You are on page 1of 8

Ungkapan Kuadratik

Ungkapan kuadratik (quadratic expressions) adalah ungkapan yang memenuhi ciri-ciri berikut: 1. Mempunyai hanya satu pemboleh ubah. 2. Mempunyai 2 sebagai kuasa tertinggi pemboleh-ubah. Contoh: 3x2 + 2x + 3 adalah ungkapan kuadratik, di mana (i) pemboleh-ubahnya adalah x, (ii) kuasa tertinggi x ialah 2. Ungkapan kuadratik dengan tiga sebutan (three terms) adalah ungkapan berbentuk ax2 + bx + c, dimana a 0, b 0 dan c 0, contohnya 2x2 + 3x + 5. Berikut adalah juga ungkapan kuadratik:

dengan dua sebutan, contohnya 2x2 + 4x, c = 0 dengan satu sebutan, contohnya 5p2, b = c = 0

Ungkapan kuadratik boleh dibentuk dengan mendarab dua ungkapan linear, contohnya (x - 1) (2x + 3) = 2x2 + x - 3. Ungkapan kuadratik boleh dibentuk untuk mewakili situasi dengan mewakilkan pembolehubah dalam masalah tersebut dengan simbol. Simbol biasanya adalah huruf, contohnya x. Dalam keskes tertentu, simbol yang digunakan adalah dinyatakan dalam permasalahan tersebut.

Contoh 1:
Nyatakan samada setiap yang berikut adalah ungkapan kuadratik dalam satu pemboleh-ubah. Beri alasan-alasan bagi jawapan.

5x2 - 2x + 1 Jwb: Ya. Ia mempunyai satu pemboleh ubah, x, dan kuasa tertinggi x ialah 2.

-3g2

Jwb: Ya. Ia mempunyai satu pemboleh ubah, g, dan kuasa tertinggi g ialah 2.

3b - 4 Jwb: Tidak. Walaupun terdapat hanya satu pemboleh ubah, b, tetapi kuasa tertinggi b ialah 1.

a2 - b2 Jwb: Tidak. Ia mempunyai dua pemboleh ubah, a dan b.

p2 + 1 Jwb: Ya. Ia mempunyai satu pemboleh ubah, p, dan kuasa tertinggi p ialah 2.

x(x3 + x - 2) Jwb: Tidak. Ia tidak boleh ditulis dalam bentuk ax2 + bx + c.

Contoh
Darabkan ungkapan linear berikut.

2:
3)(x + 1) 2x 3(x 3x + + 1) 1) -3 5)

(2x Jwb: = 2x(x = 2x2 + 2 = 2x - x - 3 -y(y Jwb:

= -y 2 = -y + 5y

(-y)

(-5)

Contoh
Tulis ungkapan bagi luas segi empat tepat yang ditunjukkan dalam gambar rajah.

3:

Jwb: Luas = (x = x(x = x2 + 2 = x + 4x + 3

= + + 3x 3)

Panjang 1)(x + + x 1(x

x + + +

Lebar 3) 3) 3

ngka Bererti

Angka bererti (significant figures, s.f.) merujuk kepada angka yang berkaitan
integer atau perpuluhan, yang telah digenapkan kepada ketepatan darjah yang ditentukan (specified degree of accuracy). Contoh Nyatakan bilangan angka bererti (a.b.) dalam setiap nombor berikut;

5 Jwb: 4 angka bererti 52 Jwb: 5 angka bererti 0.001 Jwb: 3 angka bererti 0.010 Jwb: 4 angka bererti

279 009 25 41

Contoh

Ungkapkan setiap nombor yang berikut tepat kepada 1 angka bererti (1 a.b.), 2 angka bererti (2 a.b.) dan 3 angka bererti (a.b.).

87 310 9 875 1 009 0.045 62 0.002 31

Jwb: Nombor 87 310 9 875 1 009 1 angka bererti 90 000 10 000 1 000 2 angka bererti 87 000 9 900 1 000 3 angka bererti 87 300 9 880 1 010

0.045 62 0.002 31

0.05 0.002

0.046 0.002 3

0.045 6 0.002 31

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Matematik merupakan satu cabang ilmu yang sangat luas penggunaan dan keperluannya. Kepentingannya kepada manusia telah disedari sejak dahulu lagi malahan orang yang hidup beribu-ribu tahun sebelum ini telah menggunakan konsep Matematik untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Kini, Matematik semakin maju dengan aplikasinya dalam kehidupan harian masyarakat yang kian bertambah dan penemuan-penemuan psikologi mengenai pembelajaran Matematik yang mendesak perubahan ke atas ilmu tersebut. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, kurikulum Matematik digubal oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menerima pendidikan dalam bidang ini sejak awal lagi. Kurikulum yang telah digubal menggariskan beberapa matlamat tertentu yang antara lain adalah untuk memastikan bahawa para pelajar mampu menggunakan konsep asas dalam Matematik bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dalam kehidupan seharian mereka. Lebih daripada itu, pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan sesuai turut dicadangkan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dicapai. Kurikulum dan Sukatan Pelajaran yang telah digubal adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi tumpuan kepada 2 perkembangan potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Dengan mengambil kira faktor keperluan dan kepentingannya dalam kehiduapan seharian, adalah amat penting bagi setiap individu pelajar untuk menguasai konsep dan pengetahuan dalam bidang Matematik ini. Malangnya, masih wujud dalam kalangan pelajar di negara ini tidak sedar akan kepentingan tersebut. Kebanyakan daripada mereka merasakan Matematik adalah sangat sukar dan ini menjadikan halangan yang sangat besar bagi mereka untuk menguasai pengetahuan tersebut. Walau bagaimanapun masih ramai lagi yang meminati bidang ini tetapi kurang menonjol disebabkan halangan lain seperti kesilapan dalam penyelesaian masalah. Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah, guru-guru selalu beranggapan bahawa para pelajar dapat mengikuti pengajaran dengan baik setelah mereka

menerangkan tentang topik yang diajar. Namun, apabila guru-guru memberikan satu set latihan kepada para pelajar untuk menguji kefahaman mereka ternyata hasilnya tidak seperti yang mereka harap dan jangkakan. (Suwattana, 2004) Berdasarkan kepada kenyataan di atas, dapat disimpulkan tidak semua pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Walaupun pelbagai teknik dan pendekatan pengajaran cuba dilaksanakan oleh guru untuk mencapai pengajaran berkesan, namun ia tidak menjanjikan bahawa kesalahan tidak akan wujud. Sebaliknya, terdapat berbagai-bagai kesalahan yang dilakukan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Kesalahan-kesalahan tersebut pula hanya dapat dikesan melalui latihan-latihan yang diberikan selepas sesi pengajaran. Pelbagai kemungkinan dijangkakan boleh berlaku termasuklah pelajar tidak dapat memahami kehendak soalan, salah faham tentang konsep, kecuaian dalam membuat jalan penyelesaian dan sebagainya. 3 Bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu tajuk Matematik kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan tersebut perlu dikenal pasti dan seterusnya diatasi. Menurut Normunirah (2006), pelajar perlu mempunyai kebolehan dalam menguasai Matematik dengan cemerlang disebabkan terdapat pelbagai kemahiran berkaitan yang perlu dikuasai oleh pelajar. Antaranya adalah seperti kecerdasan mental, kebolehan menguasai sesuatu kemahiran, minat dan motivasi serta gaya pembelajaran yang berkesan. Menurutnya lagi, guru perlu mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar khususnya kesalahan lazim yang pelbagai. Ia dapat mengelakkan sesetengah pelajar menghadapi kesukaran untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. 1.2 Latar belakang Masalah. Kebanyakan pelajar sering beranggapan bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang sangat sukar. Tanggapan negatif ini kemudiannya menyebabkan kebanyakan mereka tidak mampu menguasai konsep Matematik walaupun pada peringkat yang asas. Tanggapan bahawa Matematik adalah satu mata pelajaran yang rumit dan membosankan menjadi kekangan besar kepada pelajar untuk menguasai konsep Matematik. Dalam menangani masalah seperti ini, peranan guru dalam memupuk minat para pelajar terhadap Matematik sememangnya tidak dapat dinafikan. Kaedah, teknik serta pendekatan yang digunakan dalam pengajaran menentukan reaksi, sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Menurut Mohd Salahuddin (2006), guru berperanan memupuk semangat belajar dalam kalangan pelajar serta menghapuskan perasaan takut yang ada dalam diri pelajar terhadap Matematik. Pendekatan pengajaran yang menarik dan berkesan mampu menarik minat pelajar sekaligus mengubah tanggapan mereka terhadap Matematik. Walau bagaimanapun, cara bagaimana mereka dapat mengatasi masalah ini menjadi cabaran utama kepada guru-guru Matematik. Menurut Shahrina (2006), walaupun pendekatan guru Matematik hari ini semakin berubah; tidak lagi 4 digambarkan berwatak garang dan suka merotan, minat para pelajar tetap sukar untuk dipupuk.

Dalam situasi yang lain pula, walaupun Matematik dianggap sebagai suatu bidang ilmu yang mudah dan menarik untuk dipelajari, namun kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam penyelesaian masalah menyebabkan tahap penguasaan sesuatu tajuk dalam Matematik berada pada tahap yang lemah. Kesalahan-kesalahan ini berpunca daripada berbagai-bagai faktor. Menurut Hansen (2005), kesalahankesalahan tersebut mungkin disebabkan kecuaian, kesilapan menginterpretasi simbol dan pernyataan, kurangnya pengetahuan dan kefahaman berkaitan tajuk Matematik tertentu, kesalahfahaman dan tidak mempunyai inisiatif menyemak semula jawapan. Menurut Koshy (dalam Hansen, 2005), pelajar akan merasa sangat marah pada diri, tertekan dan kecewa apabila menyedari mereka melakukan kesalahan dalam penyelesaian masalah yang dilakukan. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa para pelajar sendiri mempunyai kecenderungan untuk melakukan yang terbaik dalam penyelesaian masalah yang diberikan kepada mereka. Walaupun dari perspektif pencapaian dan kecemerlangan, kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar dapat menjejaskan prestasi mereka menguasai sesuatu tajuk, namun masih terdapat nilai positif daripada kesalahan tersebut. Ini bertepatan dengan kenyataan yang dibuat oleh Cockburn dan Koshy (dalam Hansen, 2005), bahawa kesalahan dalam Matematik dapat memberi gambaran yang berguna kepada guru-guru tentang pemikiran dan pemahaman pelajar, membantu dalam proses pentaksiran serta pelajar juga dapat belajar daripada kesilapan mereka yang lalu. Kelemahan dalam Matematik bagi sesetengah pelajar telah menjadi titik tolak kepada banyak kajian seperti kajian yang dibuat oleh Kaliski (1967), dan Norman serta Zigmond (1980) (dalam Panel Penyelidik Projek Sekolah Angkat MPSK 1996/1997). Dalam penyelesaian masalah Matematik, setiap pelajar menghadapai risiko melakukan kesalahan dalam kerja-kerja pengiraan mereka. Di Malaysia, kajian berkaitan dengan diagnosis kesalahan lazim dalam Matematik semakin banyak dijalankan. Antaranya kajian oleh Shahrina (2006), Normunirah (2006), dan Afidah (2007) di mana masing-masing mendiagnos kesalahan lazim dalam tajuk-tajuk Matematik yang berbeza-beza. 5 Secara umumnya, kesalahan lazim dapat difahami sebagai kesalahankesalahan yang kerap dilakukan dalam menyelesaikan masalah. Kesalahan lazim ini dapat memberi kesan negatif kepada pencapaian dan penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk. Kekerapan kesalahan dilakukan dapat dikesan dan ini memberi ruang kepada guru-guru dan pelajar untuk mengatasi kelemahan mereka melalui penekanan terhadap kesalahan lazim. Setakat ini, tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mendiagnos kesalahan lazim pelajar dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik sedangkan tajuk ini dilihat sangat penting dalam kehidupan seharian. Tajuk ini dikategorikan di bawah cabang perkaitan. Dalam kehidupan seharian, manusia perlu bijak melihat dan membuat perkaitan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Di samping itu, tajuk ini juga sangat penting kerana konsep persamaan dan ungkapan berkaitan diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu dalam tajuk-tajuk lain. Ia juga menjadi asas kepada cabang ilmu Matematik yang lain. Beberapa kajian yang dijalankan berkaitan dengan tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar dalam tajuk ini

adalah lemah. Menurut Wong (1987), pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima masih lemah dalam kemahiran asas untuk menyelesaikan permasalahan Matematik dengan baik terutamanya dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd Salahuddin (2006), mendapati pelajar masih lemah dalam pengiraan untuk menyelesaikan masalah persamaan algebra dan pelajar tidak memahami konsep asas persamaan kuadratik itu sendiri. Justeru, satu kajian yang berkaitan untuk mengkaji jenis-jenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam tajuk tersebut dan mengenal pasti jenis-jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah berkaitan. Langkah ini penting bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam Matematik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi diri masing-masing khususnya dalam bidang Matematik. 6 1.3 Pernyataan masalah Kelemahan pelajar dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dapat diatasi dengan mengukuhkan kefahaman mereka dalam konsep asas tajuk tersebut serta mengenal pasti kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan. Menyedari bahawa kesalahan-kesalahan lazim sama ada yang disebabkan kecuaian, salah konsep dan sebagainya dapat menjejaskan penguasaan pelajar dalam tajuk pembelajaran tertentu, maka kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan pelajar dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan dalam konteks kajian ini melibatkan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan pelajar dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik tingkatan empat. Dengan adanya maklumat tentang jenis-jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam Ungkapan dan Persamaan Kuadratik, usaha-usaha boleh dilakukan bagi mengatasi kelemahan tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan sistematik dapat dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk tersebut. Menurut Nik Azis (1999), strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu melibatkan pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan. 1.4 Objektif Kajian. Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu: 1. Menentukan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik. 2. Mengenal pasti kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan pelajar tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan Ungkapan dan Persamaan Kuadratik 1.5 Persoalan Kajian. Terdapat dua persoalan bagi kajian ini iaitu: 1. Apakah tahap penguasaan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas dalam tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik? 2. Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penyelesaian masalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik?

You might also like