You are on page 1of 1

ABSTRAK Terdapat beberapa jenis pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, baju kebaya, songket, batik, dan

jubah. Pakaian tradisional melayu berasal dari semua negeri di utara hingga selatan semenanjung Malaysia terutamanya negeri Melaka. Pakaian tradisional berbeza mengikut negeri dari segi jenis fabrik, buatan dan perhiasan. Berikutan peredaran zaman, pakaian tradisional daripada semua negeri telah diubahsuai dan ditambah dengan perhisan. Pengaruh dari budaya luar juga dapat dilihat pada rekaan, bahan buatan dan perhiasan. Melalui soal selidik yang dibuat, didapati pelajar cina lebih mengenali pakaian tradisional melayu. Secara kesuluruhannya, pelajar perempuan tahun dua berbangsa cina yang berumur 21 tahun lebih memahami pakaian tradisional. Peratus pelajar perempuan dan lelaki yang memahami aspek praktis pakaian tradisional adalah hampir sama. Dari aspek perkembangan, pelajar perempuan tahun dua berbangsa cina yang berumur 21 tahun lebih memahami pakaian tradisional. Dapat disimpulkan bahawa pakaian tradisional melayu masih diamalkan.

You might also like