You are on page 1of 14

KONSEP SOSIOLOGI SUKAN

DEFINISI SOSIOLOGI SUKAN

Bidang ilmu yang mengkaji fenomena sosial sukan

CIRI-CIRI INSTITUSI SUKAN


Bidang ilmu mengkaji fenomena sosial sukan

1. Sosialisasi
2. Sosioemosi 3. Politik 4. Undang-undang dan Peraturan

5. Integrasi
6. Mobiliti sosial

sosialisasi
Meransang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan dan sebagainya.

Sosioemosi
Kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi penglibatan dalam sukan:
Katarsis- peluang melepaskan tekanan yang dibenarkan dalam sukan Mewujudkan semangat kekitaan atau berpasukan Semangat patriotisme

Mobiliti sosial
Proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk memberi peluang kepada individu untuk meningkat seperti peringkat sekolah ke peringkat daerah,negeri dan seterusnya.

Politik
Alat untuk menunjukan kuasa (pengurusan pasukan atau persatuan, hierarki persatuan).

Undang-undang & peraturan


Wujudnya undang-undang dan peraturan yang mengawal perjalanan sukan tersebut.

Integrasi
Menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang seperti menjadi satu pasukan sekolah, daerah dan negeri.

Proses sosialisasi

Sosialisasi dalam sukan

Sosialisasi menerusi sukan

Sosialisasi dalam sukan

Individu memilih untuk melibatkan diri dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.

Sosialisasi menerusi sukan

Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan

Kesan positif terhadap Individu (a) pembentukan watak - sukan dapat membentuk perwatakan individu yang positif. (b) imej kendiri yang positif - penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan imej diri. (c) kualiti kepimpinan - pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya dalam sukan berpasukan. (d) semangat patriotisme - rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi penyertaan dalam bidang sukan. (e) semangat setia kawan/berpasukan - terbentuk menerusi penyertaan, interaksi serta sosialisasi dalam sukan. (f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh dicapai menerusi penyertaan dalam bidang sukan.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan Kesan negatif kepada individu seperti:

(a)
(b) (c) (d)

sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat kesukanan dan berpasukan. Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi. Keagresifan dalam sukan. Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan


Kesan positif terhadap Negara (a) Sosial integrasi kaum - proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum. (b) Ekonomi sumber kewangan - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran, kutipan cukai serta kedatangan pelancong asing (pelancong sukan). (c) Politik semangat setia kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai menerusi penyertaan dalam bidang sukan seperti sukan SEA dan Asia.kerjasama antarabangsa dapat diwujudkan menerusi sukan secara meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan

Kesan negatif terhadap negara (a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran sukan. (b) Pemboikotan sukan. Kesannya, semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika proses penglibatan dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.

You might also like