You are on page 1of 6

KEBAIKAN INTERNET Pengenalan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telahlama

diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 anlagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagihampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesanyang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikandi Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemaidan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahanseharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasaninilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestariyang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaiandibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluasdalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidangpendidikan. Peranan komputer dan internet dalam pendidikan Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang danmemperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yangditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa

penggunaan komputer dalampengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematikmalah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain disekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukanproses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harusditerjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahanseperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalahtersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengahpelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ). Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992;Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa: y Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebihkompleks. y Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. y Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

y Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumatdalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, sepertispreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapatmembantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan prosespengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik,pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat dikalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secarakumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasaberusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumatbaru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawapembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyakperubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secarakritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kirasemasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996). Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadapinternet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yangdihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar jugaamat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya bolehdifahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa,khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapatmenyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan prosesperhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ). Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pundiumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000.Kementerian PendidikanMalaysia

dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telahmelancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikantelah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik disamping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurangberjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru,Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan KursusDalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapabuah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akanmelaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkandengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akanmenjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akanberpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat danberkesan. I ntegrasi internet dalam pendidikan Internet atau Internasional Network of Networks ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkatantarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebihdaripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara(Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dansentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisiankomputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalamInternet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama,termasuklah matematik.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidikberhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaranhendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. K edua Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasaberusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT.Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. K etiga Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid disamping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. K eempat Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapicabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkankehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat,khususnya warga pendidik dan para ibubapa. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya: y E mail (Mel Eletronik)

y Laman Web (WWW) y Internet Relay Chat (IRC) y Telnet y Kumpulan Diskusi dan Berita y File Transfer Protocal (FTP) Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guruharus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas danteratur amatlah penting, supaya muridmurid dapat menggunakan internet secara maksimum danoptimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau punsebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melaluikemudahan e-mail.

You might also like