You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM SAYANGI BUMI HIJAU DI FELDA RESIDENCY SUNGAI KLAH, SUNGKAI, PERAK.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERMAI PERSIARAN PRIMA, TAMAN PUCHONG PRIMA, 47150 PUCHONG, SELANGOR.

1.0

PENDAHULUAN Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Puchong Permai (PPKI SMKPPm) telah dibuka sejak tahun 2010. Sehingga kini, PPKI SMKPPm mempunyai seramai 31 orang murid bermasalah pembelajaran, 6 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Murid adalah terdiri daripada individu berkeperluan khas pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autism, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan Disleksia. Lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada aktiviti yang memberi salah satu cabang pengenalan dan pendedahan awal kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman sebenar di dunia luar. Ia amat penting kepada murid PPKI SMKPPm untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik dengan masyarakat luar disamping dapat menambah pengalaman dan pengetahuan mereka. Selain itu, dengan adanya lawatan seperti ini, ia dapat merancang suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan.

2.0

RASIONAL Program ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada murid berkaitan Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar khususnya hubungan pelajar dengan alam sekeliling. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid akan didedahkan secara langsung kepada alam semulajadi. Disamping itu, pelajar juga berpeluang untuk berinteraksi secara aktif dengan rakan, guru dan komuniti.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan pengetahuan tentang langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi. Mengamalkan sikap cintakan alam semulajadi dan hubungan yang baik sesama individu.

3.2

3.3

Menunjukkan interaksi sosial positif melalui hubungan yang baik diantara guru, murid dan komuniti.

4.0

SASARAN 4.1 4.2 4.3 Murid PPKI SMKPPm. Murid Aliran Perdana SMKPPm yang berminat. Guru dan pembantu pengurusan murid SMKPPm.

5.0

TARIKH / MASA / TEMPAT Tarikh Masa Tempat : : : 5 April 2012 (Khamis) 8.00 pagi 5.00 petang Felda Residency Sungai Klah, Sungkai, Perak.

6.0

PENGANGKUTAN Bas Persiaran muatan 40 orang dewasa.

7.0

TENTATIF PROGRAM MASA 7.30 pagi 8.00 pagi AKTIVITI Berkumpul di blok PPKI, SMK Puchong Permai Taklimat program Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut guru pengiring masing masing. Murid diberi taklimat berkaitan aktiviti lawatan dan pengurusan tingkah laku ketika aktiviti lawatan dijalankan. Murid turut dimaklumkan langkah langkah keselamatan diri yang perlu dipatuhi dan tatacara kecemasan. Bacaan doa dan pemberian sarapan. 8.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi Bertolak ke Sungkai, Perak Tiba di Kolam Air Panas Sungai Klah, Sungkai, Perak. Aktiviti 1 Sains, Sosial dan Alam Sekitar Di dalam kumpulan, murid ditugaskan untuk mengambil gambar seberapa banyak tumbuhan mengikut jenis. Kumpulan yang mendapat gambar terbanyak akan memperoleh hadiah. Aktiviti 2 Ikhtiar Hidup Di dalam kumpulan, murid akan diberikan sebiji telur setiap seorang dan diminta untuk merebus telur di dalam kolam air panas. Makan tengahari Guru Penyelaras PENYELARASAN Semua guru Guru Penyelaras

11.30 pagi

Guru Penyelaras

12.30 t/hari

J/K Makanan Guru Penyelaras

1.00 petang Aktiviti 3 Pengurusan Diri Murid diberi penerangan tentang cara melipat dan menyimpan baju yang betul. 1.30 petang Aktiviti 4 Keyakinan di Air / Keselamatan / Menyelamat / CPR 3.30 petang Bertolak pulang ke SMK Puchong Permai Pemberian minum petang. 5.00 petang Tiba di SMK Puchong Permai

Guru Penyelaras

8.0

BAJET Kutipan daripada murid dan guru: RM 2,000 (RM50 / seorang) Perbelanjaan BIL PERKARA 1 Sarapan Pagi (Air kotak MILO & 2 bungkus roti) 34 orang x RM 3.00 2 Makan Tengahari (Nasi ayam dan air mineral) 34 orang x RM 7.00 3 Minum Petang (Air kotak MILO & 2 bungkus roti) 34 orang x RM 3.00 4 Lain-lain (i) Air mineral 3 kotak x RM 25.00 (ii) Telur 40 biji x RM 0.50 (iii) Alat tulis (iv) Hadiah peserta 5 Tiket masuk Kolam Air Panas Sungai Klah Pelajar : 34 orang x RM 10.00 Guru & PPM : 7 orang x RM 10.00 6 Pengangkutan (Bas persiaran muatan 40 orang) Sewa untuk satu hari perjalanan pergi-balik RM 850 JUMLAH PERBELAJAAN

JUMLAH (RM) 102.00 238.00

102.00

75.00 20.00 53.00 150.00 340.00 70.00 850.00

2,000.00

10.0

AJK PELAKSANA : : Puan Normawati binti Tajuddin Puan Teo Boon Hwa Encik Zool Kapli bin Mohd. Yusof Encik Salwai bin Ismail Puan Hananiah binti Yusof Norhayati binti Razali

Penasihat Pengerusi

Penyelaras Bendahari

: :

Jawatankuasa Disiplin, Keselamatan dan Kebersihan Puan Kogilah A/P Subramaniam Puan Asiah binti Abd Wahab @ Ibrahim Jawatankuasa Makanan Puan Hananiah binti Yusof Puan Hasni binti Hariono

Jawatankuasa Dokumentasi Puan Hazarithsofia binti Hashim Jawatankuasa Pengangkutan Encik Mohd Faizal bin Mohd Fairos

11.0

PENUTUP Diharap dengan menyertai lawatan ini, ia dapat membuka minda para pelajar disamping memberi peluang kepada para pelajar pendidikan khas untuk melihat dengan lebih dekat lagi alam sekeliling dan keindahan flora dan fauna. Semoga dengan usaha murni ini akan dapat melahirkan pelajar pendidikan khas yang berdikari, berkeyakinan diri, berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang optimum mengikut kemampuan yang mereka miliki.

Disediakan Oleh:

. (PN. HAZARITHSOFIA BINTI HASHIM) Guru Pendidikan Khas Integrasi SMK Puchong Permai

Disemak Oleh:

... (PN. HANANIAH BINTI YUSOF) Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Puchong Permai

Disahkan Oleh:

You might also like