You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN ================================================================

1.0

Sistem Respiratori
1.1

Pengenalan

1.2

Struktur anatomi

1.3

Proses fisiologi

11

1.4

Fungsi sistem respiratori

18

1.5

Mekanisme homeostasis

18

1.6 1.6.1 Asma

Penyakit 21 22 23 24 25

20

1.6.2 Bronkitis kronik 1.6.3 Pneumonia 1.6.4 Barah paru-paru 1.6.5 Influenza

2 1.7

Rumusan

26

1.8

Rujukan

27

1.0

Sistem Respiratori

Rajah 1.1: Komponen utama sistem respiratori


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)

SISTEM RESPIRATORI

1.1

Pengenalan

Sel memerlukan bekalan oksigen yang berterusan untuk menjalankan aktivitinya dan dalam proses tersebut, karbon dioksida dihasilkan. Dalam sistem kardiovaskular, oksigen di bawa dari paru-paru ke tisu periferi sementara karbon dioksida yang dihasilkan oleh tisu diangkut ke paru-paru untuk dihembus keluar. Proses pengambilan oksigen dan pembuangan Sistem pernafasan terdiri karbon dioksida ini terangkum dalam sistem pernafasan.

daripada organ-organ yang boleh menukarkan gas antara atmosfera dengan darah. Organorgan tersebut ialah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

1.2

Struktur anatomi sistem respirasi

Sistem respirasi terdiri daripada organ pernafasan yang mempunyai beberapa komponen utama. Organ pernafasan manusia terdiri daripada dua organ utama iaitu salur pernafasan dan paru-paru yang terletak di dalam rongga toraks.

i.

Salur pernafasan

SISTEM RESPIRATORI

Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiol. a. Hidung Hidung ialah organ penghiduan dan pembauan yang juga merupakan sebahagian sistem pernafasan. Ia terdiri daripada tulang dan rawan. Lubang hidung terdiri Tulang-tulang dan membantu daripada dua saluran yang dipisahkan oleh septum hidung. sinus membebaskan mukus untuk melembapkan udara

dibelakang hidung berhubungan dengan ruang kosong yang disebut sinus. Dinding pembentukan kualiti suara. Melembapkan udara yang masuk ke paru-paru merupakan salah satu fungsi hidung. Udara yang masuk ke paru-paru ini dapat dilembapkan kerana Zarah-zarah yang besar menghasilkan mukus sebanyak satu liter sehari.

diasingkan oleh bulu hidung, sementara bakteria dan bahan-bahan halus yang lain diperangkap oleh mukus. Mukus yang telah memerangkap kotoran akan dihantar ke tekak untuk ditelan atau dikeluarkan. Kemudian, mukus yang baru akan terbentuk dan proses ini akan berterusan. Sementara itu, bakteria yang ditelan bersama-sama mukus tadi dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam gaster. Selain diperangkap dan ditelan, bakteria juga dimusnahkan oleh lisozim iaitu enzim pembunuh bakteria. Proses pemanasan udara sedutan dilakukan oleh struktur seperti turbin, yang terdiri daripada tulang-tulang kecil yang menonjol dari dinding tepi setiap lubang hidung. Tulang-tulang ini sebenarnya bertindak sebagai radiator. Ia dikelilingi oleh tisu erektil yang mempunyai bekalan darah yang banyak. Apabila seseorang menyedut udara sejuk, tisu ini akan mengembang kerana darah dihantar ke bahagian tersebut dengan banyak. Dengan ini, luas permukaan untuk pemanasan udara akan meningkat. b. Farinks Farinks atau tekak ialah salur berbentuk corong sepanjang 13 cm iaitu bermula dari bahagian dalam hidung memanjang turun ke bahagian leher. Fungsi farinks adalah sebagai laluan udara dan makanan serta merupakan ruang bunyi pertuturan beresonans. c. Larinks
SISTEM RESPIRATORI

Larinks atau kotak suara merupakan laluan pendek yang menghubungkan farinks dengan trakea. Disini, terdapat beberapa tulang rawan antaranya ialah epiglotis. Semasa menelan, larinks bergerak ke atas. Ini menyebabkan epiglotis menutupi glotis. Glotis ialah ruang antara lipatan vokal di larinks. Dengan cara ini, larinks tertutup manakala makanan dan air minuman memasuki esofagus. Jika larinks dimasuki sesuatu benda, refleks tersedak akan berlaku. Refleks tersedak adalah satu refleks perlindungan yang berfungsi untuk mengelak benda asing daripada memasuki paru-paru. Bunyi berpunca daripada getaran kotak suara tetapi struktur-struktur lain penting untuk mengubah bunyi kepada pertuturan yang bemakna. Farinks, mulut, ruang hidung dan sinus paranasal semuanya merupakan rongga beresonans yang membentuk suara seseorang. Kontraksi dan pengenduran otot di dinding farinks menghasilkan bunyi fonetik. Otot-otot muka, lidah dan bibir membolehkan manusia membentuk perkataan.

d. Trakea Tulang rawan berbentuk cincin yang membawa udara ke bronkus. Terdapat silia yang bermukus dan bergerak 60 kali sesaat untuk memerangkap kotoran dan habuk. e. Bronkus Terdiri daripada bronkus kanan dan kiri serta dilapisi oleh tisu epitilium. Di permukaan epitilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru. f. Bronkiol Bronkiol merupakan salur udara paling halus. g. Alveolus Kantung udara dimana tempat berlakunya pertukaran gas oksiegn dan karbon dioksida.

SISTEM RESPIRATORI

Rajah 1.2: Organ utama sistem respiratori


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM RESPIRATORI

Rajah 1.3: Struktur anatomi bahagian atas sistem respirasi


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

Rajah 1.4: Struktur organ bronkiol dan alveolis.


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM RESPIRATORI

Rajah 1.5: keratan rentas struktur alveoli


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

Rajah 1.6: Keratan rentas kapilari darah


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)

SISTEM RESPIRATORI

ii.

Paru-paru

Paru-paru merupakan sepasang organ yang terletak di dada yang berfungsi untuk pernafasan iaitu proses pertukaran karbon dioksida dengan oksigen dari udara. Paru-paru terletak di dalam rongga vakum. Oleh sebab itu, apabila dada mengembang semasa menarik nafas, paru-paru juga turut mengembang. Sebaliknya pula sewaktu menghembuskan nafas, dada mengecil maka paru-paru turut menguncup. Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang satu kilogram. Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. Salur udara bermula dari trakea. Di dinding dalam trakea, terdapat sel-sel epitilium yang memerangkap habuk. Terdapat juga kelenjar perembes mukus yang berperanan membersihkan udara sedutan yang memasuki paru-paru. Trakea bercabang membentuk bronkus kanan dan kiri dan dilapisi oleh tisu epitilium. Di permukaan epitilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru. Daripada bronkus, salur udara terus bercabang sehingga akhirnya membentuk bronkiol iaitu salur udara paling halus. Pertukaran gas hanya berlaku dikantung udara yang dikenali sebagai alveolus. Jumlah alveolus pada manusia yang sihat kira-kira 250 juta, yang jika dibentangkan boleh mencakupi keluasan separuh padang tenis atau kira-kira 80 kali luas permukaan tubuh badan. Setiap alveolus dikelilingi oleh banyak kapilari darah. Melalui kapilari ini, darah membebaskan karbon dioksida ke dalam alveolus dan akhirnya dihembus keluar. Pada waktu yang sama, darah kapilari yang mengandungi hemoglobin mengikat oksigen dari udara sedutan untuk dibawa ke sel-sel tubuh. Di sel tubuh, oksigen dilepaskan dan digunakan oleh sel-sel tersebut bagi menghasilkan tenaga, sementara karbon dioksida dihasilkan. Karbon dioksida ini seterusnya di hantar ke paru-paru untuk dihembuskan.

SISTEM RESPIRATORI

10

Rajah 1.7: Struktur organ paru-paru


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)

SISTEM RESPIRATORI

11 1.3

Proses fisiologi sistem respirasi

1.3.1

Sistem pernafasan manusia Mekanisma pernafasan ialah proses mekanikal memasukkan udara ke dalam paru-paru (tarikan nafas) dan menghembus semula ke udara (hembusan nafas). i. Tarikan nafas Semasa tarikan nafas, otot diafragma mengecut dan menyebabkan diafragma mendatar. Pada masa yang sama, otot interkosta luar mengecut mengakibatkan tulang rusuk naik ke atas dan ke depan. Ini akan meningkatkan isipadu rongga toraks dan menurunkan tekanan di dalam paruparu. Udara atmosfera yang bertekanan tinggi merempuh masuk ke dalam paru-paru.

ii.

Hembusan nafas Apabila otot interkosta luar mengendur, tulang rusuk kembali ke kedudukan asal. Pada masa yang sama, otot diafragma mengendur membenarkan organ-organ di abdomen menolaknya kembali kepada bentuk kubah yang asal. Ini mengurangkan isipadu rongga toraks dan membenarkan paru-paru yang kenyal mengempis lalu memaksa udara keluar darinya semasa hembusan nafas.

SISTEM RESPIRATORI

12

Rajah 1.8: Mekanisme pernafasan manusia


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)

1.3.2 Respirasi Luaran

Semasa respirasi luaran, darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen. Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu badan. Sel-sel tisu badan menggunakan oksigen secara terus-menerus menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah berbanding di alveolus. Dengan itu, oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari-kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus. Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah. Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari pulmonari meresap ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi. Darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku.

SISTEM RESPIRATORI

13

Rajah1. 9: Pertukaran gas antara darah dan paru-paru


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)
SISTEM RESPIRATORI

14

1.3.3 Proses pengangkutan gas oleh darah

Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru. a) Pengangkutan oksigen diangkut melalui dua cara: i) ii) Oksigen larut di dalam plasma. Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.

b) Pengangkutan karbon dioksida diangkut melalui tiga cara: i) ii) iii) Pelarutan dalam plasma. Bikarbonat. Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

SISTEM RESPIRATORI

15

Rajah 1.10: Pengangkutan gas oleh darah


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy

SISTEM RESPIRATORI

16 and Physiology)

1.3.4 Respirasi Dalaman

Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan selsel tisu. Pertukaran ini melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah. Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu. Pada masa yang sama karbon dioksida meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalam plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk di kumuh. dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung. Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih kaya dengan karbon dioksida berbanding

SISTEM RESPIRATORI

17

Rajah 1.11: Pertukaran gas antara darah dan sel-sel tisu


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)

SISTEM RESPIRATORI

18

1.4

Fungsi sistem respiratori

Fungsi sistem pernafasan adalah untuk mengangkut udara ke paru-paru. Oksigen dalam udara akan mengangkut daripada paru-paru dan menghantar ke dalam darah, manakala karbon dioksida mengangkut dalam arah bertentangan iaitu daripada darah ke paru-paru.

1.5

Mekanisme homeostasis

1.5.1 Mekanisme kawalan respirasi Respirasi adalah tindakan yang di kawal oleh bahagian otak yang merangsang penguncupan diafragma dan otot interkosta dalaman. Bahagian ini, secara kolektif dipanggil pusat pernafasan yang merujuk kepada:
i.

Pusat memproses mekanisme tarikan nafas ini terletak di dalam medula oblongta iaitu bahagian yang menghasilkan impuls saraf beritma untuk merangsang penguncupan otot diafragma dan interkosta luar. Kebiasaannya, mekanisme ini berakhir apabila otot-otot dalam keadaan rehat tetapi apabila pernafasan berlaku dengan laju, pusat pernafasan yang memproses mekanisme hembusan nafas dengan mudah diberhentikan melalui rangsangan otot diafragma dan interkosta dalam.

ii.

Pheomotasiks yang terletak di bahagian otak menghalang pusat tarikan nafas, membataskan penguncupan otot diafragma dan interkosta luar serta mencegah paru-paru daripada menjadi terlalu kembang.

iii.

Apneusis yang juga terletak di bahagian otak merangsang pusat tarikan nafas serta menyambung penguncupan otot-otot.

Pusat pernafasan adalah dipengaruhi oleh rangsangan yang diterima daripada tiga kumpulan neuron deria iaitu:
i. Pusat kemoresepter iaitu saraf-saraf di sistem saraf pusat dan terletak dalam

medula oblongata berfungsi mengawal cecair kimia serebrospina. Apabila CO2

SISTEM RESPIRATORI

19

daripada plasma memasuki cecair serebrospina, ia membentuk HCO3- dan H+ serta nilai pH menjadi lebih berasid. Sebagai tindakbalas untuk pengurangan nilai pH, pusat kemoreseptor merangsang pusat pernafasan untuk meningkatkan kadar mekanisme tarikan nafas.
ii. Kemoreseptor periferi iaitu saraf-saraf di sistem saraf periferi yang terletak dalam

aorta badan-badan dalam dinding lengkung aorta dan dalam karotid badanbadan dalam dinding-dinding bagi karotid arteri, mengawal kimia darah. Peningkatan dalam nilai pH dan pO2, menyebabkan reseptor ini merangsang pusat pernafasan.
iii. Reseptor regang dalam dinding bronkus dan bronkiol diaktifkan apabila paru-paru

mengembang kepada had fizikal mereka. Reseptor ini memberi isyarat kepada pusat pernafasan untuk memberhentikan rangsangan serta membenarkan penamatan bagi memulakan ke atas otot-otot mekanisme tarikan nafas. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakan Hering-Breur.

SISTEM RESPIRATORI

20

Rajah 1.12: Mekanisme kawalan respirasi


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology)

1.6

Penyakit

Penyakit yang sering melibatkan paru-paru ialah jangkitan yang disebabkan oleh virus, bakteria mahupun fungus. Paru-paru mudah sekali terkena jangkitan kerana ia sentiasa berhubung dengan udara luar serta terdedah kepada mikroorganisma patogen. Sebarang penyakit yang dialami oleh otot dan tulang dada mungkin menggangu fungsi normal paruparu.

SISTEM RESPIRATORI

21 1.6.1 Asma

Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang berbanding orang dewasa.

menyebabkan

kesukaran bernafas. Penyakit ini lebih kerap berlaku dikalangan kanak-kanak Asma tergolong kepada penyakit kelainan saluran pernafasan. Kelainan ini ditandai oleh rembesan berlebihan (hipersekresi) mukus atau lendir dan gangguan pertukaran gas pernafasan (oksigen dan karbon dioksida) sehingga menyebabkan timbulnya gejala batuk, kahak berlebihan dan tercungapcungap. Otot licin dan kelenjar mukus di paru-paru mengalami hipertrofi dan keradangan semasa berlakunya serangan asma. Etiologi asma, iaitu kewujudan faktor intrinsik, faktor pendedahan berpanjangan, dadah dan penyakit paru-paru. Asma biasanya menyerang atau bertambah parah pada waktu malam. Serangan tersebut mungkin disebabkan oleh asap atau habuk, jangkitan saluran pernafasan, riadah berlebihan, perubahan cuasa, pengambilan dadah dan pendedahan kepada alergen (habuk rumah). Rawatan bagi penyakit asma adalah bergantung kepada tahap asma yang dialami oleh pesakit. Dadah bronkodilator atau dadah antiperadangan merupakan beberapa dadah yang berkesan untuk melegakan penyakit asma. Serangan asma boleh dielakkan jika faktor penyebab dapat dikenalpasti. Rawatan awal terhadap penyakit saluran pernafasan atau paru-paru, dan tidak menghisap rokok juga merupakan langkah bijak untuk mengelak berlakunya serangan asma.

SISTEM RESPIRATORI

22

Rajah 1.13: Kerantas rentas bronkiol pesakit asma


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.2 Bronkitis kronik Penyakit ini dikenali sebagai penyakit paru-paru obstruktif kronik. Bronkitis kronik ialah batuk dan pengeluaran kahak yang berlebihan hampir setiap hari selama sekurang-kurangnya tiga bulan dalam satu tahun dan berlangsung selama dua tahun berturut-turut. Kebiasaanya penyakit ini terdapat pada perokok. Asap rokok menggangu aktiviti makrofaj di alveolus, melambatkan pergerakan (pembuangan) mukus atau lendir dan menimbulkan kerosakan pada sel permukaan salur paruparu. Penyakit ini biasanya berlaku dengan perlahan dan tanpa disedari oleh pesakit. Semasa usia belasan tahun, perokok mungkin hanya batuk berkahak pada waktu pagi tetapi apabila meningkat usia perokok mungkin mungkin merasa sukar bernafas sekali sekala apabila melakukan aktiviti fizikal atau riadah. Kerosakan

SISTEM RESPIRATORI

23

yang berlaku pada peringkat ini tidak boleh dipulihkan lagi dan sepatutnya dielakkan dengan tidak menghisap rokok. Seseorang boleh dikenalpasti menghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik berdasarkan gejala-gejala batuk berkahak, melalui pengamatan X-ray dada dan ujian fungsi paru-paru. Penyakit ini biasanya semakin parah dari hari ke hari jika tidak dirawat. Selain itu, jangkitan di paru-paru boleh berlaku pada pesakit.

Rajah 1.14: Kerantas rentas bronkus pesakit bronkitis


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.3 Pneumonia (paru-paru berair) Pneumonia ialah keradangan paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan virus, fungus atau parasit. Risiko penyakit ini yang disebabkan oleh bakteria meningkat pada penghidap penyakit paru-paru kronik, penagih alkohol dan pesakit jangkitan saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat terutamanya

SISTEM RESPIRATORI

24

pada kanak-kanak yang baru lahir atau orang tua.

Kebanyakan pesakit AIDS

meninggal dunia akibat pnemonia yang disebabkan oleh fungus Pneumocytis carinii. Pneumonia akut oleh bakteria biasanya bermula secara tiba-tiba dengan gejala-gejala seperti demam panas, menggigil, sakit dada, sukar bernafas dan kahak berwarna coklat (rusty sputum). Kanak-kanak juga mungkin mengalami sawan dan muntah-muntah. Pneumonia akibat jangkitan virus biasanya ditandai oleh demam, sakit otot dan sakit di sendi.

Rajah 1.15: Kerantas rentas alveolus pesakit pneumonia


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.4 Barah Paru-paru Penyakit ini antara penyebab utama kematian kepada di kalangan kaun lelaki yang bersusia antara 40 hingga 70 tahun. Kebiasaannya, penghidap penyakit ini terdiri daripada penghisap rokok. Selain itu, puna-punca lain yang menyebabkan barah

SISTEM RESPIRATORI

25

paru-paru ini adalah pendedahan kepada karsinogen industri, seperti asbestos, debu dan luka yang terdapat pada paru-paru. Gejala awal bagi penyakit ini adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah, sukar bernafas dan tercungap-cungap, nafas berbunyi serta terasa sakit apabila bernafas. Gejala ini akan bertambah teruk jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Barah ini boleh merebak ke seluruh badan iaitu hati, otak, tulang dan tisutisu lain.

Rajah 1.16: Struktur paru-paru yang dijangkiti barah


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.5 lnfluenza Jangkitan virus di saluran pernafasan ini menyerupai jangkitan selsema tetapi gejala-gejala pada penyakit ini lebih parah. Selain itu, ia boleh menimbulkan Ia juga bersifat epidemik dan komplikasi yang boleh membawa maut terutamanya pada orang tua dan individu yang mempunyai penyakit di paru-paru dan hati. mudah tersebar dari satu kawasan ke kawasan lain.

SISTEM RESPIRATORI

26

Gejala yang timbul akibat jangkitan berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Antara gejalanya ialah demam panas, menggigil, berpeluh, batuk berkahak, sakit otot, sakit kepala, berhingus dan hidung tersumbat. Pesakit juga aka berasa lemah, hilang selera makan, muntah-muntah dan cirit-birit. Kebiasaannya, pesakit akan demam selama empat hari berturut-turut dan gejala yang lain akan hilang setelah seminggu. Pada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas dan individu yang berpenyakit, komplikasi yang mungkin timbul ialah pneumonia oleh bakteria.

Rajah 1.17: Paru-paru yang dijangkiti virus influenza


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.7

Rumusan

Sistem respiratori sangat penting kepada tubuh kerana sistem ini membantu membekalkan oksigen dan mengangkut karbon dioksida keluar dari badan. Paru-paru yang sihat dapat memerangkap oksigen dengan lebih banyak dan melakukan pertukaran gas dengan lebih efisyen. Dalam bidang sains sukan, beberapa teknik pernafasan bagi tujuan relaksasi dan penjanaan tenaga optimum adalah berasaskan kepada kefahaman tinggi mengenai fungsi sistem ini. 1.8 Rujukan

SISTEM RESPIRATORI

27

Baharudin Omar & Mohd. Hamim Rajikin (1995). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Raman, Rubi Husain & M. Afandi Muhamad (1995). Fisiologi Manusia. Selangor :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology. 9th edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc. Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678.htm Mike Walden (2009). TeachPE from http://www.teachpe.com/gcse.anatomy/ respiratory.php

SISTEM RESPIRATORI

You might also like