You are on page 1of 13

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

ISI KANDUNGAN Isi kandungan Soalan Tugasan 1.0 Pengenalan 1.1 Sebutan Baku 1.2 Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu
2.0 Perbandingan Sebutan Baku dan Sebutan Johor Riau

HALAMAN 1 2 3-4 4 5 6-8

3.0 Kebaikan dan Kelemahan Sebutan Baku


3.1 Kebaikan Sebutan Bahasa Baku

8-9 10-11 11 12 13

3.2 Kelemahan Sebutan Bahasa Baku 4.0 Rumusan Bibliografi Lampiran

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

SOALAN TUGASAN KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama)kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau." Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas pemansuhan penggunaan sebutan baku diputuskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2000. Ekoran keputusan ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000 untuk memaklumkan keputusan mesyuarat jemaah menteri yang berbunyi: sebutan baku yang terus dilaksanakan di sekolah hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sahajaWalau bagaimanapun, untuk tujuan ujian lisan dalam peperiksaan awam, sebutan baku atau sebutan biasa boleh digunakan. Bagi pengajaran dan pembelajaran matamata pelajaran selain Bahasa Melayu serta urusan-urusan lain di sekolah, sebutan biasa digunakan... Berdasarkan kenyataan di atas, sila buat SATU kertas kerja berdasarkan soalan berikut: (a) Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu. (5 markah) (b) Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi. (10 markah) (c) Bincangkan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu. (10 markah)

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769 (d)

Rumuskan perbincangan anda.

(5 markah) [Jumlah: 30 Markah]

1.0

Pengenalan

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Ini bermakna bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Selaras dengan perancangan yang dikenakan terhadap masyarakat sesebuah negara baharu, pembinaan dan pengembangan bahasa turut dirancang juga, untuk menjadikannya satu media komunikasi yang lengkap dan sempurna, sesuai, dan berkeupayaan untuk memperkatakan segala aspek baharu dalam kehidupan masyarakatnya. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya Dalam rangka Malaysia, di semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Bahasa Melayu baku menurut Abdullah Hassan (1983) ialah satu norma yang agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung. Nik Safiah Karim (1978) pula telah memetik pendapat Garvin dan Mathiot dalam mendefinasikan bahasa baku. Menurut mereka, bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasi, diterima dan dijadikan model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Asmah Haji Omar (1978), mendifinisikan bahasa Melayu standard (baku) merupakan bahasa Melayu yang berbagai-bagai dialek dan tingkat masyarakat penggunaan bahasa Melayu baku lebih kepada situasi formal yang meliputi pelbagai bidang sintaksis, leksikon dan sebutan. Abdullah Hassan (1974), E.M.F. Payne (1978), dan Nik Safiah Karim (1978) sependapat dengan pengertian bahasa baku yang dikemukan oleh Asmah Haji Omar yang menurut mereka,Bahasa Melayu baku ialah satu variasi dialek yang diajar di sekolah-sekolah

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

dan institut pengajian tinggi, digunakan di radio dan televisyen Malaysia (RTM) juga bahasa yang digunakan oleh para cendiakawan. Raja Mukhtarudin Raja Mohd.Dain (1982), mengatakan bahawa sebutan bahasa Melayu Standard (baku) merupakan sebutan yang digunakan dalam situasi atau upacara rasmi dalam Majlis-majlis umum atau persidangan di sekolah-sekolah, dan di institusi pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu baku merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan, ejaan, dan tatabahasa. Oleh itu, sebutan bahasa Melayu harus didasarkan kepada sebutan fonemik. (Awang Sariyan, 1988)

1.1 Sebutan Baku

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahasa membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Manakala baku membawa maksud berkenaan sesuatu yang sudah diterima umum sebagai sah dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk berkenaan bahasa, sebutan, ejaan dan sebagainya. Garwin dan Mathiot (1998), menyatakan bahawa bahasa baku membawa maksud pembakuan di dalam semua aspek bahasa, berusaha dan melakukan proses pengekodan, kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris. Pada umumnya, bahasa Melayu boleh dikatakan telah mantap dari segi proses pembakuannya. Bahasa Melayu baku telah telah berlaku pada banyak tahap dari segi sistem tulisan, ejaan rasmi, kosa kata, dan tatabahasa.

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

Aspek sebutan baku merupakan salah satu daripada proses pembakuan bahasa Melayu secara menyeluruh. Dalam konteks ini, kekeliruan telah timbul antara ungkapan bahasa baku dengan sebutan baku. Banyak orang menyebut bahasa baku padahal yang dimaksudkan ialah bahasa baku. Jika dilihat dari sudut sistem tulisan, sistem ejaan, kosa kata dan hukum-hukum tatabahasa, bahasa Melayu telah baku. Hanya aspek sebutan yang belum mantap dan memerlukan masa yang agak lama untuk dicapai.

Penggunaan sebutan baku dalam urusan rasmi harian di semua jabatan kerajaan dan swasta akan dapat memartabatkan dan memberi nilai yang tinggi kepada Bahasa Melayu baku.

1.2

Dasar Umum Sebutan Bahasa Baku Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah menjadi satu objektif

Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran dan pembelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media elektronik dan sebagainya. Sebutan baku dalam bahasa Melayu adalah berdasarkan kepada ejaan. Ini bermaksud, setiap huruf akan dibunyikan menurut perlambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsi dalam ayat. Ciri-ciri sebutan perlu diberikan perhatian dalam aspek-aspek berikut : i. Sebutan huruf Pada umumnya setiap huruf di dalam ejaan rumi dan jawi hendaklah jelas menurut nilai bunyi bahasa yang dilambangkan. ii. Sebutan kata Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata dasar atau kata terbitan. iii. Intonasi Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. Secara khusus, pembakuan sebutan adalah bertujuan untuk :

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

i.Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam situasi formal. ii. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna bahasa Melayu. iii. Memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa. iv. Secara khususnya untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan pelbagai variasi dan gaya sebutan dan menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diperingkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. 2.0Perbezaan Sebutan Baku Dengan Sebutan Johor-Riau (Biasa) Dari Segi Fonologi. Definisi Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa yang berfungsi dalam sesuatu bahasa menyebabkan terjadinya perbezaan antara sebutan baku dengan sebutan JohorRiau dari segi fonologi. Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti bibir, gigi, gusi lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, ,lidah, rongga tekak, rongga mulut, rongga hidung, paru-paru, dan pita suara. Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pengeluar (artikulator) sebagai alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Seterusnya daerah pengeluar (artikulasi) merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator . Contoh gigi atas, gusi dan lelangit keras. Umumnya, dalam

bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Dalam sebutan baku ini, aspek pengguna bahasa ini adalah berkaitan dengan sebutan bunyi vokal. Dalam bahasa Melayu, ada enam bunyi vokal yang dilambangkan oleh lima huruf iaitu :

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

i) ii) iii) iv) v) vi)

a e taling e pepet i o u. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan

sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Dialek Johor Riau digunakan hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran a yang dibunyikan sebagai . Seperti contoh:

Saya disebut /say/ Apa disebut /Ap / Berapa disebut / Berap/ Bagaimanapun akhiran a untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal : Anda disebut /anda/ Merdeka - disebut /Merdeka/ bunyi akhiran r tergugur pada kata-kata seperti berikut: Besar - disebut /Besa/ (dengan sebutan a yang betul) lebar - disebut /Leba/ (dengan sebutan a yang betul)
7

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

sabar - disebut /Saba/ (dengan sebutan a yang betul) Bunyi o diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ur Tidur disebut /Tido/ Telur disebut /Telo / Pengguguran bunyi r ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut: Kerja - disebut /Keja/ (a menjadi sebutan ) Pergi disebut /Pegi / Berjalan - disebut /Bejalan/ Antara lain perbezaan sebutan baku dan Johor-Riau seperti berikut: Sebutan baku Ambil Balik Cukup Dengki Hingga Sebutan Johor-Riau /ambek/ /balek/ /cukop/ /dongki/ /hinge/

Oleh sebab bahasa Melayu baku berasal daripada loghat Riau-Johor, maka sebutan orang Melayu yang berloghat Johor-Riau itu dianggap sebagai sebutan baku bahasa Melayu juga. Dengan adanya anggapan ini, maka orang Melayu dari daerah-daerah lain seperti kedah,Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka berusaha mengubah sebutan menjadi sebutan orang Melayu Johor. Namun begitu, bagaimanakah sebutan sebenar mengikut loghat Johor- Riau ini? Persoalannya, belum ada huraian yang terperinci tentang hal ini. Namun begitu, secara umum,dapat diterangkan perbezaan yang nyata jika ejaan Rumi sebagai lambang bunyi bahasa Melayu baku yang tertulis sekarang sebagai dasar perbandingan seperti berikut :3.0 Kebaikan dan Kelemahan Bahasa Baku.

3.1

Kebaikan Bahasa Baku

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

Bahasa baku yang digunapakai kini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dari segi fungsinya sendiri, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, pemisah dan pemberi prestij. Bahasa baku ini menjadi unsur penyatu adalah kerana bahasa baku ini digunakan orang-orang daripada pelbagai daerah yang menggunakan berbagai-bagai jenis loghat. Sebutan baku memberi banyak manfaat terutama dalam bidang pendidikan. Walapun pada masa kini jarang didengari guru-guru menggunakan sebutan baku semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tetapi penggunaan sebutan baku sangat releven. Ini kerana keseragaman bunyi yang dihasilkan dalam sesuatu istilah. Justeru itu penggunaan sebutan bahasa Melayu baku tidak sukar untuk di terima pakai oleh mereka Selain itu, bahasa baku ini juga menjadi unsur pemisah yang memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu dan pemberi prestij yang mana, bahasa baku ini digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu seperti dalam urusan rasmi. Bahasa baku kini banyak digunakan dalam laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen dan sebagainya. Bahasa baku juga adalah sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Di samping itu, sebutan baku juga dapat meningkatkan keindahan bahasa kita. Contohnya, dendangan lagu-lagu yang disampaikan oleh penyanyi kita. Kebanyakkan mereka, sedar mahupun tidak mengucapkan seni kata lagu dengan sebutan baku hingga dapat menimbulkan keindahan. Jika ada penyanyi yang menyanyikan lagu dengan dialek Johor-Riau contohnya lagu Negaraku, pastinya lagunya tidak menarik. Dengan menggunakan sebutan baku dalam nyanyian, mendeklamasikan sajak dan sebagainya akan dapat menyerlahkan tenaga serta keindahan apa yang disebutkan. Sebutan yang diucapkan akan lebih terang satu demi satu dan berasaskan makhraj yang betul. Keindahan akan timbul apabila sesuatu bunyi itu diucapkan dengan betul kerana dapat menghasilkan rima, rentak, asonansi dan aliterasi. Menurut Ismail Dahaman, penggunaan sebutan bahasa Melayu baku akan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan seta menghindarkan penggunaan dialek setempat. Menggunakan satu jenis sebutan yang selaras akan lebih memudahkan pengguna bahasa mendengar dengan satu bunyi yang seragam dan sama. Selain itu, menggunakan sebutan bahasa Melayu baku memenuhi keseragaman bahasa.Setiap orang akan konsisten menggunakan sebutan yang seragam. Kekuatan bahasa baku jika diamalkan di sekolah, pastinya akan lebih memantapkan sebutan setiap pelajar dan penuturnya terutama sekali sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

bahasa kedua. Sebutannya lebih jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan penuturnya terutama sekali kaum Cina yang sering menyebutkan bahasa Melayu dengan sebutan yang kadangkadang tidak membawa maksud perkataan yang disebutkan itu. Bahasa Melayu baku sesuatu alat yang mampu menghuraikan selok belok ilmu yang tinggi. Dalam beberapa hal, bahasa Melayu baku telah mencapai tahap kecendikiaan, iatu tahap keupayaan yang dapat mengungkapkan bidang ilmiah dengan sempurna. Setiap warganegara mematuhi aspek peraturan tatabahasa, senang dipelajari dan mudah digunakan dalam segenap bidang dan situasi untuk mencapai sesuatu matlamat daripada komunikasi pengguna bahasa. Dalam banyak bidang sesuatu bahasa yang berkesan semestinya tepat, jelas dan mampu menyampaikan sesuatu ilmu ataupun maklumat.

3.2

Kelemahan /keburukan Bahasa Baku

Dalam bahasa baku, tidak kurangnya juga terdapat sedikit kelemahan atau keburukkan penggunaannya. Dalam situasi pembelajaran di sekolah contohnya, pelajar sudah biasa dengan penggunaan loghat dalam pertuturan seharian mereka. Jadi apabila mengeja sesuatu perkataan, pelajar sering terikut dengan sebutan loghat pertuturan mereka seharian. Mereka sepertinya janggal untuk menyebut perkataan tersebut dengan bunyi dan sebutan yang sebenar terutama sekali dalam sebutan baku. Ada pelajar seringkali ditertawakan kerana sebutan yang kurang biasa didengar. Akhirnya pelajar yang ditertawakan tersebut tidak lagi mahu bertutur dengan sebutan baku. Maka, tidak dapat diteruskan dan berkembang lagi bahasa baku ini. Banyak juga kelemahan dari segi sebutan yang mana kebiasaan penutur bahasa Melayu ini tidak mendapat latihan yang formal di dalam menyebut mengikut kaedah fonetik dan fonemik. Tahap-tahap ejaan, sebutan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna. Secara kebetulan (sebahagian besar daripada tahap-tahap ini telah pun baku kecuali sebutan.) Lazimnya, jika diteliti dengan sebutan yang dikeluarkan di dalam bahasa Inggeris juga terpengaruh dengan letupan [p] daripada geseran [f]. Contohnya adalah seperti berikut fast disebut sebagai past [past], lift disebut sebagai lip [lip], Volvo disebut sebagai bolbo dan sebagainya.

10

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

Hal ini juga lebih sukar kepada penutur yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pada peringkat awal pendedahan bahasa Melayu ini, mereka telah terdedah kepada penggunaan dialek dan tidak mempunyai didikan formal. Jadi menjadi masalah bagi mereka untuk bertutur dalam bahasa baku contohnya kaum cina yang sering menghadapi masalah sebutan yang adakalanya tidak bermakna. Salah satu aspek pembakuan sebutan ialah cara menyebut huruf a pada akhir suku kata tertutup, misalnya dalam perkataan saya dan siapa. Yang dicadangkan ialah supaya sebutannya diseragamkan pada semua kedudukan dalam perkataan, tidak kira di hadapan, di tengah atau di belakang.

Antara lain kelemahan dalam sebutan baku bahasa Melayu ini ialah penutur bahasa baku ini tidak mempraktikkan sebutan baku dalam pertuturan seharian yang akhirnya lebih kepada menuturkan dialek sahaja. Maka, mereka akan berasa janggal untuk menuturkannya dan tidak selesa. Peranan guru di sekolah juga dalam pengajaran menggunakan sebutan baku juga kebanyakkan tidak dipraktikkan pada masa kini. Justeru, proses penggunaan sebutan baku tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh terutama di sekolah jenis kebangsaan yang bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Itulah di antara sebahagian faktor yang menjadi lemahnya penggunaan sebutan baku dikalangan pelajar dan masyarakat pada masa kini.

4.0

Rumusan

Setelah kita bincangkan segala aspek tentang bahasa baku, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa baku di dalam urusan seharian sama ada di dalam urusan rasmi ataupun tidak amatlah lemah dan tidak menyeluruh. Hanya jabatan-jabatan kerajaan terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang banyak menggunakan bahasa baku.Jabatan-jabatan yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai tidak bergitu menitik beratkan penggunaan bahasa baku atau dengan kata lain tiada langsung penggunaan bahasa baku di dalam urusan harian mereka.

Kita lihat pula dengan pihak swasta. Penggunaan bahasa baku langsung tidak digunakan sama ada dalam urusan harian ataupun semasa berhadapan dengan pelanggan mereka. Mereka lebih

11

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

banyak menggunakan bahasa asing daripada menggunakan Bahasa Melayu tyerutamanya bahasa baku. Kerajaan pada suatu masa dahulu telah melancarkan kempen bahasa baku.Kempen ini menekankan penggunaan bahasa baku terutamanya di dalam bidang pendidikan. Tetapi kempen pembakuan bahasa lebih menekankan aspek sebutan kerana dianggap belum baku berbanding aspek-aspek lain, antaranya, ejaan, sebutan, kosa kata dan peristilahan, tatabahasa dan makna. Sebenarnya, sebutan baku hendaklah diseragamkan dalam semua kedudukan perkataan namun pelaksanaannya menjadi bercelaru akibat salah tanggapan masyarakat. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya masyarakat yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan dan berbangsa Melayu sepatutnya memikul tugas yang besar untuk memartabatkan bahasa Melayu terutamanya penggunaan bahasa baku supaya bahasa ini terus unggul dan kembali kegemilangannya.

Bibliografi Awang Sariyan, Tuntutan Bahasa : Asas Pegagangan Pelajar , Pearson Longman, 2004 Dr Ali Mahmood, HBML1203 Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Open University, 2010 Nik Safiah Karim, Bimbingan : Pelajar Bahasa Kita , K Publishing Sdn Bhd , 2003 www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_baku www.ums.edu.my/webv3/appl/.../D.%20TOPIK%204.pp

12

MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 730717-01-6769

LAMPIRAN

13

You might also like