You are on page 1of 14

Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi Di Malaysia Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat tanah tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut. Kawasan bukit, gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi. Malaysia mempunyai banyak banjaran, contohnya Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker dan Banjaran Kapuas Hulu yang bergunung-ganang. Ketinggian gunung-ganang ini berbeza-beza (Lihat peta di bawah).

Rangkaian Banjaran Gunung Di Malaysia Pada umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. Kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah di sekitar: -Bahagian tengah Semenanjung Malaysia -Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak Kawasan tanah tinggi mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Semenanjung Malaysia 1 Banjaran Nakawan 2 Banjaran Kedah-Singgora 3 Banjaran Bintang 4 Banjaran Keledang 5 Banjaran Titiwangsa/Besar 6 Banjaran Benom 7 Banjaran Tahan 8 Banjaran Pantai Timur Sabah 9 Banjaran Crocker 10 Banjaran Trus Madi 11 Banjaran Witti 12 Banjaran Maitland 13 Banjaran Brassey Sarawak 14 Banjaran Tama Abu 15 Pergunungan Iran 16 Pergunungan Hose 17 Banjaran Kapuas Hulu

18 Banjaran Kelikang Kawasan Tanah Pamah Kawasan tanah pamah di Malaysia biasanya terletak di lembah-lembah sungai dan berhampiran dengan pinggir laut. Kawasan-kawasan tanah pamah yang utama ialah: 1 Dataran Pantai Timur Dataran Pantai Timur yang luas dan subur terdiri daripada: - Delta Kelantan - Delta Terengganu - Delta Pahang 2 Dataran Pantai Barat Dataran Pantai Barat menganjur dari utara negeri Perlis hingga ke selatan negeri Melaka. Dataran ini termasuk: Dataran Kedah - Perlis Dataran Hilir Sungai Perak Dataran Pantai Selangor Dataran Pantai Johor Dataran Seberang Perai 3 Dataran Selatan Dataran di selatan Semenanjung Malaysia pula adalah : Beralun, berbukit-bakau dan juga berpaya.Sebahagian besar kawasan ini ditanami dengan getah, kelapa sawit dan nanas. 4 Kawasan tanah pamah di Sabah dan Sarawak Dataran pantai timur Sabah lebih lebar, tetapi sebahagian besarnya berpaya. Dataran pantai barat Sabah lebih maju walaupun sempit dan terputus-putus. Kawasan tanah pamah yang luas di Sabah terdapat di : - Sekitar Sungai Kinabatangan - Semenanjung Semporna - Bahagian hilir Lembah Segama - Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama Dataran pantai Sarawak adalah lebar iaitu antara 30 - 65km lebarnya. Ia terdiri daripada delta-delta yang luas dan bertanih lanar seperti: - Delta Rajang - Delta Baram Delta-delta ini adalah kawasan tanaman padi yang utama. Delta Rajang adalah dataran yang terpenting di Sarawak. Dataran pantai timur Sabah lebih lebar, tetapi sebahagian besarnya berpaya. Dataran pantai barat Sabah lebih maju walaupun sempit dan terputus-putus. Kepentingan kawasan tanah pamah - Sebagai kawasan pertanian - Sebagai kawasan perlombongan

- Sebagai tapak petempatan - Sebagai tumpuan jalan raya dan jalan keretapi Kawasan Pinggir Laut Malaysia terletak di dalam kawasan Pentas Sunda. Oleh itu laut di sekeliling Malaysia adalah cetek dan kedalamannya adalah lebih kurang 180 meter. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hakisan Ombak Faktor: - Halaju angin - Kecerunan Pantai - Struktur batu-batan - Jenis batu batan - keras/lembut Tindakan: - Lelasan - Larutan - Lagaan - Hidrol Jenis Tindakan: - Ombak memusnah - Ombak membina Jenis Hakisan Hidrol: Air masuk ke dalam rekahan - memampatkan udara - tekanan keatas batuan - rekahan pecah - Air mengundur - udara mengembang Lagaan: Bahan yang dibawa berlanggar antara satu dengan yang lain Lelasan: Bahan yang dibawa bergesel dengan pinggir laut Larutan: Tindakan kimia, contoh batu kapur larut dalam air laut Bentuk-bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut hasil tindakan ombak adalah:

Tebing Tinggi

Pola Saliran Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai. Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan yang lain dikenali sebagai pola saliran. Terdapat beberapa pola saliran iaitu pola reranting, jejala, selari, gegelang dan jejari.

Pola Saliran Reranting Berbentuk seperti ranting pokok Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan. Contoh: Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Rajang

Pola Saliran Jejala Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut serta berselang-seli. Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut. Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat iaitu Contoh: Sungai Perak

Pola Saliran Selari / Sejajar Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain. Terdapat di cerun curam Contoh: Sungai Kinabatangan

Pola Saliran Gegelang Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah. Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai.

Pola Saliran Jejari / Sepunca Berbentuk seperti jejari roda Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung. Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah. Contoh: Dapat dilihat di Gunung Benom

Sungai Dan Tasik Di Malaysia

Profil Panjang Dan Rentas Sungai Sungai Dan Tasik Di Malaysia Sungai Pahang (400 km) ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai Rajang (563km) ialah sungai terpanjang di Sarawak dan di Malaysia. Sungai Kinabatangan (560 km) ialah sungai terpanjang di Sabah. Ciri-ciri saliran Sungai-sungai di Malaysia sentiasa menakung banyak air kerana negara kita menerima hujan yang lebat sepanjang tahun. Sungai-sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi dan mengalir di antara banjaran gunung : Mengikut arah barat ke timur di Sabah dan Sarawak. Mengikut arah utara ke selatan di Semenanjung Malaysia. Kepentingan sungai-sungai di Malaysia Sempadan semulajadi, contohnya Sungai Bernam antara Perak dan Selangor. Sebagai jalan pengangkutan, contoh Sungai Kinabatangan boleh dimudiki sejauh 100 km dari muaranya. Sebagai jalan pengangkutan untuk menghanyutkan balak dari kawasan pembalakan di pedalaman ke kilang atau ke pelabuhan. Membekalkan air ke kawasan tanaman padi, misalnya Rancangan Pengairan Muda dan Rancangan Pengairan Kemubu. Membekalkan air untuk menjana kuasa hidro elektrik seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Temenggor. Sumber ikan, ketam dan udang air tawar bagi penduduk tempatan. Membekalkan air ke kilang serta untuk keperluan harian. Tasik-tasik yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis: Tasik semulajadi (contohnya Tasik Bera dan Tasik Chini).

Tasik buatan manusia (contohnya Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Temenggor). Tasik-tasik ini penting sebagai: - Sumber ikan air tawar. - Sumber bekalan air. - Tempat rekreasi dan pelancongan. - Pusat penjanaan kuasa hidroelektrik (Tasik Kenyir). Soalan

1. Huraian di atas mungkin sekali tentang tasik di kawasan bertanda AP BQ CR DS

2. Antara berikut sungai manakah yang paling tepat mewakili huraian di atas? AI B II C III D IV

3. Antara berikut yang manakah kesan daripada kegiatan di atas? I Hakisan tanah II Ketandusan tanih III Banjir di bahagian hilir sungai IV Pencemaran udara

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

4. Antara berikut pasangan yang manakah benar ? A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

5. Antara berikut pernyataan manakah yang menerangkan tentang kawasan berlorek? I Ketinggian kurang daripada 100 meter II Kawasan penanaman padi III Kawasan perlombongan petroleum IV Jenis tanih laterit A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

6. Pernyataan di atas mungkin sekali merujuk kepada banjaran yang bertanda AI B II C III D IV

7. Antara berikut gunung manakah yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas ? A Gunung Korbu B Gunung Murud C Gunung Kinabalu D Gunung Terus Madi

8. Berdasarkan peta di atas, gunung yang dihuraikan ialah AI B II C III D IV

9. Kawasan berlorek dalam rajah di atas menunjukkan A Banjaran Benom B Banjaran Bintang C Banjaran Keledang D Banjaran Titiwangsa

10. Antara berikut pernyataan manakah yang berkaitan dengan banjaran berlorek dalam peta di atas ? I Kawasan tadahan air II Kaya dengan longgokan bauksit III Suhunya yang sejuk dan nyaman IV Pertanian pindah dijalankan secara meluas.

A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV Potensi Dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan ManusiaPengenalan Negara kita mempunyai kawasan tanah tinggi yang nyaman suasananya, tanah pamah yang subur, pantai yang indah dan sungai-sungai yang banyak membekalkan air sepanjang tahun. Bentuk-bentuk muka bumi ini mempunyai potensi yang baik serta dapat dimajukan untuk mendatangkan manfaat kepada kehidupan kita. Namun ada juga yang menjadi halangan kepada kegiatan harian kita. Dalam unit ini, kita akan mengkaji potensi-potensi dan halanganhalangan tersebut. Potensi Kawasan Tanah Tinggi Kawasan tanah tinggi di negara kita memainkan peranan penting terhadap kegiatan manusia dan pembangunan negara. Antara potensi atau kepentingan tanah tinggi terhadap kegiatan manusia dan pembangunan negara ialah sebagai;

A Pusat peranginan / pelancongan Kawasan tanah tinggi yang indah, pemandangan yang menghijau serta udara yang nyaman dan segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan. Contoh kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan ialah: -Tanah Tinggi Genting -Tanah Tinggi Cameron -Bukit Larut -Bukit Bendera -Gunung Kinabalu -Gunung Ledang -Gunung Tahan Selain itu, gua batu kapur yang indah dan menarik di sesetengah bukit atau gunung juga dimajukan sebagai pusat pelancongan. Misalnya: -Gua Niah (Sarawak)

-Gua Mulu (Sarawak) -Gua Sam Poh (Perak) -Batu Caves (Selangor) Kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan dapat menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, agensi pelancongan dan perniagaan cenderahati. Pertambahan bilangan pelancong akan menyebabkan pendapatan negara meningkat.

B Kawasan tadahan Kawasan tanah tinggi yang diliputi oleh hutan tebal adalah penting sebagai kawasan tadahan. Kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang merupakan punca sungai kerana menerima hujan yang lebat. Contoh sungai yang berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah: -Sungai Pahang (Banjaran Titiwangsa) -Sungai Perak (Banjaran Bintang) -Sungai Kinabatangan ( Banjaran Brassey) -Sungai Rajang (Banjaran Iran) Kawasan tanah tinggi penting dalam menjamin sumber bekalan air untuk kegiatan: -Demenstik -Pertanian -Perindustrian -Perlombongan C Kawasan penjana kuasa hidroelektrik Kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yang deras dapat dimajukan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Antara empangan yang dibina di kawasan tinggi untuk menjana kuasa hidroelektrik di negara kita ialah: -Empangan Temenggor -Empangan Chenderoh -Empangan Kenyir -Empangan Batang Ai -Empangan Tenom Bangi Penjana kuasa hidroelekrik di kawasan tanah tinggi dapat menjamin sumber bekalan kuasa ke

rumah, pejabat dan kilang dalam negara. Selain itu, dengan adanya kuasa hidroelektrik, negara kita dapat mengurangkan import petroleum bagi menjimatkan perbelanjaan negara.

D Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana Kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana. Keadaan ini adalah kerana kawasantanah tinggi mempunyai cerun yang landai dan bersaliran baik serta mengalami iklim sederhana dengan min suhu C. Kawasan tanah tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di Malaysia ialah: -Tanah Tinggi Cameron -Tanah Tinggi Kundasang Tanaman-tanaman utama yang ditanam adalah: -Teh -Sayur-sayuran -Bunga-bungaan -Buah-buahan Antara sayur-sayuran utama yang diusahakan ialah tomato, kubis, bunga kubis dan sawi. Hasil tanaman di kawasan tanah tinggi dapat dieksport ke luar negara untuk menambah pendapatan negara. Penanaman tanaman hawa sederhana juga dapat menambahkan bekalan makanan tempatan. Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan penduduk di kawasan desa.

You might also like