You are on page 1of 16

SULIT

Bahasa Melayu Kertas 2 Oktober 2010


2 Jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 JAM


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut .Masa yang dicadangkan ialah 40 minit. 3. Bahagian B mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 25 minit. 4. Bahagian C mempunyai 5 pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. . Masa yang dicadangkan ialah 45 minit. 5. Bahagian D juga mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 10 minit.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak

1
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
Bahagian A (i) - Ringkasan [20 markah] Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor pelajar sekolah menengah terlibat dalam gejala sosial. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Isu salah laku remaja yang majoritinya pelajar sekolah menengah kini berada pada tahap yang kritikal walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan kurang sihat ini. Kerosakan akhlak dan salah laku dalam kalangan remaja semakin meruncing dan meningkat setiap tahun. Apakah yang akan berlaku kepada generasi akan datang jika pelajar hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak? Antara salah laku itu termasuklah ponteng sekolah, melepak, lari dari rumah, vandalisme, penyalahgunaan dadah, dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa latar belakang keluarga merupakan faktor yang paling banyak mempengaruhi penglibatan pelajar dalam gejala sosial. Antaranya ada hubung kait dengan ketidakprihatinan atau kurang pengawasan ibu bapa. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa menyebabkan pelajar semakin terbiar dan liar. Sikap lepas tangan ibu bapa dan bergantung harap kepada guru untuk mengawasi anak-anak mereka turut menjadi punca pelajar terlibat dalam gejala sosial. Sesetengah pelajar pula berasa bosan berada di rumah. Hal ini demikian kerana tidak ada aktiviti yang menarik di rumah, suasana yang bising, keadaan rumah yang agak sempit, dan sikap ibu bapa yang tidak ambil peduli anak-anak yang keluar pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, terdapat juga faktor penolak seperti pergeseran dan pertelingkahan yang berlaku antara anak dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. Ketidakharmonian hubungan ibu dan bapa hingga membawa kepada penceraian memburukkan keadaan. Kesannya, pelajar mula mengalihkan perhatian kepada rakan-rakan sebaya. Kesilapan memilih rakan sebaya menyebabkan pelajar terpengaruh untuk melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Antaranya termasuklah terlibat dalam kes pecah rumah dan ragut. Didikan agama yang kurang sempurna turut dikaitkan dengan faktor pelajar mudah terjerumus dalam masalah sosial. Golongan yang dikatakan pramatang ini tidak dapat membezakan antara perbuatan yang baik dengan perbuatan buruk kerana rapuhnya pegangan agama dalam diri mereka. Faktor lain ialah lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan masyarakat hari ini bersikap bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Masyarakat tiada inisiatif untuk mengambil tahu perkara yang berlaku di sekeliling terutamanya yang membabitkan golongan pelajar sekolah. Mereka bimbang akan dianggap suka menjaga tepi kain orang oleh ibu bapa pelajar yang terbabit. Keadaan ini menyebabkan pelajar semakin berani mencabar undang-undang sehingga mengganggu-gugat ketenteraman awam. Natijahnya, masalah ini telah menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam yang akan memundur dan meruntuhkan masyarakat serta negara. Fenomena kurang sihat ini tidak akan berkesudahan seandainya semua pihak terus-terusan membutakan mata dan tidak membuat kajian terperinci tentang punca masalah serta usaha untuk merawat penyakit masyarakat yang kian parah ini. (Dipetik dan diubahsuai daripada Masalah Sosial dalam Kalangan remaja: Punca dan Penyelesaian oleh Lokman Mohd Hashim, Mutiara Islam, Mac 2009.) 2
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
Bahagian A (ii) Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud mengalihkan perhatian. 2. Mengapakah semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin luntur? [4 markah ] 3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan yang perlu diambil untuk menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar? [4 markah ] [2 markah ]

Bahagian B [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan kepentingan bergotong royong dalam kehidupan bermasyarakat. Huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. Bahagian C [40 markah] 1. Andaikan bahawa ada kekosongan jawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber di sekolah anda. Anda berminat untuk mengisi jawatan tersebut dan ingin membuat surat permohonan kepada guru pusat sumber. Tulis surat permohonan anda itu. 2. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu diterapkan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Bincangkan langkah-langkah untuk menanam budaya membaca dalam kalangan masyarakat. 3. Gejala vandalisme semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan. Berikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi gejala tersebut. 4. Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun itu. Sediakan laporan itu selengkapnya. 5. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

Bahagian D (10 markah) Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Pahlawan Pasir Salak oleh Mohd Ismail Sarbini (ii) Tragedi Empat Disember oleh Dzul Karnain Ithnain (iii)Timulak Kapal Perang oleh Azmah Nordin (iv) Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar tempat dan contoh peristiwa yang berkaitan dengan latar tempat tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT 4


02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
PANDUAN PEMARKAHAN Markah penuh Kertas 2 Bahagian A (i) Bahagian A (ii) Bahagian B Bahagian C Bahagian D Bahagian A ( i) 1. : : : : : : : 20 Markah 100 Markah 20 Markah 10 Markah 20 Markah 40 Markah 10 Markah

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon: a) Bahasa dinilai secara imperession. b) Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan. c) Kemudian, peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah: Markah Bahasa ( 10 markah ) Peringkat Cemerlang Markah 09-10 Deskripsi Bahasa baik dan lancar Menggunakan ayat sendiri Ejaan dan tanda baca betul Bahasa baik dan lancar Masih berupaya menggunakan ayat sendiri Kesalahan ejaan dan tanda baca minimum Bahasa kurang lancar Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Penguasaan bahasa yang lemah Menyalin secara terus daripada petikan

Baik

06-08

Memuaskan

03-05

Penguasaan Minimum

01-02

Markah Isi ( 10 markah ) Bilangan Isi Markah 5 9 10 4 78 3 56 2 34 1 12 CARA PENANDAAN RINGKASAN: 5


02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
Tanda ( / ) apabila terjumpa isi dan catat markah 1 atau 2 Baca setakat 80 patah perkataan sahaja atau hingga ayat berakhir Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkatan atau hingga ayat berakhir Jawapan dalam bentuk perenggan periksa seperti biasa Jawapan dalam bentuk catatan ( poin ) isi = markah penuh , bahasa = maksimum 8 markah Isi disalin secara terpilih tanpa pindaan isi = seperti biasa, bahasa = maksimum 5 markah Isi di salin terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan ( poin) isi = seperti biasa , bahasa = maksimum 4 markah Jawapan disalin terus dari petikan , markah isi ditolak 50%, bahasa = 2 markah Penandaan seperti karangan, tetapi tiada penolakan markah untuk kesalahan ejaan

CARA PENULISAN MARKAH: Penulisan Markah Ringkasan ( 20 markah ): Isi Bahasa 10 10 ---20 ===

20

Bahagian A (i) Isi ringkasan 1. Latar belakang keluarga pelajar. 2. Ketidakprihatinan atau kurang pengawasan ibu bapa. 3. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa menyebabkan pelajar terbiar dan menjadi liar. 4. Sikap lepas tangan ibu bapa dan bergantung harap kepada guru untuk mengawasi anak-anak mereka. 5. Pelajar berasa bosan kerana tiada akvititi yang menarik di rumah. 6. Berlaku pergeseran dan pertelingkahan antara anak dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. 7. Kesilapan memilih rakan sebaya. 8. Pelajar tidak mendapat didikan agama yang sempurna. 9. Masyarakat tiada inisiatif untuk mengambil tahu akan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Bahagian A ( ii)

Soalan Pemahaman

Soalan 1 MARKAH

Maksud kata / rangkai kata ( 2 markah ) DESKRIPSI 6 [ Lihat sebelah SULIT

02/2

SULIT
2 markah 1 markah : Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata Maksud tidak tetap mengikut konteks Soalan Pemahaman ( 4 markah ) DESKRIPSI Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis Soalan Pemahaman Kemahiran berfikir DESKRIPSI Isi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis Isi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

0 markah Soalan 2 MARKAH 4 markah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah

Soalan 3 MARKAH 4 markah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah

Bahagian A(ii) 1. bermaksud Mengalihkan = mengubah / menggerakkan perhatian = tumpuan / minat contoh : mengubah tumpuan.

[2 markah ]

7
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
2. masyarakat hari ini bersikap mementingkan diri sendiri tiada inisiatif untuk mengambil tentang hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka bimbang akan dianggap suka menjaga tepi kain orang oleh ibu bapa pelajar yang terlibat. [4 markah ] 3. mengadakan program/projek gotong-royong/sukaneka di kawasan tempat tinggal menyampaikan ceramah, forum, kaunseling; dan kursus motivasi kepada pelajar yang menghadapi masalah disiplin. pihak media massa menyiarkan dokumentari/rancangan/drama yang berkisarkan gejala sosial dalam kalangan remaja. melancarkan kempen kesedaran dan mengedarkan risalah tentang kesan gejala sosial kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. [4 markah ]

(Terima jawapan lain yang sesuai)

Bahagian B

: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 20 markah )

PERINGKAT Cemerlang

MARKAH 16-20 ( 18-20 ) (16-17 ) 8

DESKRIPSI Penggunaan kata dan ayat gramatis Penggunaan kosa kata luasa dan tepat Ejaan dan tanda baca yang betul Idea yang relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran spt. Pendapat, ulasan, cadangan, kesimpulan sesuai dan berkembang Pengolahan menarik dan berkesan Penggunaan kata dan ayat masih gramatis [ Lihat sebelah SULIT

02/2

SULIT
Baik 11-15 Penggunaan kosa kata yang tepat Terdapat kesalahan minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Idea masih relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran kurang dikembangkan Pengolahan menarik Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis Penggunaan kosa kata terhad Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Idea kurang relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran terhad Pengolahan tidak menarik Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap Idea kabur/ tidak berkaitan dengan tugasan

( 13-15) (11-12)

Memuaskan

06-10 (08-10) (06-07)

Penguasaan Minimum

01-05

Langkah-langkah memeriksa 1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali untuk mendapatkan impression. Perkara yang perlu diperhatikan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.

2.

Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan muktamad. Sambil membaca, tandakan kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta seperti yang berikut: _______ / // O ( ) kesalahan bahasa, perkataan dan frasa kesalahan ejaan kesalahan ejaan berulang kesalahan tanda baca kesalahan isi / fakta

*Tiada penolakan markah ejaan ( penandaan kesalahan sebagai panduan peringkat markah ) CARA PENULISAN MARKAH: 9
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
Penulisan markah Karangan B ( Respon Terhad - 20 markah ) Cemerlang Bahagian B Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah peribahasa yang selalu kita dengar bagi menerangkan konsep bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bergotong-royong merupakan amalan mulia yang semakin terhakis pada zaman serba maju ini. Namun begitu, amalan ini harus diterapkan di kalangan rakyat negara ini khususnya golongan pelajar. Bergotong-royong dapat mengeratkan tali persaudaraan di kalangan masyarakat. Aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan kawasan permainan kanak-kanak dapat menceriakan kawasan tersebut . Keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ akan lebih terjamin sekiranya kawasan itu bersih. Wabak denggi yang melanda negara berpunca daripada kawasan sekitar yang ditakungi air. Ini memberi peluang nyamuk Aedes untuk hidup. Dengan adanya gotongroyong membersihkan kawasan tersebut, demam denggi akan dapat dielakkan dan keselamatan masyarakat sekitar akan lebih terjamin. Semangat bergotong-royong harus dipupuk sejak kecil lagi agar akan lahir satu masyarakat yang lebih bersatu-padu dan tidak mementingkan diri sendiri. 19

(Terima jawapan lain yang sesuai)

Bahagian C :

Karangan Respons Terbuka ( 40 markah ) CIRI KARANGAN PERINGKAT MARKAH CEMERLANG (33 40)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Penggunaan penanda wacana yang betul Ejaan dan tanda baca yang betul Penggunaan kosa kata luas dan tepat Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh-contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat 10

(37 40) (33 -36)

[ Lihat sebelah SULIT

02/2

SULIT
kesalahan yang minimum Penggunaan penanda wacana yang sesuai Ejaan dan tanda baca yang betul Penggunaan kosa kata luas Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang betul Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan KEPUJIAN (25 32) (29 32) (25 28)

BAIK (17 24) (21 24) (17 20)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang MEMUASKAN (09 16) minimum Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara (13 16) Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas Pengolahan kurang menarik, dengan pemerengganan yang (09 12) kurang sesuai dan format yang kurang tepat/format bercampur aduk Keseluruhannya membayangkan penguasaan bahasa yang tidak PENGUASAAN MINIMUM cekap (01 08) (05 08) (01- 04)

Langkah-langkah memeriksa : Teknik penandaan karangan respon terbuka sama seperti menanda karangan respons terhad. Perbezaan hanya pada : - kriteria penskoran - penolakan markah kesalahan ejaan * Potong markah bagi setiap kesalahan ejaan. * Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan berulang. * Maksimum pemotongan ialah 2 markah 11
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
1. Guru hendaklah membaca karangan pelajar terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Kemudian menilai dan menganggarkan peringkat karangan berkenaan sama ada dapat dimasukkan ke peringkat A, B, C, D atau E. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi dan penyampaian. Isi : Dikehendaki minimum tiga (3) isi. Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat di bawah:

2.

CARA PENULISAN MARKAH: Penulisan Markah Karangan C ( Respon Terbuka 40 markah ) : Keseluruhan Ejaan 40 2 ----38 ===

38

Bahagian C Soalan 1 Pendahuluan Menyatakan alamat pengirim dan alamat penerima- Memohon Jawatan Sebagai Pengawas Pusat Sumber Isi-isi penting Ingin memohon menjadi pengawas pusat sumber sekolah terdapat beberapa kekosongan dalam jawatan Meminati tugas sebagai pustakawan bekas ketua pengawas pusat sumber semasa di sekolah rendah. Gemar membaca pelbagai jenis bahan bacaan telah terpilih sebagai pembaca terbanyak untuk program NILAM Sering mengunjungi perpustakaan selepas tamat persekolahan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin

(Terima isi-isi lain yang sesuai) Penutup Berharap agar permohonan mendapat pertimbangan yang sewajarnya ucapan terima kasih, tandatangan dan nama Soalan 2 Pendahuluan 12
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
Masyarakat kurang gemar membaca kerana banyak sumber lain untuk memperoleh pengentahuan. Isi-isi penting Ibu bapa perlu membina perpustakaan mini di rumah Ibu bapa perlu memberi hadiah buku kepada anak sempena hari lahir Kempen membaca secara berterusan melalui media massa Diwujudkan semula Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan Media memaparkan buku-buku baharu yang terdapat dipasaran. (Terima isi-isi lain yang sesuai) Penutup Masyarakat harus menjadikan membaca sebagai keperluan hidup yang utama.

Soalan 3 Pendahuluan Jumlah peningkatan kerosakan harta benda awam begitu membimbangkan Isi-isi penting Keteguhan iman di dalam diri untuk menjaga harta benda awam dengan menganggap harta benda sendiri Keluarga menasihati, memberikan teladan, dan mendidik anak yang berakhlak mulia Masyarakat menegur, menangkap, dan tindakan terakhir melaporkan kepada polis Peranan sekolah untuk mendidik menerusi aktiviti, selain dalam pembelajaran di kelas Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat, termasuk ibu bapa sebagai pengajaran kepada semua masyarakat (Terima isi-isi lain yang sesuai) Penutup Masyarakat hendaklah menganggap gejala vendalisme sebagai jenayah yang serius yang perlu diatasi secara bersepadu Soalan 4 Pendahuluan Tajuk laporan Nama guru penasihat bilangan ahli persatuan Yuran keahlian Isi-isi penting Mengadakan pertandingan bahas, syarahan dan mendeklamasikan sajak Tujuan melahirkan pelajar yang berani berhujah 13
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT
Mengadakan pesta ria sekolah Mengadakan minggu Bahasa Melayu pertandingan melukis poster, lakonan, pertandingan berbalas pantun cungkil bakat pelajar

(Terima isi-isi lain yang sesuai) Penutup Mengadakan perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa Pengakuan pelapor tarikh tandatangan nama - jawatan

Soalan 5 Pendahuluan Azmi biasa dengan kehidupan yang susah ibu bapanya menasihatinya supaya bekerja kuat pada masa mudanya Isi-isi penting Menyimpan wang saku dibelanjakan jika perlu sahaja tekun belajar Tidak suka berkawan dengan remaja yang suka melepak membuang masa dan wang masa dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran Berjaya dalam pelajaran memulakan perniagaan gigih mengusahakannya Keuntungan yang diperoleh dibelanjakan untuk hal yang berfaedah perniagaan dapat diperbesar Azmi dikenali sebagai peniaga yang berjaya hidupnya dan keluarga bertambah senang. (Terima isi-isi lain yang sesuai)

Penutup Usaha yang gigih dan amalan berjimat patut dicontoh bekerja kuat ketika muda senang di hari tua

14
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

Bahagaian D :

Pemahaman Novel [ 10 markah ]

Pembahagian Markah PERINCIAN Isi Bahasa MARKAH 6 markah 4 markah

Kriteria Markah Bahasa Peringkat Cemerlang Markah 04 Deskripsi Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Catatan ringkas

Baik

02 03

Memuaskan

01

Nota : Jika pelajar tidak mengemukan jawapan tentang klimaks, berikan markah peringkat memuaskan 1 markah ( disyaki menghafal untuk mendapat markah bahasa 4 markah ) CARA PENULISAN MARKAH : Penulisan Markah Pemahaman Novel ( 10 markah )

15
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

Isi Bahasa

6 4 ----10 ===

10

Cadangan jawapan Novel Tragedi Empat Disember di Pantai Lido Razi dan rakan-rakannya bertolak dengan menaiki motobot ke Tanjung Pangku ..di Tanjung Pangku Kapal terbang yang dinaiki oleh bapa Kamarul Azam telah dirampas, meletup dan terhempas .di Pulau Rangsang Kamarul Azam dan Razi yang dihanyutkan oleh penjahat telah diselamatkan oleh Pak Widodo dan dibawa ke rumahnya di Pulau Rangsang (Terima jawapan lain yang betul)

Nota : Isi + huraian = 1+2 (3 markah) Isi sahaja = 1 markah Huraian tanpa isi = 0 markah

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

16
02/2

[ Lihat sebelah SULIT

You might also like