You are on page 1of 1

Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan budaya.

Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara kaum. Bincangkan secara kritis kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada sistem pendidikan negara terutama sekali dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Anda juga diminta untuk mencadangkan bagaimana pelaksanaan sistem pendidikan sekarang dapat dipertingkatkan demi mencapai kesefahaman, toleransi dan perpaduan antara golongan etnik. 1. Pengenalan Anda perlu menyentuh ciri budaya majmuk masyarakat Malaysia serta ditambah dengan perbincangan tentang dasar pendidikan negara. 2. Isi Kandungan Di sini anda harus menulis tentang kekuatan dan kelemahan dasar dan falsafah pendidikan negara dengan merujuk kepada dokumen yang relevan seperti Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pendidikan 1961, dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974. 3. Cadangan Cukuplah anda menyatakan tiga atau lebih cadangan yang bernas dan jitu dalam memperbaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan dasar pendidikan negara. 4. Kesimpulan Sediakan kesimpulan yang menggambarkan kefahaman kamu tentang konsep masyarakat majmuk dan dasar pendidikan negara. 5. Bibiliografi/Rujukan Rujukan terperinci kepada sumber yang berwibawa berkenaan dengan masyarakat majmuk dan dasar pendidikan negara (Susunan mengikut abjad dan format APA yang tepat)

You might also like