You are on page 1of 12

TENTATIF

TEKS Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Umin Bin Haji Saidi Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu. Hadirin dijemput berdiri

MC

CATATAN

8.00 Ketibaan VVIP, VIP

AHMADI

Lagu Negaraku

(Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah tanahairku)

Aluan pengacara

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha En. Umin Bin Haji Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Yang Dihormati EN. Yeoh Sek Goh Pengetua SMK Segama
En. Musran Abdul Latif Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru SMK Segama

Puan Setiawaty Asaad Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pengerusi pengelola Hari Anugerah kecemerlangan pelajar 2012 Dif-dif jemputan, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar, Guru-guru, ibu bapa seterusnya

pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah..
Aluan pengacara

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana dengan izinnya, kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan pelajar SMK Segama bagi tahun 2012 Sireh Tersusun Di Dalam Jambangan Inang Bersantun Empunya Diri Sekalung Penghargaan Atas Kunjungan Semoga Majlis Bertambah Seri

Bacaan Doa

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Redzuan Muhammad untuk meminpin bacaan doa Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil

Selesai Doa

Ustaz Redzuan Muhammad.

Hadirin dan hadiran sekalian, Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Segama kali ke 10 membawakan tema Pelajar Cemerlang Melonjakkan Prestasi Sekolah

Info MAJLIS HARI ANUGERAH? Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Bagi memulakan tirai ucapan, dijemput En. Yeoh Sek Goh Pengetua SMK segama untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Ucapan Pengetua

Selesai ucapan pengetua ucapan PIBG

Majlis mengucapkan terima kasih

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Musran Abdul Latif yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru SMK segama untuk menyampaikan ucapan alualuan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Majlis mengucapkan terima kasih Hadirin Dan Hadirat sekalian

Selesai ucapan PIBG

ucapan perasmi

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha En. Umin Bin Haji Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Segama bagi tahun 2012. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. ( Gimik Gong & Kompang ) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Umin Bin Haji Sadi Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu

Paluan gong & Kompang

Selesai ucapan Perasmi

( Montaj Afri)
Persembahan Multimedia

Demikian la tadi gimik perasmian dan persembahan multimedia Majlis Anugerah kecemerlangan pelajar SMK Segama kali ke-10. Bagi Memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marila kita sama-sama menyaksikan persembahan koir yang akan disampaikan oleh pelajar-pelajar pendidikan khas

Persembahan 1

Selesai Persembahan 1

Persembahan tarian tradisional itu tadi adalah dibawah bimbingan sepenuhnya oleh guru2 pendidikan khas. Majlis Anugerah kecemerlangan pelajar dimulakan dengan penyampaian hadiah, sijil Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Penyampaian Hadiah Sijil HEM & kokurikulum

Penyampaian Hadiah Sijil HEM

Bagi menghargai kerajinan dan dedikasi ketua kelas dan penolong ketua kelas yang selalu membantu Guru didalam pengurusan bilik darjah, pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan penghargaan kepada mereka. Dengan ini dijemput, Pn Chee Bee Hoe bagi mengiringi En. Musran Bin Latif untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dengan ini majlis menjemput wakil kepada semua ketua kelas dan penolong kelas SMK Segama 2012 bagi menerima sijil penghargaan.

Kehadiran Penuh

Seterusnya ialah penyampaian sijil kehadiran penuh semester 1 2012. Sijil ini diberikan kepada pelajar yang hadir penuh sepanjang semester 1

2012. Dijemput wakil dari ting 1, wakil ting 2 wakil ting 3 adik, wakil ting 4 , wakil tingkatan 5 dan wakil ting 6 atas. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih . Hadirin dan hadirat sekalian, Anugerah berikut merupakan Anugerah Kokurikulum 2012. Anugerah ini diberikan kepada pelajar cemerlang kokurikulum tingkatan 1 hingga tingkatan 6, Unit uniform terbaik, kelab dan persatuan terbaik, sukan dan permainan terbaik, anugerah individu terbaik lelaki kokurikulum, anugerah individu terbaik perempuan kokurikulum dan Anugerah Insentif sukan. Dengan ini majlis menjemput En. Mohd Khir Abu bakar bagi mengiringi En Musran Abd Latif untuk menyampaikan hadiah. Majlis dgn penuh Takhzimnya mempersilakan. Bagi kategori anugerah Pelajar Cemerlang kokurikulum tingkatan 1. Dijemput adik Keidnikka Jon 1 dari kelas 1 Cekal. Pelajar ini mewakili hoki peringkat daerah dan layak ke peringkat negeri. Terima kasih kepada Keidnikka Jon Seterusnya dari tingkatan 2 dijemput adik nursabrina bint i ishak dari kelas 2 Amanah. Pelajar ini juga mewakili hoki daerah lahad datu bawah 15 tahun. Terima kasih kepada nursabrina binti ishak Penerima anugerah cemerlang kokurikulum dari ting 3 adalah adik Yushebreen will dari kelas 3 dedikasi. Pelajar ini menjadi johan daerah bagi pertandingan bola sepak dan wakil tenggara seterusnya melayakkan beliau ke penyertaan peringkat negeri. Terima kasih kepada Yushebreen will

Penyampaian Hadiah Sijil kokurikulum

Penerima seterusnya dari tingkatan 4 dijemput adik Rebecca Nellah kelas 4 Amanah. Pelajar ini telah merangkul johan bagi pidato diraja peringkat daerah, wakil pidato ke peringkat negeri dan forum Bahasa Melaysia ke peringkat negeri. Terima kasih kepada Rebecca Nellah Penerima seterusnya dari tingkatan 5 dijemput adik Jezron Juladius 5 Cekal. Pelajar ini telah memenangi emas dalam acara merejam lembing , gangsa bagi acara lompat tinggi, dikejohanan olahraga peringkat tenggara. Pelajar ini juga berjaya melayakkan diri bagi penyertaan olahraga MSSN di Keningau. Terima kasih kepada Jezron Juladius Penerima seterusnya dari tingkatan 6 pra universiti dijemput adik Aisyah Fahri. Pelajar ini telah melayakkan diri ke peringkat Negeri bagi kejohanan taekwando, Terima kasih kepada Aisyah Fahri anugerah berikut adalah bagi member pengiktirafan kepada Unit beruniform terbaik 2012. Unit beruniform ini menunjukkan prestasi yg memberangsangkan dalam pelaksanaan aktiviti dalaman mahupun luar sekolah. Pelaksanaan takwim yang konsisten serta disiplin ahlinya yang cemerlang menjadikan Unit ini Berjaya menghantar pelajar ke peringkat Kebangsaan pada Hari Kor polis. Untuk itu, Anugerah unit beruniform terbaik SMK Segama diberikan kepada Unit beruniform kadet polis. Dengan ini djemput pengerusi unit beruniform kadet polis adik ___________________ Pengerusi Unit Beruniform Kadet Polis untuk menerima hadiah. Terima kasih kepada adik______________

Anugerah seterusnya ialah anugerah kelab dan persatuan Terbaik. Anugerah ini diberikan kepada Persatuan SPBT. Kecemerlangan Ahli kelab ini di buktikan dengan pengurusan cemerlang diperingkat sekolah. Kelab ini juga penting dalam memastikan peminjaman buku teks berjalan dengan lancer sepanjang sesi 2012. Dengan ini dijemput adik _________________pengerusi persatuan SPBT untuk menerima hadiah. Terima kasih kepada adik______________ Anugerah Unit sukan dan permainan terbaik pula dimenangi oleh Kelab Bola Sepak Smk Segama. Pada tahun ini kelab bola sepak telah meraih Johan Bawah 15 Tahun Majlis sukan-sukan sekolah peringkat Daerah lahad Datu. Seterusnya melayakkan kelab ini wakil ke MSS zon tenggara. Selain itu dua orang pelajar Berjaya wakil ke peringkat kebangsaan. Dengan ini dijemput adik ______________ wakil kelab Bola Sepak untuk menerima hadiah. Terima kasih kepada adik______________ Hadirin dan hadirat sekalian, anugerah seterusnya merupakan anugerah individu Kokurikulum terbaik Lelaki. Anugerah ini diberikan kepada Valentino Tony. Untuk makluman para hadirin sekalian, Valentino Tony merupakan pelajar yang seimbang dalam penyertaan kokurilum mahupun kurikulum. Pelajar ini mewakili sekolah dalam pertandingan forum remaja bahasa Malaysia peringkat negeri dan Choral speaking Bahasa Inggeris sempena karnival bahasa Ingeris peringkat daerah. Pada temasya kejohanan sukan taekwando peringkat daerah barubaru ini, pelajar ini Berjaya merangkul pingat perak. Dengan ini dijemput adik Valentino Tony untuk menerima hadiah Terima kasih kepada adik______________

anugerah seterusnya merupakan anugerah individu Kokurikulum terbaik bagi kategori perempuan. Penerima anugerah ini adalah Siti Hasmah Binti Mariam . Siti Hasmah Binti Mariam dipilih berdasarkan kecemerlangan beliau dalam aktiviti kokurikulum yang disertainya. Untuk makluman semua adik hasmah telah menyertai perkhemahan hari Kor Kadet Polis peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Dalam Festival silat kategori Seni tari, pelajar ini Berjaya merangkul naib johan. Pelajar ini juga merupakan atlet olahraga peringkat sekolah. Dengan ini dijemput adik siti hasmah untuk menerima hadiah. Terima kasih kepada adik______________ Majlis diteruskan dengan penyempurnaan anugerah insentif Khas kokurikulum. Penerima pertama adalah adik jezron juladius. Pelajar ini menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam kejohanan MSS peringkat daerah dan zon tenggara dalam acara merejam lembing dan lompat tinggi. Dengan ini dijemput adik jezron juladius untuk menerima hadiah. Penerima kedua adalah adik irayani Jori. Pelajar ini juga menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam kejohanan MSS peringkat daerah dan zon tenggara dalam acara lontar peluru dan merejam lembing. Dengan ini dijemput adik irayani Jori untuk menerima hadiah. Terima kasih diucapkan kepada en musran abdul latif dan en mohd khir
Persembahan 2

Hadirin yang dihormati, kita hangatkan lagi Majlis kita pagi ini dengan persembahan Medley Akustik daripada pelajar2 smk segama . majlis mempersilakan..

Selesai persembahan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Persembahan nyanyian itu tadi adalah dibawah bimbingan Cik Norzalina dan Cik Jaquline Elisabeth. Hadirin dan Hadirat sekalian matlamat utama setiap pelajar ke gedung ilmu adalah untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Oleh itu, kecemerlangan yang perlu dicapai oleh para pelajar adalah kecemerlnagan dalam bidang kurikulum. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, pelajar terbaik setiap kelas ini dipilih berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan semester akhir tahun 2011. Penilaian ini dibuat berdasarkan kedudukan dalam kelas iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga penganugerahan seterusnya ialah penyampaian hadiah pelajar terbaik setiap kelas. Bagi menyempurnakan majlis , dijemput puan setiawaty asaad penolong kanan pentadbiran bagi mengiringi en Yeoh Sek Goh pengetua SMK segama untuk menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anugerah kurikuklum

Anugerah kurikuklum

Anugerah kurikuklum

Anugerah kurikuklum

Dimulai dengan pelajar terbaik pendidikan khas. Tempat ketiga______________ (RUJUK LAMPIRAN) Terima Kasih diucapkan kepada En, Yeoh Sek Goh Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan

Persembahan 3

Bagi menghangatkan suasana pada hari ini, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh pelajar 2 smk segama. Majlis mempersilakan

Selesai Persembahan 3

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Persembahan tarian itu tadi adalah dibawah bimbingan Cik Jessica Lau Siew Phing

Anugerah peperiksaan Awam 2011

Hadirin & Hadirat sekalian Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2012 kita teruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam bagi tahun 2011 Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Dijemput En Yeoh Sek Goh pengetua SMK segama Bagi mengiringi En. Umin Bin Haji Saidi Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu. Majlis mempersilakan

Anugerah Panitia Cemerlang

Penyampaian Anugerah dimulakan dengan pengiktirafan Anugerah Panitia Cemerlang Dalam Peperiksaan Awam bagi tahun 2011 Anugerah Panitia Cemerlang bagi kategori PMR tahun 2011 dimandatkan kepada Panitia Bahasa Inggeris. Dijemput __________________ untuk menerima anugerah Dijemput ketua panitia matematik tambahan _________________ bagi menerima Anugerah Panitia Cemerlang bagi kategori SPM tahun 2011 Dijemput ketua panitia pengajian AM _______________ bagi menerima Anugerah Panitia Cemerlang bagi kategori STPM tahun 2011

Insentif A PMR

Seterunya majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah Insentif A bagi kategori PMR, SPM & STPM Bagi kategori PMR, dijemput......

Insentif A SPM

Seterusnya.. anugerah Insentif A bagi kategori SPM. Dijemput................ Seterusnya.. anugerah Insentif A bagi kategori STPM. Dijemput................ Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah

Insentif A STPM

Pelajar Terbaik Mata pelajaran STPM

Anugerah seterusnya diberikan kepada pelajar terbaik bagi setiap mata pelajaran STPM. Untuk itu dijemput...............

Sekalung Tahniah diucapkan Anugerah seterusnya merupakan pengiktirafan kepada pelajar terbaik bagi setiap matapelajaran kategori STPM. Anugerah ini diberikan berdasarkan pemastian standard minimum GPK 3.00 bagi matapelajaran yang diambil. Pada tahun ini seramai 8 orang pelajar telah terpilih menerima anugerah ini. Untuk itu dijemput...... Sekalung Tahniah diucapkan Sekalung Tahniah diucapkan

Standard minimum GPK 3.00

You might also like