You are on page 1of 11

Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah Oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris

Pendahuluan Nota ringkas ini adalah berasaskan tulisan Dr. Abd. Rahman Ahmad Al -Jurie, pensyarah di Kuliyyah Syariah, Universiti Al-Malik Khalid, Arab Saudi.

Kepentingan Tajuk Qawaid Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Fiqh) berasal dari himpunan dalil-dali daripada Al-Quran dan sunnah nabi S.A.W. Justeru itu, sebagaimana nas-nas syarak berperanan penting dalam kehidupan, demikianlah juga kaedah-kaedah yang terhasil daripadanya. Salah satu aspek penting dalam kehidupan muslim ialah aspek tarbiyyah dan dakwah. Oleh itu, antara kepentingan tajuk ini ialah:

1. Membuktikan bahawa aplikasi Qawaid Fiqhiyyah tidak terhad dalam bab hukum hakam ibadat sahaja, sebaliknya ia boleh bahkan perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seluruhnya.

2. Tarbiyyah dan dakwah juga memerlukan aplikasi daripada kaedah-kaedah tersebut.

Contoh-contoh kaedah

Pertama: ( Setiap perkara adalah berdasarkan maksudnya)

Aplikasi: Dakwah adalah suatu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, oleh kerana itu, amalan ini mesti dimulakan dengan niat. Tindakan menyertai perjuangan dakwah mungkin berdasarkan banyak sebab. Ada yang hanya untuk mengisi masa lapang, ada yang kerana terpaksa atau terjebak dalam keadaan, ada juga kerana kepentingan duniawi dan kemasyhuran. Oleh itu nilai aktiviti tarbiyyah dan dakwah ini bergantung kepada niat yang dipasang. Keperihatinan terhadap golongan tertentu dalam masyarakat untuk didampingi dan dijadika n teman seperjuangan, apakah motifnya? Adakah kerana kekayaan dan pengaruhnya? Atau kerana hubungan kekeluargaan atau .? Dalam urusan ini selalu ada penentangan dan penolakan. Golongan yang menolak ini ada berbagai jenis dan gaya. Sebab penentangan itu juga berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, mereka yang sengaja memusuhi disebabakan mempertahankan kebatilan, tentu tidak wajar disamakan dengan mereka yang tersalah faham atau tidak mendapat maklumat yang betul. Menegakkan kebenaran, mengemukakan hujah-hujah yang kukuh berdasarkan ilmu yang mapan adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Tetapi ia mungkin dicemari dengan perasaan bangga diri, takbur dan merendahkan orang lain.

Persaingan boleh membawa kepada permusuhan dan sangka buruk. Prasangka buruk itu bermula dari hati. Amar maruf dan nahi munkar mestilah di atas dasar membenci kebatilan tetapi pada masa yang sama ia juga dilaksanakan atas nama kasih saying kerana Allah. Kedua: ( Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka)

Aplikasi: Antara ciri utama pendakwah yang berjaya ialah sentiasa berhati-hati dalam membuat pendirian dan menjatuhkan hukuman ke atas satu-satu perkara. Justeru dia tidak mudah menyebarkan suatu perkhabaran tanpa terlebih dahulu mempastikan kebenarannya. Apabila khabar angin, gossip dan fitnah sukar menembusi lubuk hatinya, tentulah perasaan berbaik sangka akan sentiasa subur. Apabila dia ingin menilai atau menghukum seseorang dia tidak mengasaskannya kepada sesuatu yang samara atau tidak pasti. Dengan meletakkan baik sangka sebagai perhiasan hatinya dalam menilai mukmin (lebih lebih lagi teman seperjuangan), ia dapat mengelakkan perpecahan dan perselisihan. Ketiga: ( Kesukaran membawa kepada kemudahan)

Aplikasi: Mudah adalah sifat agama yang telah Allah berikan dan ditunjuk ajar oleh ar -Rasul S.A.W. Oleh itu seruan kepada pengamalanya dan pembinaan insan di dalamnya mestilah menepati ciri yang Allah beri. Pendakwah mestilah menjauhi uslub yang menyusahkan kum pulan sasar atau yang menjadikan mereka semakin jauh. Perkara ini menuntut kepada kefahaman yang mendalami tentang nas dan realiti. Justeru dalam keadaan kekurangan modal insan yang berkualiti tinggi untuk dibina sebagai pejuang, bahan yang sedia ada tidak boleh dibazirkan. Ia perlu dibina mengikut kemampuannya. Dakwah suatu urusan yang besar. Ia tidak mapu dipikul oleh seorang individu sahaja, jadi pengabungan dan penggemblengan tenaga mesti dilakukan. Keempat: ( Kemudaratan dihapuskan)

Aplikasi: Memudaratkan manusia khususnya saudara seagama adalah dilarang. Oleh itu sebarang aktiviti amar makruf nahi munkar yang dilakukan perlu mengambilkira mudaratnya dapat ditanggung. Oleh demikian juga, sebarang tindak balas terhadap pihak lawan hendaklah tidak melebihi batasan yang diizinkan syarak. Untuk mengelakkan mudarat yang tidak tertanggung, perlu sentiasa ada penelitian yang bersepadu agar pertimbangan yang menyeluruh diambil. Labels: dakwah

Pengenalan Kepada Qawa'id Fiqhiyyah

Qawa'id adalah jamak kepada perkataan kaedah. Ia bermaksud asas atau prinsip. Sesuai dengan maksudnya dari sudut bahasa, qawa'id fiqhiyyah atau kaedah fiqh adalah merupakan prinsip-prinsip fiqh bersifat umum yang mengandungi hukum-hakam secara umum untuk disesuaikan dengan bahagian-bahagiannya. Kemunculan kaedah fiqh banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa. Ia muncul setelah jarak masa para ulama semakin jauh dari generasi terawal iaitu para salafussoleh. Ini banyak mempengaruhi penetapan hukum dalam sejarah pensyariatan dan kepatuhan syariah dalam dunia umat Islam. Penetapan hukum dalam Islam telah melalui beberapa peringkat. Peringkat yang pertama adalah pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman ini, penetapan hukum dilaksanakan melalui wahyu Allah SWT secara langsung iaitu al-Quran atau melalui hadis Nabi. Para sahabat tidak berhadapan dengan kesukaran untuk mengetahui hukum pada peringkat ini kerana kesemua permasalahan yang berlaku boleh dirujuk terus kepada Rasulullah. Bagi sahabat-sahabat yang tinggal agak jauh daripada Madinah, Rasulullah mengutuskan sahabat-sahabat yang layak berijtihad. Sebagai contoh, bagaimana dapat dilihat melalui perakuan Baginda kepada ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat r.a dalam hadis-hadis berikut: Hadis yang diriwayatkan daripada sahabat Nabi SAW iaitu Muadz ibnu Jabal ketika diutus ke Yaman.Dari Muadz ibnu Jabal r.a bahawa Nabi SAW ketika mengutusnya ke Yaman, Nabi bertanya: Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum? Ia berkata: "Saya berhukum dengan kitab Allah". Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam kitab Allah?" Dia berkata: "Saya berhukum dengan sunnah Rasulullah SAW". Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam sunnah Rasul SAW?" Dia berkata: "Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)". Maka Rasul memukul ke dada Muadz dan berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredai Rasulullah SAW," (riwayat At-Thabrani). lDemikian juga ia didasari dengan hadis berikut: Maksudnya: "Terdapat dua orang sahabat yang keluar musafir bersama-sama. Ketika dalam perjalanan, datanglah waktu solat, namun mereka tidak memperolehi air untuk berwuduk.Mereka lalu bertayammum dengan tanah yang suci, lalu solat. Setelah selesai solat, tiba-tiba mereka mendapati air, sedangkan waktu

solat masih ada. Salah seorang daripada mereka berwuduk lalu mengulangi solatnya, sedangkan seorang lagi tidak mengulangi solatnya. Setelah pulang, mereka bertemu dan menceritakan kepada Rasulullah kejadian yang mereka alami. Rasulullah berkata kepada yang tidak mengulangi solatnya: "Kamu telah mengikuti sunnah dan solat yang kamu lakukan telah cukup bagimu." Sedangkan kepada yang mengulangi wuduk dan solatnya beliau berkata: "Kamu mendapat dua pahala". (riwayat Abu Daud dan an-Nasaie)Hadis-hadis ini membuktikan bahawa umat Islam dibenarkan melakukan ijtihad khususnya dalam keadaan tidak mempunyai rujukan yang jelas dalam al-Quran dan sunnah.

Disebabkan oleh masalah-masalah fekah dan furunya terlalu banyak, jadi ianya memerlukan kepada penetapan kaedah-kaedah yang tertentu. Oleh kerana itu,ianya merupakan tugas kepada ahli fekah untuk memahami kaedah Fiqhiyyah dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana setiap kaedah permasalahan bergantung kepada kaedah-kaedah yang tertentu.terdapat lima kaedah fiqh umum yang dibincangkan dalan Fiqhiyyah antaranya:

( setiap pekara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya). (keyakinaan (bahaya (adapt tidak hilang mesti dijadikan dengan keraguan). dihapuskan). hakim). (kesukaran membawa kemudahan).

DEFINISI KAEDAH FIQH (al-Qawa `i dul al-Fiqhiyyah)

Perkataan Al-Qawa`id adalah kata jamak al-qaidah, yang bermaksud prinsipprinsip. Perkataan fiqhiyyah berasal dari perkataan al-fiqh yang bererti Al-

Fahmu yang bermaksud kefahaman. Al-Raghib al-Asfahaniy dalam al-Mufradat Fi Gharib al-Quran berpendapat kaedah dari sudut pengertian bahasa bermaksud
asas dan ia merupakan asas sesuatu dan asalnya sama ada ianya berbentuk Hissi atau dapat dilihat oleh pancaindera seperti asas rumah ( ) dan juga

berbentuk maknawi atau tidak dapat dilihat seperti asas agama ( .) Sebagaimana firman-firman Allah di bawah : Bermaksud : Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya

Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (kaabah) itu.


Bermaksud: Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asasasasnya.


Al-Zamaksyari dalam tafsir al-Kasysyaf pula berpendapat pengertiannya dari sudut bahasa adalah bermaksud asas dan asal kepada apa yang di atasnya. Ia juga bermaksud asas rumah dan asas-asas yang lain. Dari segi pengertian istilah pula, ulama usul fiqh mendefinisikannya sebagai hukum kulli atau bersifat umum yang dipraktikkan di atas semua hukum juzi untuk mengetahui hukum daripadanya. Sebagai contoh al-amr ( )atau suruhan asasnya membawa erti wajib. Menurut Taj al-Din al-Subky, kaedah menurut istilah : )(

Bermaksud: Sesuatu kaedah kulli atau umum tang bersesuaian dengan juziyyah atau bahagian-bahagiannya yang banyak yang mana daripadanya diketahui hukumhukum juziyyah.
Kesimpulannya, istilah al-Qawa`idul al-Fiqhiyyah didefinisikan menurut bahasa sebagai dasar-dasar yang berkaitan dengan masalah hokum. Dari sudut pengertian istilah pula, kaedah fiqh bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagianbahagiannya. Contohnya ialah lafaz kaedah: bermaksud bahaya mestilah dihapuskan. Lantaran itu, ilmu yang berkaitan dengan kaedah fiqh merupakan perkara yang penting dan utama dalam ilmu-ilmu Islam serta berada di kedudukan yang penting dalam fiqh Islam. Menurut Mustafa al-Zarqa' ketika membahas tentang hukum kaedah fiqh menyebut meskipun kaedah fiqh adalah prinsip-prinsip umum tetapi

memainkan peranan yang penting dalam ilmu fiqh. Kaedah ini telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar hukum fiqh (ahkam) yang mana tidak ada sumber hukum yang jelas di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Penguasaan ilmu ini sangat penting kerana ianya signifikan dengan ilmu fiqh dan membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip-prinsip syariah dan fiqh.

PERANAN KAEDAH FIQH DI DALAM MEMUTUSKAN SESUATU KES

Peranan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes di mahkamah syariah merangkumi berbagai permasalahan dan isu yang diputuskan oleh mahkamah. Hakim-hakim Syarie telah mengguna pakai kaedah-kaedah fiqh di dalam membuat keputusan dan penghakiman. Di antara peranan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut: (1) Kaedah fiqh sebagai sumber hukum Pemakaian kaedah fiqh oleh hakim-hakim Mahkamah Syariah sebagai sumber hukum dapat diteliti di dalam undang-undang itu sendiri dan pemakaiannya di Mahkamah Syariah. Sebagai contoh kaedah yang bererti adat

kebiasaan sebagai hukum yang menjadi asas kepada harta sepencarian di Malaysia.
Meskipun istilah harta sepencarian tidak disebut dengan jelas di dalam Quran, Sunnah dan ilmu fiqh, namun Islam mengakui usaha lelaki dan perempuan dan mereka berhak untuk mendapatkan hak mereka tanpa batasan untuk apa yang telah mereka usahakan bersama sepanjang hidup mereka.

Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syara. Tafsiran tentang definisi harta sepencarian juga telah disebut
dalam kes Hajjah Lijah Jamal v Fatimah Mat Diah, di mana Briggs J mendefinasikan sebagai "harta benda yang diperolehi selama tempoh perkahwinan

seorang suami dan isteri dari sumber usaha mereka atau sumbangan mereka.

Isu harta sepencarian telah menjadi sangat penting dan menjadi hak untuk pasangan yang bercerai dan telah diiktiraf di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Pertimbangan tentang keupayaan dan sumbangan suami isteri sepanjang perkahwinan mereka menjadi asas utama pertimbangan hakim untuk menentukan jumlah bahagian yang wajar diperolehi oleh suami dan isteri tersebut. Sebagai contoh, kes Wan Mahattan v Haji Abdul Samat (Ipoh Civil Appeal No 27 dari 1925), menyatakan bahawa isteri yang bercerai berhak mendapat sepertiga tidak akan terhalang oleh perceraian tebus talak kecuali pertimbangan untuk melepaskan tuntutan itu sebagai harta sepencarian. Wanita yang bercerai itu mungkin mendapat saham yang lebih satupertiga menjadi satu setengah jika ia sebenarnya memberi sumbangan yang sepatutnya. (2) Kaedah fiqh sebagai hujah sokongan Misalnya kaedah yang bererti "asal kekal sesuatu itu

mengikut apa yang ada sebelumnya." Kaedah ini adalah sebahagian daripada
kaedah yang utama yang mana keyakinan tidak boleh dihapuskan oleh keraguan . Ada beberapa ayat dari al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi panduan antaranya: Surah Yunus ayat 36: Ertinya: "Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan

sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (Itiqad). Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan ."
Sebagaimana hadis nabi s.a.w: Maksudnya: "apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya

kemudian timbul keraguan dengan sebabnya;apakah sesuatu telah keluar darinya

atau tidak? Janganlah sesekali dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (ia dapati ada bukti batal wuduk) . "
Di dalam penghakiman hakim-hakim menggunakan kaedah untuk menentukan status harta yang menjadi pertikaian misalnya dalam kes

Ibrahim bin Haji Abu Bakar v Mohd Ali bin Mohd Sah dan lain-lain di mana
hakim menerapkan prinsip kepastian untuk menentukan apakah harta itu jatuh di bawah wasiat atau pusaka. Di dalam kes ini hakim telah menggunapakai kaedah untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah harta pusaka untuk pembahagian menurut hukum faraid. Pemakaian kaedah fiqh dapat juga dilihat di dalam kes Noraini binti Mokhtar v

Abd. Halim bin Sama. Mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa harta itu
adalah harta sepencarian telah menggunapakai kaedah sebagai usaha bersama mereka selagi tiada bukti menunjukkan sebaliknya. Mengenai perbezaan hutang oleh pihak-pihak untuk memperoleh hak milik sebesar RM1000, hakim melihat ia harus ditanggung oleh pihak-pihak secara samarata dengan merujuk kepada kaedah ( ) yang bemaksud kerugian adalah

sebagai kembali untuk mendapatkan keuntungan.


ii) Mengenalpasti status individu Kaedah ini biasanya digunapakai oleh hakim menentukan status orang yang didakwa dalam kes jenayah iaitu kaedah yang bermaksud asalnya seseorang itu bebas daripada tanggungjawab. Oleh itu dapat dibuat anggapan bahawa seseorang itu bebas dan tidak dipertanggungjawabkan kecuali dibuktikan dia melakukan sesuatu perbuatan itu. Di dalam kes Pegawai Pendakwa MUIS v Adib Datuk Haji Said Besar Sigoh tertuduh telah didakwa melakukan zina tetapi dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana pihak pendakwa gagal buktikan kes tersebut. Mahkamah berpendapat iqrar yang telah dibuat orang yang disabit bersalah zina tidak boleh digunakan untuk menghukum pihak tertuduh kerana kaedah

Mahkamah juga menolak untuk menerima iqrar yang dibuat oleh tertuduh kerana dibuat diluar mahkamah. Selain itu di dalam kes Pendakwa Syarie v Jaiman Masta @ Mastah &

Jamidah Abdul Majid. Hakim bicara di dalam penghakimannya mengatakan


bahawa pihak pendakwa telah gagal buktikan melampaui keraguan yang munasabah yang mana keterangan saksi pendakwa tidak menyokong satu sama lain. Hakim berpendapat bahawa hukumannya tidak boleh berdasarkan sesuatu yang meragukan sebagaimana kaedah yang memberi gambaran

bahawa seseorang itu tidak bertanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan kecuali dibuktikan dengan jelas bahawa melakukan perbuatan itu. iii.Mempertimbangkan prosedur yang akan digunapakai Kaedah yang biasa digunapakai oleh mahkamah untuk pengecualian kepada prosedur yang biasa iaitu kaedah bermaksud kesukaran

membawa kemudahan. Sebagai contoh kes Haslinda binti Alias vs Johdi Matius Byrne @ Yahya bin Abdullah. Hakim bicara mengatakan bahawa undang-undang
tidak membenarkan semua kes didengar secara ex-parte tetapi ada pengecualian berdasarkan kaedah dan surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud "... Sesungguhnya Allah memberi kemudahan kepada kamu, Dia tidak

ingin melibatkan kamu dalam kesulitan ..." Hakim juga menyebutkan kaedah
bermaksud kemudaratan hendaklah dihilangkan. Konsep kaedah fiqh juga telah diterapkan dalam Enakmen Tatacara Mal Selangor 2003. Sebagai contoh di bawah seksyen 121 mahkamah boleh tolak dan membuang kes jika ketidakhadiran pihak-pihak dalam perbicaraan atau meneruskan kes tanpa kehadiran pihak yang satu lagi. Kaedah yang bersesuaian bagi peruntukan ini ialah kaedah

bermaksud tidak dapat disandarkan sesuatu perkataan kepada orang diam, namun berdiam ketika memerlukan keterangan adalah keterangan.
iv Mencegah kemudaratan dan kerosakan yg akan datang

Kaedah yang relevan adalah bermaksud tidak ada mudarat dan

tidak memudaratkan. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama bahagian


tidak memudaratkan ( ) menunjukkan bahawa semua jenis kemudaratan harus dihindari dan semua tindakan yang diperlukan harus diambil untuk mencegah kemudaratan. Sedangkan yang kedua tidak akan memudaratkan () menunjukkan bahawa tidak boleh menyebabkan kemudaratan yang lebih teruk. Konsep ini telah digunapakai di dalam hal perkahwinan dan perceraian seperti fasakh dan poligami. Dalam kes Ruzaini bin Hassan, hakim telah menolak permohonan plaintif untuk berpoligami. Hakim berpendapat, walaupun isteri pemohon telah bersetuju untuk pemohon bernikah seorang lagi, namun mahkamah harus mempertimbangkan dan melindungi kepentingan yang ada pada isteri dan anak-anak. Tidak diragukan bahawa ada kebaikan dalam poligami tetapi jika tidak diamalkan dengan baik harus dihindari berdasarkan kaedah bermaksud

menolak kerosakan lebih baik daripada mendapatkan manfaat. Hakim membuat


kesimpulan bahawa memiliki baki gaji dalam tangan RM291.90 pemohon tidak mampu untuk berpoligami walaupun pemohon mendakwa bahawa dia secara fizikalnya mampu bernikah seorang isteri lagi. Implikasi pemakaian kaedah fiqh Di antara implikasi-implikasi pemakaian kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut: 1) Menjadi sandaran hukum kepada hakim untuk membuat keputusan 2) Membantu hakim untuk mengenalpasti isu-isu yang dipertikaikan. 3) Membantu hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan dengan seadil-adilnya berdasarkan kaedah fiqh 4) Sebagai hujahan hakim kepada isu-isu yang tidak mempunyai sumber hukum yang jelas seperti tuntutan harta sepencarian. 5) Membantu hakim mengenalpasti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membuktikan sesuatu isu seperti kaedah

6) Memberi panduan kepada hakim-hakim untuk menggunapakai sumpah dalam prosiding di mahkamah syariah seperti kaedah 7) Menjadi prinsip-prinsip asas di dalam memutuskan sesuatu kes jenayah syariah iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya seperti kaedah Sumber: Ringkasan dari penulisan sahabat saya, NAM
Posted 21st June 2011 by Ibn-Mukhtar Labels: Law
0

Add a comment

Mengenai Saya

Arkib Blog

Label

Pengikut

Pautan

Subscribe

Loading

You might also like