You are on page 1of 9

REFLEKSI BINA INSAN GURU Pada 24 Februari 2012, para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Matematik dan Kajian Sosial telah menjalankan Bina Insan Guru (BIG) Fasa lima yang berkehendakan guru pelatih untuk mengadakan bengkel dan juga benchmarking di Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Paya Rumput, Melaka. Seramai 47 orang pelajar PISMP Semester 5 serta tiga orang pensyarah pengiring mengikuti BIG kali ini. Antara pensyarah yang terlibat ialah Dr Azita B. Amrin, Pn. Aminawati Zahara Bt Mohamad dan Pn. Suguna A/P Sankaran. . Bengkel yang bertemakan Pengurusan Pendidikan telah dijalankan di Hotel Seri Malaysia pada jam 7.45 pagi. Bengkel ini dijalankan secara round robin dimana setiap guru pelatih dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan mengkaji tajuk yg telah ditetapkan. Seterusnya, duta atau ahli kumpulan yang mahir bagi setiap kumpulan akan membentangkan hasil carian mereka kepada kumpulan lain. Di dalam bengkel yang pertama, saya telah diterangkan mengenai aspek perundangan dalam pengurusan murid. Di sini saya diketengahkan bagaimana untuk melindungi sekolah daripada didakwa oleh sesuatu pihak. Selain itu, saya juga telah diterangkan tentang prinsip Tort. Mengikut kefahaman saya selepas mendengar taklimat ini, prinsip Tort merupakan tanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang mengakibatkan kerugian kepada pihak lain. Selepas mendengar bengkel mengenai perundangan, saya diketengahkan pula mengenai Mandat. Mandat merupakan satu arahan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak yang bertanggungjawab dan yang dilarang melakukannya. Antara contoh mandate ialah Akta Pendidikan, Surat Arahan Jabatan Pelajaran Negeri dan juga arahan Perbendaharaan. Maka, dalam kontek sebagai guru, mandat merupakan sesuatu ilmu yang diamanahkan oleh Allah untuk menyebarkan kepada murid-murid untuk dipelajari bersama.

Seterusnya, kumpulan ketiga membentangkan mengenai Akta 505 (1996). Akta ini bermaksud suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya. Saya difahamkan bahawa Akta 505 ini mempunyai 16 bahagian. Bahagian-bahagiannya ialah permulaan, pentadbiran, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Sistem pendidikan Kebangsaan, Penilaian dan Peperiksaan, Pendidikan Tinggi, Institut Pendidikan Swasta, Pendaftaran Institut Pendidikan, Pendaftaran Guru, Jemaah Nazir Sekolah, Kewangan, Rayuan, Peraturan-peraturan, Kesalahan dan Penalti, Pelbagai dan Peralihan dan Pemansuhan. Setiap bahagian mempunyai tugas-tugas mereka yang tersendiri. Bagi meneruskan bengkel pada pagi tersebut, kumpulan keempat telah membentangkan hasil dapat mereka iaitu mengenai pekeliling perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan (SBPA) bagi pegawai tetap Saraan Baru Perkhidmatan Awam skim perkhidmatan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan lagi dalam serta faedah persaraan. SBPA perkhidmatan pendidikan ditambah baik

usaha melonjakkan martabat profesion keguruan dan kualiti guru selaku tonggak dalam membina dan memupuk modal insan yang mampu mendepani cabaran mendatang. Bagi bengkel Surat Pekeliling Ikhtisas, saya difaham mengenai erti kata Surat Pekeliling Ikhtisas itu sendiri. Mengikut kefahaman yang saya dapat semasa mengikuti bengkel, surat pekeliling ikhtisas adalah ketetapan dan keputusan yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sebarang kegiatan di sekolah. Fungsinya ialah untuk melindungi guru atau individu yang bertanggungjawab dalam sesuatu kegiatan andainya berlaku sebarang masalah ataupun kecelakaan.

Kelemahan yang saya lihat daripada bengkel ini ialah masa yang tidak mencukupi untuk membentangkan hasil dapatan carian setiap kumpulan. Hasilnya, setiap kumpulan tergopoh gapah membentang hasil pembentangan mereka. Masa yang diberikan pada setiap kumpulan untuk membentangkan yang singkat mengakibatkan beberapa pembentangan mereka menjadi tidak jelas. Cadangan yang boleh saya cadangkan disini ialah mengenalpasti masa yang sesuai untuk membuat bengkel dan memberi tempoh yang sesuai kepada setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. Dengan ini, guru pelatih yang lain akan lebih memahami kandungan bengkel tersebut. Secara tidak langsung menjayakan Bina Insan Guru kali ini.

Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini membawa guru pelatih ke salah satu sekolah sukan yang mendapat penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlang (SKK) pada tahun 2011 yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya . Sekolah Kebangsaaan Kluster Kecemerlangan Paya Rumput (SKPR) yang lokasinya terletak di Alor Gajah, Melaka merupakan salah satu sekolah Kluster Kecemerlangan yang menekankan aspek Sains dan juga permainan rugbi. Sekolah ini mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluster disebabkan beberapa faktor antaranya pencapaian murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang peratusan sebanyak 80% lulus dalam semua mata pelajaran. Selain itu, peratusan pencapaian UPSR bagi setiap tahun juga mempunyai peningkatan selain daripada GPS UPSR sekolah yang mendapat bawah daripada 2.00 dalam tempoh tiga tahun berturut. Ini melayakkan sekolah ini bergelar sekolah kluster. Kehadiran kami di sana disambut dengan baik oleh guru-guru sekolah tersebut. Kami dibawa ke bilik mesyuarat sekitar 9.25 pagi untuk meneruskan misi benchmarking kami ke sekolah tersebut. Guru Besar, En. Yahya Hj. Kamarudin merupakan Guru Besar yang telah berkhidmat sejak 1 Februari 1998 di sekolah tersebut mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kata beliau, bagi mendapatkan kejayaan dalam sesebuah sekolah, kerjasama dari semua pihak harus dipastikan tidak kira daripada golongan guru biasa, murid, mahupun daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Komunikasi dengan cara yang betul dan ketelitian dalam menjalankan tugas menunjukkan beliau seorang Guru Besar yang berkepimpinan.

Visi sekolah ini ialah SKPR merupakan sekolah yang berkualiti dan berprestij tinggi menjelang 2015. Dalam hujah Guru Besar tersebut, beliau mengatakan bahawa visi ini harus dicapai kerana semua pencapaian sebelum ini telah tercapai dan tidak mustahil untuk sekolah ini mencapai peringkat yang paling tinggi iaitu menjadi sekolah berprestij tinggi menjelang persaraannya nanti. Sekiranya tugasnya tamat sebelum mendapatkan pencapaian tersebut, maka Guru Besar seterusnya akan mengambil alih perjuangannya dalam merealisasikan visi sekolah. Misi sekolah ini ialah mengintegrasikan ICT dan pendidikan berkualiti bagi menjana modal insan 1 Malaysia yang hamonis, kritis, kreatif dan berjati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari segi prasarana atau kemudahannya. Antaranya ialah Kelas Intervensi (kelas pemulihan) yang merupakan kelas yang membantu murid yang lemah dari segi kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira serta membantu murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah ini juga mempunyai pra-sekolah dimana murid-murid ini diasuh dengan lebih matang berbanding pra-sekolah yang berada di luar. Kemudahan seperti WIFI yang boleh digunakan oleh murid di sekitar kawasan sekolah mampu merealisasikan misi sekolah untuk mengitegrasikan ICT di sekolah. Perpustakaan Desa yang terletak di dalam kawasan sekolah juga membolehkan murid-murid mendapatkan rujukan yang lebih meluas. Pinjaman buku-buku juga boleh dibuat oleh murid untuk dibaca di rumah. Ini menggalakan budaya membaca dikalangan murid dan juga masyarakat setempat. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, maka tidak mustahil bagi pihak sekolah menjayakan visi dan misi mereka. Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan RM 250 000 untuk menjayakan pembangunan Sains dan juga Sukan Rugbi. Pengagihan sama rata kepada kedua-dua pembangunan ini membolehkan pihak sekolah menjana murid yang kreatif dan berinovasi serta sihat tubuh badan. Kerjasama pihak sekolah dengan Universiti Teknikal Melaka ( UTeM) membolehkan para murid mengenali Bidang Sains dengan

lebih dekat. Selain itu, taman-taman Sains dan usaha menjadikan murid sebagai usahawan giat dijalankan oleh guru. Pembangunan Rugbi merupakan sukan utama di sekolah ini telah banyak mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa. Jurulatih yang juga terdiri daripada guru sekolah ini banyak menghabiskan waktu petangnya bagi melatih para murid untuk berjaya ke tahap yang tertinggi. Pasukan rugbi SKPR telah menjadi johan di peringkat negeri pada tahun 2011. Ini membuktikan bahawa sekolah ini bukan hanya mementingkan akademik tetapi juga mementingkan kokurikulum. Ini seimbang dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang benchmarking tersebut. Nilai-nilai untuk menjadi seorang guru yang cemerlang telah saya ambil untuk digunakan pada masa hadapan. Sebelum berangkat pulang, kami berkesempatan untuk mengambil gambar bersama sebagai kenangan. Kelemahan yang saya dapat lihat di sekolah ini ialah dari segi prasarana pembangunan rugbi. Tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai semua alatan-alatan untuk kegunaan latihan rugbi, namun kelemahannya disini ialah mereka tidak mempunyai prasarana padang rugbi. Padang rugbi dan juga palang rugbi sangat diperlukan semasa sesi latihan. Ada alatan sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada padang yang sesuai untuk sukan ini. Sekiranya padang rugbi ini terbina, maka senang bagi pihak sekolah untuk menganjurkan pertandingan rugbi antara sekolah-sekolah. Pada pandangan intelektual saya, bagi mengelakkan kekangan padang ini berlaku, pihak sekolah seharusnya mengawal duit yang diperuntukkan kerajaan untuk pembangunan rugbi ini. Keadaan padang yang baik mampu menghasilkan latihan yang baik seterusnya menjana kegemilangan sukan rugbi di sekolah ini. Maka, duit yang diperuntukkan haruslah digunakan untuk membuat garisan rugbi dan membina palang rugbi. Dengan ini, murid lebih bersemangat untuk bersukan.

Terima kasih kepada Penyelaras Bina Insan Guru, Encik Baharudin hasan kerana telah memberikan taklimat dengan berkesan kepada kami sebelum berangkat ke tempat-tempat untuk menjalankan BIG. Tidak lupa kepada mentor, Puan Suguna dan juga Puan Aminawati Zahara kerana sanggup meluangkan masa bersama kami bagi menjayakan program BIG kali ini.

LAMPIRAN

Guru Pelatih PISMP Matematik Januari 2010

Bengkel

Sekolah Kebangsaan Paya Rumput

Taklimat Pengurusan oleh Guru Besar SKPR

Penukaran cenderamata

Sesi bergambar untuk kenangan

You might also like