You are on page 1of 2

Di negeri Beringin Rendang terdapat seorang lelaki duda bernama Pa' Belalang bersama anak lelakinya, Blalang.

Pa' Belalang ini pemalas orangnya. Dia asyik tidur saja di pondok buruknya. Kalaulah tidak ada Blalang yang membanting tulang mencari rezeki, tak tahu apalah akan jadi kepada Pa' Blalang. Blalang bekerja mengambil upah mencuci periuk belanga, mengambil air, membelah kayu, membasuh perahu, memanjat dan mengambil buah kelapa dan bermacam-macam lagi. Pa' Blalang seperti biasa asyik membuta (tidur) saja di pondok usangnya. Suatu hari sewaktu pulang selepas bekerja, Blalang terserempak dengan dua penyamun (Nyawa dan Badan) yang sedang membawa dua ekor lembu dan dua ekor kambing yang baru mereka curi. Semasa mereka sedang membahagi-bahagikan binatang tersebut Blalang menyamar sebagai anak jin yang mahukan darah manusia yang mana menyebabkan mereka itu lari lintang pukang dan meninggalkan hasil yang mereka rompak itu. Blalang membawa lembu dan kambing pulang ke rumah, tetapi kerana kejujurannya Pa' Blalang menyuruh Blalang memulangkan kepada tuan yang empunya. Oleh kerana mereka tidak tahu siapa tuan yang punya, Blalang mencadangkan Pa' Blalang jadi ahli nujum. Kalau ada sesiapa datang ke rumah Tok Penghulu mengadu binatang ternakan mereka hilang bolehlah Blalang mencadangkan supaya berjumpa dengan Pa' Blalang dan katakana yang lembu dan kambing itu ada di tempat yang akan disembunyikan Blalang. Ini telah dipersetujui Pa' Blalang walaupun dengan perasaan berat hati. Dan bila Buntal dan Jambul mengadu kepada Tok Penghulu tentang kehilangan binatang ternakan mereka, Blalang yang berada di situ mencadangkan berjumpa dengan Pa' Blalang yang kononnya seorang ahli nujum yang boleh menilik di mana adanya lembu dan kambing yang hilang itu. Tok Penghulu termakan dengan kata-kata Blalang dan dia bersama Buntal dan Jambul serta beberapa orang kampung pergi ke pondok buruk Pa' Blalang. Dan atas panduan Blalang, lembu dan kambing ditemui semula dan diserahkan semula pada Buntal dan Jambul. Setelah gagal memperolehi lembu dan kambing, Badan dan Nyawa pergi pula merompak di istana Sultan dengan menggunakan pukau. Sultan begitu murka dengan kehilangan mahkota kebesarannya, kalong pusaka anakandanya dan hartanya. Sultan membuat tawaran sesiapa saja yang mendapatkan semula barang yang di rompak itu Baginda akan memberi kurnia. Apabila saja pemberitahuan tersebut sampai ke pengetahuan Tok Penghulu Hujung Jambatan, dia pun pergi menemui Pa' Blalang dan terus membawanya ke istana untuk membuat tilikan dan ramalan. Di istana Pa' Blalang mahu menyatakan keadaan dirinya yang sebenar tetapi Tok Penghulu yang terlebih-lebih dan memandai-mandai. Oleh yang demikian Pa' Blalang meminta tempoh tujuh hari bagi mendapatkan semula harta Baginda yang dicuri itu. Sebenarnya dia mahu melarikan diri tetapi Blalang mencadangkan supaya bersembunyi di gua Bukit Tunggal. Kebetulan pula, di dalam gua tersebut dua perompak (Badan dan Nyawa) sedang membahagi-bahagikan harta Sultan yang mereka rompak. Sedang Pa' Blalang merintih-rintih tentang nasib malangnya yang ada menyebut badan dan nyawa, Badan dan Nyawa pun ketakutan. Apabila Pa' Blalang menyatakan yang dirinya akan di pancung Sultan, dua perompak itu bertambah takut lalu bersuara meminta ampun yang mana ini diambil kesempatan oleh Pa' Blalang untuk menyamar dan menyuruh mereka lari dengan menyatakan Sultan akan mengampunkan mereka. Tidak membuang masa Badan dan

Nyawa pun cabut lari. Kemudian, Pa' Blalang pun pergi menemui Sultan bagi meneruskan tilikannya sebagai ahli nujum. Bila semua harta Sultan yang hilang itu ditemui kembali termasuk mahkota kebesaran, Pa' Blalang telah dilantik Sultan Shahrul Nizam sebagai Ahli Nujum Negara. Dengan itu, kehidupan Pa' Blalang dan Blalang pun berubah. Mereka hidup mewah. Rumah yang dulu usang dan buruk kini bertukar menjadi cantik dan kemas. Tuan Puteri Si Bujur Sireh dalam diam-diam telah jatuh hati dengan Pa' Blalang, dan dalam usaha untuk bertemu dengan Pa' Blalang Tuan Puteri berpura-pura jatuh gering (sakit). Ketika Pa' Blalang datang merawat, Puteri Si Bujur Sireh memberitahu dirinya bukan sakit tetapi ingin menemui Pa' Blalang. Tuan Puteri juga menyatakan yang dia tidak dapat melupakan wajah Pa' Blalang yang mana telah disambut oleh Pa' Blalang yang dia pun telah jatuh hati dengan Tuan Puteri. Puteri Si Bujur Sireh meminta Pa' Blalang mengambilnya sebagai isteri. Setelah masalah Puteri Si Bujur Sireh selesai timbul pula masalah baru apabila musuh Sultan (Sultan Masai) datang ke Beringin Rendang. Walaupun bermusuh, Sultan Masai telah disambut dengan penuh hormat oleh Sultan Shahrul Nizam kerana kedatangan mereka bertujuan baik. Dalam pertemuan dengan Sultan Beringin Rendang itu, Sultan Masai (ingin menakluki Negeri Beringin Rendang secara halus, secara berperang tidak mampu di samping mahu menguji sejauh mana kemampuan Ahli Nujum Negara) mengusulkan diadakan ujian kepandaian antara Pa' Blalang dengan Ahli Nujumnya sendiri. Sultan bersetuju walaupun Negara Beringin Rendang menjadi taruhannya. Sesiapa kalah Negara yang kalah menjadi milik yang menang. Perjanjian pun dibuat dan empat soalan dikemukakan oleh Ahli Nujum Sultan Masai kepada Pa' Blalang untuk menghuraikan dan keempat-empat soalan itu (termasuk satu soalan tambahan) dapat dijawab dengan sempurna atas pertolongan Blalang serta secara kebetulan. Dengan itu sahlah Negara Masai menjadi hak milik Sultan Shahrul Nizam. Badan dan Nyawa buat hal lagi dengan datang menemui Baginda Masai untuk membantu mendapatkan semula Negara Masai. Mula-mula kedua mereka mengajak Baginda Masai serta pengikut-pengikutnya ke gua Bukit Tunggal dan kemudian menggunakan ilmu pukau mereka masuk ke istana Sultan Shahrul Nizam lalu menculik Puteri Si Bujur Sireh untuk dijadikan tebusan. Pa' Blalang dititahkan Sultan mengembalikan semula puteri Baginda dengan selamat. Apabila diketahui di mana tempatnya, Pa' Blalang, Sultan Permaisuri, Datuk Perdana Menteri beserta askar-askar Baginda pergi ke gua Bukit Tunggal. Setelah berlaku pertarungan akhirnya Baginda Masai dan pengikut-pengikutnya ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup. Badan dan Nyawa pula dihukum kepala mereka di pancung. Pa' Blalang dan Puteri Si Bujur Sireh pula kata Sultan terpaksa dihukum juga kerana bermesra-mesra. Kata Baginda:'Cukup bulan, kahwin'.

You might also like