You are on page 1of 32

Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi setiap manusia yang ada di muka bumi ini.

Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.Kamus Oxford Advanced Learners Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan the study of speech sounds and their production. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation.concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs oprodu Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik sebagai the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.ce on the hearer. Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General

Linguistics menyatakan fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologihanya satu disiplin bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37). Mengikut Adrian Akmajian et. Al . dalam buku Linguistik: Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi it dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: Pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyibunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi seperti paru-paru trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis dan farinks.
1.0 Maksud bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa?

Sebenarnya bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Pada umumnya bahasa dapat dikaji dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan, bahasa tulisan dan bahasa isyarat. Ketiga-tiga bentuk bahasa tersebut mempunyai cara penyampaian dan sistem yang berbeza. Bahasa pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh sistem bunyi. Manakala bahasa tulisan pula berasaskan kepada sistem tulisan satu-satu bahasa. Bahasa isyarat adalah bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat iaitu berbentuk visual yang digunakan oleh masyarakat yang mempunyai kecacatan pendengaran. Memahami perbezaan antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa akan memudahkan manusia untuk

mentaksir sebarang bentuk bunyi yang dikeluarkan sama ada mempunyai makna tertentu atau pun tidak. Justeru, menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang akan membentuk perkataan. Perkataan tersebutlah dinamai sebagai bahasa pertuturan. Hal ini kerana apabila bunyi-bunyi tersebut didengari, bunyi tersebut dapat difahami maknanya oleh mereka yang menggunakan bahasa yang sama. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007) menyatakan bahawa bunyi bahasa merupakan bunyi yang telah dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan. Alat artikulasi yang mengalami halangan dan ganguan akan menghasilkan pelbagai bunyi bahasa yang akan diterjemahkan dalam bentuk bunyi dan mempunyai makna yang dapat difahami oleh manusia. Pembunyian bahasa bermula apabila udara daripada para-paru di hembus keluar. Semasa proses penghembusan, udara bergerak keluar melalui saluran suara yang melibatkan rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Alatan dirongga tekak terdiri daripada glotis, pita suara dan epiglotis. Manakala di rongga mulut pula ialah bibir, gigi, gusi, lelangit, lidah dan anak tekak. Hal ini bermakna, udara dari paru-paru yang keluar melalui alat artikulasi adalah elemen utama dalam berbahasa. Contohnya, bunyi perkataan saya dapat difahami oleh pengguna rumpun bahasa Melayu dan bagi pengguna bahasa lain perkataan saya tidak membawa apa-apa makna kecuali perkataan saya secara kebetulan ada persamaan dengan bunyi sesuatu bahasa lain.

Oleh itu, bunyi yang dihasilkan tetapi tidak memberikan makna dan maksud tertentu pula dianggap sebagai bukan bunyi bahasa. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2005), bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak membentuk perkataan atau tidak menyamai manamana bahasa, bunyi tersebut tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Sebaliknya bunyi yang dihasilkan itu sekadar bunyi bersuara tanpa mengandungi apa-apa makna. Namun demikaian, bunyi bahasa tersebut jika dilihat berdasarkan skop pragmatik, bunyi bahasa yang dikeluarkan berkemungkinan mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan kepada masa dan tempat peristiwa itu berlaku. Contohnya bersiul yang dilakukan oleh jejaka kepada gadis mungkin bertujuan untuk menarik perhatian. Manakala menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007), bunyi yang merupakan bukan bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak mempunyai makna dalam pertuturan harian manusia. Bunyi yang dihasilkan daripada anggota badan manusia yang lain juga bukan bunyi bahasa kerana

tidak dikeluarkan daripada alat artikulasi dan juga tidak mengandungi makna dalam bahasa pertuturan manusia. Contohnya ialah bunyi tepuk tangan dan lipatan jari. Maka berdasarkan kepada pemahaman mengenai bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa telah memudahkan urusan komunikasi manusia. Hal ini adalah kerana, sebarang bunyi yang dihasilkan dan mempunyai makna tertentu membolehkan manusia memahami hasrat yang cuba disampaikan oleh penutur yang lain. Manakala bukan bunyi bahasa yang tidak memgambarkan apa-apa makna tidak akan ditafsir oleh manusia dan hanya dianggap sebagai lumrah kejadian alam. Perbezaan pemahaman antara bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa juga dapat mengelakkan kejadian salah tafsiran dan sebagainya. 2.0 Berikut adalah contoh bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. 2.1 Bunyi bahasa Bil 1 Bunyi Bahasa Bunyi Vokal

Huraian dan Contoh

Vokal Depan [ i ], [ e ], [ a ]

Bahagian hadapan lidah berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan. Contoh : saya, itu Bahagian belakang lidah berfungsi menghasilkan vokal belakang. Contoh : untuk, orang Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah Emak, emas, engkau, lemas

Vokal Belakang [ u ], [ o ]

Vokal Tengah [ e ]

Bunyi Konsonan Terdapat 26 konsonan iaitu: (b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r, s, t, v, w, y, z, ng, ny, sy, kh, gh, dz, th)

Contoh : kakak, kami, baca, buku, jalan, zaman, syarikat dan sebagainya.

Terdapat 18 konsonan asli dan 8 konsonan pinjaman.

8 konsonan pinjaman ialah

(f, v, z, sy, kh, gh, dz, th) Konsonan-konsonan merupakan bahasa Inggeris. Arab pinjaman dan ini dari bahasa

Diftong Bunyi geluncuran. Mempunyai kelantangan .


Au - kerbau, pulau, kalau

satu hadir

puncak dalam

Ai - balai, salai, kedai Oi - dodoi, amboi, kaloi

Diftong

hanya

perkataan yang mempunyai dua suku kata atau lebih.

2.2 Bukan bunyi bahasa Bil 1 Bunyi Bahasa Bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Contoh dan huraian Berdehem, berdengkur, sendawa, bersiul, ketawa dan sebagainya

Bunyi yang dihasilkan oleh anggota badan manusia.

Menepuk tangan, meramas jari, kentut dan sebagainya.

Bunyi yang dihasilkan oleh binatang.

Berkokok, sebagainya.

mengembek

dan

3.0 Dengan contoh-contoh yang sesuai maka huraikan perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.

Berpandukan penghasilan bunyi vokal dan konsonan adalah bersuara dan tidak bersuara. Perbezaan utama penghasilan bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah keadaan pita suara. Keadaan pita suara tersebut adalah secara dirapatkan atau dibuka. Semua vokal adalah bunyi bersuara. Tetapi, bagi konsonan pula terdapat yang bersuara dan yang tidak bersuara. Gambar rajah dibawah menunjukkan keadaan pita suara bagi bunyi bersuara dan bunyi yang tidak bersuara.

Rajah 1.0 Keadaan pita suara. Yang jelas, dalam bahasa Melayu terdapat 19 konsonan asli yang boleh dihasilkan melalui bunyi bersuara dan tidak bersuara. Hal ini demikian kerana penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu. Antara daerah artikulasi tersebut ialah dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, dan rongga hidung. Dengan berdasarkan daerah artikulasi dapat membezakan antara bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara. Oleh itu, jadual dibawah menunjukkan perbezaan dan contoh dalam perkataan bunyi konsonan dengan melibatkan daerah artikulasi. Dengan ini perbezaan lain bunyi bersuara dengan bunyi tidak bersuara adalah melibatkan alat artikulasi cara sebutan yang mempegaruhi pita suara.

Alat artikulasi Vokal konsonan

Bunyi Bersuara dan Semua vokal [a,e,i,o,u] Konsonan [b], [d], [g]

Bunyi Tidak Bersuara

Konsonan [p], [t], [k], [f], [s].

Letupan dua bibir.

Bunyi konsonan [b]

Bunyi konsonan [p]

Cara penghasilannya adalah dengan Cara penghasilan adalah dengan dua dua bibir dirapatkan untuk bibir dirapatkan untuk menghalangkan menghalangkan sepenuhnya udara sepenuhnya udara dari paru-paru yang dari paru-paru yang keluar ke keluar ke rongga mulut. Lelangit rongga mulut. Lelangit lembut dan lembut dan anak tekak pula dinaikkan anak tekak pula dinaikkan dan dan dirapatkan kepada dinding tekak dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka. Dengan ini, udara Pita suara dirapatkan. Dengan ini, dari paru-paru keluar ke rongga mulut udara dari paru-paru keluar dengan tanpa menggetarkan pita suara. Udara menggetarkan pita suara ke rongga tersekat mulut dan tersekat seketika pada bibir mulut, kemudian Antara udara dilepaskan serta-merta. Antara contoh kehadiran bunyi ialah sepenuhnya contoh pada bibir, bunyi sepenuhnya kemudian dilepaskan serta-merta. kehadiran konsonan [p] dalam perkataan pula [#papan#], [#sepa #],

konsonan [b] dalam perkataan ialah [#atap#]. Letupan gusi [#wbuwru#], [#wtuwbuh#], [#kitab#]. Bunyi konsonan [d]. Bunyi konsonan [t].

Cara penghasilannya adalah dengan Cara penghasilannya adalah dengan hujung lidah dirapatkan pada gusi hujung lidah dirapatkan pada gusi

Jadual ini juga menunjukkan dengan lebih mudah perbezaan konsonan yang bersuara dan tidak bersuara dengan melibatkan alat artikulasi. Bagi konsonan cara sebutan sengau [m], [n], [],dan [] merupakan konsonan bersuara. Daerah sebutan/ Cara sebutan Letupan tak p bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara Sengau m n b d g t Dua bibir gusi Gusi lelangit keras k Lelangit keras Lelangit lembut Pita suara

Geseran tak bersuara Geseran bersuara Getaran Sisian Separuh vokal w

r l y/j

4.0 Bunyi- bunyi vokal Melayu

Rajah 2.0: Kedudukan vokal Bahasa Melayu Dalam rajah 1.0 diatas telah menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa melayu. Terdapat enam jenis vokal iaitu vokal depan [ i ], [ e ], [ a ], vokal tengah [ ] serta vokal belakang terdiri daripada vokal [ u ] dan [ o ]. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Manakala garis yang melintang menunjukkan garis ketinggian lidah yang dinaikkan. Sebagai contoh, bagi menghasilkan bunyi vokal [ i ] dan [ u ] lidah haruslah dinaikkan setinggi mungkin manakala untuk menghasilkan bunyi vokal [ a ], kedudukan lidah terletak paling rendah. Kesimpulannya, dapat kita rumuskan bahawa alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian bunyi vokal.

Cara penghasilan bunyi vokal Jenis vokal Vokal depan Sempit Hampar. Depan lidah Menutup dinaikkan setinggi rah gusi. rongga hidung tidak keluar. Pita suara [ i ] dirapatkan supaya udara menggetarkan pita suara ke Separuh sempit Bibir dihamparkan separuh sempit. Depan lidah Dinaikkan dinaikkan separuh gusi. untuk menutup hidung supaya udara Separuh luas Hampar separuh luas. tidak keluar. Depan lidah Dinaikkan dinaikkan separuh rendah rah gusi. untuk menutup kea rongga hidung tidaka dapat Depan luas Hampar keluar. Depan lidah Dinaikkan diturunkan serendah mungkin. menutup rongga hidung. Pita suara [a] Pita suara [ ] rongga mulut. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paruparu keluar. [e ] Keadaan bibir Kedudukan lidah Lelangit dan Pita suara anak tekak Bunyi vokal

mungkin kea supaya udara keluar dengan

tinggi kea rah rongga

dirapatkan supaya udara dari paru parudapat

supaya udara keluar.

dirapatkan supaya udara dapat keluar.

Vokal belakang Belakang sempit Bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit lembut. Belakang separuh sempit Bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh lelangit lembut. Belakang separuh luas Bundar Belakang lidah dinaikkan kearah lelangit lembut. Dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Dinaikkan supaya menutup rongga Pita suara [o] Dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar. dapat Pita suara [ u ] dirapatkan.

dirapatkan supaya udara dari paruparu keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Pita suara dirapatkan supaya udara yang dapat ke dari mulut menggetarkan keluar rongga parukeluar []

tinggi kearah hidung.

Vokal tengah

Hampar

Tengah lidah Dinaikkan dinaikkan sedikit rah keras. menutup kea rongga

[]

lelangit hidung tidak keluar rongga

supaya udara dar paru- paru

hidung. Jadual 1.0: Cara penghasilan bunyi vokal.

pita suara.

Jadual 1.0 di atas menunjukkan cara penghasilan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu yang terbahagi kepada tiga iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maksud vokal menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ), menyatakan bahawa semua vokal bersuara dan apabila vokal itu dihasilkan udara dari paru- paru akan keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Selain itu, bunyi vokal mempunyai ciri- ciri kelantangan dan kepanjangan. Simbol bagi kepanjangan ialah dengan tanda garis pendek di atas huruf vokal atau tanda titik bertindih di sebelah kanan vokal. Sebagai contoh ialah [ a: ] atau [ ], [ u: ] atau [ ] dan [ i: ] atau [ ]. Dengan kata itu, kriteria yang menentukan jenis- jenis vokal ialah lidah sama ada di bahagian hadapan, tengah atau belakang lidah. Bahagian hadapan lidah untuk bunyi vokal hadapan, tengah lidah untuk bunyi vokal tengah manakala bahagian belakang lidah untuk bunyi vokal belakang. Terdapat empat kriteria yang boleh dirumuskan tentang bunyi vokal iaitu bahagian hadapan lidah memainkan peranan penting sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang, ketinggian lidah sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah atau separuh rendah, keadaan bibir sama ada bibir hampar atau bundar dan yang terakhir ialah pembukaan rahang sama ada luas atau sempit. 5.0 Ciri-ciri vokal Tidak dinafikan bahawa vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paruparu keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan (Abdul Hamid Mahmood, 2007). Arbak Othman, 1983 pula menyatakan bahawa vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami gangguan, sekatan auat himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita suara ini tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonen. Dengan ini peranan pita suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga korongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu bunyi vocal dengan frekunsi yang tertentu.

Rajah 3.0 : Kedudukan vokal Bahasa Melayu

Berdasarkan rajah 1.0, keratan rentas lidah manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu lidah depan, lidah tengah dan lidah belakang. Berdasarkan rajah di atas, bahagian sebelah kiri merupakan bahagian depan lidah, manakala bahagian di sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah. Bahagian tengan rajah pula adalah bahagian tengan lidah. Garis melintang yang terdapat pada rajah merupakan gambaran ketinggian lidah apabila membunyikan vokal-vokal tersebut. Hal ini kerana bunyi vokal dapat dibezakan mengikut tinggi atau tendah lidah diangkat ketika membunyikan vokal tersebut. Selain lidah, bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.

Rajah 4.0 : Keadaan bibir ketika membunyikan vokal. Cara membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. a) vokal depan sempit [ i ]

Lidah, rongga mulut dan bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yang terlibat.

Bibir dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

awal Ikan [ #ikan# ] Iman [ #iman# ]

tengah Bila [ #bila# ] Sila [ #sila# ]

akhir Tali [ #tali# ] Padi [ #padi# ]

b) vokal depan separuh sempit [ e ]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui ronnga mulut sambil menggetarkan pita suara. awal Ekor [ #ewkor# ] Elok [ #ewlo# ] tengah Sepet [ #sepet# ] Leher [ #leher# ] Akhir Sate [ #sate# ] Kole [ #wkole# ]

c) vokal depan luas [ a ]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melaluo rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. awal Aku [ #aku# ] Alam [ #alam# ] tengah Saya [ #saya# ] Hati [ #hati# ] Akhir Kita [ #kita# ] Bila [ #bila# ]

d) vokal tengah pendek [ ]

Bibir berada dalam keadaan hampar dan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lalangit keras. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. awal Emak [ #mak# ] Empat [ #mpat# ] tengah Lelah [ #llah# ] Tenat [ #tnat# ]

e) vokal belakang sempit [ u ]

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya tidak keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Awal Ulat [ #ulat# ] Ulam [ #ulam# ]

tengah Bulat [ #wbulat# ] Sulam [ #wsulam# ]

Akhir Dadu [ #dawdu# ] Batu [ #bawtu# ]

f) vokal belakang separuh sempit [ o ]

Bibir keadaan

berada

dalam bundar. lidah

Belakang ke arah tetapi

dinaikkan separuh tinggi lelangit lembut tidak sampai lelangit anak lelangit

menyentuh rongga tekak melaui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. hidung, dan

lembut. Bagi menutup

lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui hidung. Oleh itu, udara keluar

awal Ombak [ #omba# ] Obor [ #owbor# ]

tengah Sorak [ #wsora# ] Bola [ #wbola# ]

Akhir Soto [ #wsowto# ] Koko [ #wkowko# ]

6.0 Lambang vokal dan transkripsi. 6.1 Lambang vokal Di dalam bahasa Melayu, terdapat enam jenis vokal iaitu, [i], [e], [a], [],[u], dan [o]. Vokalvokal ini terbahagi kepada tiga jenis bunyi iaitu bunyi vokal depan, bunyi vokal tengah dan bunyi vokal belakang. Setiap vokal mempunyai lambang tersendiri. Rajah 1 menunjukkan lambang-lambang vokal dalam bahasa Melayu. Vokal hadapan vokal tengah vokal belakang

a Rajah 5.0: Lambang vokal dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga terdapat vokal primer dan vokal sekunder. Vokal primer ada enam iaitu a,e,,i,o, dan u. Rajah di bawah menunjukkan lambang vokal primer serta contoh perkataan yang menggunakan vokal-vokal primer. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan asap,anak ela, semak, sate iring, kita, ciri emak, tekad obor, botak ular, sultan, paku Tidak terdapat di hujung Nota

perkataan

Vokal sekunder pula ialah vokal yang hadir selepas konsonan sengauan iaitu konsonan [m,n,,]. Apabila vokal primer menerima pengaruh konsonan sengauan, vokal tersebut akan menjadi vokal sekunder. Vokal sekunder ini akan menerima tanda nasalisasi/penyegauan (~).

Nasalisasi merupakan proses merubah atau memberi nasal (sengau) kepada fonem-fonem. Contoh huruf vokal sekunder ialah [,,,]. Contoh perkataan yang sudah menerima nasalisasi : [#mn#] [#dn#] [#samn#] [#ns#]

6.2 Transkripsi Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk lambang-lambang fonetik daripada lambang-lambang tulisan huruf-huruf biasa. Transkripsi juga menurunkan lambang-lambang bunyi sebutan ke dalam bentuk lambang-lambang fonetik setepat mungkin mengikut sebutan sebenar penutur sesuatu bahasa (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007). Terdapat dua jenis transkripsi dalam bahasa Melayu iaitu transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Dua jenis transkripsi ini juga dikenali sebagai transkripsi sempit dan transkripsi luas. Transkripsi fonetik dikenali sebagai transkripsi sempit dan transkripsi fonemik dikenali sebagai transkripsi luas.

6.2.1 Transkripsi fonetik Dalam transkripsi fonetik pengkaji berusaha memberi lambang fonetik secara sangat terperinci dengan bunyi yang diucapkan atau tulisan yang dipindahkan ke dalam transkripsi fonetik tersebut. Terdapat pelbagai lambang dalam transkripsi fonetik ini. Sebagai contoh, lambang pembibiran [ penyegauan(nasalisasi) [ ], perengkungan [ , penglelangitkerasan ], , , ] [ dan pengglotisan []. ] Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi dan juga ciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu, transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada

pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi wujud dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007). 6.2.2 Transkripsi Fonemik Transkripsi fonemik juga dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik tiada koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh itu, transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik tidak menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik. Transkripsi fonemik hanya bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudah dalam bentuk lambang bunyi segmental sahaja. Jadual 3 menunjukkan perbezaan dan persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Tulisan rumi Saya Mata Untuk Kecuali Jenis Harimau Sauh Transkripsi fonetik [#saja#] [#mata#] [#unto#] [#kuali#] [#ns#] [#harima #] [# uh#] Transkripsi fonemik [#saja#] [#mata#] [#unto#] [#kuali#] [#nis#] [#harimau#] [#auh#]

Tulisan rumi 1) Bangunan itu cantik. 2 ) Buku ini keluaran terbaru. 3) Perniagaan saya hampir berjaya. Transkripsi fonetik 1) [ #baunan itu anti #] 2) [# buku ini kluaran trbaru #] 3) [# prniagaan saja hampir beryaja #] Transkripsi fonemik

1) [ #baunan itu canti #] 2) [# buku ini kluaran trbaru #] 3) [# prnigaan saja hampir beryaja #] Dalam transkripsi fonetik, mesti terdapat alat artikulasi tambahan, manakala transkripsi fonemik tiada alat artikulasi tambahan. Persamaan antara transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik ialah kedua-dua transkripsi ini tidak menggunakan semua tanda baca dalam bahasa Melayu.

7.0 Jadual vokal Melayu. Ketinggian Hadapan Tengah Belakang Sempit i/ i u/ u Separuh sempit e/e o/ o Tengah e/ Separuh luas e [ ]* o [ ]* Luas a/ a a [ ]* *Bukan standard yang terdapat dalam sebutan loghat atau kata pinjaman. Jadual 2.0: Jadual vokal melayu.

Klasifikasi Bunyi Bahasa I. Berdasarkan ada tidaknya artikulasi a. Vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami halangan pada saat pembentukannya. b. Konsonan ialah bunyi bahasa yang dibentuk dengan menghalang arus udara pada sebahagian alat ucap. c. Semi-vokal ialah bunyi yang sebenarnya tergolong konsonan tetapi pada saat diartikulasikan belum membentuk konsonan murni.

II.

Berdasarkan jalan keluarnya arus udara. a. Bunyi sengau ialah bunyi yang dihasilkan dengan menutup arus udara ke luar melalui rongga mulut dan membuka jalan agar arus udara dapat keluar melalui rongga hidung. b. Bunyi lisan ialah bunyi yang dihasilkan dengan jalan mengangkat hujung anak

tekak mendekati langit-langit lunak untuk menutupi rongga hidung, sehingga arus udara keluar melalui mulut.

III.

Berdasarkan ada tidaknya ketegangan arus udara saat bunyi di artikulasikan. a. Bunyi keras (fortis) ialah bunyi bahasa yang pada waktu diartikulasikan disertai ketegangan kuat arus. b. Bunyi lunak (lenis) ialah bunyi yang pada waktu diartikulasikan tidak disertai ketegangan kuat arus.

IV.

Berdasarkan lamanya bunyi diucapkan atau diartikulasikan a. Bunyi panjang b. Bunyi pendek

V.

Berdasarkan darjah kenyaringannya, bunyi dibezakan menjadi bunyi nyaring dan bunyi

tak nyaring. Darjah kenyaringan ditentukan oleh luas atau besarnya ruang resonansi pada waktu bunyi diucapkan. Makin luas ruang resonansi saluran bicara waktu membentuk bunyi, makin tinggi darjah kenyaringannya. Begitu pula sebaliknya.

VI.

Berdasarkan kewujudannya dalam suku kata a. Bunyi tunggal ialah bunyi yang berdiri sendiri dalam satu suku kata (semua bunyi vokal atau monoftong dan konsonan). b. Bunyi rangkap ialah dua bunyi atau lebih yang terdapat dalam satu suku kata. Bunyi rangkap terdiri dari - Diftong (vokal rangkap) : [ai], [au] dan [oi]. - Klaster (gugus konsonan) : [pr], [kr], [tr] dan [bl].

VII.

Berdasarkan arus udara a. Bunyi egresif ialah bunyi yang dibentuk dengan cara mengeluarkan arus udara dari dalam paru-paru. Bunyi egresif dibezakan menjadi : - Bunyi egresif pulmonik : dibentuk dengan mengecilkan ruang paru-paru,otot perut dan rongga dada. - Bunyi egresif glotalik : terbentuk dengan cara merapatkan pita suara sehingga glotis dalam keadaan tertutup. b. Bunyi ingresif, yaitu bunyi yang dibentuk dengan cara menghisap udara ke dalam paru-paru. Bunyi ingresif dibezakan menjadi : - Ingresif glotalik : pembentukannya sama dengan egresif glotalik tetapi berbeda pada arus udara. - Ingresif velarik : dibentuk dengan menaikkan pangkal lidah ditempatkan pada langitlangit lunak.

Pembentukan Vokal

I.

Berdasarkan posisi bibir

a. Vokal bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir bulat. Misalnya, vokal [u], [o] dan [a]. b. Vokal tak bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir tidak bulat atau melebar. Misalnya, [I], [e] dan [].

II.

Berdasarkan tinggi rendahnya lidah a. Vokal tinggi, yaitu vokal yang dibentuk jika rahang bawah merapat ke rahang atas : [I] dan [u]. b. Vokal madya atau muda ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah menjauh

sedikit dari rahang atas : [a] dan []. c. Vokal rendah ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah dimundurkan lagi sejauh-jauhnya : [a].

III.

Berdasarkan maju mundurnya lidah a. Vokal depan iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah bagian depan : [i] dan[e]. b. Vokal tengah iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan lidah begian tengah : [a]

dan []. c. Vokal belakang, yaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah bagian belakang : [u] dan [o].

IV.

Berdasarkan strikturnya Striktur adalah keadaan hubungan posisional artikulator (aktif) dengan artikulator pasif

atau titik artikulasi. Dilihat dari strukturnya, vokal dibezakan menjadi : a. Vokal tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat setinggi mungkin mendekati langit-langit dalam batas vokal. [i] dan [u].

b. Vokal semi tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat kepada dua pertiga di atas vokal paling rendah : [e] dan[o]. c. Vokal semi terbuka iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat dalam ketinggian sepertiga di atas vokal paling rendah :[] dan [o]. d. Vokal terbuka ialah vokal yang dibentuk dengan lidah dalam posisi serendah mungkin : [a] dan [A].

Pembentukan Konsonan I. Berdasarkan daerah artikulasinya (striktur) a. Konsonan bilabial ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan kedua belah bibir yang bersama-sama bertindak sebagai artikulator dan titik artikulasi : [p], [b], [m] dan [w]. b. Konsonan labiodental ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan gigi atas sebagai titik artikulasi dan bibir bawah sebagai artikulator : [f] dan [v]. c. Konsonan apiko-dental ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai artikulator dan daerah antar gigi (dents) sebagai titik artikulasi : [t], [d] dan [n]. d. Konsonan apiko-alveolar ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai arikulator dan lengkung kaki gaga (alveolum) sebagai titik artikulasi : [s], [z[, [r] dan [l]. e. Konsonan paltal (lamino-palatal) ialah konsonan yang dihasilkan oleh bagian tengah lidah (lamina) sebagai artikulator dan langit-langit keras (plantum) sebagai titik artikulasi : [c], [j], [S], [n] dan [y]. f. Konsonan velar (dorso-velar) iaitu konsonan yang dihasilkan oleh belakang lidah (dorsum) sebagai artikulator dan langit-langit lembut sebagai titik artikulasi : [k], [g], [x] dan [h]. g. Konsonan glotal atau hamzah ialah konsonan yang dibentuk oleh posisi pita suara sama sekali merapat sehingga menutup glotis : [?]

h. Konsonan laringal iaitu konsonan yang dibentuk dengan pita suara terbuka lebar sehingga udara keluar dan digesekan melalui glotis : [h]. II. Berdasarkan cara artikulasinya a. Konsonan halang (stop) ialah konsonan yang dihasilkan dengan cara menghalangi sama sekali udara pada daerah artikulasi : [p], [t], [c],[k], [d], [j], dan [g]. b.Konsonan geser (frikatif) ialah konsonan yang dibentukmdengan cara menggesekkan udara yang keluar dari paru-paru : [h], [s], [S], [z] dan [x]. c. Konsonan likuida (lateral) ialah konsonan yang dihasilkan dengan menaikkan lidah ke langit-langit sehingga udara terpaksa diaduk dan dikeluarkan melalui kedua sisi lidah : [l]. d. Konsonan getar (trill) iaitu konsonan yang dihasilkan dengan cara menjauhkan dan mendekatkan lidah ke alveolum dengan cepat dan berulang-ulang : [r]. e. Semi vokal ialah konsonan yang pada saat diartikulasikan belum membentuk konsonan murni : [w] dan [y].

III.

Berdasarkan posisi pita suara a. Konsonan bersuara ialah konsonan yang terjadi jika ydara yang keluar dari rongga ujaran turut menggetarkan pita suara : [b], [m], [v], [d], [r], [n], [j], [h], [g] dan [r].

b. Konsonan tak bersuara, yaitu konsonan yang terjadi jika udara yang keluar dari rongga ujaran tidak menggetarkan pita suara : [p], [t], [c], [k], [?], [f], [S], [x] dan [h]. IV. Berdasarkan jalan keluarnya udara a. Konsonan sengau ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga hidung : [m], [n] dan [h}. b. Konsonan lisan ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga mulut, contohnya adalah semua konsonan selain pada konsonan sengaul.

Ciri-ciri bunyi suprasegmental antara lain : a. Jangka ialah panjang pendeknya bunyi yang diucapkan. Tanda [] b.Tekanan ialah penonjolan suku kata dengan memperpanjang pengucapan, meninggikan nada dan memperbesar intensitas tenaga dalam pengucapan suku kata tersebut. c. Jeda atau sendi ialah ciri berhentinya pengucapan bunyi. Sendi dibezakan menjadi: - Sendi tambah (+) iaitu jeda yang berada di antara dua suku kata. Ukuran panjangnya kurang dari satu fonem. - Sendi tunggal (/) iaitu jeda yang berada di antara dua kata dalam frasa dengan ukuran panjang satu fonem. - Sendi rangkap (//) iaitu jeda yang berada di antara dua fungsi unsur klausa atau kalimat, di antara subjek dan predikat. - Sendi kepang rangkap (#) iaitu jeda yang berada sebelum dan sesudah pertuturan sebagai tanda diawali dan diakhirinya tuturan. d. Intonasi dan ritme Intonasi adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan naik turunnya nada dalam penglafazan kalimat Ritme adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan pola pemberian tekanan pada kata dalam kalimat. Kepentingan Suprasegmental Bahasa Melayu Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Penggunaan intonasi ini akan dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ini akan dapat menarik minat murid untuk memberikan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Suara yang tidak mempunyai perbezaan antara marah, geram, lucu, gembira, sedih dan tegas akan membuat murid-murid itu seperti tidak mempunyai sebarang reaksi. Inilah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu dalam pengajarannya.

Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat membantu murid-murid untuk lebih cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka.Di dalam kelas, bukan semua murid akan mempunyai tahap kemahiran yang sama dan tahap kecerdasan yang sama. Bukan mudah untuk mengubah sikap seseorang tetapi adalah mudah untuk menarik perhatian mereka agar dapat memberikan fokus kepada apa yang disampaikan. Nada-nada yang dapat memberikan murid-murid sedar bahawa guru itu sedang tidak puas hati dengan apa maklum balas mereka. Melalui tingkah laku mereka yang memperlihatkan tidak ada penguasaan yang jitu terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru. Kesimpulan Penghasilkan bunyi mempunyai tiga alat yang memainkan peranan penting, iaitu alat dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manuasia terdiri daripada dua jenis, iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-bunyi bukan bahasa. Bunyi-bunyi bahasa diberikan lambang-lambang tertentu. Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi iaitu vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa sekatan aliran udara. Keadaan sebaliknya pula kepada bunyi konsonan. Pelabelan bunyi-bunyi ini bergantung pada alat dan daerah artikulasi. Manakala untuk bunyi konsonan pula, keadaan pita suara turut diambil kira bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak. Oleh itu, bunyi dapat membantu pembelajaran itu berkesan dengan melalui permainan nada yang berbeza-beza agar dapat menarik perhatian murid-murid. Nada mendatar akan mengundang kebosanan dan pasti pengajaran akan menjurus kepada kegagalan. Cari pembaharuan dalam pengajaran dan jangan hanya bergantung kepada satu strategi sahaja. Cara yang bebeza-beza akan membantu minda dan keinginan murid-murid untuk lebih maju ke hadapan dan sentiasa menanti-nanti apakah teknik terbaru pada keesokan harinya.

Bibliografi Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 21/01/2011. Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd. Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp? e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA. Sistem Fonologi. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu Zaharani Ahmad ( 1993 ). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like