You are on page 1of 13

Proses Menghasilkan Lukisan Tajuk : Tewasnya Ikan Kerana Umpan.

Alat dan Bahan: Pensel HB, pensel 2B, pemadam dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi lukisan yang ingin dibuat. 2. Pembahagian ruang dibuat diatas kertas lukisan bagi menentukan kedudukan subjek (ikan) diatas kertas lukisan. Untuk lukisan ini subjeknya berada ditengah. 3. Membuat lakaran asas rupa dan bentuk subjek dengan menggunakan pensel HB. 4. Mengolah objek dengan lebih terperinci dan memasukkan unsur serta gubahan bentuk air disekitar subjek. 5. Lukisan disempurnakan dengan memasukkan unsur seni seperti ton garisan dan jalinan untuk mewujudkan bentuk berdasarkan ketentuan cahaya.

_____________________________________________________________________ 1

Proses Menghasilkan Catan Tajuk : Kapal Layar di Lautan Alat dan Bahan: Pensel, pemadam, berus lukisan, warna poster, palet dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi catan yang ingin dibuat. 2. Menentukan kedudukan dan membuat lakaran asas bentuk subjek (kapal) diatas kertas lukisan. 3. Sapukan warna pada lakaran kapal dengan menggunakan teknik basah atas kering. Gunakan warna yang sesuai dan menarik. 4. Melapis warna kedua dengan menggunakan teknik basah atas basah. 5. Mewarnakan latarbelakang dan memperhaluskan kerja. 6. Menyempurnakan kerja mencatan dan kemasan.

_____________________________________________________________________ 2

Proses Menghasilkan Kolaj Tajuk : Burung di taman. Alat dan Bahan: Pensel, pemadam, gunting, gam, kertas warna dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi kolaj yang ingin dibuat. 2. Membuat lakaran dan menentukan kedudukan subjek (burung) diatas kertas lukisan. 3. Gunting / koyak kertas warna yang diperlukan untuk kolaj tersebut. Gunakan kertas pelbagai warna bagi menjadikan kolaj yang dihasilkan lebih menarik. 4. Sapukan gam pada permukaan kertas lukisan, letakkan cebisan kertas warna mengikut lakaran yang telah dibuat. 5. Bersihkan kawasan kolaj yang disiapkan dari lebihan gam atau sebarang kesan kotoran yang terhasil semasa menyiapkannya.

_____________________________________________________________________ 3

Proses Menghasilkan Montaj Tajuk : Welcome to Langkawi. Alat dan Bahan: Gunting, gam, gambar foto, gambar majalah dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi montaj yang ingin dibuat. 2. Potong beberapa gambar dari majalah atau foto yang berkaitan dengan tajuk. 3. Lekatkan gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti tersendiri bagi membentuk susunan yang menarik. 4. Pastikan gambar dilekatkan dengan baik supaya tidak ada gelembung udara dibawahnya. Gosok setiap gambar yang dilekatkan dengan jari. 5. Bersihkan kawasan montaj yang disiapkan dari lebihan gam atau sebarang kesan kotoran yang terhasil semasa menyiapkannya.

_____________________________________________________________________ 4

Proses Menghasilkan Cetakan Tajuk : Corak bebas. Alat dan Bahan: Pensel, kadbod tebal, warna poster, berus, palet, pisau / gunting, dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Lukiskan beberapa bentuk diatas kadbod tebal, potong bentuk-bentuk tersebut dengan berhati-hati. 2. Warnakan bentuk-bentuk (blok) yang telah dipotong dengan menggunakan warna poster. 3. Letakkan kertas lukisan diatas permukaan yang rata bagi memudahkan proses cetakan. 4. Pastikan kertas lukisan yang digunakan tidak terlalu nipis kerana ia akan melekat pada blok apabila dicetak. 5. Cetak blok yang diwarnakan diatas kertas lukisan bagi menghasilkan corak tertentu. 6. Penggunaan blok dan warna yang berlainan akan menghasilkan cetakan yang menarik.

_____________________________________________________________________ 5

Proses Menghasilkan Resis Tajuk : Logo Superman. Alat dan Bahan: Pensel, krayon, berus lukisan, warna poster, palet dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi resis yang ingin dibuat. 2. Hasilkan lakaran logo dengan menggunakan pensel diatas kertas lukisan. 3. Dengan menggunakan garisan pensel sebagai panduan, lukiskan logo tersebut kembali dengan menggunakan krayon. 4. Warnakan keseluruhan permukaan dengan warna poster. Permukaan kertas lukisan yang terdapat krayon tidak akan diserap dengan warna poster. 5. Kawasan yang terdapat krayon akan menampakkan logo yang ingin dihasilkan.

_____________________________________________________________________ 6

Proses Menghasilkan Gosokan Tajuk : Pemandangan di sawah padi. Alat dan Bahan: Pensel, warna pensel, dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi gosokan yang ingin dibuat. 2. Hasilkan lakaran pemandangan yang dikehendaki dengan pensel diatas kertas lukisan. 3. Letakkan kertas lukisan diatas permukaan berjalinan dan gosok dengan warna pensel mengikut lakaran yang dibuat. 4. Jalinan tersebut akan menghasilkan corak diatas kertas lukisan. 5. Letakkan kertas tersebut pada permukaan berjalinan yang berlainan pula bagi membentuk corak yang berbeza. 6. Kesan yang menarik akan kelihatan apabila menggunakan jalinan dan warna yang pelbagai.

_____________________________________________________________________ 7

Proses Menghasilkan Stensilan Tajuk : Logo Batman. Alat dan Bahan: Pensel, pisau, kadbod tebal, berus lukisan, warna poster, palet dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi stensilan yang ingin dibuat. 2. Hasilkan lakaran logo dengan menggunakan pensel diatas kadbod tebal. 3. Potong bahagian yang telah dilukis bagi menghasilkan bentuk logo. 4. Letakkan bentuk tersebut diatas kertas lukisan dan warnakan bahagian yang dipotong menggunakan warna poster. 5. Pastikan warna tidak mengenai pada bahagian yang tidak dikehendaki. 6. Angkat dengan perlahan-lahan bentuk logo tersebut untuk hasil stensilan yang kemas.

_____________________________________________________________________ 8

Proses Menghasilkan Percikan Tajuk : Corak bebas. Alat dan Bahan: Berus lukisan, berus gigi, warna poster, palet dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Celup berus lukisan dalam warna poster dan percikkan dengan menggunakan hujung jari pada permukaan kertas lukisan. 2. Ulangi langkah diatas dengan menggunakan berus gigi pula. Kesan percikan menggunakan berus gigi dan berus lukisan agak berbeza. 3. Pastikan berus berada dalam keadaan bersih semasa menghasilkan percikan. 4. Semasa menghasilkan percikan, gerakkan tangan supaya percikan yang terhasil tidak tertumpu pada suatu bahagian tertentu sahaja. 5. Ulangi percikan dengan teknik yang sama tetapi menggunakan warna yang berlainan.

_____________________________________________________________________ 9

Proses Menghasilkan Gurisan Tajuk : Pasu bunga. Alat dan Bahan: Krayon, pembaris, pisau dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Tentukan tajuk bagi gurisan yang ingin dihasilkan. 2. Warnakan permukaan kertas lukisan dengan menggunakan krayon. 3. Ulangi langkah diatas dengan menggunakan beberapa warna yang berbeza. 4. Dengan menggunakan hujung pembaris atau hujung pisau, guriskan permukaan yang diwarnakan dengan krayon mengikut tajuk. 5. Guriskan dengan berhati-hati supaya kertas lukisan tidak terkoyak.

_____________________________________________________________________ 10

Proses Menghasilkan Capan Tajuk : Corak bebas. Alat dan Bahan: Warna poster, bendi, kacang panjang, berus, pisau dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Potong bendi dan kacang panjang kepada dua bahagian untuk mendapatkan permukaan rata yang boleh digunakan untuk mengecap. 2. Letakkan kertas lukisan diatas permukaan yang rata bagi memudahkan proses capan. 3. Warnakan permukaan yang telah dipotong dengan menggunakan warna poster. kreativiti tersendiri. 5. Kepelbagaian bentuk dan warna akan menjadikan capan yang dihasilkan lebih menarik. 4. Mulakan proses capan mengikut corak tertentu atau corak bebas berdasarkan

_____________________________________________________________________ 11

Proses Menghasilkan Mozek Tajuk : Kereta lumba. Alat dan Bahan: Poskad, gunting, gam dan kertas lukisan. Tahun : Tahun 6 Langkah: 1. Potong poskad mengikut corak serta bentuk berdasarkan kreativiti tersendiri. 2. Sapukan gam pada kertas lukisan dan lekatkan bentuk-bentuk yamg telah dipotong tersebut diatas permukaan kertas lukisan. 3. Tinggalkan ruang diantara setiap bentuk supaya tindihan tidak berlaku dan menampakkan latarbelakang iaitu permukaan kertas lukisan. 4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga menampakkan imej yang telah dipotong. 5. Bersihkan lebihan gam yang terdapat pada permukaan mozek yang dihasilkan. BIBLIOGRAFI

_____________________________________________________________________ 12

Rahmat Salihon (2006). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Shah Alam. Oxford Fajar Shah Alam Sdn. Bhd. Ruzitah Tapah, Mazlan Othman (2006). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 2. Shah Alam. Oxford Fajar Shah Alam Sdn. Bhd. Ruzitah Tapah, Mazlan Othman (2006). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 3. Shah Alam. Oxford Fajar Shah Alam Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 6.

Nota Padat Menggambar www.docstoc.com/docs/8780812/MENGGAMBAR

_____________________________________________________________________ 13

You might also like