You are on page 1of 36

TAJUK 5.

0 : STRUKTUR ORGANISASI, REKA BENTUK, PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN : PEMBANGUNAN ORGANISASI

TAJUK 5.3 TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI

DEFINISI TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI


Kamus Dewan DBP (1996), TREND didefinisikan sebagai arah aliran atau perkembangan rentetan kejadian yang seolah-olah menuju ke suatu arah. TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI boleh didefinisikan sebagai Keadah atau medium yang digunakan untuk melakukan perubahan positif mengikut hala tuju / perkembangan semasa bagi mencapai matlamat organisasi.

FAKTOR PENGERAK PEMBANGUNAN ORGANISASI


Dalam

perkembangan dunia pengurusan pada hari ini terdapat beberapa faktor yang didapati telah menyumbang kepada trend atau hala tuju pembangunan organisasi. Di antara faktor-faktor tersebut ialah : 1.Peranan Pengurus 2.Visi dan Misi 3.Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

DEFINISI PEMBANGUNAN ORGANISASI


Bob Kreitner dan Angelo Kinicki (1995), pembangunan organisasi suatu perkara yang membantu para pengurus merancang perubahan organisasi dan mengurus pekerja yang akan membangunkan kerjasama, koordinasi dan persaingan. Warren Bennis (1969), pembangunan organisasi merupakan satu tindakbalas perubahan, satu strategi pendidikan yang kompleks dalam hasrat untuk merubah kepercayaan, sikap, nilai dan struktur organisasi yang membolehkan penerimaan terhadap teknologi baru, pasaran 4 dan perubahan organisasi itu sendiri.

Owens (1995), Pembangunan Organisasi adalah proses peningkatan kemampuan organisasi untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan kendiri. Dengan kata yang lain, sekiranya persekitaran ataupun situasi semasa menuntut organisasi melakukan perubahan, maka pemimpin dan ahliahli organisasi perlu bersedia melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang diperlukan tanpa menunggu arahan tertentu. Dalam ertikata yang lebih mudah difahami, pembangunan organisasi ialah satu set keperluan yang digunapakai untuk menguruskan perubahan dalam sesebuah organisasi. 5

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (1) Pengurus


Bryson

(1988), menegaskan bahawa perlaksanaan pendekatan pengurusan strategik akan mewujudkan keseragaman tindakan dengan pelbagai unit berdasarkan kepada objektif dan tujuan yang sama. Hasilnya pihak pengurusan menjadi proaktif dan akan membawa mereka memikirkan masa depan organisasi sekali gus memimpin organisasi ke arah kejayaan. Satu daripada elemen organisasi yang berdaya maju ialah organisasi yang sanggup dan mampu menerima serta melakukan perubahan.
6

FAKTOR PENGERAK PEMBANGUNAN ORGANISASI (1)


Peranan Pengurus Pengurus merupakan individu penting dalam pembangunan sesebuah organisasi.
Menurut

Jones (1987),tanpa mempelajari kemahiran pengurusan strategik dan perancangan operasi, ketua (pengurus) hanya mendapati diri mereka tidak terlibat dengan apa-apa pun kecuali pengurusan krisis semata-mata.

Beliau

juga menyatakan bahawa kita melihat bahawa guru besar yang tidak mempunyai model pengurusan yang jelas akan mengalami kegagalan yang besar.
7

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (2) Visi Dan Misi


Definisi

Visi Menurut Edwin Locke (1981), visi atau matlamat adalah apa yang seseorang individu itu hendak mencapainya; ianya sama ada objek atau sasaran tindakan. Visi juga merupakan pandangan masa depan yang realistik, boleh dipercayai dan menarik bagi organisasi yang menggambarkan keadaan yang lebih baik berbanding apa-apa yang telah wujud pada masa sekarang.

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (2) Visi Dan Misi

Definisi Misi

Sufaat Tumin (2001), menyatakan misi ialah merupakan langkah atau usaha yang disusun untuk mencapai visi. Misi lebih merujuk kepada persoalan bagaimana untuk mencapai visi. Misi mestilah bersifat padu dan mampu menjana ke arah merealisasikan visi.

Sesebuah organisasi sekolah mestilah mempunyai misi yang lebih bersifat khusus bagi merealisasikan visi atau gagasan besar yang lebih bersifat umum, seterusnya akan 9 dapat memastikan pembangunan organisasi dapat dilaksanakan.

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (2) Visi Dan Misi ( kajian lepas)
Wan

Hamzah (2007), menyatakan bahawa cabaran utama ialah apabila guru dan warga sekolah kurang memahami dan menghayati falsafah,visi dan misi sekolah. Keadaan ini boleh menjadi punca kegagalan kurikulum. Oleh itu, falsafah, visi dan misi sekolah harus disebarkan kepada semua guru dan warga sekolah. Ini adalah merupakan perkara utama yang perlu dilakukan bagi memastikan organisasi sekolah dapat 10 dibangunkan sejajar dengan hasrat perubahan dan pembangunan organisasi sekolah itu sendiri.

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan

komputer di peringkat permulaan adalah dalam bidang penyelidikan kerajaan dan dalam menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan.
hasil daripada peningkatan kelajuan dan keupayaan komputer, kos yang semakin menurun, dan komputer yang tersedia secara komersil,maka komputer juga digunakan untuk penyelesaian masalah perniagaan. ini secara langsung atau tidak langsung,komputer memberi kesan kepada kehidupan setiap orang.
11

Berikutnya,

Hari

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) (kajian lepas)

Abd Ghafar Mahmud (2011), menyatakan bahawa teknologi komunikasi dan maklumat (TMK) yang menjadi medium perhubungan manusia dalam masyarakat pengetahuan ialah teknologi elektronik dan teknologi digital. Pemerhatian terhadap negera-negara yang menduduki tempat teratas dalam senarai Negara perindustrian maju pula menunjukkan negaranegara tersebut memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya yang berkaitan dengan kejuruteraan jitu (precise engineering), tenaga pekerja yang sentiasa belajar, mudah memahami dan mencerna kandungan ilmu dalam sesuatu perkakasan dan.

Tenaga kerja tersebut merupakan keberhasilan daripada pelaburan besar negara-negara tersebut dalam aspek latihan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan.
12

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kesan
Di

era komuniti dunia menghuni perkampungan global tanpa dibatasi sempadan fizikal lagi, kepantasan bertindak lumrahnya turut mengukuhkan proses penglobalisasian dan persaingan baru yang diterjemahkan oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ia adalah alat pemboleh (enabling) dengan keupayaan menjana proses pergerakan, pertukaran dan perkongsian informasi secara global sehingga pendekatan mengurus organisasi masa kini turut dipengaruhi bukan sahaja oleh akses serta capaian tanpa had kepada pelbagai maklumat dan pengetahuan terkini, malahan kepakaran, pasaran, modal serta sumber dan faktor produksi lain.
13

Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) (Kesan)
Khidmat TMK membolehkan komunikasi meluas, cepat serta murah, pertukaran dan perkongsian maklumat dan pengetahuan Terkini, mengurus pelbagai transaksi atas talian terus dan perangkaian hubungan antara individu, organisasi dan sumbersumber lain dilakukan secara telus, efisien dan efektif tanpa diganggu-gugat oleh faktor geografi, sosio-ekonomi, politik, agama, bahasa dan budaya. TMK boleh dieksploitasi menjadi pelengkap kritikal kepada proses pembangunan keusahawanan diterajui pengetahuan (kUsahawan) dan k-Ekonomi. internet membantu organisasi lebih berdaya saing tinggi untuk meneroka pasaran baru dan mengintensifkan penglobalisasian ekonomi dunia 14

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (1)


1)Pembelajaran

Maya

Definisi - pendidikan yang dijalankan melalui talian. Mereka yang ingin mengikuti pendidikan ini mestilah mempunyai kemudahan mengakses internet. Kebaikan pendidikan maya ialah seseorang itu dapat melanjutkan pelajaran mengikut jadual sendiri. Sistem pendidikan maya memberikan peluang untuk belajar kepada sesiapa sahaja. bahan-bahan pembelajarannya ialah disediakan dalam bentuk cakera padat atau boleh dimuat turunkan > jimat kertas > kurang pencemaran alam sekitar > Lebih ramai pekerja boleh melanjutkan pelajaran sambil kerja .

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (2)

2) Pendekatan Total Quality Management (TQM) > mencari punca awal penyebab kejatuhan mutu produk > Memantau kualiti dan kuantiti yang dikeluarkan seimbang. > Setiap pekerja ditentukan sasaran kerjanya. Jika gagal + dibangunkan & didorong capai sasaran. > Mutu kerja meningkat hasil peningkatan komitmen, kesediaan utk bertanggung jawab dan bertindak secara kolektif terhadap tugasan yg diberikan.

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (3)


3) Pembangunan Strategik Terancang > melaksanakan pembangunan mengikut perancangan strategik yang telah dibuat kajian keberkesanannya. > Kesannya : 1) Kos operasi berkurangan > tiada pembaziran sumber. 2) Kualiti dan produktiviti meningkat 3) Meningkatkan kepuasan pelanggan

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (4)


4)Pembangunan Ilmu - Knowledge workforce : a) mewujudkan budaya mengutamakan ilmu. b) mengadakan insentif kepada kepada pekerja yang melanjutkan pelajaran biasiswa, cuti c) menyediakan kursus & latihan dalam perkhidmatan. d) memberi ganjaran dr segi gaji,pangkat dll. Keupayaan mewujudkan knowledge workforce adalah kuncik strategik kejayaan organisasi dalam menghadapi persaingan global.

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (5)


5) Membangunkan jaringan strategik > sebahagian drp dinamik politik & kuasa utk mempengaruhi org lain supaya berpihak kepada organisasi yang di wakili. Kesan ; 1) meningkatkan keyakinan dalam dan luar organisasi. 2) Feadah berbentuk kewangan /bukan kewangan. 3) Menyakinkan pelabur diperingkat global 4) (rujuk rajah dibawah)

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (6) RAJAH : JARINGAN STRATEGIK DI PERINGKAT GLOBAL


Pelanggan Kreditor Badan Perundangan Kesatuan

Persaing Pembekal Jaringan Pengurusan Strategik Masyarakat

Pertubuhan Bukan Kerajaan

Pembekal

Media

Masyarakat Tempatan

Pekerja/Bakal pekerja / Bekas pekerja

Rajah : Jaringan Pengurusan Strategik Peringkat Global

KESIMPULAN : TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI


Trend

pembangunan organisasi adalah lebih menjurus kepada pembentukan organisasi yang proaktif, memiliki sesuatu dan mampu bertukartukar pengetahuan dan maklumat di antara organisasi yang lain. yang mampu berkembang dengan sebaiknya adalah organisasi sentiasa bersedia dengan idea-idea dan maklumat terbaru bagi memastikan visi organisasi dapat dicapai.
21

Organisasi

TAJUK 5.0 : STRUKTUR ORGANISASI, REKA BENTUK, PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN : PEMBANGUNAN ORGANISASI

TAJUK 5.4 : KEBERKESANAN PEMBANGUNAN ORGANISASI


22

DEFINISI & TUJUAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Pembangunan organisasi ditakrifkan sebagai usaha yang dilakukan secara terancang untuk meningkatkan keberkesanan dan daya maju sesebuah organisasi. Tujuan Pembangunan Organisasi adalah untuk meningkatkan kualiti ahli-ahli organisasi, selain secara tidak langsung membantu organisasi tersebut supaya dapat berfungsi dengan baik; dan seterusnya menjadikan organisasi tersebut 23 cemerlang.

KONSEP/KAEDAH PEMBANGUNAN ORGANISASI (1) Menurut Owens (1995) terdapat sepuluh konsep/kaedah berkaitan Pembangunan Organisasi iaitu: 1) Matlamat pembangunan organisasi - Konsep ini bermaksud organisasi berusaha meningkatkan fungsi dan produktivitinya; 2) Konsep sistem pembaharuan. Mengikut konsep ini, sesebuah organisasi boleh berkembang dengan ciri-ciri yang ada di dalamnya

24

KONSEP / KAEDAH PEMBANGUNAN ORGANISASI (2 ) 3) Pendekatan bersistem - merujuk pembangunan organisasi berdasarkan konsep sosioteknikal kerana keseluruhan sistem organisasi ada hubungan dengan komponen-komponen subsistemnya seperti manusia, struktur, teknologi dan tugas. 4) Strategi Terancang - organisasi perlu ada perancangan yang sistematik meliputi pelaksanaan aktiviti dan teknik tekniknya. 5) Fokus kepada Manusia - mementingkan sistem hubungan kemanusian dalam organisasi - dalam aspek tugas, teknologi atau dimensi struktur. 6) Strategi Pendidikan - Sesebuah organisasi boleh berkembang apabila individu- Individu dalam organisasi 25 boleh mengubah tingkah laku mereka melalui pendidikan.

KONSEP / KAEDAH PEMBANGUNAN ORGANISASI (3) 7) Belajar melalui Pengalaman - ahli -ahli organisasi menggunakan setiap pengalaman yang telah berlaku di dalam organisasi sebagai asas untuk pernbangunan Organisasi. 8) Mengurus Masalah Sebenar- Jika perkara ini terdapat dalam organisasi bermakna organisasi tersebut dapat menangani keadaan yang boleh menghalang pembangunan organisasi daripada terus berfungsi. 9) Penglibatan Pentadbiran Atasan. Sebarang perubahan yang dilakukan memerlukan penglibatan pentadbir untuk meningkatkan prestasi organisasi

26

KONSEP PEMBANGUNAN ORGANISASI (4)

10) Pembangunan Organisasi - agen perubahan.

Penglibatan agen perubahan diperlukan untuk melaksanakan pembaharuan. Agen perubahan yang terdiri daripada pemimpin dan guru-guru perlu menjalankan rundingan di antara mereka supaya program pembangunan organisasi dapat dijalankan tanpa sebarang kekeliruan.

27

KEBERKESANAN PEMBANGUNAN ORGANISASI 1

Keberkesanan pembangunan organisasi membantu organisasi untuk berubah dan membangunkan tanggapan positif terhadap sesebuah organisasi. Boleh dicapai dengan menggunakan alat-alat saintifik, proses dan sumber manusia yang berkesan. Tetapi yang lebih penting ialah hubungan BAIK antara pekerja dengan pihak pengurusan dlm sesebuah organisasi kunci utama kejayaan 28 dlm pembangunan organisasi

KEBERKESANAN PEMBANGUNAN ORGANISASI 2

Keberkesanan pembangunan organisasi biasanya terdiri daripada faktor-faktor berikut: Metrik sumber manusia, prestasi dan hasil kajian penyelidikan, latihan dan epembelajaran dan kepimpinan dan kaedah pembangunan organisasi. Apabila faktor-faktor ini digabungkan bersama-sama, organisasi boleh mencapai tahap keberkesanan dan kecekapan dalam 29 pembangunan

HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG BERKESAN (1)


1. Menjamin Kepuasan Pelanggan (customer oriented) Pembangunan Produk / perkhidmatan yang dilakukan

memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.


2. Kepuasan Hati Pekerja / Lebih Bermotivasi Kejayaan pembangunan berfokuskan sumber manusia

mengambil kira ganjaran, peluang kerjaya, keadilan,


polisi dan lain-lain. 3. Meningkatkan Kecekapan Penggunaan Teknologi &

Komunikasi (TMK)
Hasil kejayaan Pendekatan Bersistem mengunakan konsep sosial teknikal iaitu berasaskan hubungan manusia,
30

struktur,teknologi dan tugas

HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG BERKESAN 2


4. Meningkatkan Kecekapan Pekerja Hasil daripada pembangunan berkonsep pembelajaran

menambahkan ilmu pengetahuan > melakukan


kerja dengan lebih berkesan. 5. Meningkatkan Produktiviti & Keuntungan

Hasil daripada pembangunan berkonsep pembelajaran >


melakukan kerja dengan lebih berkesan > produktiviti meningkat > meningkatkan keuntungan organisasi.

6. Mengurangkan Kos Operasi


Pembangunan Strategik Terancang > Perancangan Strategik > Spesifik > Mengurangkan kos.
31

HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG BERKESAN (3)


7. Mengkayakan Elemen Inovasi (Innovation And Creativity) Pembangunan berkonsepkan Belajar Melalui pengalaman >

Ahli berkongsi pengalaman / masalah > membuat kajian


mencari jalan penyelesaian > mengunakan daya kreativiti dan inovasi > menyelesai masalah 8. Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti Pembangunan berkonsepkan Belajar Melalui pengalaman > Cth Total Management Quality (TQM) >Ahli berkongsi

pengalaman > membuat kajian > memantau aspek kualiti &


kuantiti > mengunakan daya kreativiti dan inovasi >
32

menyelesai masalah > Produk Dan Perkhidmatan

Yang Lebih Berkualiti

HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG BERKESAN 4

9. Mewujudkan Hubungan Baik Antara Pihak Pengurusan

Dgn Pekerja Pembangunan Pelibatan Pihak Atasan > bertanggung jawab mengetahui bidang tugas dan menyelia bidang tugas > menyelia kumpulan pekerja > mengadakan mesyuarat > memberi motivasi & ganjaran > pekerja lebih bersemangat > mewujudkan orientasi tugas dan berasas hubungan.
10. Mengukuhkan Budaya Korporat Dalam Organisasi 11. Meningkatkan Keyakinan Pelabur Terhadap Organisasi
33

Bibliografi

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2008. Komunikasi di tempat Kerja, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ab. Aziz Yusof, 2004. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan Pelaksanaan (Edisi Kedua). Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof, 2011. Gelagat Organisasi : Satu Pendekatan Strategik (Edisi Kedua). Universiti Utara Malaysia.
Hairuddin Mohd Ali PhD, Muhammad Bustaman Abdul Manaf, 2011. Perancangan Strategik Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Selangor, Malaysia. Ken De Meuse, Ph.D. 2009 The Korn/Ferry Institute www. lominger.com/pdf/ teamswhite paper080409.pdf http://www. sagepub.com/journals/Journal20093

34

KESIMPULAN Pelaksanaan pembangunan organisasi hanya dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya terdapat seorang pemimpin yang mampu menerajui proses proses perancangan dan pembaharuan dalam organisasi. Ini menunjukkan pentingnya kerjasama antara pekerja bawahan dengan pemimpin untuk menjadikan sesebuah organisasi Itu cemerlang.

35

SEKIAN , TERIMA KASIH . SEBARANG KEKURANGAN DI DALAM PERKONGSIAN INI, MOHON KEMAAFAN.
36

You might also like