You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

KALI PERTAMA 2012 Tarikh : 29 Disember 2011 Hari : Khamis Masa : 10.00 pagi Tempat: Bilik Gerakan SK Sungai Durian Kehadiran : 1. Pn. Nor Asiah Bt Hj. Ahmad 2. En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak 3. En. Azli Bin Abdul Kadir 4. En. Mohamad Munazir Bin Muhamad 5. En. Dawam Bin Arshad 6. En. Mohamad Khairuddin Bin Ahmad Shuhaili 7. En. Mohd Khairul sukri Bin Che Omar

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah. 1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat pada hari ini diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.

AGENDA 2 : UCAPAN PUAN PENASIHAT 2.1. Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan 100% UPSR 2011 dalam Bahasa Melayu Pemahaman dan 80 % dalam Bahasa Melayu Penulisan. 2.2. Penasihat berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran ini dan mengekalkan prestasi lulus tersebut. 2.3. Penasihat berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata putus yang sewajarnya.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KETIGA 2011 3.1. Pengerusi menjemput setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Cadangan Sokongan : En. Mohd Khairul Sukri Bin Che Omar : En. Mohamad Khairuddin Bin Ahmad Shuhaili

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT Tiada AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM 5.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2012, dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diteruskan ke tahun 2/2012. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua dokumen yang berkaitan dengan KSSR boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk. 5.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM, LINUS (Literasi), PKJR, elemen sastera dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya dan masih berjalan seperti biasa. 5.3. Guru-guru yang terlibat dengan KSSR perlu menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas berdasarkan modul KSSR yang telah dibekalkan. 5.4. Setiap guru yang mengajar tahun satu dan dua mesti menyediakan fail-fail yang berkaitan dengan KSSR dengan sempurna. Sekiranya masih ada bahan yang tidak mencukupi, mereka boleh mendapatkannya melalui perbincangan dalam mesyuarat panitia dan juga melalui laman web PPD dan BPK. 5.5. Rekod pencapaian murid hendaklah ditulis dan diletakkan didalam fail bagi memudahkan pengurusannya. 5.6. Setiap guru adalah bertanggungjawab memastikan perkara-perkara berhubung pelaksanaan ini dipatuhi.

AGENDA 6 : RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

6.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT), rancangan pelajaran harian (RPH) sukatan pelajaran (SP) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan dengan lengkap, difailkan dan mengikut format yang sedia ada. 6.2. Pengerusi memberitahu bahawa SP dan HSP boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov/bpk. 6.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat mungkin untuk pemantauan.

AGENDA 7 : FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR 7.1. Pengerusi menjelaskan bahawa Rekod Persediaan Mengajar (RPM) pada tahun ini disediakan dalam bentuk fail. Semua guru telah dibekalkan dengan fail dan beberapa isi kandung fail telah dikepilkan. 7.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan RPM sehari sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 7.3. Pengerusi menjelaskan bahawa penulisan RPM hendaklah ditulis dengan menggunakan format yang sedia ada. 7.4. Formatnya adalah seperti yang berikut : Kandungan Pembelajaran dan Pengajaran Impak

Mata Pelajaran Kelas Masa Bilangan murid

AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

8.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan pengurusan stok panitia. 8.2. Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan. 8.3. Semua urusan tempahan akan diuruskan oleh pihak pembantu tadbir.

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID 9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu. 9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada murid-murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR. 9.3. Pengerusi juga meminta semua guru memberi kekerapan latihan murid seperti yang berikut setiap minggu: Pemahaman (5 kali), penulisan (3 kali), tatabahasa (3 kali), PKJR (2 kali). Pengerusi juga menjelaskan lagi bahawa kekerapan latihan yang disenaraikan hanyalah cadangan dan kekerapan tersebut diserahkan kepada guru berkenaan.

AGENDA 10 : PEPERIKSAAN DALAMAN DAN AWAM 10.1. Pengerusi menjelaskan bahawa semua peperiksaan akan diuruskan oleh pihak Majlis Guru Besar (MGB) termasuk ujian bulanan. 10.2. Semua soalan dan skema jawapan akan disediakan oleh pihak MGB.

10.3. Pengerusi menjelaskan tempoh menanda kertas jawapan hanya dalam tempoh dua minggu selepas peperiksaan itu tamat. 10.4. Semua markah sebenar hendaklah dihantar kepada setiausaha peperiksaan untuk itndakan selanjutnya.

AGENDA 11 : KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 11.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) mengikut tahap murid.

11.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan untuk tujuan P&P. 11.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik minat murid. AGENDA 12 : HAL-HAL LAIN 12.1. Pengerusi memberitahu bahawa panitia bahasa Melayu telah mempunyai laman blognya sendiri iaitu http://pbmsksd.blogspot.com. 12.2. Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan sedikit sumbang saran untuk dimuatkan dalam laman blog tersebut. 12.3. Semua sumbang saran boleh diberikan kepada pengerusi sendiri untuk di muat naik dalam laman blog tersebut.

AGENDA 13 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa Melayu. 9.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Disemak oleh,

Disediakan oleh,

MOHD MUNAZIR BIN MOHAMAD Setiausaha

NOR ASIAH BINTI AHMAD Penasihat

You might also like