You are on page 1of 11

6.

JENIS-JENIS TUKUP CERUCUK (PILE CAP)

Di tapak bina, terdapat enam jenis tukup cerucuk yang biasa digunakan. Pemilihan dan penentuan tukup cerucuk ini adalah berdasarkan beban yang perlu ditanggung di atasnya serta rekabentuk pada bahagian-bahagian tertentu struktur tersebut. Setiap jenis tukup cerucuk akan ditanda mengikut bilangan, dimensi serta keupayaan masing-masing. (Rujuk rajah 6.2.1) Cerucuk yang bergaris pusat 450 mm akan digunakan untuk tukup cerucuk P2A, P3A, dan P4A manakala cerucuk bergaris pusat 600 mm pula digunakan untuk P2, P3, P4B dan P8. Cerucuk bergaris pusat 450 mm

100

101

6.3

PENGOREKAN DAN PEMOTONGAN CERUCUK

Setiap cerucuk yang telah siap akan diperiksa oleh juru ukur bagi memastikan cerucuk tersebut tidak terkeluar daripada as-built nya. Jika as-built bagi sesuatu cerucuk tidak memenuhi syarat yang ditetapkan (melebihi 75 mm), pihak kontraktor perlu mengajukan kepada perunding yang terlibat terlebih dahulu untuk membincangkan masalah tersebut. Cara penyelesaian adalah bergantung kepada

kedua-dua belah pihak terbabit sama ada perlu membuat penambahan cerucuk, pengubahsuaian terhadap dimensi tukup cerucuk dan sebagainya yang difikirkan perlu. Sekiranya berlaku keadaan sedemikian, ini menyebabkan peningkatan dari segi kos dan masa yang terpaksa ditanggung oleh pihak kontraktor sendiri. Pengorekan di sekeliling cerucuk dilakukan bagi memudahkan pemotongan lebihan cerucuk seterusnya menempatkan tukkup cerucuk yang diperlukan. Kedalaman korekan dan aras pemotongan cerucuk (cut of pile) tersebut adalah berbeza-beza mengikut saiz dan jenis tukup cerucuk. Contohnya jika aras pemotongan cerucuk yang dikehendaki adalah 2.90 meter, maka pengorekan yang perlu dilakukan adalah lebih kurang 3.00 meter kerana mengambil kira kemungkinan berlaku penimbusan semula lubang korekan oleh tanah di sekelilingnya. Justeru, kerja ukur adalah perlu bagi memastikan pengorekan yang dibuat telah cukup sebelum aras pemotongan ditandakan pada cerucuk tersebut. Pada aras ini pemecah batu (breaker) akan memotong dan membuang keluar lebihan konkrit cerucuk yang tidakn diperlukan manakala tetulang cerucuk pula akan dipotong dan ditinggalkan lebih kurang 1.00 meter di atas tanda tersebut.

102

Rajah 6.3.1

kerja menggali ceruicuk dijalankan

Rajah 6.3.2

kerja pemotongan cerucuk

103

6.4

PEMASANGAN KOTAK BENTUK

Setelah kerja-kerja pemasangan cerucuk selesai, barulah acuan (formwork) tukup cerucuk dipasang mengikut bentuk, dimensi dan kedudukan di atas garisan grid seperti yang dinyatakan dalam pelan. yang telah ditetapkan. Pemeriksaan terhadap kedudukan sebenar formwork yang dipasang adalah penting supaya ia sentiasa berada pada alignment Jika sebaliknya berlaku, keadaan ini turut menjejaskan kedudukan stump dan column yang dibina di atasnya. Dalam pada itu, acuan yang dipasang juga hendaklah cukup kukuh dan kemas terutamanya bahagian sambungan sisi supaya dapat menyokong tanah di sekeliling lubang korekan daripada runtuh selain menampung berat konkrit yang dituang.

Ukur aras sekali lagi akan dilakukan pada bahagian atas permukaan acuan tukup cerucuk ( top of pile cap) yang didirikan bagi menyemak ketinggian acuan dari dasar korekan. Nilai aras permukaan atas tukup cerucuk yang sepatutnya diperoleh adalah 4.10 meter atau kurang, jika nilai aras yang dicerap ini melebihi 4.10 meter, maka pengubahsuaian terhadap ketinggian stump terpaksa dibuat. Justeru, kerjakerja pengorekan perlu dilakukan dengan sempurna dan mengikut ukur dalam yang sepatutnya supaya acuan tukup cerucuk sentiasa berada pada aras yang dihadkan.

Apabila pemasangan acuan tukup cerucuk selesai, konkrit pemarasan (lean concrete) yang bergred 15 Normal (G15N) setebal 50 mm akan dibuat sebelum tetulang dimasukkan. Terlebih dahulu, air akan dipam keluar daripada lubang korekan (jika ada) bagi mengelakkan konkrit tersebut bercampur air tanah yang boleh menjejaskan kualiti konkrit. Tujuan utama konkrit pemarasan ini dibuat ialah : Sebagai penutup (cover) di bahagian dasar tukup cerucuk. Untuk mengelakkan penurunan tanah semasa kerja-kerja konkrit.

104

Memberikan kestabilan kepada tetulang tukup cerucuk dan stump. Mengelakkan dari bercampur dengan tanah yang melemahkan strukturnya.

Rajah 6.4.1 formwork bagi tukup cerucuk telah dipasang 6.5 TETULANG TUKUP CERUCUK

Tetulang yang diperlukan untuk tukup cerucuk adalah terdiri daripada gred Y25 (25 mm ) dan Y20 (20 mm ) manakala pengikatnya ialah Y10 (10 mm ). Gred tetulang yang digunakan untuk stump pula termasuklah T12 (12 mm ) hingga T25 (25 mm ) seperti yang terdapat dalam spesifikasi. Di awal proses penyediaan tetulang tersebut akan diukur, dipotong dan dibengkokkan mengikut dimensi yang

105

diperlukan dengan mengambil kira tebal bagi setiap penutup (cover) tukup cerucuk dan stump iaitu 75mm dan 30mm.

Seterusnya tetulang-tetulang ini akan dicntumkan dan dibuat (pre-fabrie) mengikut panjang, lebar dan ketinggian bongkah tukup cerucuk dan stump seperti mana yang ditetapkan. Tetulang untuk tukup cerucuk dan stump yang telah siap diikat akan diperiksa terlebih dahulu sebelum diturunkan ke dalam acuan (formwork).

Pemeriksaan yang dijalankan adalah untuk memastikan saiz (diameter) dan bilangan tetulang untuk bar atas (top bar), bar bawah (bottom bar) dan pengikat tukup cerucuk tersebut mengikut spesifikasi dalam pelan. Kadang kala terdapat kes di mana saiz tetulang yang digunakan untuk tukup cerucuk berbeza dengan perincian asal yang diberikan. Perkara ini biasanya berlaku pada mana-mana tertentu akibat kekurangan tetulang sepertimana saiz yang dikehendaki. Jika berlaku keadaan demikian, maka pengubahsuaian tetulang akan dilakukan terhadap tukup cerucuk yang terlibat.

Contoh pengiraan adalah seperi yang ditunjukkan dalam Jadual 6.5a :

Jadual 6.5a

106

Seterusnya tetulang tukup tersebut akan diturunkan perlahan-lahan ke dalam kotak bentuk. Pada masa itu kedudukan tetulang akan disesuaikan mengikut alignment kotak bentuk yang telah dipasang serta tidak melebihi aras permukaan kotak bentuk tukup cerucuk (pile cap) yang telah dicerap. Untuk menyediakan lebar penutup konkrit tukup cerucukl (concrete cover), spacer blok yang berketebalan lebih kurang 25 mm akan diletakkan di antara tetulang dan permukaan tepi kotak bentuk.

Tetulang column stump kemudiannya akan dimasukkan dengan teliti ke dalam kotak bentuk berpandukan kepada garisan grid yang dinyatakan dalam pelan. Ini kerana tidak semua kedudukan stump berada di tengah-tengah garisan grid dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh Sub-kontraktor supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh mempengaruhi rekabentuk dan kestabilan tiang di sebelah atasnya.

Rajah 6.5.1 tukup cerucuk (pile cap) yang telah siap dibentuk

107

Rajah 6.5.2 Pile cap yang telah dimasukkan kedalam kotak bentuk. 6.6 PENUANGAN KONKRIT Kerja-kerja konkrit hanya akan dilakukan apabila tetulang tukup cerucuk dan stump siap dipasang termasuklah bar pengikat di bahagian sisi tukup cerucuk tersebut. Konkrit yang digunakan untuk tukup cerucuk terdiri daripada gred 30 Normal (G30N) dang red (G25N). ujian penurunan dan ujian kekuatan akan dijalankan terhadap konkrit yang di hantar ke tapak bina. Seperti biasa, air akan dipam keluar (jika ada) sebelum kerja-kerja penuangan konkrit dilakukan. Kemudian, dengan bantuan kren, konkrit tersebut akan dituang Semasa proses perlahan-lahan mengikut isipadu tertentu bagi tukup cerucuk.

penuangan ini, kedudukan bucket perlu dikawal oleh operator kren supaya konkrit tidak tercurah pada aras yang terlalu tinggi bagi mengelakkan pengasingan. Pemadatan konkrit akan dilakukan dengan menggunakan mesin penggetar (vibrator poker). Proses ini adalah bertujuan untuk meratakan konkrit ke seluruh acuan terutamanya di bahagian permukaan atas dan tepi tukup cerucuk tersebut. Ini bagi

108

mengelakkan kemungkinan berlakunya keretakan, honey comb dan sebagainya yang boleh menjejaskan struktur yang dibina. Tukup cerucuk (pile cap) yang telah siap dikonkrit akan dibiarkan dalam beberapa hari sebelum kotak bentuk dibuka. Kemudian barulah kerja-kerja membina kotak bentuk untuk stump dibuat. Selepas itu kerja penambakan dilakukan bagi meratakan semula tanah di sekitar tukup cerucuk tersebut. Pada masa tersebut kerja ukur aras akan dijalankan di sekitar tukup cerucuk untuk membuat penandaan aras maksimum lantai (Ground slab) sebelum ground beam dibina.

Rajah 6.6.1 kerja mengkonkrit pile cap dijalankan

109

Rajah 6.6.2

pile cap dan stump yang telah siap dikonkrit

110

You might also like