You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya menamatkan Latihan Industri ini dengan jayanya dan dengan keizinanNya juga telah dapat saya siapkan Laporan Akhir ini dengan baik dan selengkap yang mungkin. Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua

kakitangan Syarikat Ahmad Zaki Sdn. Bhd. Terutamanya kepada pengurus projek, En. Basry bin Abu Bakar yang telah memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk mengikuti Latihan di syarikat ini. Juga kepada semua penyelia tapak, bahagian juruukur, jurutera dan arkitek serta semua staf Ahmad Zaki yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada saya. Selama berada di sini saya telah didedahkan kepada pengalaman bekerja di bahagian civil, M & E dan juga Safety. Ribuan terima kasih kepada penyelia-penyelia yang terlibat dalam memberi bimbingan kepada saya. Kepada ibu bapa saya yang sangat saya sayangi, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana telah memberikan tunjuk ajar, semangat dan tidak jemu untuk mendoakan kejayaan saya. Di samping itu terima kasih yang tidak ternilai atas semua bantuan sama ada kewangan mahupun dorongan yang diberikan. Seterusnya, ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, khasnya dan semua pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah banyak membantu dalam penulisan laporan ini. Mereka bertungkus lumus dan berusaha bagi memastikan persediaan yang sempurna kepada semua pelajar yang terlibat. Tidak lupa juga kepada semua rakan seperjuangan, sahabat dan teman rapat saya, yang telah banyak membatu terutamanya dalam mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam laporan ini. Terima kasih diucapkan.

vi

Akhir sekali, di kesempatan ini sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas semua bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa menjalani Latihan dan proses menyiapkan Laporan Akhir ini. Sekian Terima Kasih

vii

You might also like