You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Perkataan geografi berasal dari bahasa Greek (ge) atau (gaia) ("Bumi") dan (graphein) ("menulis"). Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukanfizikal. Moto geografi ialah 'Belajarlah geografi melalui tapak kaki anda'. Geografi merupakan satu mata pelajaran yang kompleks. Ini kerana ia merangkumi bukan sahaja ciri-ciri sosial tetapi juga ciri-ciri sains semula jadi. Kaedah dan pendekatan yang terbaik dan efektif perlu diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjamin pelajar menguasai matapelajaran tersebut. Pendidikan geografi merupakan satu cabang sains sosial boleh memainkan peranan yang lebih baik untuk melahirkan warganegara yang mencintai alam sekitar, mampu memelihara dan memulihara alam sekitar dan pada masa yang sama dapat diseimbangkan dengan pembangunan negara dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Oleh itu adalah perlu pendidikan geografi dilihat dalam konteks kebangsaan supaya keperluannya selaras dengan pembangunan Negara terutama sekali dalam menghadapi cabaran masa hadapan, khususnya dalam menjadikan pendidikan bertaraf dunia. (Mohd Aris, 2007) 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pengalaman sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (2009 dan 2010) telah menberi gambaran kepada saya tentang masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Geografi. Pada masa itu, saya telah ditugaskan untuk menggantikan guru Geografi yang bersalin untuk mengajar matapelajaran tersebut. Saya agak teruja untuk mengajar Geografi kerana saya sangat meminati Geografi semasa Tingkatan 3. Kelas yang diamanahkan kepada saya adalah kelas tingkatan 3 yang sederhana dan lemah. Sebelum saya mula mengajar Geografi, Ketua Panitia telah memaklumkan bahawa bahan utuk diberi kepada pelajar semasa proses P&P telah tersedia. Bahan-bahan tersebut telah disediakan oleh guru yang bersalin sebelum beliau bercuti. Bahan tersebut adalah latihanlatihan mengikut topik yang perlu pelajar selesaikan di dalam kelas setiap kali masa
2

You might also like