You are on page 1of 4

TUGASAN KKD 2063-PJJ KOHORT 3

TUGASAN KURSUS KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH MOD PPG PJJ - KOHORT 3
PERKARA PEMBERATAN MARKAH Tugasan 1 10 markah Tugasan 2 20 markah Tugasan 3 30 markah Peperiksaan Akhir Semester 40 markah JUMLAH 100 markah

AMARAN PERINGATAN : ANDA DILARANG MENIRU ATAU PLAGIAT TUGASAN. TUGASAN YANG DIHASILKAN MESTILAH HASIL KARYA ASLI ANDA.

TUGASAN 1 (10 MARKAH) Interaktif pensyarah-pelajar melalui forum e-learning Pelajar perlu terlibat secara aktif dan memberikan komen yang berkualiti berdasarkan 5 tajuk forum yang akan dipostkan oleh pensyarah kumpulan e-learning masing-masing pada ruangan forum kumpulan (group forum); bukan pada ruangan forum umum (general forum) Tajuk perbincangan forum adalah tertakluk kepada pensyarah kumpulan e-learning; namun cakupan adalah berpandukan modul KKD 2063 : Pembangunan Sahsiah Mod PPG PJJ

TUGASAN KKD 2063-PJJ KOHORT 3

TUGASAN 2 (20 MARKAH) Soalan tugasan 2 : Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat (4) perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda. Sila hantar tugasan 2 SEBELUM 9 April 2012 (Isnin). Sila hantar tugasan 2 dalam bentuk SATU fail sahaja (termasuk cover, isi tugasan dan senarai rujukan) secara online dengan uploadkannya dalam sistem MyGuru3. Format tugasan : Tulisan Times New Roman bersaiz 12 Panjang tugasan antara 6-10 mukasurat Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan dan disertakan senarai rujukan Penulisan mengikut gaya UPSI / American Psychological Association (APA)

TUGASAN KKD 2063-PJJ KOHORT 3

TUGASAN 3 (30 MARKAH) Soalan tugasan 3 : Anda dikehendaki membuat kajian kes tentang seorang guru yang bermasalah di sekolah. Berdasarkan kepada kes berkenaan anda diperlukan untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut;i. Latar belakang guru berkenaan. ii. Masalah yang dikenalpasti . iii. Analisis masalah berdasarkan SATU teori yang dipelajari.
[Nota*: Sila rujuk modul KKD 2063 dan dapatkan penambahan dari sumber rujukan lain]

iv. v.

Cadangan pelan tindakan untuk membantu membentuk sikap dan sahsiah guru berkenaan. Rumusan

Panduan penulisan tugasan 3 : i. Latar belakang guru berkenaan latar belakang peribadi seperti status perkahwinan, pendidikan, keluarga dan lokasi latar belakang kerjaya seperti tempuh bekerja, jawatan dan apa juga yang berkaitan dengan kerja.
[Nota*: Anda dinasihati supaya tidak menggunakan nama penuh dan nama sekolah sebenar]

ii.

Masalah yang dikenal pasti Nyatakan masalah tingkah laku (jika terdapat lebih daripada satu masalah sila senaraikan satu persatu) yang dikenal pasti Justifikasi masalah-masalah tingkah laku kes anda berdasarkan Etika dan Standard Guru. Huraikan perkembangan masalah-masalah tingkah laku kes anda secara kronologi. Analisis masalah berdasarkan SATU teori yang dipelajari. Rasional mengapa anda memilih teori berkenaan Analisis masalah tingkah laku kes anda berdasarkan teori. Anda perlu mengaplikasikan konsep-konsep yang digunakan dalam sesuatu teori dalam analisis berkenaan. Analisis perlu dilakukan secara kronologi mengikut perkembangan masalah tingkah laku kes anda. Cadangan pelan tindakan untuk membantu membentuk semula sikap dan sahsiah guru berkenaan. Berdasarkan kepada teori yang anda pilih, rangkakan pelan tindakan untuk membantu membentuk semula sikap dan sahsiah guru berkenaan ke arah yang lebih baik. Strategi penilaian pelan tindakan yang anda bina. Rumusan Buat rumusan secara menyeluruh tentang kajian kes anda

iii.

iv.

v.

TUGASAN KKD 2063-PJJ KOHORT 3

Sila hantar tugasan 3 SEBELUM 30 April 2012 (Isnin). Sila hantar tugasan 3 dalam bentuk SATU fail sahaja (termasuk cover, isi tugasan dan senarai rujukan) secara online dengan uploadkannya dalam sistem MyGuru. Format tugasan : Tulisan Times New Roman bersaiz 12 Panjang tugasan antara 10-15 mukasurat Setiap tugasan hendaklah merujuk sumber rujukan dan disertakan senarai rujukan Penulisan mengikut gaya UPSI / American Psychological Association (APA)

You might also like