You are on page 1of 6

LATIHAN PENGUKUHAN 1 Keselamatan di jalana raya-Punca-punca kemalangan BAHAGIAN B Berdasarkan gambar di bawah,huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan

di jalan raya.Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sedasawarsa ini,kemalangan jalan raya di Malaysia semakin membimbangkan masyarakat tempatan.Terdapat banyak punca berlakunya kemalangan jalan raya. Antara punca kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu sendiri seperti mengantuk ketika memandu.Hal ini disebabkan sikap pemandu sendiri yang mementingkan diri sendiri ketika berada di jalan raya. Selanjutnya,terdapat juga pemandu kenderaan yang tidak memiliki lesen memandu.Mereka bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Seterusnya,kenderaan yang sifatnya kurang stabil dan kurang sempurna juga merupakan salah satu punca kemalangan jalan raya.Perkara ini menyebabkan kenderaan pemandu tersebut mudah terbabas dan boleh meragut nyawa.Selain itu,terdapat juga pemandu yang memandu dalam keadaan yang mabuk.Hal ini menyebabkan mereka kehilangan tumpuan ketika memandu. Kesimpulannya, semua pihak seyogianya mamtuhi jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

LATIHAN PENGUKUHAN 2 Kemalangan jalan raya-Tanggungjawab Orang Ramai

BAHAGIAN B Berdasarkan gambar dan rajah di bawah,huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab orang ramai untuk mengatasi kemalangan di jalan raya.Panjangnya huraian and hendaklah tidaklah melebihi 120 patah perkataan.

Marcapada,isu kemalangan jalan raya semakin meningkat.Dalam konteks

ini kita perlu mengenal pasti tanggungjawab orang ramai untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usaha patut dijana ialah,orang ramai haruslah menyahut kempen-kempen yang dilancarkan oleh pihak kerajaan.Misalnya kempen kesedaran jalan raya yang dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya.Selanjutnya,pendidikan Keselamatan Jalan Raya haruslah dilaksanakan oleh Jabatan pendidikan di sekolah rendah dan di sekolah menengah bagi mendidik pelajar tentang keselamatan jalan raya. Seterusnya,pihak polis perlulah bertugas 24 jam terutamanya pada musim perayaan bagi mengenakan hukuman yang setimpal kepada pemandu yang melanggar peraturan jalan raya.Selain itu,pihak kerajaan juga seyogianya mengadakan pameran dan ceramah keselamatan di jalan raya di tempat-tempat terbuka bagi menyedarkan pemandu yang krap melanggar peraturan jalan raya. Secara tuntasnya,semua pihak haruslah bahu-membahu,dalam mengelakkan kemalangan jalan raya meningkat.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KEMALANGAN DI JALAN RAYA.

Bahagian B

Berdasarkan rajah di bawah,huraikan pendapat anda tentang langkahlangkah mengurangkan kemalangan di jalan raya.Panjangnya huraian and hendaklah tidaklah melebihi 120 patah perkataan.

Kini,isu kemalangan jalan raya semakin meruncing dan membimbangkan banyak pihak. Perkara pertama untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya ialah penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas.Contohnya,pemandu bas ekspres yang menyebabkan kematian hendaklah diberikan hukuman yang berat.

Seterusnya,pemandu-pemandu hendaklah mematuhi pearturan di jalan raya seperti tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Oleh itu,pemilik syarikat kenderaan awam perlu menyediakan perkhidmatan secara berkala dan menjalankan pemeriksaan secara konsisten bagi menjamin kualiti kenderaan itu berada dalam keadaan yang efisien. Sehubungan dengan itu,kerajaan perlu melaksanakan kempenkempen kesedaran dari segi nilai moral dan sivik serta menyuntik etika rakyat sejak di bangku sekolah,pepatah ada mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kesimpulannya,semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah ini.Ingatlah,Pandu cermat,jiwa selamar.

You might also like