PENGHARGAAN Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala di atas limpah kurnia

dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja khusus berasaskan ilmu (KKP) ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek Pendidikan Seni Visual (SVC2103) sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa tercinta dan keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn.Marini binti Mohamaed Salihin kerana banyak memberi dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjang menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta minat yang beliau tunjukkan amat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalam melengkapkan kerja khusus ini.

Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

: ………………………………………………………………….

Nama Penulis : …………………………………………………………………. Tarikh : ……………………………….

1.0 PENGENALAN Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Bidang mcbuat corak dan rekaan ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

2.0 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

3.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN 3.1 Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

3.2 Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik.

3.3 Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

3.4 Susunan Bertimbal/cerminan

Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

3.5 Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

3.6 Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

3.7 Susunan sisik ikan

3.8 Susunan Orgee

3.9 Susunan turun separa

3.10 Susunan Berpusat

3.11 Susunan Berombak

3.12 Susunan Jidar

3.13 Susunan Pucuk Rebung

3.14 Susunan Siku Keluang

4.0 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada: a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi b) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain. c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia d) Rupa atau bentuk angka dan huruf e) Rupa atau bentuk kraf tradisional.

5.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsip rekaan. 5.1 Unsur seni terdiri daripada: (a) Garisan (b) Warna-Warna terdiri daripada; 1. Warna asas - biru, merah dan kuning 2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuning dicampur merah = oren 3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder. (c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh (d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk

yang khusus) (e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu (i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,illustrasi- dalam bentuk dua dimensi (ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang (f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek.

5.2 Prinsip rekaan terdiri daripada: a) Harmoni- situasi yang selesa b) Penegasan- menarik perhatian si pemerhati c) Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya d) Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri e) Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu f) Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat g) Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan

6.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 6.1 Perlakuan a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

d) Memilih dan mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran. i) Membezakan jenis corak tertentu. j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. k) Mengatur corak. l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut. 6.2 Persepsi a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak. b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. j) Meneyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

6.3 Pengetahuan Budaya a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

7.0 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek b) Corak sebagai elemen hiasan c) Corak sebagai nilai estetik 8.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TIDAK TERANCANG) Corak tidak terancang terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara melalui kegiatan seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan percikan. 8.1 Pualaman Pualaman adalah corak yang terhasil dari campuraduk warna yang diterapkan keatas kertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak terncang.

8.2 Tiupan Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang).

8.3 Titisan Titisan merupakan satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara menitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak.

8.4 Ikatan dan celupan Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

8.5 Renjisan dan percikan Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk

menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

9.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TERANCANG) Kegiatan corak tidak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. 9.1 Lukisan Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya.

Contoh lukisan 9.2 Catan Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang. Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.

Contoh catan

9.3 Capan Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan dengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahan

Contoh capan 9.4 Cetakan Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Contoh cetakan

9.5 Lipatan dan guntingan Menghasilkan pelbagai corak bertibal balik dalam susunan bebas melalui lipatan dan guntingan.

Contoh lipatan dan guntingan 9.6 Resis Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

Contoh resis

9.7 Kolaj Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu corak.

Contoh kolaj 9.8 Teknik Kaligrafi

Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran. Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.

Contoh Teknik Kaligrafi

10.0 KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ( CORAK TIDAK TERANCANG) JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG 10.1 TEKNIK : TITISAN Penerangan Teknik yang menggunakan berus, berus gigi atau penyedut minuman yang melibatkan titisan dengan menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

Alatan dan bahan Kertas lukisan, palet, warna poster, straw dan berus

Langkah-langkah 1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan.

2. Celupkan berus atau straw didalam warna yang dikehendaki dan mulakan titisan pada kertas lukisan.

3. Titiskan secara berulang-ulang warna lain sehingga dapat membentuk corak titisan.

4. Lukisan yang telah siap

Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni      Rupa - rupa organik Bentuk – Ilusi. Jalinan –Tampak. Ruang - Terdapat pada titisan yang berulang- ulang. Warna - Menggunakan warna sekunder (jingga, hijau) dan warna asas (biru). Prinsip Rekaan  Kontra- Terdapat pada warna jingga,biru dan hijau.  Imbangan- Tidak simetri.  Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai. Organisasi Rekaan  Komposisi- Susunan corak titisan berkenaan yang berulang-ulang.

JENIS CORAK 10.2 TEKNIK Penerangan

: TIDAK TERANCANG : RENJISAN DAN PERCIKAN

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang menarik melalui teknik renjisan dan percikan.

Alatan dan bahan Kertas lukisan, warna poster, palet, berus dan berus gigi

Langkah-langkah 1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan (biru, hijau, jingga).

2. Celupkan berus gigi didalam warna yang dikehendaki dan mulakan percikan pada kertas lukisan.

3. Percikan pula warna kedua iaitu warna kuning.

4. Percikan pula warna ketiga iaitu warna merah pada kertas lukisan.

5. Lukisan yang telah siap

Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni     Bentuk – Ilusi. Jalinan –Tampak. Ruang - Terdapat pada percikan yang berulang- ulang. Warna Menggunakan warna asas ( biru). Warna sekunder ( hijau dan jingga).

Prinsip Rekaan    

Kontra- Jingga, biru dan hijau Imbangan- Tidak simetri. Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan. Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

10.3 JENIS CORAK TEKNIK

: TIDAK TERANCANG : CERMINAN

Penerangan Satu aktiviti mencorak yang dihasilkan dari warna basah yang dititiskan satu persatu dengan warna yang berbeza-beza pada satu bahagian kertas lukisan. Kertas lukisan itu kemudian dilipat kepada dua bahagian dan digosok-gosok sehingga warna tersebut tersebar pada bahagian kertas lukisan sebelahnya. Teknik ini dapat menghasilkan corak tidak terancang cerminan. Alatan dan bahan

Kertas lukisan, warna poster, palet dan berus.

Langkah-langkah 1. Lipat kertas kepada dua bahagian untuk mendapatkan garisan tengah.

2. Buka balik kertas lukisan tersebut.

3. Titiskan warna satu persatu pada sebelah bahagian kertas lukisan sahaja.

4. Lipat kepada dua bahagian kertas lukisan tersebut, kemudian gosokkan kertas lukisan tersebut bagi memastikan warna tersebar.

5. Buka kertas lukisan tersebut. Dapat dilihat hasil yang telah siap kesan daripada gosokan pada kertas lukisan tersebut.

Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni     Bentuk – Ilusi. Jalinan –Tampak. Ruang – Terdapat pada warna lipatan dan latar Warna Menggunakan warna asas (merah) dan warna sekunder (jingga).

Prinsip Rekaan     Kontra- Jingga, hitam, merah Imbangan- Simetri. Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat. Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

Organisasi Rekaan  Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada lipatan tersebut.

10.4 JENIS CORAK TEKNIK Penerangan

: TIDAK TERANCANG : TIUPAN

Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang). Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki. Hasil corak tidak terancang ini menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. Corak tiupan diaplikasikan dengan media serta proses dan teknik secara kreatif dan membuat apresiasi terhadap karya.

Bahan/alatan: kertas lukisan warna poster @ buncho

bekas pembancuh warna berus warna straw @ penyedut minuman
Langkah 1

1. Celupkan berus warna dan percikkan warna ke atas kertas lukisan. 2. Mulakan dengan warna yang cerah. 3. Percikkan seberapa banyak warna ke atas kertas.

Langkah 2

1. Tiupkan warna yang telah dititik itu dengan menggunakan penyedut minuman. 2. Tiup warna-warna itu ke serata arah supaya warna itu berkembang.
Langkah 3

1. Tambahkan warna-warna yang lain dan ulang seperti di langkah 2.
Langkah 4

Hasil yang telah siap.

Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni    Garidan – Pelbagai jenis garisan Warna – Asas dan sekunder Jalinan- tampak

Prinsip Rekaan

   

Ritma dan pergerakan- garisan pelbagai arah Kepelbagaian- warna, garisan dan jalinan Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat. Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

Organisasi Rekaan  Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada tiupan tersebut.

11.0 PEMINDAHAN ILMU (LAWATAN) TEMPAT : EENA BATIK SUTERA, TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. TARIKH JAM : 19 April 2012 : 2.45 Petang hingga 5.00 petang

Bagi memantapkan lagi tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya telah membuat temujanji dan mengadakan lawatan ke Eena Batik Sutera di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu 19 April 2012 yang lalu. Kami bertolak ke sana pada jam 2.45 petang. Setibanya disana saya dan rakan-rakan disambut mesra oleh pengusaha batik tersebut iaitu Puan Rohaina binti Talib. Kami telah menemuramah dan bertanya tentang perusahaan batik yang dijalankan oleh beliau di Kampung itu. Beliau yang juga ahli Persatuan Pengusaha Batik Terengganu dan Malaysia memaklumkan, batik yang dihasilkan di kilang beliau ini telah dipasarkan di Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan juga negeri-negeri lain. Bagi memperluaskan lagi perusahaan batiknya kepada pengunjung luar, beliau telah mempamerkan batik beliau di Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Saya juga telahbertanyakan kepada beliau tentang penghasilan batik daripada awal sehingga batik berkenaan siap. Saya juga berkesempatan mengambil gambar ketika pekerja Eena Batik Sutera sedang melakukan aktiviti mencanting dan mewarna batik berkenaan. Puan Rohaina juga telah mengajar saya dan rakan-rakan cara mencanting dan mewarna batik dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat agar batik

yang dihasilkan tidak rosak atau cacat. Kami semua telah diberikan kain Fuji sebanyak setengah meter dan dibahagi kepada empat bahagian untuk kami hasilkan corak rekaan kami sendiri pada kain berkenaan. Bagi saya, pengalaman melukis dan mewarna batik dengan menggunakan kreativiti sendiri ini sangat mencabar, tetapi menyeronokkan kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baru yang tidak pernah saya cuba sebelum ini. Selain itu, beliau juga menunjukkan kepada kami alatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memulakan dan menghasilkan batik. Menurut beliau, batik biasanya berkualiti. Akhir sekali, temuramah selama dua jam itu telah memberikan saya maklumat yang sangat berguna yang dapat saya aplikasikannya apabila saya telah mengajar kelak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Rohaina diatas layanan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami. diwarnakan beberapa lapis bagi menghasilkan batik yang cantik dan

12.0 SEJARAH BATIK MALAYSIA

Negeri

Kelantan

dan

Terengganu

merupakan

perintis

kepada

sejarah

perkembangan pembuatan batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 1914 yang telah dipelajari di Kepulauan Jawa. Kain batik

Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yang bermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakanrakannya telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong

Gajah

Mati,

Kota

Bharu.

Seterusnya,

perkembangan

pembuatan

batik

diperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

13.0 BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN BATIK  Warna yang digunakan untuk mewarnakan batik

Berus untuk mmewarna

Kain yang digunakan untuk menghasilkan batik

Pemidang digunakan untuk meletakkan batik yang hendak dilukis.

Kekuda digunakan untuk meletakkan pemidang.

Canting digunakan untuk membuat lakaran pada batik

Pencedok Lilin digunakan untuk mencedok lilin.

Sodium Silicate digunakan untuk mematikan warna pada kain. Supaya warna kekal dan tidak luntur.

Soda (untuk menanggalkan lilin pada kain).

Lilin (putih) dan ‘Diamond’ (Kuning).

14.0 PROSES PENGHASILAN BATIK 1. Kain batik direntangkan pada pemidang.

2. Corak yang sesuai dilukis dan diwarnakan pada kain berkenaan.

3. Batik yang telah dilukis dan diwarna itu di kemaskan dengan lilin untuk bahagian yang lain pula. Teknik ini dipanggil ‘canting’.

4. Batik diletakkan pada pemidang dan diwarnakan pula bahagian latar pada kain berkenaan.

5. Batik yang telah diwarnakan akan direndam dalam sodium silicate selama beberapa jam mengikut jenis kain untuk mematikan warna. 6. Selepas itu kain hendaklah dibilas sehingga bersih dan jemur. 7. Kemudian rebus air sehingga mengelegak, masukkan soda untuk menanggalkan lilin dan rebus kain selama beberapa minit. 8. Angkat kain tersebut dan jemur batik ditempat yang panas.

15.0 PENUTUP Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancang dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Tugasan ini dapat membantu menyediakan bahan bantu mengajar di sekolah. Secara tidak langsung, tugasan ini memberi tambahan ilmu dan kemahiran kepada saya nanti apabila bergelar sebagai seorang guru kelak. Pendidikan Seni juga memainkan peranan memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan menyatakan idea dan ekspresi diri. Bidang mencorak dan membina banyak memberi kreativiti kepada murid amnya dan kepada guru khasnya.

BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH

: RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN : 124953 : DPLI – SR (PSV 1) : 1 / 2012 : PENDIDIKAN SENI VISUAL (SVC2103) : PN.MARINI BT. MOHAMED SALIHIN

Bil . 1.

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran – Pn. Marini

CATATAN

T/TANGAN

20.02.12

- Taklimat diadakan di kelas PSV 1. - Tugasan perlu dihantar pada 22.4.2012 (Pn. Marini bt Mohamed Salihin)

2.

28.02.12

Memahami kehendak soalan tugasan

- Merangka sub topik - Membuat jadual Kerja

3.

15.03.12

Mencari maklumat soalan tugasan dari Pusat Sumber . Menyediakan draf tugasan

- Membuat pinjaman sebanyak 2 buah buku - menyusun maklumat mengikut keutamaan - menganalisis

4.

20.03.12

individu.

maklumat berdasarkan kehendak soalan 5. 24.03.12 Mencari maklumat soalan tugasan dari Pusat Sumber. - membuat pinjaman lagi 2 buah buku - mencari isi-isi Penting 6. 03.04.12 Menaip tugasan. - memperincikan tugasan huraian dan contoh - membaiki cara penulisan 7. 19.04.12 Lawatan Pemerolehan Ilmu ke Perusahan Batik Eenaa Batik Sutera, Tok Jembal. - melihat sendiri proses penghasilan batik -mendokumentasikan proses yang terlibat. 8. 21.04.12 Menyemak dan memperbaiki tugasan - membuat penambahan huraian dan maklumat 9. 21.04.12 Menyempurnakan dan mengedit tugasan - melengkapkan segala maklumat lampiran yang perlu dimasukkan

10. 22.04.12

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah

diterima dan direkodkan (Pn.Marini bt. Mohamed Salihin)

REFLEKSI

Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek Pendidikan Seni Visual (SVC2103). Terima kasih juga kepada Pensyarah saya Pn. Marini bt Mohamed Salihin yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu cabaran kepada saya. Ini disebabkan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan berkaitan tajuk yang diperoleh. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tajuk yang diberikan.

Dalam tajuk tugasan ini saya perlu menyediakan satu tugasan yang mencakupi konsep membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada corak dan rekaan yang terancang serta corak dan rekaan yang tidak terancang. Setiap tajuk-tajuk ini saya perlu menyertakan sekali contoh gambar atau hasil karya lukisan mengikut tajuk yang sesuai bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya selain dari diri saya sendiri. Bidang mencorak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Ini kerana kreatviti dan imaginatif murid adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Selain itu, saya juga perlu mengatur satu sesi pemerolehan ilmu dengan cara membuat lawatan ke satu tempat pembuatan hasil batik iaitu batik sutera yang terletak di Tok Jembal, berhampiran dengan IPG KDRI. Sesi temuramah dengan pengusaha

dan pekerja di tempat pembuatan batik adalah bagi menambah ilmu dan kemahiran dalam penghasilan corak dan rekaan mereka. Bagi aktiviti ini saya bersama empat orang rakan lagi telah turut serta ke tempat perusahaan batik ini. Di sini, kami telah mengumpul hasil data dalam pemprosesan pembuatan hasil batik ini. Proses artistiknya juga turut kami rakamkan. Selain itu juga, kami turut mengambil kesempatan dalam mengembangkan bakat dan kemahiran dalam membuat satu hasil batik. Kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah proses memulakan tugasan ini saya agak sukar kerana menjelaskan konsep corak dan rekaan, mempunyai pecahan-pecahan tajuk ini agak meluas. Keadaan ini memerlukan banyak pembacaan dan pemahaman terhadap tugasan ini. Huraian utama dinyatakan perlulah jelas dan tepat serta lengkap dengan contoh. Pada pendapat saya tajuk kerja kursus ini mempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk saya melaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori corak dan rekaan perlu difahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenalpasti sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang corak dan rekaan. Merasakan bahawa Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalah penambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang mencorak dan rekaan. Sebelum ini saya tidak mengetahui untuk membezakan antara teknik bidang menggambar dan mencorak. Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangat menyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Selain itu juga saya

mendapat pendedahan ilmu tentang susunan dan teknik yang boleh digunakan dalam bidang ini dari teknik susah kepada teknik senang. Bidang mencorak dan rekaan ini juga dapat menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, saya mengharapkan murid saya nanti akan dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Contohnya aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas akan menyeronokkan kepada murid-murid nanti. Kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak katapepatah, „Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya‟ Selain itu juga, pemerolehan ilmu semasa mengadakan temuramah adalah cukup bermakna. Kerjasama yang diberikan dan segala perkongsian ilmu sungguh berharga. Sikap tidak lokek ilmu yang ada dalam diri pengusaha perusahaan batik tersebut haruslah ada juga di setiap masyarakat diseluruh pelusuk dunia. Tugasan ini juga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah di manipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidak ada kesedaran tentang itu.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk kursus yang akan datang supaya tercapai segala matlamat dan objektif dengan jayanya. Disediakan oleh, …………………………… (RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN) NO.MATRIK :124953

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful