukan ketiga selepas al-Quran dan al-Sunnah. Ijma terbahagi kepada dua jenis iaitu: Ijma Soreh (Persepakatan yang nyata) Persepakatan ulama Islam terhadap permaslahan secara jelas dan nyata terhadap sesuatu hukum. Ijma Sukuti (Persepakatan majoriti) Persepakatan majoriti terhadap permasalahan dan sebahagiannya menyokong dengan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

Qiyas
Menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dengan perkara lain yang telah dinyatakan hukumnya disebabkan ada persamaan antara keduanya

dari segi illah (sebab yang menjelaskan hukum) (Dr. Mustafa al-Khin, 1989:19).
Qiyas merupakan sumber rujukan keempat selepas al-Quran, al-Sunnah dan Ijma.

SUMBER SOKONGAN
Sumber yang bukan berasaskan wahyu dan diambil daripada keupayaan manusia menggunakan sebarang usaha potensinya. Antara keupayaan tersebut ialah akal, pancaindera yang lima, pengalaman dari kehidupan dan adat serta norma masyarakat setempat.

HUBUNGAN DALAM TAMADUN ISLAM


1.Hubungan Manusia Dengan Allah

Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah


beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah S,W.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Ia melibatkan hubungan antara hamba dengan Penciptanya. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan

mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang


wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain.

2.Hubungan Manusia Sesama Manusia


Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.s. Oleh yang demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu.

Justeru dalam perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan


yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman, perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan

kehidupan samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan


berasaskan tolong menolong dan hormat menghormati.

Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan

masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat,


tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan

kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.


Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud :

Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan

atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha


mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya

3.Hubungan Manusia Dengan Alam

Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati


oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara

alam ini. Allah S.W.T telah memberikan panduanNya kepada


manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Araf ayat 56 yang bermaksud :

Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan. Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah. Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah S.W.T atau sunnatullah.

HUBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN KEBUDAYAAN


Kebudayaan boleh diertikan sebagai cara hidup. Kebudayaan Islam beerti cara hidup Islam yang memfokuskan ke arah seni cara hidup yang berteraskan konsep al-Quran dan al-Sunnah di mana konsep taqwa lebih terserlah melalui amalan yang berterusan(alIstiqamah). Semua kebudayaan diterima pakai dalam ketamadunan Islam. Ada kebudayaan yang ditolak apabila bertentangan dengan prinsip dan nilai ketamadunan Islam itu sendiri yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip syariah (maqasid al-syariah).

PRINSIP-PRINSIP PENTING TAMADUN ISLAM


Memelihara Agama
Islam mendidik penganutnya supaya menjaga kesucian agama dengan tidak
melakukan sesuatu yang boleh merosakkan agama Islam atau menjatuhkan aqidah Islam. Penganut Islam juga diwajibkan mempertahankan agama daripada sebarang bentuk pencerobohan. Firman Allah SWT: dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama

Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak
binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah:217)

Memelihara Nyawa
Islam tidak membenarkan orang menyerang jiwa orang lain yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan. Wajib ke atas seseorang individu untuk mempertahankan dirinya apabila diserang. Jika seseorang itu mati kerana mempertahankan jiwanya, maka matinya bernilai tinggi di sisi Allah, iaitu mati syahid. Islam adalah tidak menggalakkan sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nisa (4) ayat 29 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu membunuh diri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu

Memelihara Akal
Kita wajib menjaga akal kita dengan sebaik yang mungkin.

Islam melarang melakukan sesuatu atau memakan atau meminum sesuatu


yang boleh menyebabkan kerosakan akal. Islam mengharamkan penganutnya meminum sesuatu yang memabukkan atau merosakkan akal manusia. Hal ini dijelaskan dalam Surah Al-Maidah (5) ayat 90 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, sesuangguhnya arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan.

Memelihara Maruah dan Keturunan


Islam mengajarkan supaya umatnya menjaga maruah dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik diri dan keluarga. Islam turut menekankan kepada umatnya hendaklah menjaga keturunan iaitu dengan tidak melakukan seks bebas yang boleh merosakkan keturunan dan maruah diri. Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra (17) ayat 31 yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesuangguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Memelihara Harta
Harta ialah nikmat pemberian Allah kepada makhluk-Nya. Kita hendaklah menjaga harta daripada kerosakan dan kehilangan termasuk

pembaziran dan perjudian.


Islam tidak membenarkan pencerobohan ke atas harta benda orang lain. Harta kekayaan yang dikumpulkan oleh seseorang yang sememangnya digalakkan dalam Islam adalah dugaan dan percubaan dari Allah. Firman Allah: Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya amu boleh belayar k padanya dengan kapal-kapal dengan zinNya, dan supaya kamu mencari i

daripadanya ekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan ia emudahkan k m


bagi kamu apa-apa yang di langit dan apa- pa yang di bumi semuanya (Surah ala Jaathiyah:12-13)

You might also like