You are on page 1of 9

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Ketokohan Ulama Haraki Ustaz Yahya Othman


Badlihisham Mohd Nasir & Mohamad Abdul Rahman Mohd Yusof Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Pemikiran Ustaz Yahya Uthman yang banyak menyemarak pertumbuhan idea tarbiyyah dan dakwah dalam konteks sebuah harakah Islamiah seperti PAS didakwa telah menonjolkan ketokohan beliau sebagai seorang ulama haraki. Penglibatan beliau secara langsung gerakan antarabangsa sejak zaman pelajar bukan sahaja menjadikan beliau sebagai seorang tokoh murabbi yang kaya dari pengalaman tetapi juga menawarkan suatu perspektif dakwah baru yang sesuai dengan perkembangan ilmu dakwah yang dinamik. Namun demikian, tulisan ini hanya menyorot ketokohan Ustaz Yahya Uthman khususnya dalam konteks perjuangan gerakan Islam. Ia meliputi latarbelakang hidup beliau yang banyak terdedah kepada pendidikan Islam haraki, bakat kepimpinan samada dalam organisasi pendidikan dan gerakan politik serta sorotan ringkas terhadap hasil karya beliau yang boleh dijadikan bahan dalam mengupas pemikiran dakwah haraki semasa.

PENGENALAN Perbincangan tentang tokoh gerakan Islam sebagai wahana ulama era kontemporari penting kerana mereka sangat berperanan dalam konteks Islam semasa. Di negara ini nama Ustaz Yahya Uthman mungkin tidak begitu terkenal sebagai seorang tokoh ulama biasa tetapi sangat sinonim sebagai seorang murabbi berusaha melakukan transformasi khususnya dalam memperkasakan tarbiyyah bagi gerakan Islam. Pemikiran Ustaz Yahya Uthman yang banyak menyemarak pertumbuhan idea tarbiyyah dan dakwah dalam konteks sebuah harakah Islamiah seperti PAS didakwa telah menonjolkan ketokohan beliau sebagai seorang ulama haraki. Penglibatan beliau secara langsung gerakan antarabangsa sejak zaman pelajar bukan sahaja menjadikan beliau sebagai seorang tokoh murabbi yang kaya dari pengalaman tetapi juga menawarkan suatu perspektif dakwah baru yang sesuai dengan perkembangan ilmu dakwah yang dinamik. Namun demikian, tulisan ini hanya menyorot ketokohan Ustaz Yahya Uthman khususnya dalam konteks perjuangan gerakan Islam. Ia meliputi latarbelakang hidup beliau yang banyak terdedah kepada pendidikan Islam haraki, bakat kepimpinan samada dalam organisasi pendidikan dan gerakan politik serta sorotan ringkas terhadap hasil karya beliau yang boleh dijadikan bahan dalam mengupas pemikiran dakwah haraki semasa. Latar Belakang Pendidikan: Sekitar zaman sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2, Kampung Dewan, Labok yang terletak dalam jajahan Machang hanyalah sebuah kampung biasa yang tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung Melayu di

Kelantan. Pada ketika itu, penduduk kampung merupakan petani tradisional dan hanya sejumlah kecil sahaja terlibat dalam aktiviti perniagaan.1 Di Kampung Dewan inilah bertemunya Hj. Uthman b. Mat Kib dan Hjh. Halimah bt. Seman yang mana merupakan sepasang petani kecil yang menyara hidup mereka dengan hasil pertanian. Sepasang suami isteri yang hidupnya serba sederhana itu memiliki dua orang anak.2 Pada tanggal 22 September 1939, mereka dikurniakan seorang lagi putera iaitu Yahya. Yahya bin Uthman dilahirkan di kampung berkenaan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki.3 Sejarah tentang bagaimana namanya diperolehi ialah ketika ayahnya pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika di sana, ayah beliau telah berjumpa dengan seorang alim ulama yang bernama Hj. Yahya Banggol. Ulama tersebut juga berasal dari Kelantan dan berkhidmat dengan mengajar ilmu agama di sana. Beliau adalah seorang yang suka membantu orang yang kesusahan dan dermawan. Justeru, Hj Uthman telah menanam hasrat untuk menamakan anak bongsunya nanti dengan nama Yahya kerana tertarik dengan keperibadian ulama tersebut. Akhirnya anak bongsunya itu diberi nama Yahya sempena nama ulama berkenaan.4 Yahya lahir dan membesar dalam zaman serba kekurangan, meleset serta sarat dengan cabaran. Tambahan pula ketika Perang Dunia kedua tercetus dengan pendaratan Jepun di Kota Bharu dan penjajahan kuasa Negara Matahari Terbit itu ke atas Malaya. Memang sukar hendak dibayangkan betapa kalutnya kemelut yang melanda. Walau bagaimanapun ianya tidak menghalang kedua ibubapa itu daripada terus menyalakan lampu masa

107

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

hadapan bagi anak-anak mereka khususnya bagi si bongsu.5 Ketika usia Yahya menjangkau tujuh tahun, beliau telah dihantar masuk ke Sekolah Melayu Labok bagi mendapatkan pendidikan awal. Namun, pembelajarannya di sekolah itu hanya mengambil masa selama dua tahun setengah sahaja. Ini disebabkan beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Tanah Suci Mekah untuk menimba ilmu di sana pada tahun 1947.6 Di Mekah, beliau tinggal bersama ibu saudaranya dari sebelah ibu. Tetapi selepas empat tahun kemudian ketika umur menjangkau 12 tahun, beliau terpaksa berpindah mencari kediaman sendiri, menyara hidupnya sendiri dan berusaha apa sahaja demi meneruskan pengajiannya di Darul Ulum al-Diniyah. Kehidupan di sana menyedihkan kerana beliau sentiasa berada di dalam kelaparan.7 Meskipun demikian, Yahya tidak membuang masa malah tidak melepaskan kesempatan untuk samasama menelaah pelajaran di Masjidil Haram. Beliau banyak menelaah kitab-kitab besar dengan ulamaulama Arab dan Indonesia yang mengajar di situ khususnya dalam ilmu Hadith, Mustolah Hadith dan Tafsir.8 Sebagai seorang pencinta sastera dan bahasa, Ustaz Yahya Uthman juga merebut peluang untuk mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab daripada guru-guru yang datang daripada Mesir dan Indonesia. Maka tidak hairanlah beliau mampu memahami dan menguasai syair mahupun prosa Arab tradisional dan moden. Antara karya-karya yang telah dikuasai oleh beliau ialah karya-karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Lantas sangatlah wajar disenaraikan guru-guru beliau di sana antaranya ialah Sheikh Hasan Masyak, Sheikh al-Maliki, Sheikh Amin Qutubi, Sheikh Abdul Kadir dan guru yang paling beliau kagumi dan sanjungi ialah Sheikh Yasin Padani yang berasal dari Padang Indonesia yang telah banyak mendidik dan menyayangi beliau.9 Pada tahun 1958, Yahya menamatkan pengajiannya di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah. Selanjutnya pada tahun 1960, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Azhar. Di sana beliau mengikuti pengajian Syariah wal-Qanun. Ustaz Yahya Uthman begitu gigih dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana pelajar yang datang dari Tanah Melayu hanya gemar memilih jurusan Syariah kerana pengajiaanya boleh ditamatkan dalam tempoh empat tahun. Tetapi pengajian beliau dalam jurusan Syariah wal-Qanun mesti ditamatkan dalam tempoh lima tahun. Tetapi itu tidak sedikit pun membuat diri beliau gentar dengan cabaran tersebut. Beliau sangat yakin bahawa melalui pengajian yang dipilihnya itu beliau akan beroleh banyak kesempatan untuk mendalami ilmu undang-undang perbandingan, ekonomi politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Pencapaiannya di Universiti al-Azhar sangat memberansangkan. Dengan kesungguhan beliau

dalam pengajiannya, maka wajarlah beliau naik ke tahun dua di universiti tersebut. Bermula dengan detik kejayaan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mula menghulurkan biasiswa sebanyak RM250 sebulan bagi menanggung kos pengajian beliau di sana. Beliau menerima biasiswa ini sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah wal-Qanun pada tahun 1966.10 Ibarat orang berkata, kerinduan yang teramat ialah kerinduan kepada tanahair dan keluarga apabila kita berjauhan. Perasaan ini juga bergelumang di dalam diri Ustaz Yahya Uthman dan beliau mengalaminya. Setelah beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, beliau pulang ke tanahair buat pertama kali setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah tanah tumpah darahnya. Beliau bersama keluarganya hanya selama tiga bulan sahaja dan kemudiannya kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti al-Azhar. Pengajian beliau mengambil masa selama empat tahun dan akhirnya berjaya menggondol ijazah Sarjana dalam bidang Politik Islam.11 Setelah beliau menamatkan pengajian di Darul Ulum ad-Diniyah pada tahun 1958 di Mekah, beliau telah memasang niat yang besar di dalam dirinya iaitu ingin mengembara. Hal ini kerana beliau ialah seorang pencinta ilmu yang arif tentang liku-liku cabaran dan riwayat hidup para ulama silam yang berdakwah dalam mencari dan menyebarkan ilmu dengan mengembara. Ustaz Yahya Uthman memulakan langkah pertamanya dengan penuh kental menuju ke Damsyik iaitu ibukota Syria. Walaupun hanya tiga bulan beliau berada di sana, peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau sentiasa berada dan beriktikaf di dalam masjid, mendalami kitabkitab, menghadiri ceramah-ceramah agama termasuklah mengikuti program ceramah oleh Dr. Mustafa as-Syibai iaitu ketua kepada pertubuhan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Syria pada ketika itu. Sebenarnya tujuan utama beliau mengembara ke sana ialah untuk mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ketua Ikhwanul Muslimin tersebut dan bergerak rapat mengikutinya sebagai sebuah harakah Islamiah.12 Kecintaanya kepada ilmu menyebabkan beliau sanggup mengembara ke Baghdad, Iraq. Di sana beliau mengisi masa-masa beliau dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Antaranya beliau sempat menadah kitab Jami al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany.13 Bakat Kepimpinan: Bakat dan ciri-ciri beliau di dalam kepimpinan jelas terserlah sejak zaman persekolahannya lagi. Hal ini dapat dibuktikan dalam usia yang muda lagi beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Mekah dan kehidupannya di sana penuh dengan cabaran dan kesusahan hidup sehingga memaksa beliau hidup berdikari dalam usia

108

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

yang mentah yang tidak tahu menghadapi cabarancabaran hidup di dunia. Kepimpinan Ustaz Yahya Uthman mula terserlah ketika beliau baru berusia 15 tahun. Hal ini kerana pada usia tersebut beliau sudah diberi kepercayaan untuk menduduki barisan Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah. Di dalam persatuan ini, beliau dilantik sebagai Penolong Setiauasa badan tersebut.14 Kesibukan beliau dalam organisasi tidak menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran. Beliau digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam beliau terhadap buku. Tanpa buku-buku ilmiah disisi, hidup beliau dirasakan begitu sepi dan sunyi. Oleh yang demikian, beliau sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku. Beliau sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku dan sekiranya beliau tidak mampu, beliau akan meminjam buku-buku yang dikehendaki dengan rakan-rakan, di perpustakaan mahupun dengan guru-guru beliau. Di atas kesungguhan dan minat mendalam itu, beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai pustakawan untuk melancarkan proses peminjaman buku, menghasilkan buletin serta menyebarkannya.15 Minat yang mendalam beliau dalam pembacaan semakin terserlah ketika beliau menuntut di Universiti al-Azhar. Ketika itu beliau menetap di Kampung Melayu Abidin yang mana kampung atau kawasan kediaman tersebut didiami oleh pelajarpelajar yang berasal dari Malaysia. Kawasan kampung tersebut begitu hampir dengan dengan perpustakaan terbesar di Mesir iaitu Darul Qutub alMasyriah. Hal ini membolehkan dan memudahkan beliau untuk mengunjungi perpustakaan tersebut untuk menelaah dan mencari serta meminjam bukubuku ilmiah yang beliau perlukan.16 Sebagaimana ketika pengajian beliau di Mekah, di Kaherah juga beliau tidak mengabaikan kegiatan sosialnya. Justeru kepimpinan yang baik, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961, Setiusaha Biro Pendidikan pada tahun 1962. Dan pada tahun 1963, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa. Dengan perlantikan-perlantikan tersebut beliau telah menjaga kebajikan dan keperluan-keperluan berkaitan dengan pengajian pelajar-pelajar Malaysia disamping pelajar-pelajar dari negara lain juga tidak diabaikan.17 Sebelum Ustaz Yahya Uthman bergiat aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau telah berkhidmat di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK). Beliau telah dilantik sebagai pensyarah jurusan Syariah di yayasan tersebut. Jawatan tersebut disandang pada tahun 1967 setelah beliau kembali ke tanahair. Pendidikan Islam mulai dicerna dengan lebih rapi pada tahun ini juga kerana ia merupakan titik-tolak kepada corak dan dasar

pendidikan negara. YPTIK memainkan peranan yang penting dan bertanggungjawab dalam mencorak pendidikan tersebut. Sebagai seorang tenaga pengajar, ianya turut membakar semangat dan mendorong beliau agar lebih proaktif ketika memimpin proses pembelajaran.18 Ustaz Yahya Uthman memulakan tugas sebagai pengajar di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) di Nilam Puri. Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Syariah Wal-Qanun. Beliau sebenarnya mula melibatkan diri dalam gerakan Islam bermula di Mesir lagi ketika masih bergelar pelajar. Kefasihan beliau dalam Bahasa Arab menyebabkan beliau sering kali menjadi pengantaraan apabila pembesar dari negara Timur Tengah mengunjungi negara ini.19 Kemahiran yang dimilikinya ini menyebabkan beliau dilantik menjadi penterjemah kepada Menteri Besar Kelantan Dato Mohd Asri serta sebagai pembantu khas dalam urusan berkaitan pendidikan dan hubungan dengan Mesir. Tidak hairanlah jika beliau dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab mempereratkan hubungan Kelantan dengan Universiti al-Azhar.20 Universiti al-Azhar menganggap pusat YPTIK sebagai anak kandungnya ketika itu. Malah pelajar lepasan tahun satu di YPTIK layak memasuki alAzhar bagi tahun dua. Hasilnya, pelajar yang dilahirkan di YPTIK dapat menguasai Bahasa Arab sehingga lahir ramai cendikiawan Islam yang terkenal. Walaubagaimanpun, beliau terkilan apabila kecermelangan YPTIK berakhir setelah PAS menyertai Perikatan. YPTIK kemudian bertukar menjadi Akademi Islam, Universiti Malaya. Sistem pembelajarannya juga dipinda mengikut kehendak kerajaan Perikatan.21 Ustaz Yahya Uthman pernah mencadangkan dan memberi nasihat kepada Dato Mohd Asri agar tidak menerima cadangan kerajaan Perikatan tersebut dan beliau kesal bahawa Dato Mohd Asri adalah antara individu yang menyokong penuh kerjasama dengan kerajaan perikatan. Sebelum proses kerjasama dijalinkan, PAS meletakkan 13 syarat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussin dan syarat-syarat tersebut telah diterima. Di dalam syarat-syarat tersebut, PAS berhak memberi pandangan terhadap apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam. Perikatan perlu memberi kebebasan kepada PAS menyebarkan dakwah Islamiah dan mengiktiraf lulusan Universiti al-Azhar.22 PAS ketika itu dapat memasuki pusatpusat pengajian tinggi tanpa sebarang gangguan. Antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (UiTM). Namun, hasil daripada kerjasama tersebut rupa-rupanya ada udang disebalik batu. YPTIK akhirnya dikuburkan dengan lahirnya Akademi Islam Universiti Malaya (UM) di Nilam Puri.23 Ketokohan beliau dalam memimpin pelajar terserlah semasa beliau berkhidmat sebagai

109

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

pensyarah di YPTIK. Antara matapelajaran yang dibimbingnya ialah Pengantar Undang-Undang dan Perbandingan Perlembagaan, Ekonomi Politik, Undang-Undang Antarabangsa, Sistem Pemerintahan Islam, Sistem Kewangan Negara Islam serta penulisan karangan Bahasa Arab. Tidak dinafikan perkhidmatan yang beliau berikan adalah cukup cemerlang. Hal ini dapat dibuktikan apabila setelah tiga tahun, beliau diangkat dan dilantik menjadi Pensyarah Kanan. Lima tahun kemudian, beliau dilantik pula sebagai Pemangku Dekan, seterusnya menjadi Timbalan Pengetua, sebelum dilantik sebagai Penyelia Maahad Dakwah walImamah.24 Kini Maahad Dakwah wal Imamah hasil kepimpinan beliau dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS), hasil penubuhan yang dicetuskan oleh YAB Tuan Guru Dato Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.25 KIAS yang lahir dari Maahad Dakwah wal Imamah adalah merupakan kesinambungan dari Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam Puri yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pusat ini kemudiannya dikenali dengan nama Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) sehinggalah pada 1 April 1981, YPTIK telah diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.26 Walaupun YPTIK terkubur, Ustaz Yahya Uthman merupakan tokoh penting dalam mewujudkan Maahad Dakwah Wal Imamah bagi menggantikan YPTIK. Kini YPTIK dikenali sebagai Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).27 Kecenderungan Ustaz Yahya Uthman berbakti di dalam bidang ilmu dan pengalamannya membantu mewujud dan mencernakan hubungan kemasyarakatan yang dimulainya sejak di Mekah terus dipraktikkan di negara ini. Beliau pernah aktif dalam Pertubuhan Belia Islam Antarabangsa (WAMY) disekitar awal 1970-an. Ustaz Yahya telah menyampaikan puluhan syarahan dan kertas kerja berkaitan dengan tarbiah harakiah yang dibentang di seminar-seminar dan ceramah umum bukan sahaja di tanahair bahkan juga di luar negara yang mana pada ketika itu beliau berkhidmat di dalam sektor pendidikan dan akademik. Beliau juga ada menghasilkan beberapa buah buku yang ditulis dalam Bahasa Arab. Sebagai pendorong dan penggerak kepada kemajuan tamadun literasi, beliau telah dipilih sebagai Tokoh Buku pada tahun 2000, sempena Pesta Buku Kelantan.28 Selain sebagai tokoh politik, beliau juga diberi beberapa anugerah oleh kerajaan negeri, antaranya anugerah Tokoh Hijratul Rasul pada tahun 2006, Anugerah Khas Kehormat KIAS pada tahun 2002 dan Tokoh Guru YIK pada tahun yang sama. Kepimpinan dalam Gerakan Islam PAS: Sebagai sebuah negerti yang menjadi rujukan praktis gerakan Islam memerintah, tarbiah menjadi agenda penting bagi PAS yang dianggotai oleh Ustaz Yahya. Jika

tarbiah mantap, maka mantaplah sokongan rakyat terhadap PAS. Semuanya ini tidak dapat lari dari seorang insan yang mulia peribadinya yang bernama Ustaz Yahya Uthman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ye. Kerja-kerja tarbiah yang dilaksanakan telah sinonom dalam hidup beliau. Beliau bergerak ke seluruh negara bagi memantapkan elemen tarbiah dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS. Program yang dikendalikan lebih berbentuk usrah. Di mana sahaja jika terdapat kursus tarbiah atau usrah, Ustaz Yahya Uthman pasti muncul di situ. Segala nasihat dan tunjuk ajar serta pedoman yang diberikan dapat menguatkan pegangan ahli dan pemimpin PAS kepada agama. Malah aspek inilah yang membezakan diantara UMNO dan PAS. UMNO tidak memberikan penekanan kepada tarbiah manakala PAS bangkit kerana tarbiah. Walaupun terdapat ramai ulama yang menganggotai UMNO, mereka dilihat jarang berperanan seperti apa yang dilakukan oleh seorang ulama haraki ini. 29 Ini juga memberikan perbezaan yang ketara di antara sebuah gerakan Islam seperti PAS berbanding gerakan politik nasionalis yang pragmatik seperti UMNO. Ustaz Ye, nama yang sangat popular bagi ahliahli PAS ini mempunyai prinsip kepimpinan yang tegas dan tidak mudah mengalah. Pendiriannya tidak mudah digoyang dan beliau pantang sama sekali untuk berkompromi dengan orang lain. Dengan kerjasama yang padu dari seluruh negeri, program usrah telah berjaya dilaksanakan dan hasilnya ramai pemimpin yang bermutu dapat dilahirkan. Tujuan asal program usrah dilaksanakan ialah untuk mendidik masyarakat untuk mengenali, menghayati dan memahami agama Islam dan memahami isu-isu semasa. Telah menjadi tugas beliau untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiah dalam PAS secara tersusun dalam kalangan ahli-ahli parti diperingkat akar umbi lagi.30 Ini tidak menghairankan kerana Ustaz Yahya Uthman pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS sekaligus merupakan seorang murabbi tarbiah PAS Pusat. Reputasi beliau dari sudut thiqah dalam PAS teruji kerana beliau juga merupakan menantu kepada Tuan Guru Haji Hussin yang menyertai PAS pada tahun 1954 iaitu sebaik sahaja PAS membuka sayapnya di Kelantan dan menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sebelum diambil alih oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1968.31 Minat dan tanggungjawabnya dalam harakah Islamiah telah membawanya terlibat secara langsung dalam bidang siasah. Cinta kepada politik Islam menyebabkan beliau rela meletak jawatan di YPTIK untuk bertanding di DUN Pasir Puteh pada tahun 1978. Percubaan pertamanya itu yang memperolehi jumlah undi sebanyak 9,580 walaubagaimanapun tewas kepada Wan Najib Wan Mohamad yang mewakili BN yang memperolehi jumlah undi sebanyak 12,018.32 Timbul isu mengapakah Ustaz Yahya Uthman tidak dicalonkan dalam pilihanraya umum Negeri

110

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

dan Parlimen pada tahun 1982. Berlaku kemelut antara Pesuruhjaya PAS Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan Presiden PAS Pusat iaitu Dato Mohd Asri yang mana nama Ustaz Yahya Uthman telah dicadangkan oleh Tuan Guru untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. Namun ianya didakwa ditolak oleh Dato Mohd Asri. Maka pada tahun tersebut Ustaz Yahya Uthman tidak dicalonkan pada pilihanraya tersebut.33 Tetapi menurut Ustaz Yahya, beliau lebih mementingkan komitmennya terhadap tugasnya sebagai Bendahari PAS Kelantan. Dato Mohd Asri sebenarnya telah berkali-kali memujuk beliau untuk terima sebagai calon dalam pilihanraya pada tahun tersebut dan jika menang beliau akan dilantik sebagai Exco. Namun, beliau menolak pelawaan dan pujukan Dato Mohd Asri setelah menyedari dan seterusnya menentang beliau kerana memilih beberapa calon yang ditolak oleh Dewan Ulama justeru tidak memiliki kredibiliti dan tidak cukup syarat untuk diangkat menjadi calon seterusnya menjadi pemimpin.34 Oleh kerana prinsip hidup beliau yang kuat dan menentang dengan apa yang telah dilakukan oleh Dato Mohd Asri, maka beliau melepaskan dan menolak nama beliau daripada dicalonkan untuk dipertandingkan pada pilihanraya tersebut kerana merasakan Dato Mohd Asri lebih mementingkan kroni dan kepentingan peribadi daripada kelayakan dan kriteria-kriteria yang perlu ada pada diri seseorang itu sebelum layak dan dicalonkan dalam pilihanraya. Beliau juga bimbang apabila menyandang sesuatu jawatan kelak, tugas-tugas yang diamanah untuk dilaksanakan akan terbengkalai seterusnya akan menjatuhkan kuasa dan maruah PAS itu sendiri.35 Biarpun begitu, sinar kepimpinan Ustaz Yahya tidak pudar samasekali. Berdasarkan kepada kebolehan yang ada pada diri, beliau kemudian dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Setiusaha Dewan Ulama PAS Pusat. Ketika itu Ketua Dewan berkenaan ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.36 Seterusnya pada pilihanraya umum 1986, nama Ustaz Yahya Uthman sekali lagi diangkat dan dicalonkon untuk mewakili kawasan DUN Banggol Judah. Beliau hanya memperolehi jumlah undi sebanyak 3,058 dan tewas pada pilihanraya tersebut kepada calon BN iaitu Ismail bin Mamat yang memperolehi jumlah undi sebanyak 3,487. Majoriti yang hanya dibezakan sebanyak 429 undi ini memberi isyarat bahawa bakat kepimpinan beliau mulai mencabar lawan politiknya.37 Ini dibuktikan apabila beliau menang dalam pilihanraya umum pada tahun 1990 dengan undi sebanyak 5,198 bagi kawasan DUN Banggol Judah. Calon BN ketika itu masih lagi Ismail Mamat yang memperolehi sebanyak 3,078 undi dan calon BEBAS iaitu Alias bin Jusoh yang hanya memperolehi sebanyak 87 undi sahaja. Kemenangan dengan majoriti undi sebanyak 2,120 memberi laluan selesa bagi Ustaz

Ye melangkah meneruskan perjuangan politik harakinya.38 Kemenangan tersebut menyebabkan beliau telah dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri. Beliau telah mempengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah. Beliau telah menang dan menguasai DUN tersebut selama dua penggal sebelum diganti oleh Zakaria Yaakob pada pilihanraya umum 1999.39 Kesan daripada pelantikan beliau itu telah membawa banyak membawa perubahan yang besar terutamanya dalam institusi pendidikan di Kelantan dan banyak program pembangunan insan telah dilaksanakan bagi membentuk masyarakat yang mempunyai ilmu yang mantap disamping mentarbiah ahli-ahli dan pemimpin PAS itu sendiri. Nama Ustaz Yahya Uthman juga tidak begitu asing berkenaan penglibatan beliau dalam gerakan Islam lain sebelum PAS. Beliau pernah terlibat dan menjadi salah seorang individu yang mempunyai peranan yang penting dalam gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang mana beliau pernah dilantik sebagai Ahli Syura ABIM. Hubungan beliau yang begitu erat dengan tokoh-tokoh ABIM pada ketika itu dapat dilihat ketika pilihanraya umum 1978, di mana tokoh besar seperti Ustaz Fadhil Nor yang ketika itu menjawat jawatan selaku Timbalan Presiden, Ustaz Nakhaei Haji Ahmad selaku Naib Presiden, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman selaku Bendahari, Tuan Guru Haji Abdul Awang selaku Yang Dipertua ABIM bagi negeri Terengganu.40 Namun, gandingan ABIM dan PAS kurang memberangsangkan di mana keputusan Pilihanraya Negeri (Dewan Undangan) Kelantan menyaksikan PAS hanya mampu bertahan di dua kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan iaitu di DUN Sering dan DUN Manek Urai.41 Ketokohan sebagai ulama sekaligus tokoh haraki menyebabkan beliau terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama Pas Pusat bagi sesi 2001-2003, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan pada penggal sesi 1990-1995/19951999 dan menjadi Anggota Majlis Syura Ulama PAS bagi sesi 2001-2004.42 Beliau juga pernah menjadi Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengelola Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).43 Beliau juga menjadi individu yang penting dalam mencadangkan penubuhan Maahad Tahfiz Pulai Chondong kepada Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat serta menghadkan kepada pelajar-pelajar yang benarbenar berkelayakan untuk belajar di maahad tersebut.44 Beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) oleh Sultan Kelantan pada tahun 2010 yang membawa gelaran (Dato Paduka).45 Penulis juga difahamkan bahawa anugerah tersebut telah dikurniakan oleh baginda sendiri di rumah beliau.

111

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Sultan Kelantan amat berbesar hati jika Ustaz Yahya Uthman menerima anugerah tersebut. Beliau telah menerima anugerah tersebut atas dasar menghormati dan menjunjung tinggi permintaan baginda ke atas beliau. Difahamkan bahawa anugerah tersebut sebenarnya harus diterima oleh beliau pada tahuntahun yang lepas akan tetapi beliau menolak dan tidak mahu menerimanya. Hal ini kerana beliau merasakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima anugerah darjah tersebut dan ada lagi orang lebih sesuai untuk menerimanya dengan tahap kredibiliti yang lebih tinggi daripada beliau.46 Sebagai seorang anak Kelantan yang menghormati institusi Diraja, beliau menjalinkan hubungan baik dengan kaum kerabat baginda. Sultan Kelantan amat menghargai pengorbanan serta jasa yang amat besar yang telah dilakukan oleh Ustaz Yahya Uthman sepanjang berkhidmat dalam kerajaan negari mahupun PAS.47 Beliau juga sangat terkenal dalam kalangan ahli PAS sebagai murabbi sering turun padang dalam program-program sama ada bagi peringkat negeri ataupun kebangsaan yang mana beliau juga sebagai ahli Lajnah Tarbiah Dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat berperanan untuk melatih golongan-golongan muda sebagai petugas pemuda saf hadapan untuk mewarisi kepimpinan PAS kelak. Beliau menerima jemputan daripada pelajarpelajar IPT untuk membentangkan kertas-kertas kerja berkenaan dengan Tarbiah Fikrah Islamiah, Tamrin Qiadi dan juga aktif dalam merencanakan program berbentuk Mukhayyam Tarbawi. Beliau juga juga bertindak sebagai individu yang berusaha dalam aktiviti perkaderan yang melibatkan ahli-ahli PAS dan pimpinan termasuk Dewan Pemuda dan Muslimat PAS pusat.48 Antara kegiatan yang turut disertai beliau dalam keadaan uzur ialah Ijtimak Tarbawi PAS di Rusila pada 2010 di mana beliau masih gagah dan bersemangat dalam membangkitkan semangat tarbiah di kalangan pemuda parti. Keringat beliau amat diperlukan kerana beliau sendiri merupakan tokoh tarbiah PAS yang telah mendapat tarbiah Ikhwan al-Muslimin secara langsung dan menggunakannya untuk dicurahkan kepada golongan muda. Walaupun keuzuran, beliau tetap mengambil peranan bersama-sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam melaksanakan kuliah untuk masyarakat umum dan usrah bagi kepimpinan dalaman. Kesan daripada itu, kepimpinan dan ahli serta penyokongnya telah dibekalkan kefahaman dan fikrah perjuangan yang mantap.49 Ustaz Yahya Uthman kini jarang muncul di khalayak ramai kerana keuzuran telah membataskan segala pergerakkan beliau. Biarpun sering uzur, namun beliau tetap mengikuti perkembangan semasa PAS dan kerajaan negeri. Malah beliau yakin kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah mempunyai kemampuan untuk menguruskan kerajaan dengan baik.

Beliau bersungguh-sungguh untuk mendidik masyarakat ke arah merealisasikan generasi alQuran tidak hanya dilaksanakan ketika memegang jawatan dalam kerajaan negeri tetapi juga diteruskan sehingga hari ini walaupun tidak lagi memegang jawatan. Minat beliau yang tinggi dalam pendidikan terutamanya masih menyebabkan beliau masih memberikan tumpuan kepada Kompleks Darul Quran yang diasaskan sejak tahun 1996. Kompleks yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat khususnya dalam bidang keagamaan itu kini telah menjadi mercu tanda yang mampu meletakkan nama Kampung Labok dibibir-bibir penduduk tempatan dan juga luar.50 Menurut Ustaz Yahya, kompleks yang memakan belanja lebih RM1 juta tersebut dibangunkan atas sumbangan orang ramai dekat dan jauh serta dari sanak saudaranya sendiri. Minat beliau yang tinggi dalam bidang pentarbiahan atau pendidikan telah mendorong beliau untuk menubuhkan kompleks tersebut hasil daripada kerjasama orang ramai.51 Kompleks tersebut menyediakan kelas pengajian al-Quran bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Selain itu, kuliah-kuliah agama, kelas bakal imam dan banyak lagi program-program yang berkaitan turut diadakan. Kedudukan kompleks bersebelahan dengan Masjid Labok juga memberi kelebihan kepada orang ramai bagi menggunakan kedua-dua kemudahan tersebut.52 Apa yang paling penting beliau melalui Kompleks ini, beliau mahu mendidik masyarakat agar sekurang-kurangnya tidak menjadi golongan yang jahil dan buta agama serta dapat memahami makna seterusnya menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika sembahyang yang mana dapat membantu mereka agar lebih khusyuk ketika sembahyang.53 Karya dan Pemikiran: Ustaz Yahya Uthman juga adalah seorang ulama yang sangat prolifik dalam bidang penulisan. Ia dapat dijadikan sebagai sumber panduan kepada jamaah ataupun harakah bagi membentuk masyarakat yang Islamik mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Beliau telah menghasilkan sebanyak 32 artikel yang terdiri daripada kertas-kertas kerja, penyampaian dalam seminar-seminar dan makalah-makalah berkaitan dengan pembangunan Harakah Islamiah. Antara kertas kerja tersebut ialah: Peranan Muslim Haraki Dalam Masyarakat (1997). Kearah Membina Ahli Yang Berpengaruh (2006). Kepentingan Ulama Di Antara Harapan dan Cabaran Di Dalam Menjana Kemenangan Pas 2003 (2002). Di samping itu, beliau juga turut menyumbang tulisan dalam bentuk makalah-makalah dan makalah-makalah tersebut berada dalam simpanan

112

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

beliau yang mana ianya digunakan sebagai sumber rujukan dalam menyampaikan ceramah-ceramah selain menjadi bahan penting untuk pembangunan Harakah Islamiah. Antaranya ialah: Permasalahan Tarbiyah Kini Dan Penyelesaiannya (2001). Ulama Yang Diperlukan Dalam Harakah (2001). Kepentingan Tarbiyah Di Dalam Jamaah (2000). Peranan Ulama Dalam Menggerakkan Jamaah (2002). Mengenali Harakah Islamiah Menghadapi Cabaran Masa Kini (2002). Harakah Islamiah Dan Cirinya Di Masa Kini (2004). Wehdah al-Fikr: Asas Kekuatan Jamaah (2001). Ulama Dan Tarbiyah (2004). Kepimpinan Dalam Islam: Tugas Dan Tanggungjawab (t.t). Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Gerakan Islam (t.t). Pemimpin: Pengertian, Kedudukan Dan Sifat (2001). Organisasi Dan Tuntutannya Dalam Islam (1987). Fiqh al-Amal al-Jamai (2005). Program Tarbiyah Yang Berkesan (2005). Ciri-Ciri Kepimpinan Murabbi Yang Cemerlang (2004). Manakala seminar-seminar yang telah dihadiri oleh Ustaz Yahya Uthman, beliau bertindak sebagai pembentang. Antara kertas-kertas kerja hasil daripada penulisan beliau yang telah dibentang ialah: Peranan Naqib Dalam Tarbiyah: Di Dalam Program Tamrin Nuqaba Peringkat Zon Kecemerlangan Pendekatan Kemenangan: Dalam Seminar Ulama Tarbiyah (2003). Beliau juga turut menghasilkan buku terjemahan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu antaranya ialah: Wasiat Nabi saw Kepada Sayyidina Ali (2009). Amal Jamai: Pengertian dan Tuntutannya (2009). Tarbiyah adalah merupakan isu yang menjadi tumpuan perbincangan Ustaz Yahya. Pemikirannya mengenai gerakan Islam berpaksikan kepada kepentingan tarbiyyah dalam sesebuah organisasi Islam. Beliau menjelaskan bahawa semua Harakah Islamiah di dunia ini mempunyai masalah tarbiahnya sendiri kerana hampir seluruh negara umat Islam dijajah oleh penjajah Barat atau Timur begitu lama. Penjajah bukan sahaja telah memunggah kekayaan negara Islam, bahkan beliau juga berpendapat bahawa mereka telah berusaha menjajah minda

fikiran, kebudayaan, cara hidup dan cara berpolitik umat Islam. Apabila umat Islam dapat membebaskan negara mereka daripada penjajah, ulama telah berusaha supaya ajaran yang ditanam oleh penjajah itu dapat dicabut daripada pemikiran orang Islam. Gerakan tarbiah yang meliputi kesedaran, pembelajaran dan pendidikan harus terus dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Dalam rangka melaksanakan konsep politik dakwah, PAS berusaha untuk menghayati ciri-ciri yang bertepatan dengan tuntutan gerakan Islam semasa. Di antara usahanya ialah menguatkan pembentukan elemen seperti Tarbiah, Hizbullah, Jihad, Wehdah al-Fikr, Wehdah al-amal, Tajdid Hadhari, Tazkiyah al-Nufusiah dan lain-lain. Ahli parti yang dilatih menerusi kaedah yang lazimnya dipraktikkan oleh gerakan Islam ini diharap dapat menjalankan dakwah dengan lebih berkesan lagi.54 Namun, Ustaz Yahya mendapati apabila terlalu ramai orang-orang awam menyertai Islam jamaah, Lajnah tarbiah dan latihan kepimpinan diperingkat negeri kawasan dan dewan-dewan tidak dapat membekalkan secukupnya para nuqaba atau pengajar dan penasihat. Namun begitu, beliau menolak dakwaan bahawa lajnah tarbiah tidak ada manhaj tarbawi atau tidak jelas tasawwur tarbiah harakiah sepertimana yang disangkakan. Apa yang sering berlaku ialah kedinginan program tarbiah atau kurang rancak sama ada diperingkat negeri atau dewan. Beliau menyatakan bahawa diantara sebabsebabnya ialah parti terlalu sibuk dengan kerja-kerja pilihanraya sehingga penumpuan dan perhatian kepada tarbiah al-fard al-muslim agak perlahan sedangkan program kesedaran umum melalui ceramah umum berjalan dengan rancak. Beliau juga menyatakan bahawa ia sepatutnya disertakan dengan tarbiah harakiah yang berterusan dan beliau telah menyatakan masalah-masalah tersebut terdapat jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah: Beliau menyatakan garis panduan umum yang telah digariskan oleh lajnah tarbiah dan latihan kepimpinan pusat dan manhaj yang pernah dicadangkan dalam dewan-dewan sudah mencukupi, dikehendaki, dipatuhi dan dilaksanakan. Beliau juga melihat bahawa Institut Latihan dan Dakwah (ILHAM) yang diwujudkan oleh lajnah tarbiah dan latihan kepimpinan pusat dimanfaatkan sepertimana yang diharapkan. ILHAM mestilah dilihat sebagai pusat sumber yang berautoriti dalam urusan tarbiah. Selain itu, beliau juga berpendapat kadang-kala wehdah al-fikr, wehdah al-uslub dan wehdah alamal tidak berlaku. Perkara ini timbul kerana panduan-panduan yang disediakan tidak dipatuhi dan dilaksanakan seperti yang sepatutnya.55

113

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Demikianlah secara ringkas pemikiran beliau berkenaan tentang pentingnya tarbiah dalam kalangan ahli jamaah terutamanya kepada pengikutpengikut supaya minda mereka tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur luar yang tidak baik dan mendapat ilmu agama yang bermanfaat apabila terlibat dan mengikut PAS. Ini dapat menyediakan ahli sebagai seorang yang mendapat tarbiah PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bersiap-siaga menghadapi cabaran semasa. KESIMPULAN Berdasarkan keterangan di atas dapatlah dirumuskan 56 bahawa Ustaz Yahya Uthman sememangnya mempunyai latar belakang yang sangat menarik. Hal ini dapat dibuktikan kelebihan dan keistimewaan yang beliau miliki serta ketokohannya yang tersendiri merupakan satu faktor beliau amat dikagumi dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat yang mengenali beliau. Selain dari itu bakat kepimpinan yang ada pada beliau telah terserlah sejak beliau masih muda lagi. Komitmen serta kesungguhan beliau terhadap sesuatu pekerjaan membuatkan beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan-jawatan penting dalam organisasi termasuklah di dalam parti PAS. Sumbangan beliau berkaitan dengan institusi pendidikan sekolah agama di Kelantan telah mewujudkan sistem pendidikan yang baik hari ini. Pemikiran beliau yang bernas sangat diperlukan oleh PAS khususnya dalam membina dan melancarkan organisasi PAS disamping menjadi penasihat, murabbi,dan sehingga melatih kader-kader PAS dalam kalangan belia yang akan menerajui kepimpinan PAS. Ustaz Yahya juga merupakan seorang ulama yang prolifik dalam bidang penulisan yang mana karya-karya beliau dapat memberi impak yang sangat berkesan dan berguna dalam mendalami Fiqh Haraki. Semuanya ini meyakinkan bahawa ketokohan Ustaz Yahya Uthman sebagai seorang ulama Haraki melakar sesuatu yang sangat penting dalam konteks pembangunan gerakan Islam yang semakin mendapat sambutan masyarakat hari ini. NOTA HUJUNG
1

7 8

9 10

11

12

13 14

15

16 17 18 19 20 21

22

23

24

25 26 27 28 29

30

31 32

2 3

Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 49. Ibid. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 49. Ibid.

33

34

35 36 37

38

Ibid. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 49. Ibid. hlm. 50. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 50. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 50. Ibid. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 50. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. Ibid. Ibid. Ibid. Siasah. 2010. 3-9 Januari. Ibid. Mohd Yasin b. Yusoff. 2011. Setiusaha Kerja, Badan Perhubungan PAS Kelantan. Temubual. 3 Mei. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 3 Mei. Mohd Yasin b. Yusoff. 2011. Setiusaha Kerja, Badan Perhubungan PAS Kelantan. Temubual. 3 Mei. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. hlm. 51. http://kias.nilampuri.tripod.com/kias/id2.html. http://www.kias.edu.my/sjrh3.htm. Siasah. 2010. 3-9 Januari. Ibid. Mohd Yasin b. Yusoff. 2011. Setiusaha Kerja, Badan Perhubungan PAS Kelantan. Temubual. 3 Mei. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 3 Mei. http://epondok.wordpress.com. Suruhanjaya Pilihanraya, Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1978. Mohd Yasin b. Yusoff. 2011. Setiusaha Kerja, Badan Perhubungan PAS Kelantan. Temubual. 3 Mei. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 3 Mei. Ibid. Siasah. 2010. 3-9 Januari. Suruhanjaya Pilihanraya, Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1986. Suruhanjaya Pilihanraya, Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1990.

114

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

39 40

Siasah. 2010. 3-9 Januari. http://idrisahmad.wordpress.com/2009/05/ 22/ sejarah-kepimpinan dalam-pas/. 41 Hj. Samsudin Mat Daud. 2011. Pejabat PAS Kota Bharu. Temubual. 1 Mei. 42 Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. Hlm. 51. 43 Ibid. hlm. 51. 44 Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. 45 http://tengkusyah.blogspot.com. 46 Ibid. 47 Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 3 Mei. 48 Hj. Samsudin Mat Daud. 2011. Pejabat PAS Kota Bharu. Temubual. 1 Mei. 49 http://kelantan.pas.org.my. 50 Sinar Harian. 2009. 16 Disember. 51 Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. 52 Ibid. 53 Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Febuari. 54 Badlihisham Mohd Nasir. 2000. Dakwah Gerakan Islam Tanah Air: Sorotan Terhadap PAS, ABIM Dan JIM. Dlm. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus et. al. (pnyt) Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 12. 55 Yahya Hj. Uthman. 2001. Permasalahan Tarbiah Kini Dan Penyelesaiannya. Anggota Lajnah Tarbiah Dan Latihan Kepimpinan. Kota Bharu. Hlm. 4.

RUJUKAN Badlihisham Mohd Nasir. 2000. Dakwah Gerakan Islam Tanah Air: Sorotan Terhadap PAS, ABIM dan JIM. Dlm. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus et. al. (pnyt) Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Che Shamsudin Othman & Kassim Muhamad. 2010. Qiadah. Zulrahim Sdn. Bhd. Kelantan. Hj. Samsudin Mat Daud. 2011. Pejabat PAS Kota Bharu. Temubual. 1 Mei. http://epondok.wordpress.com. http://idrisahmad.wordpress.com/2009/05/22/sejarah -kepimpinan dalam-pas/. http://kelantan.pas.org.my. http://kias.nilampuri.tripod.com/kias/id2.html. http://tengkusyah.blogspot.com. http://www.kias.edu.my/sjrh3.htm. Mohd Yasin b. Yusoff. 2011. Setiausaha Kerja, Badan Perhubungan PAS Kelantan. Temubual. 3 Mei. Siasah. 2010. 3-9 Januari. Sinar Harian. 2009. 16 Disember. Suruhanjaya Pilihanraya, Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1978. Suruhanjaya Pilihanraya, Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1986. Suruhanjaya Pilihanraya, Laporan Pilihanraya Umum Malaysia 1990. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 3 Mei. Ustaz Yahya Uthman. 2011. Machang, Kelantan. Temubual. 8 Februari. Yahya Hj. Uthman. 2001. Permasalahan Tarbiah Kini Dan Penyelesaiannya. Anggota Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan. Kota Bharu.

115

You might also like