You are on page 1of 21

Etika Professional 6 : Nizar Assignment

1.0 PENGENALAN Kisah ini berlaku pada 4 tahun yang lalu. Seorang guru yang bernama Bakar (bukan nama sebenar) yang bertugas di sebuah sekolah di pendalaman Tawau, Sabah. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun dan dilantik sebagai Guru Besar di sekolah tersebut semenjak 5 tahun yang lalu. Pada pertengahan Januari 2004, seorang kontraktor telah datang ke sekolah. Kontraktor tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Kamaruddin (bukan nama sebenar), dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat tender pembersihan di sekolah tersebut. Bakar meminta untuk melihat surat atau bukti yang boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada mulanya kontraktor tersebut teragak-agak atau keberatan untuk mengeluarkan surat tersebut, tetapi akhirnya beliaupun mengeluarkan lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah tersebut. Bakar melihat bahawa nilai tender yang terdapat pada surat tersebut adalah sebanyak RM5000. Skop kerja pembersihannya pula adalah memotong rumput di seluruh kawasan sekolah, membersihkan parit dan pagar sekolah. Segala kos pembersihan kontraktor tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor tersebut. Oleh kerana bilik pentadbiran tersebut agak sibuk Kamaruddin mengajak Bakar ke kantin. Bos, bagaimana kalau bos sain surat pengesahan ini dan saya bagi bos RM500 dan abis cerita kata kontraktor tersebut kepada Bakar setibanya mereka di kantin sambil menghulurkan beberapa keping not RM100 kepada Bakar. Bakar terkejut bukan kepalang. Saya tidak beranilah encik , kata Bakar kepada kontraktor tersebut. Bakar cuba menolak dengan cara lembut tetapi kontraktor tersebut mendesak. Ternyata sekali bahawa beliau cuba mendapatkan wang tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di sekolah tersebut. Tak apalah bos, saya kasi up RM700, dan bos fikir dahulu. Esok saya akan datang lagi, ujar Kamaruddin kepada Bakar. Keesokkan harinya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah. Beliau dengan gembiranya meletakkan 7 keping not RM100 di atas meja Bakar, dan meminta Bakar menandatangani surat selesai kerja pembersihan untuk beliau mendapatkan tuntutan pembayaran. Namun Bakar tetap dengan pendiriannya. Kontraktor tersebut kelihatan agak marah dengan tindakan Bakar, tetapi Bakar melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya mengawal kemarahannya. You betul-betul tidak mau duitkah? Tak apalah bos, saya tinggalkan duit dan surat ini di sini. Esok saya akan datang lagi, kata kontraktor tersebut dengan penuh nada kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Bakar berkata apa-apa. Pada hari ketiga dan keempat, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah. Bakar mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba memberikan masa yang lebih banyak kepadanya untuk memikirkan tawaran tersebut. Pada hari kelima, kontraktor tersebut datang lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Bakar yang tidak berubah, kontraktor tersebut meningkatkan tawarannya. Beginilah, saya bagi bos RM1000 dan bos sain surat ini , katanya dengan nada yang agak terketarketar. Namun demikian Bakar tetap menolak tawaran tersebut dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan terkejut dan kecewa dengan keengganan Bakar. Tanpa berkata apaapa, kontraktor tersebut membuat beberapa panggilan. Bakar cuma memerhatikan kelakuan dan tindakan kontraktor tersebut dengan perasaan berbeza. Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut dengan membawa beberapa orang penumpang, Rupa-rupanya mereka ini adalah para pekerja kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan mereka (mesin rumput, cangkul, parang dan sebagainya) dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan tersebut. Bakar mengarahkan seorang guru untuk memantau kerja

pembersihan tersebut. Namun perkara yang paling mengecewakan Bakar berlaku tidak sampai sejam mereka memulakan kerja pembersihan. Kontraktor tersebut mendapat panggilan dari seseorang. Ok. Gua caya sama lu la. Nanti ini malam kita jumpa , ujar kontraktor tersebut dengan nada gembira. Tanpa mempedulikan Bakar yang berada di sampingnya, Kamaruddin memerintahkan para pekerjanya mengemaskan perkakasan mereka dan meninggalkan tempat itu dengan segera. Beliau berlalu sambil tersenyum sinis kepada Bakar 2.0 LIMA CIRI MASALAH ETIKA 2.1. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG BERPANJANGAN Sesuatu keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap masyarakat jika kita menyentuh tentang pendapat atau sudut etika. Keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyarakat. Kesan-kesan tersebut adalah di luar kawalan mereka. Oleh yang demikian, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak. Contoh sebuah keputusan etika yang mempunyai akibat yang berpanjangan ialah:a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan b. Pencemaran udara mengakibatkan kesihatan terancam c. Produk-produk yang tidak selamat mengancam orang ramai Dalam kes Bakar, jika beliau memilih untuk mengambil wang (rasuah) yang diberikan oleh Kamaruddin, keadaan sekolah mungkin akan berada dalam keadaan:a. Rumput yang panjang dan semak samun b. Keadaan perparitan yang kotor dan tersumbat c. Tidak selamat kerana mungkin ada ular di kawasan parit atau semak d. Penyakit seperti demam denggi kerana ada takungan air untuk nyamuk membiak e. Persekitaran yang tidak sedap mata memandang Sebaliknya jika Bakar memilih untuk menolak wang tersebut kesannya terhadap sekolah adalah seperti berikut:a. Keadaan sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendek b. Keadaan perparitan yang bersih c. Selamat d. Tidak ada penyakit seperti demam denggi dan sebagainya e. Persekitaran sekolah menjadi cantik dan selamat mata memandang 2.2. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI BANYAK ALTERNATIF Biasanya kebanyakan keputusan etika secara dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu ya dan tidak dan tidak mempunyai pilihan lain. Walaubagaimanapun, seseorang pengurus harus memikirkan pilihan lain sebelum membuat keputusan pengurusan atau pentadbiran. Contoh keputusan etika yang mempunyai banyak pilihan ialah:a. Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak? b. Wajarkah sesebuah syarikat kilang mencemarkan udara atau tidak? c. Wajarkah sesebuah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk yang selamat atau tidak? Dalam kes Bakar , beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil. Namun beliau terpaksa berhati-hati atau membuat pertimbangan sebelum mengambil

keputusan pilihan. Antaranya ialah:a. Beliau boleh mengambil wang tersebut dan membiarkan kawasan sekolahnya tidak bersih b. Menolak wang tersebut dan sekolahnya bersih c. Melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan dan kontraktor tersebut dihukum d. Mendiamkan perkara itu dan kontraktor tersebut selamat 2.3. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI HASIL ATAU KEADAAN BERBEZA ATAU BERCAMPUR-ADUK Kebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam sesuatu organisasi, terutamanya kumpulan perniagaan lebih berunsurkan anti-etika. Isu-isu etika tidaklah begitu penting bagi mereka. Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi. Mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting yang lain seperti kebajikan pekerja ataupun pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait-rapat dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan, dan perbelanjaan sesebuah organisasi, dalam hampir semua alternatif dalam pilihan keputusan etika. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil berbeza atau bercampur-aduk ialah:a. Memberi rasuah secara tidak langsung, tetapi berjaya menjual barangan import dalam jumlah yang sama melalui penghantaran yang cepat b. Menyebabkan pencemaran udara dan air, tetapi mengelakkan kos pengeluaran peralatan mengawal pencemaran udara c. Mencipta produk yang tidak selamat, tetapi mengurangkan kos bahan bekalan dan para pekerja pengeluaran. Dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Bakar yang boleh mendatangkan keputusan yang berbeza:a. Menandatangani surat pengesahan selesai kerja, tetapi mendapat wang suapan sebanyak RM1000 b. Menerima rasuah daripada kontraktor, dan mengurangkan kos pembersihan yang terpaksa ditanggung kontraktor tersebut. c. Tidak menerima suapan, tetapi sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat 2.4. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG TIDAK PASTI Adalah dipercayai bahawa isu etika dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran adalah bebas daripada risiko atau menimbulkan keraguan. Ini adalah kerana seseorang pengurus atau pentadbir sudah mengetahui hasil atau habuan yang bakal menanti mereka melalui pilihan yang mereka lakukan. Sebagai contoh:a. Beri rasuah, dan menerima barangan import tersebut dengan segera b. Melabur peralatan mengawal pencemaran udara, dan kepulan asap akan berkurangan c. Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimal Sesuatu model membuat keputusan ialah, sesuatu yang tidak mempunyai kemungkinankemingkinan yang memudahkan proses analisis, tetapi tidak menghuraikan dilema pengurusan yang sebenarnya. Akibat yang bakal menyusul hasil daripada alternatif pilihan seperti mengelakkan pemberian rasuah kepada pegawai kastam tidak mungkin dapat dipastikan. Demikian juga dengan kes Bakar. Beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat yang mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah yang diberikan oleh kontraktor pembersihan terbabit. Kemungkinan beliau akan disabit kesalahan menerima rasuah dan dipenjarakan. Beliau juga tidak mungkin akan tahu akan

kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyusul jika beliau melaporkan perbuatan kontraktor tersebut meninggalkan kerja pembersihan tersebut separuh jalan kepada pihak atasan. Kemungkinan beliau berjaya membuatkan kontraktor tersebut dihukum oleh undang-undang atau sebaliknya beliau yang mendapat susah, kerana kontraktor tersebut mungkin telah memberi rasuah kepada pihak atasan. 2.5. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI IMPLIKASI SECARA PERIBADI Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi secara peribadi. Adalah dipercayai secara umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi. Ramai orang mempercayai bahawa keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya, yang berkaitan dengan etika adalah lebih kepada keuntungan peribadi dan bukannya kepada syarikat atau organisasi yang dipimpinnya. Kepentingan-kepentingan mereka seperti pendapatan (gaji) dan kenaikan pangkat lebih diutamakan. Di dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan etika yang mendatangkan implikasi peribadi kepada Bakar mahupun kontraktor terbabit. Beliau mempunyai pilihan untuk mengambil rasuah sebanyak RM1000 dan menambahkan simpanannya di dalam bank. Dengan wang yang banyak itu juga, beliau boleh membeli barang-barang yang beliau perlukan tanpa memikirkan kebajikan atau kepentingan majikannya. Kontraktor tersebut pula hanya perlu melepaskan 20% daripada pendapatannya sebanyak RM5000 untuk mendapatkan keuntungan besar kepada diri sendiri. Jika beliau memilih untuk melakukan tugasannya (pembersihan), beliau mungkin hanya akan mendapat 30 40% daripada jumlah RM5000 yang diperuntukkan di dalam tender. Ini disebabkan kontraktor terbabit terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah yang luas, dan tentulah akan memakan belanja yang besar. 3.0 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan. Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan betul atau salah dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:1. Eternal Law (Undang-undang Abadi) 2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism 3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism 4. Distributive Justice Theory 5. Personal Liberty Theory

3.1. ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI) Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana-mana pihak yang membuat research atau mempelajari mana-mana sumber di atas. Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah self-evident iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut. If people have the right to life, liberty and the pursuit of happiness, then they also have the obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love others. This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden Rule: Do unto others as you would have others do unto you. 3.2. CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum. 3.3. CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. Deontology berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang memberangsangkan! 3.4. DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding

usaha secara bersendirian atau individu 3.5. PERSONAL LIBERTY THEORY Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah. 4.0. TEORI PILIHAN Dalam kes Bakar, saya memilih Teori Universalism kerana teori ini mementingkan niat atau tujuan keputusan etika yang dilakukan oleh individu. Farid memutuskan untuk tidak menerima rasuah daripada Kamaruddin, kerana beliau mahu kontraktor terbabit membersihkan kawasan sekolah seperti yang telah termaktub dalam tender pembersihan tersebut. Beliau tidak mahu gara-gara kawasan sekolah yang tidak bersih banyak kemudaratan yang akan menyusul, seperti ancaman penyakit (denggi), binatang buas (ular, anjing liar), dan sebagainya. Bakar juga mahu memastikan wang yang diperuntukan oleh kerajaan untuk pembersihan digunakan untuk tujuan yang sebenar dan bukannya diseleweng oleh individu-individu korup seperti Kamaruddin. Bakar berpendapat, jika wang tersebut digunakan dengan sebaiknya, ia akan mendatangkan kebaikan sama ada dari segi ekonomi atau kebajikan kepada semua orang yang terlibat dengan pembersihan tersebut (pekerja pembersihan, pengusaha makanan, kakitangan sekolah, murid). Bagaimanapun, segala niat atau tujuan baik (universalism) Bakar tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kawasan sekolah yang bersih dan sedap mata memandang tidak menjadi kenyataan. Parit atau longkang yang kotor dan tersumbat menjadi semakin teruk dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, di samping menjadi tempat terbaik bagi nyamuk untuk membiak. Binatang yang berbahaya dan menjijikkan seperti anjing liar, ular dan tikus semakin banyak. Tindakan atau keputusan yang dilakukan oleh Bakar tidak diketahui oleh ramai orang. Oleh kerana ia melibatkan isu yang sensitif (rasuah), hanya beberapa orang yang tahu tindakan universalism yang dilakukan oleh Bakar dan mereka terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan umum untuk tujuan keselamatan dan keharmonian. Mereka menganggap tindakan yang dilakukan oleh Bakar adalah tindakan yang sepatutnya dan menganggap Bakar sebagai seorang individu atau pengurus yang jujur. Individu yang tidak mengetahui akan keadaan sebenar akan membuat andaian atau spekulasi masing-masing. Sudah tentulah individu-individu tersebut akan membuat kenyataan yang mengcondemn Bakar. Mereka menganggap Bakar adalah seorang individu yang korup dan tidak jujur. Mereka mempersalahkan Bakar kerana keadaan sekolah yang tidak bersih. Di mata mereka, mereka menganggap Farid tidak layak menjadi pemimpin mereka. Dalam Teori Universalism, biasanya hasil yang menyusul berikutan keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu dalam pengurusan pentadbiran mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dengan organisasi tersebut. Dalam kes Bakar, kontraktor tersebut sudah mula membuat kerja-kerja pembersihan yang sepatutnya dilakukan seperti yang terkandung dalam kontrak. Ini bermakna, hasil atau

kesan yang berlaku akibat ketegasan Bakar sudah menunjukkan tanda yang positif. 5.0. ADAKAH PENGETAHUAN DALAM TEORI TAAKULAN ETIKA MENGUBAH CARA BAKAR MENYELESAIKAN MASALAH DILEMA ETIKA BELIAU Pada pendapat Bakar teori taakulan etika yang telah dipelajarinya tidak mengubah cara beliau menyelesaikan dilema etika yang dihadapinya. Bakar malah gembira kerana tindakannya adalah di dalam salah satu teori taakulan yang telah dipelajarinya iaitu Teori Universalism. Dua sebab yang membuat Bakar gembira dengan keputusannya ialah: 5.1. MEMARTABATKAN NILAI MURNI DALAM PENTADBIRANNYA Bakar gembira kerana beliau tidak menerima rasuah. Semakin besar habuan yang dijanjikan oleh kontraktor terbabit semakin kuat dia menolak tawaran tersebut. Kini Bakar telah mengenali karektor peribadinya dengan lebih mendalam. Ternyata beliau adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia dan jujur serta setia dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Jika Bakar menerima suapan daripada kontraktor terbabit, Bakar mungkin akan menjadi lebih demanding pada masa hadapan. Perbuatan tersebut mungkin akan menjadi kebiasaannya dalam pengurusan pentadbirannya pada masa-masa akan datang. Maka lahirlah seorang lagi pegawai kerajaan yang korup dan tidak amanah dalam jentera pentadbiran negara. Bakar bersyukur kerana beliau masih lagi seorang yang amanah dan jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir dan guru. 5.2. MEMPERJELASKAN NIAT DAN TUJUAN BELIAU Bakar gembira kerana beliau telah berjaya memperjelaskan niat dan tujuan beliau semasa membuat keputusan kepada penyelesaian masalah dilema etika yang dihadapinya. Beliau mahu sekolahnya berada dalam keadaan yang sepatutnya. Bersih, selamat dan sedap mata memandang adalah keutamaan niat dan tujuannya. Semasa kontraktor tersebut menyatakan pendiriannya (memberi rasuah), Bakar telah mempertahankan betapa pentingnya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor tersebut melalui keputusan eksekutif yang dilakukan oleh Bakar . Niat dan tujuan Bakar sudah beliau perjelaskan sehingga akhirnya kontraktor tersebut akur dengan keputusan Bakar. 6.0. KESIMPULAN Seperti yang telah dibincangkan, terdapat lima jenis sistem atau teori etika yang utama. Walaupun teori-teori tersebut pada dasarnya tidak menimbulkan konflik di antara satu dengan yang lain, ianya tidak boleh disatukan menjadi satu sistem atau teori yang secara logiknya digunapakai mewakili kesemua teori tersebut. Setiap sistem atau teori tersebut hanya menjelaskan sebahagian daripada teori tersebut yang benar, dan setiap satu teori tersebut tidak lengkap atau mencukupi untuk kita menghakimi nilai moral yang mengiringi setiap tindakan atau keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu seperti yang berlaku kepada Bakar. Apakah maknanya ini kepada semua individu yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran (pengurus)? Implikasi yang paling besar untuk individu yang menjadi pengurus ialah tidak ada satupun sistem yang benar-benar mantap dari segi penaakulan tingkah laku atau kaedah-kaedah dari segi moral reasoning yang boleh memberi panduan sepenuhnya kepada mereka dalam membuat keputusan etika yang sukar. Di sebalik penggunaan satu-satu jenis teori, kita seharusnya menggunakan segala kelima-lima sistem tersebut dan memikirkan sepenuhnya akibat atau kesan daripada

tindakan yang dilakukan. Moral reasoning, yang menjadi asas kelima-lima sistem etika tersebut, bukannya mudah dilaksanakan tetapi ianya tetap berjaya atau berkesan terutamanya apabila menggabungkan kedua-dua kedudukan, atau keadaan ekonomi dan analisa yang sah dari segi undang-undang.

MASALAH ETIKA DALAM ORGANISASI


Masalah etika selalu muncul dalam situasi yangmelibatkan orang lain, tetapi seringkali organisasi lebih banyak menyoroti masalh etika ini daripada pihak pihak lainnya. Pelanggaran terhadap etika yang telah diterima secara umum merupakan masalah yang harus diwaspadai dalam organisasi. Bagi sebagian orang perilaku etis dalam organisasi tidak selalu penting. Charles Saxon, kartunis majalah The New Yorker, menerbitkan serial kartun bisnis berjudul kejujuran adalah salah satu kebijakan yang lebih baik, Tampaknya Saxon berpendapat bahwa dikusi etika dalam organisasi bisnis diperlukan, dan mungkin bermanfaat bagi kita untuk mempelajari beberapa masalah etika dalam konteks pembuatan keputusan mengenai pekerjaan dalam organisasi. Bidang karier apapun yang anda putuskan untuk anda tekuni, pasti mencakup sejumlah dilemma dan paradoks mengenai etika kehidupan yang sesunguhnya. Lantas apakah yang dimaksud dengan etika ? Sekelompok teoritis (Solomon & Hanson, 1985) mengemukan bahwa etika berkaitan dengan pemikiran dan cara bersikap, pemikiran mengenai etika terdiri dari evaluasi masalah dan keputusan dalam arti bagaimana kedua hal ini memberi andil pada kemungkinan penigkatan seseorang seraya menghindari akibat yang merugikan orang lain dan diri sendiri. Perilaku etis berhubungan dengan tindakan yang sesuai dengan keputusan yang relevan, yang sejalan dengan seperangkat pedoman yang menyangkut perolehan yang mungkin dan akibat yang merugikan orang lain. Masalah etika dalam organisasi dapat dibagi dalam dua kategori : 1. yang menyangkut praktik praktik organisasi di tempat kerja, dan 2. yang menyangkut keputusan perorangan Praktik praktik Organisasi 1. Rasa hormat, martabat, dan kebebasan perorangan. Masalah ini berhubungan dengan cara organisasi memperlakukan anggotanya. Dari sudut pandang sebagian besar anggota oraganisasi, kepentingan organisasi didahulukan dan kepentingan anggota dijadikan yang paling akhir. 2. Kebijakan dan praktik personel. Masalah ini berkenaan dengan etika kepegawaian, pemberian gaji, kenaikan pangkat, pendisiplinan, pemberhinetian dan masalah pension

anggota organisasi. Kewajiban umum organisasi adalah berlaku adil pada anggota organisasi yang prospektif disetiap jenjang karirnya. 3. Keleluasaan (privacy) dan pengaruh terhadap keputusan pribadi. Perjanjian eksplisit dan implicit antara pegawai dengan organisasi yang memperkerjakan mereka, memberi peluang kepada organisasi untuk memperhatikan faktor faktor yang secara jelas mempengaruhi prestasi kerja pegawai. Namun masalah etika muncul bila organisasi menaruh perhatian khusus pada masalah kehidupan pribadi anggotanya yang tidak secara langsung mempengaruhi prestasi kerja mereka dalam organisasi, misalnya segala sesuatu yang terjadi selama cuti yang mungkin mempengaruhi citra organisasi, keikutsertaan dalam masalah masalah public seperti kegiatan masyarakat dan organisasi pelayanan, kontribusi pada badan badan amal, dan keterlibatan dalam kelompok kegiatan politik.

OUMM 3203 Etika Profesional


1.0 Pengenalan Di dalam tugasan Etika Profesional (OUMM 3203) , membincangkan tentang bagaimana masalah etika dapat di selesaikan menggunakan 5 teori etika iaitu teori Hukum Alam, Teori Universalism, Teori Utilitarianism, Teori Pengagihan keadilan dan Teori Kebebasan Individu serta bagaimana menggunakan teori ini sebagai salah satu cara penyelesaian masalah etika. Selain itu di bincangkan juga tentang ciri-ciri masalah iaitu ciri yang pertama ia mempunyai kesan yang berlarutan. Ciri yang kedua, keputusan etika yang mempunyai pelbagai alternatif. Ciri yang ketiga pula, keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai. Ciri yang keempat, keputusan etika yang di buat mempunayi kesan yang tidak menentu, dan yang terakhir, kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. 1.1 Latar belakang dilema yang di hadapi Dilema yang saya hadapi ialah ketika sesi pengambilan kedua untuk pelajar baru salah sebuah universiti awam di Malaysia. Sesi pengambilan kedua ini adalah terhad kepada 100 orang pelajar sahaja berbanding dengan sesi pengambilan pertama yang yang mengambil lebih dari 2000 orang pelajar. Disebabkan dengan tempat yang terhad bagi sesi pengambilan kali ini, pihak universiti iaitu di bahagian kemasukan universiti menerima banyak surat rayuan dari pelajar yang ingin memasuki universiti ini. Walaubagaimanapun,

hanya 100 pelajar sahaja yang bakal diterima masuk bagi sesi pengambilan kali ini berbanding ribuan surat rayuan yang kami terima. Sebagai permulaan di dalam proses pemilihan bagi pelajar untuk sesi kedua ini, bahagian kemasukan dan rekod akan mengurangkan permohonan yang diterima sehingga kira-kira 200 permohonan sahaja sebelum pemilihan pelajar yang terakhir seramai 100 orang dibuat. Bagi mengurangkan permohonan ini, semua surat rayuan akan diberikan kepada seorang pegawai atasan saya yang juga bertindak sebagai penyelia . Disebabkan dengan kesuntukan masa yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti, saya dan rakan sejawat telah diberi tugasan bagi membantu pegawai tersebut untuk mengurangkan permohonan dari pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, kami telah diberi arahan supaya hanya untuk memilih 190 rayuan sahaja manakala baki 10 lagi rayuan akan dipilih oleh beliau. Setelah 200 rayuan telah disenaraipendekkan, kami mendapati bahawa baki 10 rayuan tersebut terdiri daripada saudara-mara penyelia kami. Kami mendapati bahawa terdapat banyak permohonan yang telah diserahkan kepada pegawai tersebut tidak diproses dan dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana beliau hanya

menyenaraipendekkan rayuan yang diterima dari saudara-mara beliau sahaja walaupun terdapat ramai calon yang didapati memiliki kelayakan yang tinggi dari syarat minima kemasukan bagi sesi kali ini. Sebagai salah seorang kakitangan bawahan pegawai tersebut, kami terperangkap di dalam dilemma sama ada harus atau tidak untuk kami melaporkan tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai tersebut kepada pihak atasan. Walaubagaimanapun, kami berasa serba salah sekiranya kami melaporkan tindakan pengawai kami kepada pihak atasan kerana kami bimbang jika dengan kami melaporkan tindakan beliau tersebut akan menyebabkan peluang kerjaya kami di universiti akan terjejas. Walaubagaimanapun, kami telah mengambil risiko atas kerjaya kami di universiti ini dengan melaporkan kepada pihak atasan universiti mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh pengawai kami yang tersebut. Tugasan ini akan mengupas mengenai persoalan etika terhadap keputusan yang di ambil di dalam situasi dilemma ini.

2.0. Ciri-ciri Masalah Etika Kebanyakan keputusan yang dibuat selalunya memberi kesan yang berlarutan sama ada kepada pihak yang membuat keputusan atau pihak yang menerima sesuatu keputusan tersebut. Ini kerana keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan ataupun

individu tersebut tidak hanya memberi kesan kepada satu pihak ataupun pada satu tahap sahaja. Kesan-kesan ini juga boleh memberi kesan ke atas sesebuah masyarakat setempat sekiranya keputusan yang diambil melibatkan sesuatu tindakan untuk masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh melalui pemberian rasuah, sesetengah pihak merasakan bahawa dengan memberi rasuah proses kerja yang dilakukan dapat dipercepatkan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada organisasi tersebut dan juga masyarakat kerana percaya hanya dengan memberi rasuah sesuatu pekerjaan itu dapat dilaksanakan atau diproses dengan cepat. Ini juga akan menyebabkan amalan rasuah menular di kalangan masyarakat tersebut dan tiada ketelusan di dalam sesebuah organisasi. 2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kesan Yang Berlarutan. Seperti masalah yang saya hadapi di universiti saya ini, saya rasakan bahawa tindakan tersebut telah memberi kesan yang berpanjangan kepada masyarakat. Ini kerana dengan tindakan beliau yang lebih mengutamakan pemohon yang mempunyai hubung kait dengan beliau sendiri secara tidak langsung menafikan pemohon yang benar-benar layak untuk belajar di universiti. Keputusan untuk tidak bersikap adil ini juga boleh menyumbang kepada masalah pengganguran kepada negara. Ia juga boleh menyebabkan pemohon yang tidak berjaya ini merasa kurang bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran mereka dan setersunya ini boleh merugikan negara. 2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Kepelbagaian Alternatif Banyak keputusan yang dibuat dilihat sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala alternatif yang ada. Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif yang ada. Masalah yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Setelah punca masalah dikenalpasti, segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah dikenalpasti. Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan alternatif yang terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat. Pegawai kami hendaklah terlebih dahulu melihat segala alternatif yang ada sebelum membuat keputusan untuk menyenaraipendekkan 10 nama saudara-mara beliau. Keputusan yang dibuat oleh beliau dilihat sebagai satu keputusan yang tidak mempunyai alternatif lain terutamanya ketika keputusan yang dibuat melibatkan saudara-mara beliau. Disebabkan kegagalan beliau untuk melihat segala alternatif yang yang ada bagi menyelesaikan masalah kemasukan pelajar ke universiti terutamanya yang melibatkan saudara-mara beliau, keputusan yang diambil didapati tidak beretika.

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Yang Pelbagai Banyak keputusan yang dibuat pada hari ini akan memberi hasil yang berbeza pada masa hadapan. Kebanyakan keputusan yang dibuat tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak dan ini secara tidak langsung memberi kesan yang negatif terhadap organisasi itu sendiri. Sebagai contoh bangunan kompleks mahkamah baru yang bocor ini adalah akibat dari sikap pemaju yang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sikap tamak pemaju yang ingin memaksimakan keuntungan dengan menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti ini telah menjejaskan imej syarikat itu sendiri. Walaupun pada hakikatnya syarikat berkenaan untung daripada projek pembinaan komplek mahkamah itu, tetapi hasil yang berbeza didapati oleh syarikat berkenaan dari segi imejnya akibat dari kebocoran yang sering dihadapi oleh bangunan mahkamah berkenaan. Hasil yang sama juga berlaku terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai di universiti yang menyenaraipendekkan nama saudara-mara beliau pada sesi pengambilan kedua universiti. Walaupun pada pandangan di pihak saudara-mara beliau yang meyifatkan beliau sebagai seorang yang mengutamakan semangat kekeluargaan, akan tetapi dengan tindakan beliau itu sekiranya diketahui umum akan menyebabkan integriti universiti khususnya jabatan saya iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengenai kemasukan pelajar akan tercalar. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan nama elit universiti akan tercemar disebabkan dengan tindakan beliau yang menafikan hak awam untuk masuk ke universiti. 2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Menentu Kebanyakan keputusan yang diambil dilihat sebagai keputusan yang mempunyai risiko yang minima. Ini kerana keputusan diambil setelah segala alternatif yang ada telah dinilai sesebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Sebagai contoh tindakan untuk sebuah kilang yang telah memasang alat penapis asap untuk mengurangkan pencemaran udara, tindakan ini diambil atas dasar untuk mengurangkan kadar pencemaran udara akibat dari penggunaan mesin di dalam kilang. Walaubagaimanapun, dengan kegunaan alat penapisan asap ini kadar pencemaran udara tidak berkurangan kerana alat yang digunakan berkualiti rendah. Sama seperti dengan tindakan pegawai saya yang telah memasukkan 10 nama saudara beliau di dalam senarai pendek pemohon bagi pengambilan kedua universiti. Walaupun nama-nama saudara beliau telah disenaraipendekkan, ini tidak bermakna nama-nama tersebut akan terus dapat diterima untuk melanjutkan di universiti ini. Nama-nama ini akan melalui pelbagai tapisan yang akan dilakukan oleh fakulti-fakulti yang terlibat dengan sesi pengambilan pelajar kali ini.

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi Pendapat yang mengatakan kebanyakan keputusan korporat adalah dibuat tanpa mengambilkira kepentingan peribadi adalah tidak benar. Ini kerana kebanyakan keputusan yang dibuat sebenarnya sedikit sebanyak mengira kepentingan peribadi terutamanya pihak atasan. Sebagai contoh walaupun keuntungan sesebuah syarikat itu adalah rendah disebabkan kos jualan yang meningkat, ini tidak mempengaruhi keputusan syarikat yang ingin bayaran bonus sebanyak 2 bulan kepada kakitangan dibuat. Keputusan yang diambil akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Walaubagaimanapun, demi untuk menjaga kepentingan peribadi kepentingan pihak atasan keputusan untuk membayar bonus ini tetap dibuat. Keputusan pegawai saya untuk memasukkan nama saudara beliau di 10 tempat terakhir senarai pendek calon tersebut adalah bersifat peribadi. Beliau langsung tidak mengambilkira kelayakan yang ada pada pemohon yang lain. Tindakan ini secara tidak langsung akan menyebabkan tahap intergriti beliau berkurangan terutama di kalangan kakitangan bawahan beliau.

3.0 Teori Etika Etika bermaksud prinsip -prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima umum sebagai cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuakn baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi eitika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana tiada pilihan lain). 3.1 Ciri Taakulan Etika Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan pada masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum minuman keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil minuman berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara pun yang sempurna untuk di jadikan piawaian peraturan etika. Walaubagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan adalah teori hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika

Deontologikal klasik (Universalism), Teori pengagihah keadilan dan teori kebebasan diri sendiri. 3.2 Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral,etika dan nilai murni yang berbeza. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya percaya bahawa pegawai saya telah berlaku tidak adil pada pelajar tersebut. (tidak adil dalam konteks Islam ialah tidak meletakkan sesuatu pada haknya). Dengan menidakkan hak pelajar-pelajar itu, jelas menunjukkan pegawai itu melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam dengan . Islam memerintahkan kepada kita agar kita berlaku adil kepada semua manusia. iaitu keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dicintai, dan keadilan seorang Muslim terhadap orang yang dibenci. Sehingga perasaan cinta itu tidak bersekongkol dengan kebathilan, dan perasaan benci itu tidak mencegah dia dari berbuat adil dan memberikan kebenaran kepada yang berhak. (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007) http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu . (Al Quran , surah An-Nisa: ayat 135). (Dr. Yusuf Qardhawi : 24 Jun 2007). Menurut agama Islam, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, orang lain yang menyedari kesalahannya itu wajib memberitahu atau membetulkan kesalahannya, dan di dalam Islam ada beberapa tahap yang boleh di ikuti. Langkah yang pertama, kita seharusnya menasihatinya secara berhikmah, dimana orang yang melakukan kesalahan tadi akan dapat berfikir tentang kesalahan dan dosanya dan pada masa yang sama dia tidak akan berasa hati dengan orang yang menegur. Jika ia tidak berkesan, terdapat cara yang

kedua iaitu dengan menggunakan orang yang di hormati oleh si pembuat salah untuk menegurnya dan jika cara ini juga tidak berhasil barulah cara lebih keras boleh di lakukan, iaitu dengan cara membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (http://www.mailarchive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00322.html : 24 June 2007) Jadi dengan menggunakan teori hukum alam ini, saya seharusnya menasihati pegawai atasan saya dan jika tidak berjaya barulah saya boleh melakukan cara yang lain seperti yang telah di bincangkan. 3.3 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, dan mengabaikan serta mengekploitasi suara minoriti . Tidak ada keseimbangan faedah yang terima oleh minoriti berbanding majoriti. Berdasarkan kepaada teori ini, pegawai pemilihan itu tidak harus mengambil saudara maranya menjadii calon yang layak mendapat tempat di universiti ini kerana ia tidak membawa apa-apa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri. Jika saudara maranya di pilih, pegawai itu akan di senangi oleh kaum keluarganya sahaja, dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai itu memberikan peluang kepada orang lain, dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan penggunaan teori ini , jelas keputusan yang patut di ambil ialah memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang terjalin antara pegawai pemilihan.

3.4 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan bagimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza. Berdasarkan kepada teori ini, pegawai tersebut tidak patut mengambil calon-calon pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di universiti ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menerima layanan yang sama. Jadi semua pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini akan menyebabkan calon persendirian yang di pilih tersingkir dari senarai penganbilan pelajar rayuan. 3.5 Teori Pengagihan Keadilan Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan. Seperti juga masalah dilema yang saya hadapi ini, pegawai atasan saya tidak mengagihkan kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi,

berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai saya itu tidak membuat keputusan yang tepat. 3.6 Teori Kebebasan Diri Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga mempunyai kelemahan iatu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain. Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki, yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini. walaupun impak negatifnya sanagt besar, iaitu dengan memperdagangkan masa depan orang lain.

4.0 Masalah menurut undang-undang Sebelum penyelesaian masalah menurut undang-undang di huraikan, eloklah di nyatakan definisi tentang undang-undang. Undang-undang bermaksud satu set dokumen bertulis yang mengandungi peraturan dan telah di di wartakan di dalam sesebuah masyarakat. Tujuannya adalah untuk mengawal tingkah laku seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan kepada masalah tentang ketidakadilan pemilihan pelajar rayuan, mengikut undang-undang., selagi tiada bukti yang konkrit yang menyatakan pegawai itu bersalah , maka beliau tidak akan bersalah. Ini kerana undang-undang tidak dapat membuktikan seseorang itu jujur atau tidak. Jadi , secara keseimpulannya apa yang di lakuakan oleh pegawai itu adalah tidak salah dari segi undang-undang. Namun, dari segi etika, 4 daripada 5 etika yang di bincangkan menyatakan bahawa perbuatan pegawaiitu adalah salah. Jadi terdapat percanggahan antara undang-undang dan etika.

5.0 Penyelesaian masalah Kesimpulan yang dapat di buat setelah meneliti kelima-lima teori etika dan hukum mengikut undang-undang dapatlah disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh pegawai itu adalah suatu perbuatan yang salah, tidak beretika dan bermoral kerana teori hukum alam, teori universalism, teori utilitarians dan teori pengagihan keadilan jelas menunjukkan apa yang dilakukan itu bertentangan dengan teori tersebut walaupun teori hak kebebasan diri dan undang-undang menyatakan ia tidak salah. Oleh itu saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya tahu saya akan merosak serta menjejas laluan kerjaya saya . Saya berbuat demikian kerana saya merasakan tidak ada keadilan kepada pelajar yang layak dan saya harus menegakkan keadilan bagi mereka. Saya juga percaya kepada konsep teori pengagihan keadilan. Selain itu saya berpegang kepada teori utilitarian yang mana jika saya tidak menyekat kegiatan pegawai saya itu, ia akan menjadikan ramai golongan yang keciciran dari arus pendidikan dan ini seterusnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kerana kehilangan banyak cerdik pandai di negara ini. Justeru walaupun saya terpaksa menghadapi risiko pada kerjaya, saya tetap megambil keputusan itu kerana saya mengetahui apa yang saya lakukan adalah suatu keputusan yang terbaik.

6.0 Rujukan

<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]--> Prof. Dr Ansary Ahmad et. al.


(2007). Open University Malaysia: OUMM3203 Professional Ethics.. Kuala Lumpur. MeteorDoc Sdn. Bhd.

<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Majid Fakhry (1994). Ethical


Theories In Islam. New York. E.J. Brill.

<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Thiroux, Jacques P (2001).


Ethics: Theory And Practice . Saddle River. Prentice Hall.

<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Mohd Janib Johari (2001). Etika


Profesional. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Dr Yusuf Qardhawi (2007).


Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan Sunnah published at

Bab 3
Bab 3 ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial. Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil itu betul (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika tersebut. Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan: Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah: >kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan. >kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative >kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan >kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya >kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.

Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan: 1.Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-beza dikenakan ke atas pelanggan. 2.Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut. 3.Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat. 4.Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran yang selamat dan bersih. 5.Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti. 6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja. 7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu akan memudaratkan masyarakat setempat. 8.Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi. Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan tanggungjawab social. 9.Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya

kepada masyarakat dengan projek dan program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk melaksanakannya. Analisis masalah etika dalam pengurusan: 1.analisis ekonomi 2.analisis undang-undang 3.analisis etika a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika. b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undangundang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil.

Etika dalam Islam Etika dalam islam boleh dinilai melalui mesej sejagat dan pendekatan holistic seperti berikut: tauhid atau keesaan Tuhan perpaduan manusia, dan perpaduan dalam beragama. Syariah adalah undang-undang islam yang berasaskan al-Quran dimana dijunjung dan digunapakai dan dirujuk oleh orang islam dalam hal membuat keputusan. Ini adalah kerana al-Quran itu sendiri menggambarkan akhlak Rasulullah s.a.w. Semua ciri-ciri dan kualiti akhlak yang berpandukan islam melalui al-Quran dan hadis dapat membina sahsiah diri serta etika individu muslim.

.......................................................................................................................................................

You might also like