You are on page 1of 74

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

i. SEKAPUR SIREH -i ii. SEULAS PINANG GURU PENYELARAS BESTARI - ii 1. PENDAHULUAN -1 2. LATAR BELAKANG -2 3. SEJARAH PENUBUHAN MAKMAL KOMPUTER SKBP -3 4. VISI -4 5. MISI -5 6. MOTTO -6 7. OBJEKTIF -7 8. MATLAMAT -8 9. PIAGAM PELANGAN -9 10.PERKHIDMATAN MAKMAL KOMPUTER - 10 11.STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH - 11 12.CARTA ORGANISASI ICT - 12 13.JAWATANKUASA KERJA BESTARI - 13 14.GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER - 14 15.PERATURAN MAKMAL KOMPUTER - 15 15.1 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER - 15 15.2 KESELAMATAN PENGGUNA DI MAKMAL KOMPUTER - 16 15.3 KESELAMATAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER - 17 15.3.1 ASPEK KESELAMATAN KOMPUTER - 18 15.4 KESELAMATAN PERKAKASAN DI MAKMAL KOMPUTER - 19 15.5 KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER - 20 15.6 KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER - 21 15.7 LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL (UMUM) - 22 15.8 LANGKAH KEELAMATAN FIZIKAL (BILIK SERVER0 - 23 15.9 LANGKAH KESELAMATAN TAMBAHAN - 24 16.ETIKA PENGGUNAAN INTERNET - 25 17.PENGURUSAN STOK INVENTORI,PERALATAN DAN PERISIAN KOMPUTER - 26 18.INVENTORI PERALATAN ICT MAKMAL KOMPUTER - 27 19.SENARAI HARTA MODAL PERALATAN ICT - 28 20.PELAN KECEMASAN MKAMAL KOMPUTER - 29 21.PELAN SUSUNATUR MAKMAL KOMPUTER - 30 22.BIDANG TUGAS ICT SKBP - 31-38 23.PERANCANGAN ICT SEKOLAH - 39 23.1 PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG - 39-40 23.2 PERANCANGAN ICT JANGKA PENDEK - 41 23.2.1 JADUAL ICTL - 42 24.CADANGAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ICT BAGI TAHUN 2011 - 43-46 25.BRIDGED SIBER SKBP - 47 25.1 GAMBAR BRIDGED SIBER 2011 - 48 26.PANORAMA MAKMAL KOMPUTER SKBP - 49 27.LABEL-LABEL - 50-54 28.PENUTUP - 55 29.LAMPIRAN 1) SENARAI HARTA MODAL ICT 2)PELAN KEBAKARAN MAKMAL KOMPUTER BAWAH 3)PELAN KEBAKARAN MAKMAL KOMPUTER ATAS 4)PELAN SUSUNATUR PERALATAN MAKMAL KOMPUTER BAWAH 5)PELAN SUSUNATUR PERALATAN MAKMAL KOMPUTER ATAS SENARAI KOMPUTER RIBA PPSMI SENARAI BARANG ICT YANG DITERIMA SENARAI CD REKOD BUKU PELAWAT REKOD BUKU ADUAN PELANGGAN REKOD STOK BAHAN (ICT) REKOD PENGGUNAAN GURU DI MAKMAL KOMPUTER REKOD PENGGUNAAN PELAJAR DI MAKMAL KOMPUTER BORANG PINJAMAN DAN PENGHANTARAN PERALATAN ICT CONTOH-CONTOH BORANG ICT

SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR 16320 TAWANG KELANTAN


SEKAPUR SIREH
Keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan elemen yang penting dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Ini merupakan satu cabaran bagi sistem pendidikan ke arah menghasilkan generasi yang celik ICT. Cabaran perlu ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan. Syabas diucapkan kepada Penyelaras Makmal Komputer kerana mampu menghasilkan Buku Pengurusan Makmal Komputer untuk dijadikan panduan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Beris Panchor demi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komputer di dalam kehidupan seharian. Semoga dengan terhasilnya Buku Pengurusan Makmal Komputer, dapat membuktikan bahawa SKBP dan warganya telah bersedia untuk menghadapi cabaran perubahan ke arah menjadikan SKBP sebagai sebuah Sekolah Bestari demi kepentingan generasi sekarang dan akan datang.

(En. Hamzah bin Hassan) Guru Besar SK Beris Panchor,Bachok.

i i

SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR 16320 TAWANG KELANTAN


SEULAS PINANG PENYELARAS BESTARI
Negara kita sedang pesat membangun dan memberi tumpuan khusus kepada aspek pendidikan berasaskan ICT untuk melahirkan rakyat celik komputer yang menguasai teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) dan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain dalam soal menguasai ilmu dan maklumat. Oleh itu, prasarana ICT yang serba lengkap dan canggih dibekalkan ke sekolah haruslah dimanafaatkan semaksimum mungkin oleh semua warga sekolah demi mencapai matlamat mencerdikkan sekolah dengan peralatan dan pendedahan ICT kepada pelajar. Program Pembudayaan ICT oleh Kementerian Pelajaran harus mendapat sokongan semua pihak. Setinggi-tinggi pujian dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, Buku Pengurusan Makmal Komputer dapat disiapkan. Teruma kasih kerana diberi peluang untuk memuatkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat sehingga berjaya menghasilkan dokumen penting ini. Kitalah pencorak generasi yang akan datang .. (En.Muhamad Ropi b. Awang) Penyelaras ICT Sekolah, SK Beris Panchor, Bachok

ii

PENDAHULUAN

ICT adalah sistem yang membolehkan pengumpulan , pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk : * meningkatkan pembangunan infrastuktur ICT. * memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT. * memperluas kurikulum berasaskan ICT. * meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT. * menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P. * meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pelajar, dan personel KPM. * meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan. * meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT. * meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT. * meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

LATAR BELAKANG

Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia maju ke hadapan dalam bidang Teknologi Maklumat. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelajar-pelajar harus didedahkan dengan kemahiran Teknologi Maklumat Bersesuaian dengan hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang untuk menyediakan Makmal Komputer di Sekolah Rendah dan Menengah di seluruh negara. Bagi projek Fasa 2 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melantik MIMOS Smart Computing Sdn. Bhd. Untuk melaksanakan Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeraan di Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia Fasa 2 Dengan adanya makmal komputer tersebut, ia akan dapat digunakan sepenuhnya oleh guru serta murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah sebagai pusat penyebaran atau gedung teknologi dan maklumat serta secara tidak langsung dapat mengubah cara pembelajaran dan menambah pengetahuan murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah.

SEJARAH PENUBUHAN MAKMAL KOMPUTER SKBP

Matlamat dan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi celik komputer dapat direalisasikan dengan terbinanya Makmal Komputer di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di bawah Projek Makmal Komputer Fasa 2. Pembinaan Makmal Komputer bermula pada bulan September 2004 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Disember 2004. Awal Januari 2005, merupakan detik bersejarah di mana makmal komputer telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Dengan terbinanya Makmal Komputer di SKBP ini merupakan simbol kesedaran warga SKBP untuk menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan dan kemajuan SKBP dan masyarakat sekitarnya. Semoga dengan kehadiran Makmal Komputer yang tersergam gagah di tengah-tengah warga SKBP dapat dijadikan tunjang kekuatan ke arah mewujudkan masyarakat bestari di alam siber agar setanding dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain.

Ke arah generasi celik komputer

VISI

MEMBUDAYAKAN ICT SECARA MENYELURUH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MISI

MEMBERI PENGETAHUAN SERTA MENJADIKAN ICT SEBAGAI BUDAYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID

MOTTO

MEMARTABATKAN ICT DALAM PERKEMBANGAN ARUS PENDIDIKAN

OBJEKTIF

1. 2.

Memastikan penggunaan ICT yang maksimum dalam aktiviti P & P berjalan dengan lancar. Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan sistem internet serta rangkaian setempat (LAN) dalam keadaan yang stabil. Mewujudkan suasana yang kondusif dalam aktiviti P & P yang berasaskan ICT.

3.

MATLAMAT

MENJADIKAN SEMUA WARGA SKBP CELIK ICT SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MASA KINI

PIAGAM PELANGGAN

Maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan pencapaian kecemerlangan pendidikan dengan memberi kemudahan untuk perkembangan dan penyuburan potensi ke tahap yang optimum dalam bidang kurikulum , kokurikulum, displin dan sahsiah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta Wawasan 2020 melalui :Menyediakan kemudahan ICT kepada setiap murid-murid dan guru-guru. Memastikan setiap peralatan ICT dalam keadaan baik dan dapat digunakan ketika diperlukan. Menyediakan khidmat latihan dan tunjuk ajar mengenai ICT kepada semua guru,murid dan kakitangan. Sebagai pusat pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru. Pusat Portal Maklumat bagi semua guru dan murid.

10

PERKHIDMATAN MAKMAL KOMPUTER

Perkhidmatannya adalah secara menyeluruh dengan melibatkan penyertaan seluruh organisasi sekolah dengan semangat kekitaan dan rasa keupayaan yang kental dan mendalam. Di samping itu juga, ia dapat menerapkan dan membekalkan seberapa banyak ilmu dan sumber-sumber lain kepada warga sekolah ini.

10

11

STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH

GURU BESAR EN.HAMZAH B. HASSAN

PK HEM PN. HJH.SITI AESAH BT. MUDA

PK PENTADIRAN PN. HJH. ROHANI BT. ABDULLAH

PK KO-KURIKULUM PN. HJH. NORMADIAH BT. CHE NOH

11

12

CARTA ORGANISASI ICT

GURU BESAR EN.HAMZAH B. HASSAN

PK PENTADIRAN PN. HJH. ROHANI BT. ABDULLAH

PENYELARAS PUSAT AKSES PN. SURAYA BT.OMAR

PENYELARAS BESTARI EN.MUHAMAD ROPI B. AWANG

PENYELARAS PPSMI PN. NORIZAN BT. HUSSI N

GURU PEPERIKSAAN EN.ABU HASAN B. YUSOF

JURUTEKNIK KOMPUTER CIK NOORHAZIANA BT. M. SOHAMI

GURU DATA EMIS EN.ZAKUAN B. MOHD. SALLEH

GURU DATA EMIS EN.KHAZIMAN B.OTHMAN

12

13

JAWATANKUASA KERJA BESTARI

PENGERUSI EN.MUHAMAD ROPI B. AWANG

TIMBALAN PENGERUSI (PAGI) EN.KHAZIMAN B.OTHMAN

TIMBALAN PENGERUSI (PETANG) EN.MALIKI B. MUHAMMAD

PENYELARAS PUSAT AKSES PN. SURAYA BT.OMAR

AHLI JAWATANKUASA EN.ZAKUAN B. MOHD. SALLEH

AHLI JAWATANKUASA EN.ZULKIFLI B. MOHAMAD

AHLI JAWATANKUASA PN. NORIZAN BT. HUSSI N

AHLI JAWATANKUASA
PN.NOORHIDAYAH BT. ABD.GHANI

AHLI JAWATANKUASA CIK NOORHAZIANA BT. M. SOHAMI

13

14

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER


Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus adiberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

14

15

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER 15.1 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER


Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer. Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurausenda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer. Pengguna komputer dilarang membuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer. Pengguna dilarang membawa masuk sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru bertugas. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

15

15.2 KESELAMATAN PENGGUNA DI MAKMAL KOMPUTER

Meja komputer disusun dengan baik,pastikan unit sistem diletak disemua tempat yang sesuai dan mempunyai ruang mencukupi bagi semua alat peranti. Duduk dalam keadaan selesa,kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hinder dari sakit pinggang. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan dibelakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh dari laluan pengguna Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna. Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 50 ke 60cm jauh dari mata. Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkuk, sakit tulang belakang, dan keletihan pada kedua-dua belah tangan. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas. Jika perlu buka casing komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan unit sistem di shutdown dahulu,matikan kuasa elektrik dan tanggalkan plug. Semasa menbuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang. Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah, tukar mana-mana kabel yang rosak.

16

15.3 KESELAMATAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER


Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak melebihi 40oc. Penggunaan pendingin hawa adalah digalakkan. Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension. Jika perlu memindahkan komputer,elakkan dari terhantu,tergegar dengan kuat atau terjatuh. Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa casing. Gunakan peralatan can-air untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian dalam unit sistem. Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer. Shut Down unit sistem dahulu sebelum menyambung sebarang peranti ke komputer. Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah kepada habuk. Penyambungan kabel-kebel ke unit sistem perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah atau termasuk ke dalam

17

15..3.1 ASPEK KESELAMATAN KOMPUTER

CARA-CARA MENJAGA CAKERA LIUT. Jangan letakkan sebarang alatan atau bahan berat di atas cakera liut. Jangan mendedahkan cakera liut kepada haba yang sangat panas, pancaran cahaya matahari, yang kuat dan air. Jangan letakkan cakera liut berdekatan dengan alatan bermagnet seperti pembesar suara,telefon,headsets dan monitor. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan cakera. Simpanlah cakera liut di dalam bekas yang selamat. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu mengikut arahan yang betul. Semasa lampu cakera liut sedang menyala,jangan keluarkan cakera liut tersebut. CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT. Jangan mendedahkan cakera padat kepada pancaran cahaya matahari yang kuat atau haba yang sangat panas. Jangaan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di atas permukaan cakera padat. Gunakan alat tulis seperti pen penanda. Jangan simpan cakera padat secara tindih-menindih. Gunakan teknik yang betul ketika memegang cakera padat. Jika tidak digunakan,simpan cakera padat ke dalam jewel boxnya. ASPEK KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER. Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru penyelaras makmal komputer dan komputer berkenaan dilabelkan dengan maklumat kerosakan. Jangan menyalin perisian dari luar ke dalamcakera keras komputer tanpa kebenaran. Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam makmal tanpa kebenaran. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera keras. Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera keras,imbas dan nyahkannya. Lakukan aktiviti scandisk dan defragmenter untuk cakera keras denagn kekerapan sekali dalam sebulan.

18

15.4 KESELAMATAN PERKAKASAN DI MAKMAL KOMPUTER

Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran. Jika terdengar bunyi yang ganjil atay tehidu sesuatu yang terbakar,kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung dengan komputer itu. Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya. Imbas cakera liut / Usb Flash Drive sebelum digunakan untuk mengelakkan dari berlaku sebarang virus kepada failfail dalam komputer. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang bendasing,habuk dan kekotoran. Matikan suis pencetak selepas digunakan. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang perkakasan kepada guru penyelaras makmal komputer. Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan ditingkap untuk mengelakkan kecurian. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu dipasang untuk mengesan kejadian kebakaran sekiranya berlaku. Tindakan pantas perlu diambil dengan menghubungi pihak bekuasa sekiranya sistem penggera berbunyi. Pamacu cakera liut perlu diselenggara secara berkala supaya ianya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

19

15.5 KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER

Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru penyelaras makmal dan komputer berkenaan dilabelkan dengan maklumat kerosakan. Jangan menyalin perisian dari luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran. Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam makmal komputer tanpa kebenaran. Kemaskini perisian anti-virus dari semasa ke semasa. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera keras. Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera keras,imbas dan nyahkannya. Lakukan aktiviti scandisk dan defrag untuk cakera keras dengan kekerapan sekali dalam sebulan.

20

15.6 KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER


19.6.1 PERALATAN a) Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyediaan penyelaras ICT. Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers,perisian utility untuk mengelakkan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang. Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu. Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku. Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakkan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian. Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakkan terlampau panas.

b)

c) d) e)

f)

21

15.7 LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL (UMUM)


Kunci :
a) b) c) Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas. Kunci disimpan oleh Guru Besar,Penyelaras ICT dan Penyelaras Makmal Komputer sahaja. Buku log untuk rekodkan penggunaan kunci.

Akses Pelawat :
a) b) Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan. Penyelaras Makmal/ICTmesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik bawah kawalan beliau.

Eletrik :
a) b) c) Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bangunan perlindungan pengalir kilat. Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply. Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.

Label :
a) Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.

Pencegahan kebakaran :
a) Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis gas CO2. Sistem pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

b)

22

15.8 LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL ( Bilik Server)

BILIK Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci. KUNCI Buku log untuk rekodkan penggunaan kunci. AKSES PELAWAT a) Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik pelayan. b) Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Maklumat yang perlu dicatat termasuklah tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan, lawatan, masa masuk dan masa keluar. c) Penyelaras Makmal/ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik pelayan setiap masa. ELETRIK a) Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterrrupted Power Supply. b) Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa dingin. ALAT PENGHAWA DINGIN a) Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua unit alat penghawa dingin yang berfungsi berterusan secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.

23

15.9 LANGKAH KESELAMATAN TAMBAHAN

AKSES Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki MakmaL Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa. ELETRIK Pastikan semua punca kuasa eletrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan Makmal Komputer.

ALAT PENGHAWA DINGIN Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.

24

16

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk : 1.Menyalur sebarang bahan haram,lucah, mengancam,menekan, mengugut,menghina,memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat malaysia atau luar negara. 2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undangundang Malaysia dan antarabangsa. 3.Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu,organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. 4.menggalak,membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Negara. 5.Emel-Melakukan aktiviti haram seperti mengambil,menyimpan dan mengedar harta intelek,paten,rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya,atau bahan yang salah di sisi undangundang negara dan antarabangsa. 6.Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. 7.Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang,kontrak atau pemohonan atas talian,temasuk memalsukan nombor kad kredit. 8. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

25

17

PENGURUSAN STOK,INVENTORI PERALATAN DAN PERISIAN KOMPUTER

PENGURUSAN STOK,INVENTORI PERALATAN DAN PERISIAN KOMPUTER.


Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan di kebanyakkan makmal komputer sekolah tidak lengkap dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini, penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan, dan mengemaskini untuk memudahkan pentadbiran makmal komputer.

BUKU STOK Buku stok makmal komputer disediakan dalam 3 jenis.

STOK BEKALAN PEJABAT-untuk merekodkan peralatan dan bahan yang luak serta nilai harganya adalah rendah. STOK INVENTORI-untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya kurang dari RM 500.00 STOK HARTA MODAL-untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang berharga RM500.00 dan ke atas. Penyemakan buku stok hendaklah dilakukan sekurangkurangnya sekali setahun.Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stok) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Penggunaan komputer dalam pengurusan stok adalah digalakkan.

26

18

INVENTORI PERALATAN ICT MAKMAL KOMPUTER

BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

PERALATAN
PELAYAN KOMPUTER PELAJAR KOMPUTER GURU PENCETAL LASER BERWARNA PENGIMBAS BERWARNA PROJEKTOR LCD SKRIN SUIS HUB PENGATUR VOLTAN (AVR) PEMBEKAL TENAGA BERTERUSAN (UPS) RAK PELAYAN MEJA PELAJAR MEJA GURU MEJA PENYELARAS MEJA PENCETAK TROLI LCD PROJEKTOR KERUSI PELAJAR KERUSI GURU KERUSI PENYELARAS ALMARI BESI PETI BESI RAK PELAJAR RAK CD PAPAN KENYATAN PAPAN PUTIH MAGNETIK PENGHAWA DINGIN KIPAS SPEAKER ALARM PEMADAM API

KUANTITI
1 40 2 2 2 2 2 2 42 1 2 40 2 1 2 2 80 2 1 2 1 7 3 3 2 9 2 8 2 3

27

19

SENARAI HARTA MODAL PERALATAN ICT

SILA RUJUK LAMPIRAN 1

28

20

PELAN KEBAKARAN MAKMAL KOMPUTER

SILA RUJUK LAMPIRAN 2 & 3

29

21

PELAN SUSUN ATUR MAKMAL KOMPUTER

SILA RUJUK LAMPIRAN 4 & 5

30

22

BIDANG TUGAS ICT SEK. KEB.BERIS PANCHOR

SENARAI TUGAS GURU BESAR


Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah. Mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri/Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan dan bekalan. Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah. Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan Penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar. Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh semua pihak. Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahannya dan pelajar. Memastikan keselamatan kawasan sekolah.

TUGAS PK PENTADBIRAN
Membantu Pengerusi ICT dalam menjalankan tugas.

31

TUGAS PENYELARAS ICT/BESTARI

PENGURUS IT Memastikan kemudahan Infastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi. Memyedia inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan. Mengurus dan menyenggara kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan. Mengurus akaun pengguna dan e-mail. Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi ditempatkan. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi. Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka mereka sewaktu menggunakannya. Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah berkaitan perkakasan,Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut. Merancang pembelian bahan habis guna (consumables). PAKAR RUJUK IT Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) It sekolah. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus/seminar/bengkel dan sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan system aplikasi SSMS dan TLM. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM. Memberi latihan secara inhouse kepada masyarakat sekolah. Meningkatkan budaya IT sekolah.

32

TUGAS PENYELARAS ICT/BESTARI

KESELAMATAN
Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer. Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja. Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik. Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenalpasti. Memastikan komputer bebas daripada virus. Membuat backup dan replikasi.

WEBMASTER
Membina laman web sekolah. Memastikan kandungannya betul dan terkini.

LAPORAN
Menyediakan laporan aktiviti Sekolah Bestari. Mendokumentasikan laporan/surat/dokumen yang berkaitan.

TUGAS-TUGAS LAIN
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan Sekolah dari semasa ke semasa.

33

TUGAS JURUAUDIT

JURU AUDIT Menyemak dan memastikan laporan kewangan jawatankuasa ICT sekolah mempunyai kebolehpercayaan yang sewajarnya. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagai juruaudit jawatankuasa sekolah. Mempunyai hak kebebasan dan budi bicara profesional dalam membuat keputusan penyemakan laporan kewangan ICT sekolah.

TUGAS PENGURUS MAKMAL

PENGURUS MAKMAL Mengurus makmal. Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal. Mengurus stok dan inventori makmal di bawah tanggungjawabnya. Membantu Penyelaras Makmal dalam merancang reka bentuk makmal. Membantu Penyelaras Makmal dalam membuat jadual penggunaan makmal harian. Mambantu Penyelaras Makmal dalam merangka peraturan makmal. Melapor dengan segera jika terdapat kerosakan alatalat IT dan bukan IT kepada Pengetua/Penyelaras IT sekolah.

34

TUGAS PEMBANTU MAKMAL

Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal dalam waktu pejabat. Menyimpan fail surat-menyuart dan pekeliling. Menyimpan inventori stok dan dokumentasi peralatan makmal komputer.(Kew 312,Kew 313,Kew 314.Kew 315) Membantu Penyelaras IT/Pengurus Makmal menguruskan pergerakan peralatan makmal komputer. Mamantau aktiviti pelajar semasa ketiadaan guru. Membuka dan menutup pintu makmal komputer pada waktu yang ditetapkan ataupun berada dalam keadaan tertentu. Menghidupkan komputer pelayan (server) dan mematika semua komputer pada waktu yang ditetapkan. Menghidupkan / memastikan suis utama letrik pada waktu yang ditetapkan. Menyemak dan memastikan buku log penggunaan komputer dilengkapi oleh pengguna setiap hari. Memastikan tiada peralatan makmal dibawa keluar tanpa kebenaran Pengetua / Penyelaras Makmal. Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelaras IT / Pengurus Makmal. Membantu Penyelaras IT / Pengurus Makmal menyelenggara perkakasan komputer. Menguatkuasakan peraturan makmal yang disediakan oleh Penyelaars IT / Penyelaras Makmal. Melaksanakan arahan-arahan lain yang diberi oleh Pengetua/Penyelaras IT dari semasa ke semasa.

35

TUGAS JURULATIH TMK

JURULATIH TMK (P & P) Melaksanakan kursus TMK (P & P) untuk guru-guru seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan. Membantu Penyelaras IT sekolah merancang dan melaksanakan kursus-kursus Literasi Komputer yang sesuai untuk guru-guru / staf sokongan dan pelajar-pelajar.

GURU DATA & MAKLUMAT (EMIS)


Melengkapkan data dan maklumat staf seperi yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan / Kementerian Pelajaran Malaysia. Memberikan maklumat yang diperlukan oleh Penyelaras IT daalm melengkapkan Pangkalan Data Sekolah / ICT sekolah. Membuat laporan Pelaksanaan Aktiviti-Akttiviti sekolah jika diperlukan oleh Unit Maklumat, Jabatan Pendidikan Kelantan

TUGAS KETUA BIDANG & PANITIA


Mengerakkan pemikiran guru-guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT. Menagtur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT. Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Power Point. Memberi cadangan / pandangan kepada JK ICT untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam P & P

36

TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER


1. Bertanggungjawab Kepada Pengetua dan Penolong Kanan 1 Di Dalam Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut:: Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut: --Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. --Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb. --Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dsb Help-desk dan 1st Level Support --Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. 3.Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.Memberi inp ut di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah 5. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU 6.Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, SBT dsb 7. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa

2.

37

TUGAS FASILITATOR SCHOOLNET


1. Bertanggungjawab membantu dalam proses berkaitan pengurusan, perancangan pelaksanaan dan penyelenggaraan inisiatif ICT di sekolah dan asrama sebagai contoh: Inisiatif-inisiatif di sekolah (makmal komputer SchoolNet, WebTV, Pusat Akses, PPSMI, Bahan courseware, Pembestarian Sekolah aplikasi-aplikasi seperti Web TV, ESPKB, eDisplin, SMM, SSDM, Sistek dll) Pengurusan data inventori ICT seperti daftar harta modal. Pengurusan data maklumat murid dan guru-guru. 2. FS bertanggungjawab membantu memastikan segala peralatan ICT sekolah/berkaitan dan memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi dengan baik serta sentiasa boleh digunakan. 3. FS membantu sekolah menjalankan Latihan In-House kepada warga Sekolah dengan: InMembantu menentukan jadual pelaksanaan Latihan In-House bagi mengelak Indaripada mengganggu aktiviti P&P sediada. Membantu menentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang akan dijalankan (pelajar, guru dan komuniti) 4. FS boleh menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti menggunakan kemudahan ICT di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak Sekolah. 5. FS boleh membantu menjalankan program-program berkaitan dengan latih tubi programseperti menggunakan aplikasi online bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti UPSR/PMR/SPM. 6. FS boleh membantu mengendalikan aktiviti atau program-program ICT di programsekolahsekolah-sekolah berdekatan seperti pertandingan laman web, membina bahan P&P. 7. FS membantu dalam meningkatkan kesedaran dalam menggalakkan penggunaan jalur lebar dan keselamatan siber kepada warga sekolah dan komuniti setempat. 8. FS bertanggungjawab dalam penyediaan laporan-laporan bulanan berkaitan aktiviti, laporanmasalah serta isu-isu pelaksanaan inisiatif-inisiatif di sekolah (perbincangan dan isuinisiatifpengesahan dengan pihak pentadbir sekolah hendaklah dibuat sebelum sebarang laporan dihantar ke pihak SKMM)

38

23

PERANCANGAN ICT SEKOLAH

23.1 Perancangan Jangka Panjang ICT Visi ~Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian. ~Melahirkan murid-murid dan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta dapat menggunakan teknologi ini bagi kegunaan diri,keluarga, masyarakat dan Negara. . Misi -Memberi peluang kepada semua warga sekolah menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman. -Memberi peluang warga sekolah untuk mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan. -Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan. -Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengatahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT. Matlamat -Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan *Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.

39

Objektif -Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah. -Mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. -Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT. -Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui programprogram ICT. -Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap,sistematik dan berkesan di sekolah. -Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

Kumpulan Sasaran Kakitangan sekolah (Pentadbir,Guru dan Staf sokongan). Murid-murid.

Strategi Perlaksanaan -Menubuhkan Jawatankuasa ICT sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. -Jawatankuasa kerja berikut perlu di tubuhkan pada awal musim persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang di rancang. Ketua jawatankuasa akan mengenal pasti ahli Jawatankuasanya sendiri.

40

26.2 Perancangan Jangka Pendek ICT


Matlamat -Semua guru dan murid menggunakan Makmal Komputer dalam P & P. -Peratus penggunaan Makmal Komputer meningkat. -Kemudahan ICT dapat digunapakai oleh semua warga SKBP. -Makmal Komputer menjadi salah satu sumber utama gedung ilmu SKBP. -Peratus tahap kompetensi guru dalam pengendalian peralatan komputer meningkat. Objektif -Melahirkan guru- guru yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. -Melahirkan 50% staf sokongan) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. -Melahirkan 90 % murid-murid yang celik ICT. Pelan Tindakan Perancangan -Latihan untuk staf sokongan (semua) oleh guru terlatih. -Menjalankan kelas literasi komputer untuk pelajar Tahun satu dan dua. -Program interaktif zoom-a (internet) untuk tahun satu hingga enam.

Program yang dirangka -Program ICTL untuk murid tahap 1 dan tahap 2. -Program Kelab Komputer -Program Pembelajaran Interaktif Zoom-A -Program Kelas Komputer di sebelah petang. -Program Penyelenggaraan Penggunaan Peralatan Komputer

41

24

CADANGAN PELAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN ICT BAGI TAHUN 2010

Strategi : Meningkatkan penguasaan warga sekolah menggunakan peralatan ICT


BIL AKTIVIT PEGAWAI BERTANG GUNGJAW AB SASARAN TARIKH JANGKA TARIKH LAKSANA KPI TINDAKA N

Bengkel kemahiran menggunakan aplikasi Microsoft office

GPB

Semua warga sekolah

Mengiku t kesesuai an

Semua warga sekolah dapat menggunakan aplikasi.

Guruguru mahir ICT dan Jurutekn ik Komput er GPB,Jur uteknik

Bengkel kemahiran menggunakan aplikasi Excel

Jawatank uasa ICT

Semua guru dan kakitang an

Mengiku t kesesuai an

Semua guru dapat merekod markah ujian

Bengkel emeldan kemahiran melayari internet

GPB

Semua warga sekolah

Mengiku t kesesuai an

Semua warga sekolah mempunyai emel

Bengkel penggunaan peralatan ICT (LCD,scanner,pc)

GPB dan juruteknik

Guru tidak celik ICT

Mengiku t kesesuai an

Semua warga dapat menguasai kemahiran menggunakan peralatan ICT

Guruguru mahir ICT

43

23.2.1 JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER ICTL TAHUN 2011

42

Matlamat : Meningkakan penguasaan kemahiran pencarian bahan-bahan internet

BIL

AKTIVIT

PEGAWAI BERTANG GUNGJAW AB

SASARAN

TARIKH JANGKA

TARIKH LAKSANA

KPI

TINDAKA N

Memberi tunjuk ajar kepada guru dan murid

GPB Juruteknik

Guru yang mahir ICT

Feb

Feb-Nov

Melahirkan guru/murid yang mahir akses internet

LDP atau latihan profesio nal/lang sung @ tidak Pihak pentadbi r

Menggalakkan P & P berasaskan sumber internet

Gbesar PK GPB Ketua Panitia

Semua guru

Jan

Sepanja ng tahun

Sekurangkurangnya 2 kali seminggu guru menggunakan internet dalam P &P

Menggalakkan pelajar mendapatkan bahan rujukan dari internet

Guru Subjek

Semua pelajar

FebSep

Feb-Sep

Sekurangkurang satu sumber rujukan daripada internet untuk setiap subjek

Guru Subjek

44

Matlamat : Meningkakan nilai agama,moral dan keselamatan semasa pencarian bahan internet

BIL

AKTIVIT

PEGAWAI BERTANG GUNGJAW AB

SASARAN

TARIKH JANGKA

TARIKH LAKSANA

KPI

TINDAKA N

Ceramah

GPB

Semua warga sekolah

Sepanja ng tahun

Sepanja ng tahun

Tiada berlaku penyalahgunaan internet

Pemant auan oleh GPB

Kursus keselamatan pelayaran internet i)Kursus Antivirus ii)Kursus keselamatan data

GPB Juruteknik

Semua guru dan pelajar

Januari

Sepanja ng tahun

Semua guru ada pengetahuan dan kemahiran penggunaan antivirus Cth:Kaspersky

45

Matlamat : Menyelenggara ICT bagi memastikan kemudahan ict yang terdapat di sekolah berada dalam keadaan boleh diguna secara optimum serta selamat

BIL

AKTIVIT

PEGAWAI BERTANG GUNGJAW AB

SASARAN

TARIKH JANGKA

TARIKH LAKSANA

KPI

TINDAKA N

Mengadakan kursus mengenali komputer dan pengendalian pc yang baik

AJK LDP

Semua guru

Mengiku t kesesuai an LDP

Semua guru terlibat menguasai jenis/komponen dan pengendalian dengan baik Semua pc berada dalam keadaann baik dan boleh guna secara optimum Lapor kerosak an dengan segera menggu nakan sistem online : sts.moe. edu.my

Pemeriksaan secara berkala setiap bulan terhadap semua pc

Penyelara s ict juruteknik

Semua pc sekolah

Setiap akhir bulan

Penambahbaikan penggunaan buku log penggunaan

Penyelara s Ict Juruteknik

Semua guru

Sepanja ng tahun

Data penggunaan pc dapat dikumpul dengan lengkap

46

25

BRIGED SIBER

SENARAI BRIGED BESTARI


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. MOHD AIMAN AIZAT B. ARUAN (6B) MOHD AMIRUL HAQ B. MOHD (6B) MOHD YUSRI B. KASSIM (4A) MOHD BASRI B. MOHD ZAID (4A) NUR FAZIHAH BT. ABD. RAHMAN (4A) AINUR BALQIS BT. ISMAIL (4A) NURUL MIZNA HANIM (4A) NUR AIN NAJWA BT. AZHAR UMI ATHIRAH BT. MOHD SALWANI SITI NUR UMMI BT. NORCHIK NUR FARHAH SYAMIMIE BT. MOHD HATA

47

GAMBAR BRIGED SIBER

Berdiri dari kiri : Cik Noorhaziana (FT17) , En.Muhamad Ropi (Penyelaras Bestari) , Pn. Rohayu (Fasi) Duduk dari kiri : Erni Suhaila,Nur Adrina, En.Hamzah (Guru Besar) , Siti Fatimah Rayyana, Siti Nornabila,Nur Amani

48

26

PANORAMA MAKMAL KOMPUTER SKBP

49

27

LABEL-LABEL

SUDUT CD

SUDUT PAMERAN ICT

50

LABEL-LABEL

SUDUT PINJAMAN CD

SUDUT INFO

51

LABEL-LABEL

SUDUT INFO KOMPONEN

SUDUT KENYATAAN BESTARI

52

LABEL-LABEL

SUDUT BACAAN ICT

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

54

28

PENUTUP

Makmal komputer menjadi pemangkin kepada pihak sekolah untuk memantapkan penggunaan komputer di kalangan murid-murid menerusi ICT. Celik ICT di kalangan murid-murid amat penting pada masa sekarang untuk mereka melangkah ke dunia global yang semakin maju. Justeru, usaha untuk memantapkan penggunaan ICT di kalangan mereka perlu dititikberatkan. Dengan adanya makmal komputer di harap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid.

55

21.2 JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

PENASIHAT PENGERUSI SETIAUSAHA AJK

:EN.HAMZAH BIN HASSAN :PN.HJH. ROHANI BT. ABDULLAH : EN.MUHD ROPI B. AWANG : PN.SURAYA BT. OMAR PN.NORIZAN BT.HUSSIN EN.MALIKI B. MUHAMMAD EN.KHAZIMAN B. OTHMAN EN.ZAKUAN B. MOHD SALLEH

PETUGAS HARIAN KEBERSIHAN : PEKERJA SWASTA

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS

25

SENARAI KOMPUTER RIBA PPSMI

SENARAI BARANG ICT YANG DITERIMA

SENARAI CD

REKOD BUKU PELAWAT

REKOD BUKU ADUAN PELANGGAN

REKOD STOK BAHAN ICT

REKOD PENGGUNAAN GURU DI MAKMAL KOMPUTER

REKOD PENGGUNAAN PELAJAR DI MAKMAL KOMPUTER

BORANG PINJAMAN DAN PENGHANTARAN PERALATAN ICT

BORANG X

BORANG JPICT/JPN

BORANG ADUAN KEROSAKAN

BORANG PINJAMAN PERALATAN ICT JPN

You might also like