You are on page 1of 27

PERANAN TAMADUN MELAYU TERHADAP PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

PENGENALAN
Orang Melayu telah membina asas tradisi kebudayaan yang maju setanding dengan peradaban yang lahir di India, China, Mesir dan Mesopotamia. Bangsa Melayu terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang mendiami kepulauan Melayu dan bertutur bahasa Melayu serta kelompok-kelompok serumpun bahasa iaitu bangsa Melayu-Polinesia.

Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi Nusantara dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dengan sejarah. Berlaku perubahan akidah Melayu kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah Perubahan kepada hidup kerohanian dengan penerimaan hidup rohaniah Islam Perubahan pada nilai-nilainya dan peraturan-peraturan hidupnya.

Kata-kata terkenal Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, dan hukum bersendikan kitab. Maksub kitab ialah al-Quran dan Sunnah dan implikasi-implikasinya. Berlaku Islamisasi pada beberapa paras :
rohani intelektual kemasyarakatan tamadun dan budaya tanpa mengenepikan kewujudan unsur-unsur pinggiran yang tidak harmonis dengan faham alam ilmu dan nilai yang baharu

Islam telah memberikan impak bersar terhadap masyarakat Melayu dengan memberikan rupa bentuk sebagai Melayu baru yang bertamadun. Islam memberikan landasan terbaik bagi menyemai nilai-nilai luhur dan keutuhan dalaman tamadun Melayu. Portogis, Sepanyol dan Inggeris telah meranapkan sebahagian besar tamadun Islam yang bertapak di alam dan dalam minda Melayu.

Pembinaan tamadun Malaysia perlu didasarkan kepada tamadun Melayu. Peranan tamadun Melayu sebagai asas kepada pembentukan tamadun Malaysia sebenarnya secara tidak langsung mengiktiraf peranan Islam sebagai aset yang memainkan peranan untuk mentamadunkan masyarakat Melayu. Antara sebab tamadun Melayu perlu menjadi asas utama kepada pembinaan tamadun Malaysia ialah :

Melayu merupakan penduduk asal di Tanah Melayu sebelum kemasukan bangsa lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau Semenanjung Melayu. Perjuangan menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris dipelopori oleh pejuang yang terdiri dari bangsa Melayu. Ketuanan Melayu Islam diiktiraf oleh Perlembagaan.

Tamadun Melayu boleh berperanan sebagai asas kepada pembentukan tamadun Malaysia dalam beberapa aspek, seperti :
i. ii. iii. iv. v. Pembentukan pandangan semesta Malaysia Pembinaan jati diri insan Pembudayaan ilmu Pengukuhan bahasa Lain-lain peranan: misalnya berperanan sebagai penyedia sumber modal insan dan sumber budaya Melayu yang cukup kaya.

PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA


Kedatangan islam menjadikan pandangan sem est a M el a yu ber u bah dar i faha m an animisme kepada faham tawhid dan daripada u n d a n g - u n d a n g S h a r i a h . Pengaruh Islam memantapkan keseluruhan aspek pandangan semesta Melayu. Semua pandangan semesta Melayu bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis sehingga berupaya menyingkap secara jelas tentang konsep ketuhanan, manusia dan hakikat serta tujuan alam ini dicipta.

Aspek seperti :
Tuhan sebagai matlamat Manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya Alam sebagai medan dan alat

Dipermudahkan oleh Tuhan untuk manusia membina negara bangsa Malaysia yang maju selaras dengan wawasan 2020 hanya Boleh difahami apabila tamadun Melayu Berperanan pada tahap yang sepatutnya.

Peranan tamadun Melayu


Sebagai pemangkin kepada pembentukan pandang semesta Malaysia dengan berasaskan Islam Memberikan worldview Malaysia sebagai negara Islam.

Perubahan yang paling ketara daripada pandangan semesta sebelumnya ialah manusia sudah memahami bahawa hidup mereka tertumpu dan terarah serta berpaksikan kepada Tuhan.

Perubahan pandangan semesta ini mewujudkan sikap dinamisme yang mampu melahirkan satu sistem dan institusi kehidupan dalam kepelbagaian dimensi berteraskan kepada Islam. Amalan Islam hanya kepada akidah dan ibadat. Islam mengutamakan semua aspek kehidupan manusia sama ada dari segi akidah, akhlak, sosial, politik, kebudayaan, ekonomi, sistem pendidikan dan sebagainya.

Masyarakat Melayu mesti bergantung sepenuhnya kepada al-Quran dan al-Sunnah untuk memahami Islam. Masyarakat Melayu di Malaysia mesti melakukan perubahan yang menyeluruh berasaskan akidah tauhid yang pengabdiannya hanya semata-mata kerana Allah. Terbentuknya akidah tauhid dalam jiwa, maka nilai-nilai pemikiran dan budaya hidup jahiliyyah akan runtuh.

Agama adalah perantaraaan terpenting yang membentuk siatem nilai yang memberi kesan kepada sesebuah masyarakat di dunia. Agama merupakan komponen penting di bawah kebudayaan yang menentukan kejayaan atau keruntuhan sesebuah tamadun. Ciri umum kebudayaan ialah bersifat universal, dinamik, memberi kesan, berpandangan global, bersimbolik,mempunyai lambang dan slogan, boleh dikongsi, dipelajari, diwarisi dan diperbaiki.

Kebudayaan merangkumi unsur-unsur pemikiran, cara hidup, kerohanian, kejiwaan dan beberapa unsur yang abstrak yang menjadi asas pembentukan tamadun sesuatu bangsa.

PEMBUDAYAAN ILMU
Tamadun Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Islam telah mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu sehingga menganggapnya sebagai persoalan yang begitu penting.

Islam memperkenalkan metod ilmu yang berteraskan pendekatan ilmiah dan rasional. Ilmu dan pendidikan telah didemokrasikan untuk seluruh masyarakat, bukannya menjdai santapan golongan tertentu sahaja seperti kerap berlaku sebelum kedatangan Islam. Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menggambarkan hal ini dengan katanya :

Tuntunan budi dan akal mengenai hal-hal keagamaan dan kemurnian batin secar ilmu mengenainya tersebar luas mendalam laksana akar beringin merangkup bumi.
Islam membawa semangat nasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata.

Menurut Muhammad Uthman al-Muhammadi, Keilmuan rasional, intelek dan saintifik yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyuldan memuja sesuatu yang bersifat estetik ( penghargaan terhadap keindahan ), kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat.

Dengan kedatangan Islam, golongan ilmuan dan berpendidikan mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat. Golongan ilmuan dan berpendidikan menjadi rujukan sultan dan pihak pentadbir, menggantikan golongan pawang dan bomoh. Berlakunya proses pengantarabangsaan Alam Melayu yang menjadikannya pusat pertemuan sarjana antarabangsa dari pelosok dunia. Alam Melayu telah memecahkan dirinya dari kepompong tempatan ke dunia antarabangsa yang luas.

Kedatangan Islam telah mencetuskan revolusi keilmuan di Alam Melayu. Pendidikan al-Quran telah dianggap penting oleh masyarakat Melayu. Lulusan sekolah pondok boleh menyambung pendidikan mereka hingga ke Timur Tengah. Status mereka yang mendapat pendidikan agama yang bergelar lebai pondok adalah tinggi dalam masyarakat. Mereka menjadi contoh teladanb dan roll model yang baik.

Kedatangan Islam membawa kepada penubuhan beberapa institusi pendidikan. Istana, masjid, madrasah dan pondok digunakan sebgai beribadat dan tempat pertemuan sosial. Masjid menjadi tempat menimba ilmu, dewan permesyuarat dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah sama ada dalam urusan agama atau menyelesaikan urusan kemasyarakatan yang dihadapi.

Istana sebagai pusat perkembangan keilmuan kepada anak-anak raja dan dan golongan pemerintah. Institusi madrasah dan pondok sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan di Alam Melayu. Sistem pendidikan Islam mengintegrasikan keperluan hidup dunia dan akhirat sangat relevan dengan keperluan manusia. Pengetahuan adalah kuasa, budaya membaca, mencintai ilmu pengetahuan dan cara berfikir yang kritis mesti diwujudkan.

Menurut Prof.Muhammad Kamal, pembinaan intelektualisma dalam Islam adalah bersifat intergrated dan sepanjang hayat. Sifat intergrated bermaksud akidah Islam menjadi pusat yang menentukan orientasi, metodologi dan matlamat ilmu-ilmu lain. Islam meletakkan pentarafan ilmu yang bersifat fardu ain dan fardu kifayah. Para cendekiawan yang beragama Islam perlu melihat disiplin masing-masing dengan pandangan yang lebih kritis dengan menolak nilai-nilai sekular dan menggantikannya dengan perspektif Islam.

Penggunaan perspektif atau paradigma Islam dalam bidang ilmu pengetahuan tidak bererti menolak semua yang datang daripada luar peradaban Islam. Pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat Melayu menjadi unsur yang sangat penting dan proses itu perlu bertepatan dengan konsep ilmu dan keperluannya dalam pembinaan tamadun Malaysia.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menggariskan beberapa panduan ke arah merealisasikan matlamat tersebut antaranya :
Memahami maksud budaya ilmu iaitu kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Mengiktirafkan pemutusan dan perlaksanaan yang dilakukan melalui pengkajian atau syura terhadap segala tindakan manusia sama ada di tahap individu mahupun masyarakat.

Memiliki sikap pementingan oleh anggota masyakrakat kepada hal-hal ilmu, menghormati dan mengiktiraf individu atau institusi keilmuan di samping menolak sesuatu keputusan atau tindakan yang bersifat jahil, tidak berasaskan ilmu dan kebenaran. Fenomena yang berlaku dalam masyarakat lebih menjurus ke arah budaya hedonistik yang melalaikan dan bukannya mencerminkan budaya keilmuan dalam masyarakat. Andaikata budaya tidak sihat ini berterusan, pembentukan tamadun Malaysia yang diimpikan akan lambat dan terencat.

You might also like