You are on page 1of 2

Pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi, murid-murid berkumpul di dataran hadapan sekolah untuk perhimpunan.

Dalam perhimpunan tersebut, murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Selain itu, Guru Besar juga turut memberikan ucapan dan nasihat kepada murid-murid. Kemudian, Setiausaha bagi Program Disiplin memberikan taklimat kepada murid-murid mengenai program tersebut. Pengagihan kumpulan turut diberikan kepada murid-murid. Saya merupakan guru bagi kumpulan Progresif bersama-sama dengan Pn. Suriana. Dalam kumpulan tersebut murid dan guru berbincang mengenai tatacara disiplin sekolah. Namun, guru dikehendaki menerangkan tatacara disiplin tersebut kepada murid. Sekiranya murid tidak faham, guru memanggil murid untuk melakukan demonstrasi supaya murid-murid faham. Tatacara disiplin tersebut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kesalahan ringan, sederhana dan berat. Pada pukul 11.15 pagi kelas bermula seperti biasa.

Pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi, murid-murid berkumpul di dataran seperti biasa untuk perhimpunan. Dalam perhimpunan tersebut, murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Ucapan daripada Guru Penolong Kanan Hem iaitu Pn Hajah Raimah tentang disiplin terutamanya yang berkaitan dengan tatacara disiplin sekolah. Program bermula pada pukul 9.00 pagi di mana taklimat dan pemeriksaan SPBT, Perpustakaan dan Disiplin dijalankan. Setiap murid diperiksa satu persatu bagi memastikan kesalahan yang dilakukan dikenakan tindakan. Pada pukul 11.15 kelas bermula seperti biasa.

Pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi, murid-murid berkumpul di dataran hadapan sekolah untuk perhimpunan. Dalam perhimpunan tersebut, murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Seterusnya ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Tn Haji Suhairi Samat. Beliau menekankan tentang kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid di sekolah. Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya murid-murid tidak mengulangi kesalahan yang sama supaya kesalahan yang ringan tidak menjadi kesalahan yang berat. Pada pukul 9.00 pagi, program disiplin dimulakan dengan kuiz yang terdiri daripada tahap 1 dan tahap 2. Kuiz bagi tahap 1 dijalankan di dewan manakala kuiz bagi tahap 2 dijalankan di dataran perhimpunan. Muridmurid dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Mereka diminta menjawab kuiz tersebut mengikut kelas masing-masing tetapi berdasarkan kepada rumah sukan. Setelah selesai kuiz, murid berehat pada pukul 10.15 pagi sehingga 11.00 pagi. Seterusnya pada pukul 11.00 pagi, Pertandingan Bahasa Inggeris dijalankan di dewan. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah Spelling, Story Telling, Poem dan Singing. Setiap pertandingan dipertandingkan mengikut tahap 1 dan tahap 2. Saya dilantik menjadi juri untuk keempat-empat kategori tersebut.

Pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi, murid-murid berkumpul di dataran hadapan sekolah untuk perhimpunan. Dalam perhimpunan tersebut, murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Seterusnya, ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En Nordin Abdullah. Beliau juga turut menerangkan dengan lebih terperinci tentang disiplin sekolah yang perlu dipatuhi. Kemudian, taklimat oleh Setiausaha Program Disiplin iaitu EN Zuhdi tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. Pada pukul 9.00 pagi, pertandingan mewarna dan melukis sempena minggu disiplin dijalankan mengikut kelas masing-masing. Pertandingan ini dijalankan di kelas masing-masing. Saya menjaga kelas 4 Bestari dan 4 Pintar. Muridmurid diminta melukis slogan tentang disiplin sama ada contoh slogan yang telah diberikan atau slogan tersendiri. Kemudian, pada pukul 10.15 pagi murid-murid rehat. Seterusnya pada pukul 11.00 pagi, pertandingan Program Bahasa Melayu dijalankan di dewan. Pertandingan ini juga dipertandingkan mengikut tahap 1 dan tahap 2. Antara kategori yang dipertandingkan ialah bercerita, pidato dan sajak. Saya dilantik menjadi juri untuk ketiga-tiga kategori tersebut.

Pada hari ini merupakan hari terakhir bagi Program Minggu Disiplin. Seperti biasa, pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.45 pagi, murid-murid berkumpul di dataran hadapan sekolah untuk perhimpunan. Dalam perhimpunan tersebut, murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Seterusnya ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum bagi menggantikan ucapan daripada Guru Besar kerana Guru Besar tiada di sekolah pada hari tersebut. Murid-murid diberi rehat seawal pukul 8.45 pagi supaya tidak mengganggu program yang seterusnya. Hari ini merupakan hari penutup bagi Program Minggu Disiplin yang dijalankan di dewan. Program bermula pada pukul 9.30 pagi. Pertama sekali ucapan daripada Pengerusi Majlis. Seterusnya ceramah disiplin disampaikan oleh PDRM. Ceramah tersebut banyak berkisar tentang masalah-masalah disiplin yang sering dilakukan oleh muridmurid sekolah. Beliau juga banyak menceritakan tentang pengalaman beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai polis. Seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan dari PDRM. Seterusnya ialah penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas kepada murid-murid yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas ICT dan pengawas SPBT. Selain itu, terdapat juga anugerah bagi murid terbaik dan pengawas terbaik sepanjang Program Minggu Disiplin dijalankan. Bagi penutup majlis ini, ketua pengawas diminta mengetuai bacaan ikrar bagi semua pengawas di sekolah ini. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

You might also like