You are on page 1of 2

Coklat oh Coklat mari buat Coklat sendiri THREE IN ONE Bahan-bahannya Dark chocolate, dicincang Kacang badam, dipanggang

(kacang badam sebiji-sebiji ya jangan dicincang) Kacang hazel, dipanggang Kacang walnut, dipanggang Cara-caranya 1. Cairkan coklat hitam dan masukkan kedalam beg piping. Paipkan bentuk bulat leper lepar 4cm diatas kertas kuih. 2. Aturkan kacang badam, hazel dan walnut diatas coklat leper itu. 3. Sejukkan didalam peti sejuk selama 2 minit atau sehingga ia keras. Siap untuk dihidang. Nota: Boleh gunakan sebarang jenis coklat seperti milk chocolate, semi sweet dan sebagainya. CHOCOLATE TRUFFLES Bahan-bahannya 80 gram whipped cream 200 gram dark chocolate, dipotong kecil 20 gram mentega lembut serbuk koko Cara-caranya 1. Didihkan whipped cream dan masukkan coklat. Kacau hingga sebati. Ketepikan ia hingga sejuk selama 10 minit. 2. Masukkan mentega lembut dan gaul sebati. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras. 3. Keluarkan dari peti sejuk. Gaul adunan hingga lembut dan letakkan dalam beg piping. Paip keatas kertas kuih. Simpan didalam peti sejuk sehingga ia keras dan bentukkan menjadi bebola. 4. Sadurkan bebela coklat dengan serbuk koko dan letakkan kedalam mangkuk kertas yang kecil, simpan di tempat dingin yang bersuhu 20 darjah C. Nota: Gunakan milk chocolate jika mahu sebab anak-anak mungkin tidak suka dark chocolate sebab rasanya tak berapa manis. WHITE ROCHERS Bahan-bahannya 200 gram badam hiris 40 gram gula aising 200 gram coklat putih, dicairkan Cara-caranya 1. Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula aising diatas dan gaulkan. 2. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuninig keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sebentar supaya ia sejuk. 3. Campurkan coklat cair dengan kacang badam yang telah dipanggan dengan sempurna. 4. Titis satu sudu aduann ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat hitam diatas. 5. Simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras. Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah C.

Nota: Corak diatas Rochers masukkan coklat putih didalam beg plastik dan gunting hujung sikit sahaja dan line-linekan coklat putih diatas rochers. Exactly macam yang jual dikedai coklat!! Kalau tak suka coklat putih boleh gantikan dengan dark chocolate atau milk chocolate. Atasnya pula gariskan dengan coklat putih.

You might also like