You are on page 1of 4

ANTARA 1945 hingga 1957, batuk kering atau nama saintifik perubatannya, Tuberkul osis (tibi) menjadi penyakit

paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu. Senario waktu itu, berikutan ketiadaan penawar berkesan untuk mengubati wabak be rkenaan, tibi akhirnya berleluasa menyerang orang ramai sehingga pesakit terpaks a dikuarantin bagi mengelak jangkitan lebih meluas. Pada 1961, kerajaan memperkenalkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan dan semua ind ividu yang dikesan mempunyai tanda penyakit ini dirujuk ke Pusat Tibi Negara ata u kini dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kual a Lumpur, untuk rawatan susulan. Sejak itu, diperkukuhkan dengan kaedah bidang perubatan yang makin moden, tibi m ula terkawal sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Malaysia sebagai 'Negara Tibi Sederhana'. Bagaimanapun, sejak 1955, kes baru tibi yang dilaporkan kembali meningkat dan me mbimbangkan setiap tahun. Pada 2000, sebanyak 15,051 kes direkodkan berbanding 1 0,873 kes pada 1990. Terbaru, sehingga November lalu, kes tibi di seluruh negara bertambah kepada leb ih 19,000 kes berbanding 16,000 kes beberapa tahun lalu. Pengarah IPR, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif, berkata sikap segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan amalan rawatan tradisional yang dikendalikan bomoh s erta menganggap simptom tibi sebagai tanda terkena ilmu hitam, menjadi antara pu nca utama bilangan kes penyakit itu meningkat. "Kebanyakan pesakit tibi dalam keadaan teruk yang datang kepada kita mengatakan pada awalnya, mereka menyangka masalah kesihatan seperti batuk berpanjangan lebi h dua minggu; hilang selera makan; demam dan berpeluh pada waktu malam; susut be rat badan serta batuk berdarah adalah disebabkan terkena buatan orang. "Sangkaan ini menyebabkan mereka bertemu bomoh atau pengamal rawatan ilmu hitam untuk berubat. Namun, apabila penyakit dialami tidak sembuh dan semakin serius, barulah mereka berjumpa doktor pakar. "Tempoh lama yang diambil menyebabkan masalah tibi dialami makin merebak dalam p aru-paru," katanya ketika ditemui kolum Sihat di IPR, baru-baru ini. Dr Abdul Razak berkata, antara punca utama lain menyebabkan peningkatan tibi ada lah tindakan seseorang yang melengah-lengahkan waktu untuk bertemu pakar perubat an walaupun mengalami gejalanya. Mereka lazimnya akan bertemu doktor di klinik biasa yang tidak mempunyai kepakar an khusus membabitkan tibi terlebih dulu, malah ada antara mereka yang berkunjun g ke klinik berkenaan secara berulang. Selepas mendapati penyakit masih tidak sembuh, mereka akan bertemu pakar di pusa t perubatan swasta atau hospital kerajaan untuk rawatan susulan. Namun, kelewata n ini menyebabkan tibi makin merebak. Dr Abdul Razak berkata, rekod menunjukkan ada pesakit yang sudah dikesan awal te tapi tidak mengikut nasihat perubatan disaran doktor. Menurutnya, pesakit terbab it tidak mengambil ubat secara teratur sepanjang tempoh rawatan, iaitu sekurangkurangnya enam bulan lalu menyebabkan penyakit dialami bertambah teruk hingga te rpaksa dikuarantin di IPR. Beliau juga pernah berdepan kes di mana seorang pendatang asing tampil ke IPR se lepas tidak bermaya untuk berjalan akibat dijangkiti tibi. Apabila ditanya menga

pa tidak datang mendapatkan rawatan lebih awal, dia memberi alasan takut dikenak an tindakan penguatkuasaan kerana tiada permit pekerjaan sah. "Kesimpulannya, walaupun kaedah perubatan makin moden dan berkesan, punca utama yang menyebabkan semakin ramai penduduk Malaysia menghidap tibi adalah sikap mel engah-lengahkan rawatan terbaik untuk penyakit itu. "Justeru, kesedaran yang tinggi berhubung penyakit ini perlu ada dalam diri seti ap penduduk Malaysia. Jadi, jika anda mengalami apa saja simptomnya, tolong sege ra bertemu pakar tibi sama ada di hospital swasta, kerajaan atau IPR. "Sikap melewatkan rawatan tibi bukan saja memberi kesan yang makin buruk kepada kesihatan anda dan menyebabkan lebih ramai orang di sekeliling dijangkiti, tetap i juga menjejaskan perkembangan negara," katanya. Menurut Dr Abdul Razak, setiap bayi yang lahir di negara ini sudah dibekalkan de ngan suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) bagi membantu mencegah penyak it tibi. Namun, ia bergantung kepada keadaan antibodi, amalan kehidupan dan pers ekitaran ketika membesar. Antara golongan berisiko tinggi menghidap tibi, katanya, adalah pesakit HIV; pen ghidap diabetes; perokok; banduan; individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hi ngga 40 tahun; 60 tahun hingga 80 tahun; kerap berada di tempat sesak; berdepan dengan mereka yang tidak sihat serta pendatang asing. Selain itu, katanya, di negara ini, sebanyak 90 peratus penduduk menghidapi 'Tib i Dalam Paru-Paru' yang masih boleh dirawat tanpa kesan sampingan. Manakala baki nya mengalami 'Tibi Luar Paru-Paru', iaitu kuman sudah merebak ke otak, jantung, tulang serta kelenjar, mengakibatkan pesakit akan menderita penyakit kronik lai n walaupun tibi sembuh sepenuhnya. Jadi, pengesanan dan rawatan dalam kadar paling awal mampu mengelak seseorang di jangkiti penyakit pada peringkat 'Tibi Luar Paru-Paru' yang mampu mengakibatkan kematian. Dr Abdul Razak berkata, dari segi pengesanan penyakit, IPR akan menggunakan tiga kaedah iaitu pemeriksaan kahak, x-ray paru-paru dan ujian Mantoux (mencucuk jar i) yang keputusannya sangat berkesan walaupun penyakit belum berada pada tahap k ritikal. Manakala, daripada segi perubatan, IPR akan membekalkan empat jenis antibiotik d ikenali sebagai Respiratori Cripple yang perlu diambil dalam tempoh sekurang-kur angnya enam bulan iaitu Rifampicin, Isoniazid, Pyrazinamide dan Ethambutol selai n Vitamin 6. Sementara itu, katanya, pada masa depan, IPR mensasarkan untuk mengurangkan kes baru tibi dan paling penting mengurangkan kadar korban akibat penyakit berkenaan yang kini mencapai lapan peratus, berikutan tibi bukan penyakit yang sepatutnya menyebabkan kematian. "Bagi mengurangkan kes tibi, ia memerlukan kerjasama semua pihak seperti bertemu doktor secepat mungkin jika mengalami simptom serta memakai topeng mulut dan hi dung dalam keadaan tertentu. Ini kerana penyakit ini, berjangkit melalui udara a kibat batuk dan bersin. Doktor di klinik juga perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom s ebenar tibi dan menasihatkan pesakit untuk bertemu pakar penyakit itu dengan seg era, bukan hanya membekalkan ubat. "Kerajaan juga perlu menambah doktor tibi di negara ini bagi memastikan proses r

awatan terus berjalan lancar dan cepat. Ini kerana ketika ini, walaupun kaedah k awalan perubatan baik, jumlah pakar tibi sangat kurang," katanya. Nora sangka batuk biasa, paru-paru jadi hitam akibat kuman SEJARAH keluarga dan latar belakang rakan yang bebas tibi membuatkan Nora Nazmin , 19, tidak menyangka akan menghidapi penyakit itu pada tahap serius. Apatah lagi dengan usia yang masih muda, Nora cukup yakin batuk dialami hanya ma salah kesihatan biasa, berpunca daripada cuaca kurang baik walaupun ia berpanjan gan beberapa minggu. Ketika ditemui penulis, pelajar Diploma Perakaunan Institut Profesional Baitulma l itu hanya duduk di atas katil wad di Institut Perubatan Respiratori (IPR) kera na kurang bermaya. Nada suaranya perlahan kerana sakit tekak dialami akibat tibi . Bertemankan ibunya di sisi, Nora berkata, selepas kira-kira sebulan batuk yang d ialaminya tidak sembuh, beliau akhirnya bertemu doktor, April lalu di Hospital K uala Lumpur (HKL). Ujian awal mendapati, beliau disyaki menghidap tibi dan diminta terus datang ke IPR pada hari sama untuk pemeriksaan lanjut pakar. Alangkah terkejutnya Nora apabila doktor mengesahkan beliau positif tibi. Namun, Nora bernasib baik kerana hasil x-ray dijalankan, penyakit itu belum berada pad a tahap serius. Sejak itu, Nora berulang-alik ke IPR untuk menjalani rawatan susulan. Doktor mem beri jaminan tibi dihidapi akan sembuh sepenuhnya, dengan syarat Nora mengambil ubat setiap hari sepanjang tempoh enam bulan seperti disarankan. "Bagaimanapun, selepas tempoh tertentu, saya makan ubat secara tidak teratur han ya kerana malas dan saiz empat biji ubat yang perlu diambil itu besar. Akibatnya, selepas tempoh enam bulan, hasil x-ray dijalankan doktor mendapati, pa ru-paru saya makin berwarna hitam kerana kuman tibi merebak. "Dalam tempoh hanya empat bulan, berat saya susut dari 58 kilogram kepada 41 kil ogram dan saya terpaksa menunda semester pengajian kerana perlu menjalani rawata n susulan di wad selain tidak bermaya untuk berjalan," katanya. Nasib baik masih menyebelahinya apabila anak kedua daripada enam adik-beradik it u mempunyai peluang besar untuk sembuh dalam tempoh sembilan bulan seperti dijan gka doktor. Kali ini, Nora benar-benar nekad untuk menjalani rawatan secara teratur sehingga benar-benar pulih kerana menyesal dengan tindakannya sebelum ini. Tambahan, apa bila melihat ada pesakit yang dijangka doktor tidak mampu hidup lama akibat kuma n tibi yang sudah merebak di luar paru-paru. Nora juga menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai simptom tibi terutama b atuk berpanjangan supaya usah ambil bagi mengelak penyakit itu bertambah serius. INFO: Antara simptom Tibi Batuk berpanjangan (lebih dua minggu) Hilang selera makan Demam Berpeluh waktu makan Susut berat badan

Batuk berdarah Golongan berisiko Pesakit HIV Penghidap diabetes Perokok Banduan Individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun dan 60 tahun hingga 8 0 tahun Kerap berada di tempat sesak Berurusan atau berhampiran dengan mereka yang tidak sihat Pendatang asing. Kaedah cegah Jalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar berkaitan penyakit tibi dengan segera apabila mengalami simptom Gunakan topeng mulut dan hidung apabila berada di kawasan awam terutama apabila anda mengalami batuk atau selsema Doktor di klinik awam perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit bertemu pakar.

You might also like