You are on page 1of 13

1.

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Istilah memanaskan badan merujuk kepada prosedur senaman awal.

1.1

Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? 1.1.1 Jika Ya, jelaskan bagaimana ia dijalankan dengan

mengikut prosedur yang betul (kaitkan dengan anatomi dan fisiologi badan manusia). Prosedur yang baik boleh diperolehi dengan memanaskan tubuh badan selama 15 minit. Memanaskan tubuh badan selama lima minit adalah memadai untuk aktiviti latihan biasa dari yang ringan kepada sederhana. Perlakuan memanaskan tubuh badan berpandukan jarak hendaklah selama enam hingga 30 minit dan boleh disesuaikan mengikut lama masa dan kehebatannya. Cara-cara melaksanakan aktiviti memanaskan badan adalah pertama, keseluruhan latihan pelengkapan jasmani diulang yang akan memberi sumbangan kepada perlakuan yang akan datang, iaitu latihan berkaitan dengan daya tahan kekuatan dan kelajuan. Kedua, pergerakan latihan yang mengerakkan keseluruhan tubuh badan dalam usaha mencapai keadaan sedia bagi otot saraf dan psikologi. Ketiga, latihan kelenturan dimasukkan untuk memperluaskan keadaan kelenturan asal otot-otot dan tisu yang berkaitan. Keempat, hendaklah beransur-ansur dalam menambah beratan yang digunakan atau meningkatkan aktiviti. Kelima, masa yang mencukupi diambil dan dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan suhu tubuh. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti memanaskan badan dijalankan. Ia dijalankan mengikut prosedur yang betul, iaitu bermula dari bahagian atas kepala hingga ke bahagian hujung kaki. Aktiviti joging setempat atau aktiviti larian mengelilingi padang juga dilaksanakan.

Gambar 1(a) Bahagian kepala

Gambar 1(b) Bahagian tangan

Gambar 1(c) Bahagian pinggang

Gambar 1(d) Bahagian kaki

Gambar 1 Aktiviti Memanaskan Badan Bahagian Atas Kepala hingga Bahagian Hujung Kaki

Gambar 2 Aktiviti Memanaskan Badan - Larian Mengelilingi Padang

1.1.2 Adakah

aktiviti

memanaskan

badan

yang

dijalankan

bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilaksanakan? Cara latihan atau konsep yang boleh digunakan oleh individu atau kumpulan bergantung kepada objektif aktiviti itu. Individu atau kumpulan mesti menimbangkan secara serius tiga perkara yang penting, iaitu pertama, kekerapan jangka waktu dan kehebatan program yang dijalankan supaya betul-betul bersedia untuk menunjukkan prestasi yang baik dan selesa dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi. Kedua, dalam catuan senaman dan latihan patut dititkberatkan tentang memberi senaman yang berfaedah untuk seluruh tubuh secara umum. Ketiga, murid mesti meningkatkan sesuatu bahagian yang dirasakan perlu untuk diperkuatkan atau ditambah daya tahan. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti memanaskan badan yang dijalankan bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti memanaskan badan yang dijalankan untuk aktiviti lumba lari berhalangan adalah berfokus kepada bahagian kaki. Oleh itu, senaman memanaskan badan yang spesifik dilaksanakan, seperti kelenturan buku lali dan regang ski.

Gambar 3 Aktiviti Memanaskan Badan Bahagian Kaki (Kelenturan Buku Lali)

Selain itu, aktiviti memanaskan badan yang dijalankan untuk aktiviti sukaneka, iaitu membaling pundi kacang menekankan kepada bahagian tangan. Oleh itu, senaman memanaskan badan yang spesifik dilaksanakan, seperti memusing lengan dan regang bahu. Aktiviti memanaskan badan yang dijalankan untuk aktiviti membaling bola juga menekankan kepada bahagian tangan.
3

1.1.3 Jelaskan kesan pada sistem anatomi dan fisiologi, jika aktiviti memanaskan badan tidak dijalankan. Hasil yang nyata pentingnya memanaskan badan adalah sebagai langkah pencegahan daripada kekejangan, dan otot koyak atau luka yang mungkin berlaku apabila murid memasuki latihan penuh.

1.2

Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan

badan diberikan kepada murid-murid? Jika Ya, nyatakan setiap kepentingan yang diberi dan kaitkan setiap kepentingan tersebut dengan sistem anatomi dan fisiologi. Satu daripada nilai kepentingan memanaskan badan ini adalah untuk mengelakkan otot-otot daripada luka koyak apabila bermain sepenuh tenaga tanpa senaman awal. Tujuan utama memanaskan badan adalah untuk meningatkan keseluruhan suhu badan dan pedalaman otot untuk meregangkan ligamen dan tisu-tisu lain di samping mengendurkan pengikat sendi dan tisu-tisu berkaitan bagi mendapatkan kelenturan yang tinggi. Otot terkoyak dan kejang saraf dapat dicegah dan membantu mencegah kecederaannya. Apabila suhu sel meningkat, proses metabolisme di dalam sel bertambah laju, setiap darjah kenaikan suhu sel akan bertindak balas menaikkan 13% kadar metabolisme. Oksigen lebih mudah dan cepat diasingkan daripada haemoglobin di tingkat suhu yang tinggi. Oleh itu, bekalan oksigen akan menjadi lebih baik. Keadaan ini menambahkan kawalan dan kesanggupan fizikal untuk bekerja semasa bekerja. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati penerangan umum mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid-murid. Namun begitu, guru tidak menerangkan secara terperinci kepada murid kerana faktor masa di samping ia telah diterangkan pada awal semester persekolahan.

Gambar 4 Guru Memberi Penerangan Mengenai Kepentingan Aktiviti Memanaskan Badan

2.0

SISTEM OTOT

Otot-otot adalah seperti kabel telefon, beribu-ribu wayar diikat kemas dalam berkas, setiap satunya ditebati. Serat-serat yang dikawal oleh satu saraf dikenali sebagai unit motor. Otot boleh mengandungi sehingga 50 jenis unit motor yang berlainan. Otot-otot menguncup mengikut unit dan beberapa unit sahaja digunakan untuk mengangkat beban yang ringan dan lebih banyak unit yang digunakan untuk mengangkat beban yang berat. Fiber otot bertindak mengikut hukum semua atau separa. Setiap otot terdiri daripada banyak serat otot yang diasingkan oleh tisu penyambung. Oleh kerana tisu penyambung tidak anjal, sebahagian daripada kumpulan serat mampu mengecut sendiri. Otot juga mengandungi banyak jenis saraf dan saluran darah. Saluran darah membawa oksigen dan nutrien ke otot dan membawa keluar asid laktik yang dihasilkan oleh otot ketika mengecut.

2.1

Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi

perhatian? Jika Ya, nyatakan otot-otot tersebut. Otot-otot besar adalah otot abdomen, otot bahagian belakang, otot bahagian depan paha, hamstring, otot bahagian atas, dan otot tapak kaki. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi perhatian. Aktiviti lumba lari berhalangan memberi fokus kepada otot-otot besar di bahagian kaki, seperti hamstring dan otot tapak kaki. Di samping itu, aktiviti sukaneka, membaling pundi kacang dan aktiviti membaling bola menekankan kepada otot-otot di bahagian tangan.

3.0

KECEDERAAN

Setiap individu tidak terkecuali daripada mengalami kecederaan. Kecederaan boleh terjadi kepada mana-mana anggota badan dan ada kecederaan yang parah dan ada yang ringan. Namun begitu, setiap kecederaan dapat disembuhkan dengan pelbagai rawatan. Setiap rawatan dilakukan ke atas setiap kecederaan mengikut situasi dan keadaan kecederaan itu. Oleh itu, pelbagai proses rawatan boleh didapati, dan setiap proses ini mempunyai corak dan cara yang tertentu. Penggunaan bahanbahan rawatan bergantung kepada tempat atau jenis luka atau kecederaan yang berlaku.

3.1

Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan

pembelajaran membahayakan otot-otot, sendi, dan lain-lain anggota badan? Jika Ya, nyatakan kesannya kepada sistem anatomi dan fisiologi manusia. Kesan kecederaan kepada sistem anatomi dan fisiologi boleh dilihat dari segi kecederaan pada tapak kaki, kaki, dan buku lali, kecederaan pada bahagian lutut, kecederaan pada bahagian punggung, kecederaan pada bahagian toraks, kecederaan pada pinggang bahu, kecederaan pada bahagian lengan dan tangan, kecederaan di bahagian mata, serta kecederaan kulit kepala dan kepala. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati ada aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran membahayakan dan ada aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran tidak membahayakan. Aktiviti lumba lari berhalangan lebih membahayakan pada bahagian tapak kaki, kaki, dan buku lali, bahagian lutut, serta bahagian punggung. Akitivti membaling pundi kacang tidak membahayakan anggota badan, manakala aktiviti membaling bola lebih membahayakan pada bahagian toraks, bahagian lengan dan tangan, di bahagian mata, serta kepala. Namun begitu, aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang dengan baik di samping aspek-aspek keselamatan juga diberi penekanan oleh guru terlebih dahulu. Oleh itu, risiko mendapat kecederaan dapat dikurangkan.

4.0

AKTIVITI COOLING DOWN

Istilah cooling down merujuk kepada prosedur senaman akhir.

4.1

Adakah aktiviti cooling down dijalankan dan diberi penjelasan

kepada murid-murid? Jika Ya, nyatakan adakah ianya sesuai dengan tahap umur murid-murid dan jelaskan rasionalnya. Sesi latihan diakhiri diakhiri dengan aktiviti-aktiviti ringan yang pendek bagi membolehkan badan kembali kepada keadaan normal secara beransur-ansur. Sesi gerak kendur mengandungi aktiviti kardiovaskular yang ringan supaya kadar denyutan jantung menurun secara beransur-ansur. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti cooling down ada dijalankan, tetapi sekadar aktiviti menarik nafas sahaja. Penjelasan mengenai aktiviti cooling down juga tidak diberikan kepada murid-murid kerana faktor masa. Aktiviti cooling down yang dijalankan adalah sesuai dengan tahap umur murid-murid.

Gambar 5 Aktiviti cooling down

5.0

PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani tidak akan dapat mencapai objektif yang diharapkan sekiranya murid-murid tidak mendapat peluang untuk menggunakan peralatan asas seperti gelung rotan, bola kecil dan besar, tali skip, pundi kacang, bet (pemukul) raundas, tali panjat, rangka panjat, bangku panjang, dan sebagainya. Kemudahan asas ini digunakan agar murid-murid dapat menikmati keseronokkan sambil

memperkembang kemahiran jasmani mereka.

5.1

Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai

dengan aktiviti yang dijalankan? Nyatakan kesesuaian peralatan yang digunakan dengan tahap umur murid dan kesannya pada sistem anatomi dan fisiologi murid. Peralatan pendidikan jasmani yang digunakan untuk aktiviti lumba lari berhalangan ialah pagar (hurdles) dan kon. Walaupun ia bersesuaian dengan murid Tahap 2, tetapi pagar (hurdles) boleh dikatakan tidak sesuai dan membawa kecederaan jika langkah berjaga-jaga tidak diambil seperti pengajaran secara ansur maju tidak dilaksanakan. Peralatan pendidikan jasmani yang digunakan untuk aktiviti membaling pundi kacang ialah pundi kacang, bakul, kon, dan gelung rotan. Semua peralatan yang digunakan untuk aktiviti in bersesuaian dengan murid Tahap 1. Peralatan pendidikan jasmani yang digunakan untuk aktiviti membaling bola ialah bola. Walaupun ia bersesuaian dengan murid Tahap 1 atau Tahap 2, tetapi boleh dikatakan tidak sesuai jika aktiviti yang dirancang menggunakan bola seperti bola beracun boleh membahayakan anggota badan seseorang murid.

Gambar 6(a) Kon

Gambar 6(b) Pagar (Hurdles)

Gambar 6 Peralatan Pendidikan Jasmani Aktiviti Lumba Lari Berhalangan

Gambar 7(a) Gelung Rotan

Gambar 7(b) Pundi Kacang, Bakul, Kon

Gambar 7 Peralatan Pendidikan Jasmani Aktiviti Membaling Pundi Kacang

Gambar 8 Peralatan Pendidikan Jasmani Aktiviti Membaling Bola

10

6.0

PEMBAHAGIAN MASA

Pendahuluan dan memanaskan badan

Inti Pelajaran

Permainan kecil

Penutup dan menyejukkan badan

Bahagian pertama yang merangkumi masa lima minit adalah gerak kerja pendahuluan dan gerak kerja memanaskan badan. Murid-murid di gerak kerja pendahuluan diberi peluang melakukan gerak kerja pilihan masing-masing sama ada dengan menggunakan peralatan yang sedia ada atau tanpanya bertujuan menggalakkan murid-murid menggunakan masa secara berfaedah sambil

menunggu pelajaran yang sebenar untuk dimulakan oleh guru. Ini diikuti dengan gerak kerja memanaskan badan yang tertentu di bawah arahan guru atau dikendalikan oleh murid-murid. Gerak kerja ini memberi kesan kepada murid seperti melonggarkan sendi, menggerakkan otot-otot utama, merangsang koordinasi otot-saraf, dan meningkatkan ketangkasan murid. Hal ini akan memanaskan badan murid supaya mereka sentiasa bersedia untuk meneruskan pelajaran selanjutnya. Jika peralatan mencukupi, gerak kerja boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan itu. Gerak kerja ini mesti dijalankan secara ringkas, berterusan, dan rancak. Bahagian kedua yang merangkumi masa 25 minit adalah gerak kerja inti pelajaran, gerak kerja permainan kecil, serta gerak kecil penutup dan menyejukkan badan. Gerak kerja initi pelajaran adalah perkara yang menjadi tema pelajaran. Semua murid dikehendaki menjalani latihan yang sama di bawah arahan dan pengawasan seorang guru. Gerak kerja ini dipraktikkan oleh murid-murid selepas satu tunjuk cara atau penerangan ringkas yang diberikan oleh guru. Latihan muridmurid diutamakan dalam gerak kerja ini. Permainan yang dimaksudkan dalam gerak kerja permainan kecil adalah permainan kecil yang ringkas dan mudah pengelolaannya. Permainan dipilih untuk membenarkan murid-murid menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam gerak kerja inti pelajaran.

11

Pada gerak kerja penutup dan menyejukkan badan, iaitu di akhir pengajaran dan pembelajaran, guru mesti memastikan bahawa murid-murid tenang kembali dan bersedia untuk balik ke kelas secara teratur. Oleh itu, satu kegiatan ringkas boleh diadakan untuk menutup pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, seperti aktiviti menyejukkan badan, ulasan guru mengenai prestasi murid, atau sesi soal jawab.

6.1

Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti

Pendidikan Jasmani sesuai seperti yang dirancang? Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti Pendidikan Jasmani tidak begitu sesuai seperti yang dirancang. Masa peruntukan lima minit untuk bahagian satu, iaitu gerak kerja pendahuluan dan gerak kerja memanaskan badan adalah sesuai seperti yang dirancang. Namun begitu, masa peruntukan 25 minit untuk bahagian dua, iaitu gerak kerja inti pelajaran, gerak kerja permainan kecil, serta gerak kerja penutup dan menyejukkan badan adalah tidak sesuai seperti yang dirancang kerana gerak kerja penutup dan menyejukkan badan tidak diberikan penekanan apabila guru sekadar memberikan arahan kepada murid untuk menarik dan melepaskan nafas sahaja.

12

7.0

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN 7.1 Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam

pengajaran tersebut. Latihan senaman yang dipilih bagi peringkat awal mesti mudah dan benar-benar difahami sebelum meningkatkannya secara beransur-ansur. Beban ditingkatkan melalui latihan progresif dengan intensiti yang dikawal oleh guru atau jurulatih. Pengawasan penyesuaian badan terhadap bebanan dan pemulihan kadar denyutan jantung semasa senaman mesti dikekalkan. Rehat sepenuhnya semasa waktu jeda. Senaman diselang-selikan atau ditukarkan dari semasa ke semasa. Senaman yang sama boleh menjemukan murid dan sering menyebabkan kehilangan minat dan kecederaan. Latihan tidak dilakukan ketika tidak sihat atau sedang menjalani rawatan perubatan. Latihan juga dihentikan sekiranya murid berada dalam kesakitan dan berasa letih. Jangan sesekali bersenam melebihi batas kemampuan murid. Latihan untuk murid mesti memberi pertimbangan kepada postur mereka agar badan dan kepala yang tegak ketika berjalan dan bersenam dapat dikekalkan. Kawasan dan kemudahan latihan mesti mempunyai ciri-ciri keselamatan. Tempat yang digunakan mesti terang, tenang, dan bersih, serta bebas daripada objek-objek tajam dan keras. Permukaan tempat latihan mesti rata dan tidak licin bagi mengelakkan murid daripada kehilangan imbangan dan terjatuh. Saranan saya untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran itu adalah pertama, aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran disertakan proses ansur maju agar aktiviti yang diadakan tidak membahayakan otot, sendi, atau lain-lain anggota badan. Kedua, aktiviti cooling down mesti dijalankan sesuai dengan tahap umur murid dan penjelasan mengenai aktiviti cooling down diberikan kepada murid-murid. Ketiga, pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani mesti sesuai seperti yang dirancang.

13

You might also like