You are on page 1of 4

salam dan selamat pagi.. pada pendapat saya, sekolah satu aliran wajar untuk dilaksanakan.

melalui pengalaman saya semasa di PLKN dahulu, saya dapati pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan lebih mudah berkomunikasi dengan kaum-kaum lain. berbanding pelajar yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan(vernikular), mereka sukar untuk bergaul dan berkomunikasi dengan kaum lain. mereka juga bersifat etnosentrismn, dan tidak mahu bergaul secara rapat dengan kaum lain. PLKN pada dasarnya adalah satu program yang dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan memupuk semangat cintakan negara, tapi pada pendapat saya, program ini hanya berkesan pada jangka masa yang pendek sahaja , hal ini kerana setelah pelajar pulang ke kampung halaman masing2 mereka lupa akan pengisisan semasa di program tersebut. jika sekolah satu aliran diwujudkan, saya percaya hubungan antara kaum bukan sahaja dapat dieratkan bahkan pelajar2 bumiputera khasnya melayu, dapat bersaing secara sihat dalam pelajaran, dan secara tidak langsung dapat menaikkan taraf kualiti pembelajaran disekolah. bagi

mengatasi masalah bahasa pula, pihak sekolah pula perlulah menyediakan kelas bagi pelajar non-bumi, untuk mempelajari bahasa ibunda mereka. sekolah satu aliran juga mampu memupuk sikap saling menghormati kerana setiap bangsa perlu berkongsi kemudahan yang sama seperti, belajar dalam kelas yang sama, makan dlm satu kantin yang sama, bermain di padang yang sama dan banyak lagi, dan ini mengambil masa yang panjang(5-10 tahun) berbanding PLKN hanyan mengambil masa 3 bulan.oleh itu, sifat bertolak ansur perlu wujud dalam diri setiap palajar agar kita semua boleh hidup dalam keadaan aman dan damai. sekian.

Seorang tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin berpendapat sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.

Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran ketika ini. Isu pengasingan pelajar mengikut kaum telah dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan sekiranya ia benar-benar berlaku, ini boleh memberi kesan negatif yang boleh menghalang matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah pada ketika ini wujud hasil toleransi pelbagai kaum sewaktu hendak mencapai kemerdekaan. Wujudnya satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu prinsip Rukun Negara yang mana mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat seperti semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.

Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi.

Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para

pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

RUJUKAN Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Thinker's Library Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Nurin Enterprise. Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Quantum Books. Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan. Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.

You might also like