You are on page 1of 16

PROJEK IMBUHAN ( COMPENSATORY PROJECT )

Sejarah - Konsep projek imbuhan boleh dibincangkan selepas perang dunia kedua. - Wujub ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang menyebabkan peluang pendidikan antara orang kaya dan miskin. - Rakyat kelas atasan menerima pendidikan yang sempurna, rakyat kelas bawahan hampir tidak mendapat peluang belajar.

Masalah yang dihadapi oleh golongan miskin:


Kemudahan pembelajaran Motivasi Kesihatan Kewangan Pendedahan kepada ilmu

Tujuan projek imbuhan ini dijalankan untuk merapatkan jurang pendidikan antara orang kaya dan miskin.

Penekanan projek:
Tindakan yang wajar diambil pada peringkat awal seperti ujian diagnostik dan mengenal pasti sumber masalah. Mengenal pasti objektif eksplisit projek. P&P perlu disusun dengan rapi untuk mengelak masalah pembelajaran. Ubahsuai kurikulum, bahan mengajar, kaedah dan strategi dalam aktiviti P&P, aktiviti pembelajaran perlu dirangka.

Penglibatan ibubapa Bekerjasama dengan agensi yang boleh memberi sumbangan seperti program makanan sihat, subsudi dan lain-lain.

CIRI-CIRI PROJEK
Mengandungi program pembelajaran untuk pelajar yang mengalami masalah kewangan. Skim pembelajaran untuk semua subjek berdasarkan perkembangan kognitif pelajar. Skop pelajaran termasuklah pedagogi kelas, sosio-ekonomi dan situasi politik di luar kelas. Menyediakan subsidi makanan, kemudahan, dan bantuan kewangan.

Pembantu disediakan untuk semua pelajar prasekolah, sekolah rendah dan ibubapa. Objektif utama untuk merapatkan jurang peluang pendidikan antara kaya dan miskin.

inSPIRE PROJEK
Singkatan kepada Integrated System of Programme Instruction for the Rural Area. Juga bermaksud sistem panduan pengajaran terancang luar Bandar.

Tahun Ogos 1977 Matlamat projek - Mengutarakan pendekatan pengajaran terancang untuk tahap satu dan modul pembelajaran untuk tahap dua. - Menggabungkan tiga bentuk penyampaian pengajaran, iaitu melalui guru, rakan sebaya dan modul.

Berusaha mengeluarkan alat bantu mengajar dan lembaran kerja. Sebab sebab kurikulum dirancangkan - Untuk mengkaji dan meningkatkan P&P dan merangsangkan di sekolah sekolah luar bandar. - Bagi membantu Pusat Perkembangan Kurikulum untuk melaksanakan pemulihan(ringan) dan pengayaan dalam program KBSR.

PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2008


Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).

Pengajaran dan pembelajaran pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 .

KPM akan memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).

definisi
Definisi Program Pemulihan Khas Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Matlamat Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Objektif Setelah mengikuti program ini murid dapat: a) menguasai kemahiran asas 3M b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

CARTA ALIRAN

You might also like