You are on page 1of 5

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

(1)
Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barangbarang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir

ayat 12), berdoalah


supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula. b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula. c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula. d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula. f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua,ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

Tambahan Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T, Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang. Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti. Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal. Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,

Amalan tersebut adalah yang berikut: 1. Al-Fatihah 7x.

2. Al Fath 1-3 7x

1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata, 2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). 3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

3. Al Khafi Ayat 19 7x

19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

4. Surah Al-Ikhlas 7x. 5. Selawat 7x. 6. Ya Allah 3x. 7. Kemudian wirid dibawah 119x.

8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut. Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai. Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x. Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah. Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA. WALLAHUALAM BISSAWAB.

You might also like