You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2012 SK LKTP BUKIT SAGU 1 26130 KUANTAN, PAHANG TARIKH MASA HARI

TEMPAT : : : : 29 DISEMBER 2011 9.00 PAGI RABU BILIK GERAKAN SKBS 1

KEHADIRAN : 1. Pn Zuraida Bt Abdullah ( GPK Pentadbiran) 2. Pn Nor Zaimas Bt Osman ( GPK Hal Ehwal Murid) 3. Pn Amizah Bt. Mohamed ( GPK Kokurukulum) 4. En Kamal Ariffin B. Mohd ( Setiausaha Kurikulum) 5. En Mohd Rostam B Gulam Mohamed 6. En. Mohd Bahariedzuan B Abd. Halim 7. En Muhd Shuhaizal Amriez B Md. Shukri 8. En Mohd Ruzaimi B Abu Bakar 9. Pn. Siti Sara Bt Mohamed Hamdan 10. Pn Norhafiza Bt Ahmad 11. Pn Che Mas Bt Awang 12. Pn Noorhuda Bt Jaapar 13. En Zamri B. Mohamed Nor 14. En Che Zulkifli B. Che Shukri 15. Cik Normal Bt Jusoh 16. Cik Noraziza Bt Zainordin 17. Datin Nor Zarinah Bt Hanafiah

Bil 1.

Perkara Ucapan Aluan GPK Pentadbiran 1.1 Pn Zuraida mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua AJK Kurikulum sesi 2012.

Tindakan

2.

Perkara-perkara yang dibincangkan 2.1 Tugas-Tugas Ketua Panitia Mewujudkan jawatankuasa bagi setiap Panitia Menyedia dan menguruskan Fail secara sistematik. Fail fail yang perlu ada ialah: A) Fail 1 i) Mesyuarat Panitia ii) Surat panggilan mesyuarat iii) Minit Mesyuarat iv) Surat Panitia yang di hantar ke luar v) Minit mesyuarat daripada PPD B) Fail 2 i) Butiran peribadi guru-guru di bawah panitia. ii) Jadual waktu peribadi iii) Jadual waktu kelas guru-guru iv) Jadual waktu kelas v) Rancangan Pelajaran sepanjang tahun C) Fail 3 i) Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/86 ii) Pekeliling KSSR iii) Carta Organisasi iv) Pelan Strategik ( Pelan Taktikal,Pelan Operasi, Kumpulan sasaran pelajar) v) Program-program sepanjang tahun vi) Anggaran perbelanjaan tahunan vii) Buku Stok viii) Cadangan buku untuk PSS ix) Senarai ABM x) Rekod penggunaan ABM xi) Senarai buku rujukan guru xii) Senarai buku teks xiii) Jadual kekerapan latihan xiv) Latihan dalaman xv) Buku panduan KSSR/KBSR xvi) Dokumentasi setiap aktiviti xvii)Headcount (HC1 dan HC6)

Semua Ketua Panitia

C) Fail 4 i) Kertas peperiksaan sekolah ii) Kertas peperiksaan awam iii) Jadual Spesifikasi Item iv) Bank soalan D) Fail 5 i) Analisis peperiksaan ii) Kekuatan dan kelemahan pelajar iii) Tindakan susulan yang diambil iv) Senarai kemajuan prestasi pelajar bagi setiap kumpulan. v) Analisis item Senarai tugasan penuh Ketua Panitia boleh dirujuk di bahagian lampiran.

Semua Ketua Panitia

2.2 Takwim Panitia Semua Ketua Panitia bolehlah mengisi tarikh-tarikh penting aktiviti panitia masing-masing ke dalam komputer Pn Noraini di dalam fail Buku Perancangan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh mesyuarat. 2.3 Bilik-bilik khas matapelajaran Pn Zuraida menetapkan bilik-bilik khas bagi setiap matapelajaran adalah seperti berikut: i) Bahasa Malaysia - kelas 4 Amanah lama ii) Bahasa Inggeris - Bilik Akses iii) Sains - Makmal Sains iv) Kemahiran Hidup - Bengkel Kemahiran hidup v) Kajian Tempatan - Bilik peralatan majlis lama vi) Pendidikan Sivik - Bilik peralatan majlis lama vii) Pendidikan Seni - Bilik Seni viii)Pendidikan Muzik - Bilik Muzik ix) Pemulihan - Kelas Pemulihan x) Matematik - Bilik kecil sebelah PSS xi) Bilik SUP Dalaman - Bilik Bimbingan dan dan Awam Kaunseling Pn Zuraida meminta semua guru bekerjasama untuk menceriakan bilik-bilik yang telah ditetapkan.

Ketua Panitia dan Jawatankuasa Kurikulum

2.4 Pusat Sumber Sekolah (PSS) Jawatankuasa PSS boleh dirujuk di dalam buku perancangan tahunan sekolah. Pn Zuraida meminta semua jawatankuasa PSS menjalankan tugas dengan baik. Guru Bahan Bantu Mengajar (BBM) diminta untuk mengambil semua bahan BBM daripada pejabat atau tempat-tempat lain dan meletakkanya di satu bilik khas. Guru Khidmat Nilam perlu memastikan semua buku Nilam diletakkan di Pusat Sumber. Guru Khidmat PSS perlu membantu menggantung dan menyusun apa-apa yang difikirkan perlu untuk menceriakan PSS. Pn Norhafiza diminta membuat bajet untuk membeli buku-buku di PSS dan mengadakan satu gotong-royong untuk membaikpulih buku. Bilik Alat Pandang Dengar (APD) di tetapkan berada di PSS. 2.5 Jadual Waktu Kelas dan Peribadi Jadual waktu kelas dan peribadi akan disiapkan oleh En Rostam sebelum sesi persekolahan bermula. 2.6 Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Senarai jawatankuasa tahun 6 boleh dirujuk di dalam buku Perancangan tahunan sekolah. Program-program tahun 6 yang akan dijalankan ialah: i) Keceriaan bilik darjah ii) Bengkel teknik menjawab soalan UPSR iii) Kelas tambahan setiap hari Isnin dan Selasa ( 2.00 3.30 petang dan 3.30 5.00 petang) vi) Kelas STF ( setiap sabtu) v) Majlis pemuafakatan ibubapa dan guru ( minggu kedua) vi) Program Gerak Gempur vii) Majlis Restu Ilmu viii) Kem Motivasi UPSR dan Nadwah. Satu bengkel teknik menjawab soalan akan di adakan pada minggu ke- 3. Senarai penceramah adalah seperti berikut : a) Bahasa Melayu En Razali b) Bahasa Inggeris Pn Zarina (GPK HEM SKBS 2) c) Sains Pn Asmawati (GPK HEM SK Sungai Ular) d) Matematik En Ishak (SK Teruntum)

Semua AJK PSS

Semua guru tahun 6

2.7 Hal-hal lain Pn Zuraida memaklumkan duit kecemerlangan tahun 5 masih lagi berbaki RM 1640.( RM 1300 di dalam akaun kedai buku dan RM 300 dipegang oleh Pn Zuraida sendiri.) En. Rostam meminta supaya seorang lagi guru Pendidikan khas ditambah untuk mengurangkan beban. En Rostam juga memaklumkan 4 orang pelajar kelas inklusif (pendidikan khas) akan ditambah ke kelas tahun 4.Beliau juga meminta satu jawatankuasa inklusif ditubuhkan yang diwakilioleh Pn Zuraida sendiri dan guru kelas yang terlibat. En Bahariedzuan memaklumkan laman web SPPBS ( Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan sekolah) mengalami masalah. Oleh yang demikian, nama pelajarpelajar tahun 1 masih belum boleh dipindahkan ke tahun 2.Kemasukan markah Band boleh diteruskan apabila sistem ini dibuka pada 9 januari nanti. En Ruzaimi memaklumkan sepatutnya pelajar tahun 1 tidak boleh dimasukkan ke dalam kelas pemulihan. Pn zuraida menjelaskan ini bertujuan untuk membantu pelajar tahun 1. Pn Siti Sara mendapatkan pandangan pihak pentadbir untuk membalut buku rekod mengajar. Pn Zuraida memaklumkan perkara tersebut akan diputuskan kemudian. Pn Noraziza mendapatkan pandangan pihak pentadbir samada perlu mengutip terus bayaran untuk buku Didik. Pn Zuraida menjelaskan perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat tahun 6. Pn Zaimas meminta guru-guru kelas memastikan kelas berada dalam keadaan yang baik. Bayaran untuk buku tulis boleh dibuat di kedai buku manakala bayaran lain boleh diambil oleh guru kelas Pn Zuraida memaklumkan yuran PIBG akan dikutip terus pada hari Jumaat dan akan diuruskan oleh En Rostam dan Pn Noorhuda. 3. 3.1 Penutup Pn Zuraida meminta semua jawatankuasa Kurikulum 2012 dapat memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjalankan tugas yang diamanahkan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh, DiSemak oleh,

_____________________________ EN KAMAL ARIFFIN BIN MOHD Setiausaha Kurikulum SK LKTP Bukit Sagu 1

__________________________ PN ZURAIDA BT ABDULLAH GPK Pentadbiran SK LKTP Bukit Sagu 1

Disahkan oleh, _________________________ PN NORMAH BT SELIMAN Guru Besar SK LKTP Bukit Sagu 1.

You might also like